Blogger templates

Friday, 11 October 2013

The Power Of Syukur


The Power Of Syukur | Masa tengah jalan2 baca status kawan2 di FB terbaca satu status ni. Mieza ni kalau nak baca status, Mieza suka status yang bermotivasi dan manfaat. Kalau status mengarut2 yang tak berfaedah tu malas nak layan.. Kadang2 naik meluat pulak.. Nak2 kalau duk cerita hal gaduh ngan boifie girlfie, pastu duk menyumpah seranah orang la, duk bercerita hal gosip artis la, hal rumahtangga lagi la.. Erm..


Bukanlah nak kata Mieza tak pernah tulis status2 macam tu. Pernahlah jugak zaman2 jiwa remaja dulu post status entah apa2.. Lumrah kita manusia biasa. Tak lepas dari buat silap. Tapi dari kesilapan tu lah kita belajar betul tak? Insha Allah dalam usaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik & positif..  Jom sama2 kita! ^_^


Sambil2 tu apa kata kita amati kata di bawah ni! 
The Power Of Syukur..
Jika tiada rezeki ANAK,

mungkin diberikan rezeki MERTUA yang baik.

Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar. 

Jika tiada rezeki WANG RINGGIT,

mungkin diberikan rezeki KESIHATAN.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki KERETA MEWAH,

mungkin diberikan rezeki KENDERAAN yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki RUMAH YANG BESAR,

mungkin diberikan rezeki MAKANAN yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki PASANGAN YANG CANTIK,

mungkin diberikan rezeki PASANGAN YANG BAIK dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki JODOH,

mungkin diberikan rezeki umur IBU BAPA yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezek HARI INI, 

mungkin ada rezeki yang lebih baik pada ESOK hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersyukurlah dengan segala nikmat & rezeki yang ada. Berbaik sangka sentiasa kepadaNYA.. Insha Allah, DIA ada perancangan yang terbaik untuk setiap umatNYA.. Bersabarlah.. Bersyukurlah.. Berusahalah.. Berdoalah.. Bertawakallah.. Yakinlah pada Allah.. Sesungguhnya setiap rezeki dan nikmat kita semalam, hari ini, esok, dan hari2 seterusnya adalah pemberianNYA Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki.. 




Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. 




NOTE : Kesempitan hari ini akan luas jua satu hari nanti.. =)



8 comments:

  1. sentiasalah kita bersyukur sebab Allah tu sentiasa tahu apa yang terbaik buat hambanya kan??? rezeki kalau tak di sini, di situ, kalau tak di situ, di sana...

    ReplyDelete
  2. sejuk hati bila baca kata2 smgt dan motivasi kat atas :)

    ReplyDelete
  3. betul2..
    bersangka baek terhadap Allah..pasti ada sesuatu di sebaliknya..suka baca kata2 hikmah,bole motivet kan diri to be positive kan :)

    salam jumaat Mieza:)

    ReplyDelete
  4. kesimpulannya, jangan mudah buruk sangka dengan Tuhan..Bersyukur di atas nikmatnya!

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg sangat2 bagus.. akak suka.. btl tue kita kena la sentiasa bersangka baik dan sentiasa bersyukur dengan segala pemberian yg Allah dah bagi.. ;)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. yang penting sentiasa bersyukur ye dak? hihi

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com