Doa Untuk Semua

by - 7:00:00 am

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Ya Allah,
Ampunkan segala dosa dosa ku, ibubapa ku, keluarga ku, guru-guruku, sahabat-sahabat ku, pelanggan-pelanggan ku, seluruh susur galur group ku, dan seterusnya muslimin dan muslimat.


Ya Allah, 
Jadikan kami orang orang yang bersyukur sentiasa dengan nikmatMu, 
Amat besar sekali nikmatMu dan jangan sekalipun jadikan kami lalai dari menunaikan kewajiban kami kepadaMu .


Ya Allah, 
Lindungilah kami dari api neraka, 
Kau pimpinlah kami ke jalan syurgaMu.


Ya Allah, 
Limpah ruahkan rezeki kami dan dengannya jadikan kami mendapat RahmatMu.


Sesungguhnya Kau lah yang Maha Mengetahui segala rahsia di dalam bumi dan di langit 
dan yang ada di antara kedua duanya itu. 
Kau lah yang memberikan rezeki rezeki dan kepunyaanMu lah segala kekayaan ini.


Ya Allah, 
Kalau ada di antara kami yang sedang dalam kesedihan, 
maka Kau gantikannya dengan kegembiraan 
dan ada jika di antara mereka dalam kesempitan 
maka Kau lapangkanlah rezeki mereka ini.


Kau permudahkan lah segala perjalanan kami yang kami lakukan yang berniat untuk membantu orang ramai 
dan jangan Kau jadikan kami tamak dan lalai dengan sebarang kejayaan dan kekayaan . 
Sesungguhnya RahmatMu itu lebih besar dari segala kekayaan didalam bumi dan langit.


KepadaMu juga segala pertolongan dan permintaan kami tujukan. 
KepadaMu juga kami meletakan harapan dan keyakinan. 
Hanya kepadaMu kami sujud dan kepadaMu lah akan kami kembali.


Jadikan kami kembali dalam keadaan beriman dan yang mendapat syurgamu Ya Allah..


Salam dan Selawat atas junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW yang kami rindui, 
yang kami sayangi, 
yang kami ingin sekali bertemu..
Dan kau rezekikanlah kami dengan mendapat doa baginda kepada kami.


Amin Ya Rabbal Alamin..


You May Also Like

6 Shaklee Lovers Visit

  1. aamin... ya rabbal alamin.. salam jumaat mieza..

    ReplyDelete
  2. amin..semoga diperkenankan Allah s.w.t.. insyaallah.. =)

    ReplyDelete
  3. Amiin...Alhamdulillah, semoga doa dimakbul Allah.
    Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu...

    ReplyDelete
  4. Amin! moga hari ini lebib baik dr semalam...
    Salam Jumaat sis :)

    ReplyDelete