10 Perkara Yang Merosakkan Otak

by - 10:53:00 am

10 Perkara Yang Merosakkan Otak | Selamat pagi & salam Jumaat! Jumaat pertama di bulan Muharam.. Alhamdulillah masih diberi peluang & waktu untuk memperbaiki segala kekurangan diri di tahun baru 1435H ni.. Ramai yang dah pasang azam baru & niat nak berhijrah ke arah yang lebih baik kan? Alhamdulillah.. Dalam kita nak berhijrah tu, apa kata kita elakkan juga 10 perkara yang boleh merosakkan otak kita seperti di bawah ni.

Pic Extract From Google

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

  1. Tidak mengambil sarapan pagi. Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
  2. Terlebih makan. Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini akan mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
  3. Merokok. Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
  4. Mengambil gula secara berlebihan. Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  5. Menghidu udara yang tercemar. Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar boleh menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak. 
  6. Tidur yang berlebihan. Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
  7. Tidur dengan menutup muka. Tidur sambil meniarap dan menekup muka dengan bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
  8. Kurang berimaginasi. Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun. 
  9. Jarang berfikir. Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaannya.
  10. Tidak membaca Al-Quran. Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita dungu dan dangkal.


Otak adalah organ paling penting yang perlu kita jaga dan pelihara agar sentiasa kekal sihat & cerdas. Jadi, hindarkan daripada melakukan perkara2 di atas demi memelihara kesihatan otak kita ye.. Jom minum VIVIX! Hehe.. ^_~



NOTE : Ingat otak, ingat Zombi. Kenapa zombi dikaitkan dengan suka makan otak manusia ekk? 

You May Also Like

10 Shaklee Lovers Visit

  1. nagus ni, informasi yang dibagi...tp tang sarapan tulah yang selalu terlepas pada waktu yang sepatutnya..hihi

    ReplyDelete
  2. Salam Rosmiza..

    Tenkiu share..
    hehehe..ade jgk beberape perkara yg cma buat..adoyai.. kena cek balik ni..

    ha'ah kan..? cma pun tatau naper zombie dikaitkan dgn pemakan otak manusia.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. dlm pd x sedar kita sebnrnya dah byk merosakkan otak kita kan.. contohnya pengambilan gula berlebihan atau tidur berlebihan.. kdg2 terbuat jugak..kan...huhu...

    ReplyDelete
  4. erk..kena batang hidung sendiri.

    salam kenal jugak

    ReplyDelete
  5. memmetlenggeng
    --> Sama la kite kak.. Kadang ikut dan jer makan.. Dah tak tau breakfast ke brinch ke apa.. Huhu..

    ♥Cmª shIemª♥
    --> Salam cma.. Mieza pun macam banyak yang buat dari yang tak buat nih.. Kena elak lepas ni.. Makan otak! Haha..

    Deqla Manjew
    --> Memang pun Deqla.. Bukan kadang2 dah.. Memang selalu buat kot.. Gugugu~~

    wantie
    --> Hehe.. Kena batang idung orang yang post ni jugak.. Haha.. Salam kenal dear.. =)

    ReplyDelete
  6. Info yg bagus.. t kasih diatas perkongsian ye.. :)

    ReplyDelete
  7. Nice sharing mieza..byk yg akak nk kena ubah tue.. =D

    ReplyDelete
  8. Info sharing yang bagus ni Mieza. Saya suka petua yang no 1 dan yang no 10 tu. Sering membaca quran bukan saja melembutkan lidah malah
    melembutkan hati juga.

    ReplyDelete
  9. hai...salam kenal...tenang jer dengar zikir penenang hati diblog ni...info yang bagus untuk dikongsi bersama

    ReplyDelete