Apa Yang Korang Buat Untuk Reward Diri Sendiri ?

by - 8:00:00 am

Apa Yang Korang Buat Untuk Reward Diri Sendiri ? | Jangan risau, kali ni takde unsur2 motivasi or promosi produk Shaklee dalam entri  ni. Hehe.. Lately ni macam dah jarang Mieza update cerita pasal diri sendiri kan? Dulu rajin jugak kongsi pasal aktiviti harian, pasal anak2 bulus, pasal masak2.. Sekarang macam sepi tanpa cerita pulak cik puan blog nih. Lama2 orang pun dah tak kenal agaknya siapalah empunya blog ni.. Haha!


Actually, tak banyak perkembangan yang best yang Mieza boleh kongsi kat sini. Terbaru, anak2 bulus dah jadi mak bulus.. Sibuk jaga mak bulus berpantang kot, tu yang macam busy tak ketahuan tu.. Bahahaha! Cerita pasal mak bulus & anak2nya tu kita story later lah ye. Hari ni Mieza just nak santai2 jer dengan pembaca2 blog Mieza ni. Nak cerita pasal reward diri. Biasa orang ni bila dia berjaya buat satu2 benda tu mesti dia nak reward diri sendiri kan? Contoh la, Encik A dapat naik pangkat. Mesti dia nak bawak anak isteri pergi bercuti or belanja satu family makan besar ke or belikan diri sendiri kereta baru ke kan? Ni contohla..


Mieza dulu tiap kali gaji, *ni cerita masa zaman bekerjaya dululah ye* mesti at least belikan selai pakaian untuk diri sendiri or at least something la. Tak kisahla mahal ke murah. Barang harga RM10 pun takpe, janji ada something to congrats myself which has been working so hard through the whole month gitu.. Satu kepuasan bila dapat reward diri sendiri. Ada orang suka pergi SPA manjakan diri bagi semua penat2 badan tu hilang.. Ada pulak suka makan, ada orang suka melancong.. Macam2 cara kan sebenarnya yang kita boleh buat untuk reward diri sendiri ni.


Oh ya, lagi satu yang dah macam jadi hobi Mieza dulu is online shopping. Kadang nak keluar berjimba tu takde geng, so mulalah Mieza cari aktiviti lain to entertain myself.. Tu yang terjebak dengan online shopping & blog ni.. Kekekeke.. Takde la beli apa sangat pun, kadang2 baju selai or tudung selai jer.. Tapi perasaan masa received parcel tu yang best! Hahah! Tau2 ada parcel baik punya parking atas meja kan? Mana taknya aku teruja.. Kadang2 macam dah boleh bajet barang yang diorder tu akan sampai hari tu, so aku pun mulalah buat2 busy kat lab walaupun masa tu tengah free.. Saje nak rasa perasaan surprise tu.. Tiba2 keluar dari lab nampak ada bungkusan atas meje.. Haha! Rasa macam everyday harijadi iols.. Wakaka! Tapi takdela everyday shopping.. Sebulan sekali la.. Hehe.. Gila ko shopping online hari2, pengsan iols tak makan. Dah la kos sara hidup kat KL tu tinggi..


Cakap pasal shopping ni, baru perasan dah lama Mieza tak shopping online ni. Last, masa raya ari tu. Sempat la rembat shawl 2 lai. Tapi pakainya sekali dua jer.. Haha! Sudahnya tudung syria jugak yang aku sarung. Mana taknya incit laki bising.. Ngeeee.. Tetiba rasa macam rindu pulak nak bergiat balik dengan online shopping ni.. "Bergiat balik" lagi tu kan.. Tak menahan betul ayat.. Sebenarnya ada jugak duk usha2 online shopping site yang macam cendawan beranak pinak kat dalam dunia siber sekarang ni ha. Tak termasuk kedai iols lah ea.. Kedai iols tu sekangkang siput jer.. Nanti dah dapat 2,3 kangkang naga leh la buka butik sendiri.. Ewah, verangan sangat kan.. Hahaha..!


Salah satu online shopping site yang selalu Mieza usha of courselah ZALORA Malaysia. Dua tiga menjak ni asyikla duk usha koleksi pakaian2 muslimah dia. Semua cantik2.. Duk berkira2 nak beli jugak tu. Hehe.. Tunggu bonus nantilah.. Eheh.. Banyak lagi online shopping site lain yang Mieza suka usha. Antaranya, HISHOP, TDL, & banyak lagilah.. Korang pergi jer google berlambak2 nanti keluar senarai online shopping site kat Malaysia ni.. Tinggal nak pilih jer.. Hehe.. =)


So, apa cara korang reward diri sendiri? Share jom! Sebelum tu, nah hadiah untuk korang yang rajin singgah sini.. ^_~






NOTE : Salah satu terapi diri.. Shopping! Hoho! ^o^

You May Also Like

4 Silent Hunter's Footprints

  1. sama lah kita.. shopping.. beli something yg susah nak dapat yg kita idam2kan.. perhhh.. rs puas hati sangat kan..

    ReplyDelete
  2. sama lah dgn Ai jugak..mesti beli juga satu barang selalunya baju or tudung lah..jgn kata gaji,kalo besday pun ada gak reward tuk diri sdiri.hahahahaha yg ni mahal skit lah.kekeke

    ReplyDelete
  3. Akak kalau nk reward diri suka p melancong la.. tak kisah la dalam or luar negara jnji jalan..bagi akak tue terapi terbaik kot utk hilangkan stress...selain tue akak suka shopping jugak..muahahah..semua tue mmg menghabiskan duit jer kan..=D

    ReplyDelete
  4. akak biasa bawak anak-anak bercuti je...makan-makan ke

    ReplyDelete