Blogger templates

Wednesday, 16 October 2013

Suplemen Shaklee Bukan Ubat

Suplemen Shaklee Bukan Ubat | Sebenarnya dah beberapa kali Mieza mention pasal SUPLEMEN SHAKLEE ni. SUPLEMEN sudah nyata adalah bukan sejenis ubat, tetapi sejenis makanan tambahan. Tapi memandangkan masih ramai yang keliru perbezaan di antara UBAT dan SUPLEMEN, jadi hari ni Mieza nak kongsi sikit perbezaan antara kedua istilah ni.


Ramai yang takut & ada yang tak berani nak consume produk kesihatan Shaklee kerana bagi mereka ianya adalah sejenis ubat kerana faktor rupa bentuk yang kebanyakannya dalam bentuk kapsul & tablet yang menyerupai ubat-ubatan yang biasa kita dapat di hospital, klinik, atau pun farmasi2 di luar sana. So hari ni, Mieza nak jelaskan lagi sekali bahawa SUPLEMEN SHAKLEE adalah SUPLEMEN dan bukannya UBAT. 


Kat sini, ada jadual yang menjelaskan kepada kita semua perbezaan di antara UBAT dan SUPLEMEN. Mari kita study sama2.. Harap lepas ni takde lagi yang keliru ye.. =)

UBAT
SUPLEMEN (MAKANAN TAMBAHAN)
Ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi dengan mengganggu tindakan biokimia serta proses-proses enzim dalam tubuh badan
Bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim
Ubat tidak akan menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita.
Suplemen sangat penting dalam penghasilan tisu-tisu badan. Jika kita kurang mengambilnya,kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan dan kekal dalam badan. 

Contoh : Aspirin – menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan, gangguan penglihatan, penghadaman dan akhirnya kematian.
Suplemen tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika berlebihan ia hanya terganggu sementara tetapi tidak membawa maut.
Ubat bertindak secara berasingan. Ianya boleh mengganggu antara satu sama lain dan menghasilkan kesan sampingan.
Suplemen bertindak lebih baik secara satu sama lain. Ia membantu ibarat rantai makanan. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
Ubat biasanya di makan di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
Suplemen baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman makanan.
Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. Kematian adalah kesan sampingan yang pasti.
Suplemen adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang menyatakan mengenai merbahayanya pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
Ubat menghasilkan kesan kepada seseorang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu, ia boleh merasai kesan pengambilannya.
Suplemen tidak menghasilkan kesan kepada seseorang. Ianya hanya memberi tindak balas sekiranya zat tersebut ternyata kekurangan dalam tubuh badan.
Ubat bertindak cepat. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa beberapa minit atau jam sahaja.
Suplemen bertindak secara beransur ansur dalam jangkamasa panjang. Ia mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaan.
Ubat merawat tanda penyakit bukan merawat punca penyakit. Ia hanya menutup kesakitan tetapi tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang sakit disebabkan kekurangan ubat. 

Contoh: sakit kepala – bukan disebabkan kekurangan Aspirin dalam tubuh.
Suplemen bertindak merawat punca penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika kesakitan itu berpunca daripada kekurangan sesuatu zat makanan, pengambilannya dalam makanan dapat mengatasi kesakitan yang dialami.
Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang merbahaya.
Pengambilan suplemen tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya boleh menerima bekalan zat makanan atau suplemen dengan terhad. Apabila keperluan mencukupi, ia tidak akan menerima lagi.
Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
Orang tua lebih memerlukan lebih banyak bilangan zat makanan kerana faktor kekurangan yang berlarutan  terlalu lama serta penghadaman yang lemah.
Pengambilan ubat yang berlebihan boleh mendatangkan penyakit bukan menyembuhkan penyakit. 

Contoh : Pengambilan panadol (Paracetamol) yang berterusan boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang.
Suplemen sedia mengawal badan daripada serangan penyakit dengan menguatkan sel-sel badan (antibodi) daripada serangan virus, kuman dan bakteria.



Kesimpulannya, ubat kebiasaannya mengandungi dadah & bahan kimia yang membuatkan kita bergantung kepadanya. Adakalanya ubat membuatkan kita ketagih & sentiasa ingin mengambilnya untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Inilah bahayanya ubat. Sebab tu kita kena tahu keperluan badan kita & kena tahu mana lebih perlu dan penting untuk kesihatan tubuh badan kita untuk jangkamasa panjang. UBAT atau SUPLEMEN?


Mereka yang bijak & sayangkan kesihatan tubuh badan akan memilih untuk mengamalkan pengambilan SUPLEMEN sedari awal. Pengambilan SUPLEMEN yang mencukupi dapat membantu membina sistem pertahanan badan yang kuat dan mampu melawan serta mencegah penyakit. Jadi pilihlah SUPLEMEN sebagai MAKANAN TAMBAHAN kita. Dan tentunya SUPLEMEN yang baik adalah SUPLEMEN semulajadi yang bebas bahan kimia & tiada silica gel (ubat tahan) di dalam botol atau bungkusannya. Bagaimana pula untuk mendapatkan SUPLEMEN semulajadi terbaik? Sudah tentulah dengan SHAKLEE!


Sebab itulah, produk2 kesihatan SHAKLEE makin mendapat tempat & sambutan ramai sekarang ni. Sekarang, semua kekeliruan sudah terjawab. Harap lepas ni takde lagi perasaan was2 dan ragu2 terhadap produk2 Shaklee. Kami para pengedar produk2 SHAKLEE bukanlah meraih untung semata2, tetapi kami inginkan rakyat Malaysia mendapat keperluan nutrisi yang lengkap & sepatutnya agar dapat hidup lebih sihat dan bertenaga sepanjang masa.


Ada yang berminat nak mendaftar keahlian? Boleh contact Mieza bila2 masa.. Mieza akan guide mereka yang berminat sehingga betul2 faham dengan produk2 Shaklee ni.. Insha Allah..



NOTE : Jadikanlah makanan itu sebagai ubat kamu, & bukan ubat sebagai makanan kamu..

4 comments:

  1. ramai juga orang yang terkeliru antara suplement dan ubat... thanks mieza sebab take the effort untuk terangkan...

    ReplyDelete
  2. singgah rabu sini dear.. byk ubat keluaran shaklee yg bagus2 kan... untung mieza jadi pengedar shaklee.. ;)

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com