Kandungan Minuman Botani VIVIX™

by - 7:30:00 am

Kandungan Minuman Botani VIVIX™ | Sebelum ni Mieza dah bagi pengenalan ringkas berkenaan minuman botani VIVIX™ ni kan? So hari ni kita kupas pasal kandungan botani yang digunakan untuk menghasilkan 'Magic Potion' VIVIX™ ni pulak. Sebenarnya dah ada mention dalam entri sebelum ni 4 bahan utama yang digunakan. Siapa perasan? Hehe.. Cuma Mieza tak kupas secara lebih detail jer. So hari ni mari kita kenal2 dengan 4 bahan utama VIVIX™ ni. Jom scroll down! ^_^


4 Kandungan Utama VIVIX™
 Polyganum Cuspidatum 
Polyganum Cuspidatum Yang Terdapat Di Dalam Vivix Shaklee
Juga dikenali sebagai Fallopia Japonica atau Japan Knotweed yang merupakan tumbuhan parenial terbesar yang berasal dari Asia dan banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Ia cepat membiak berbanding pokok2 lain yang berada di kawasannya. Polyganum Cuspidatum merupakan sumber komersial semulajadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah untuk kesihatan dan sering terdapat di dalam produk anti-penuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak.



Muscadine Grape
Anggur Muskat Yang Terdapat Di Dalam Vivix Shaklee
Anggur muskat adalah sejenis anggur hebat yang merupakan satu-satunya jenis anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih dari satu krosom. Ianya dipercayai oleh para saintis dapat mengukuhkan profil polifenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Anggur muskat dikenali juga sebagai anggur nombor satu di Amerika kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya merupakan satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti radang. Ini kerana sebatian phenolic tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam wine yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah, selain melambatkan proses penuaan.



European Elderberries
European Elderberries Yang Terdapat Di Dalam Vivix Shaklee
Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai yang hanya boleh ditemui di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.



Lobak Ungu
Lobak Ungu Yang Terdapat Di Dalam Vivix Shaklee
Lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. 



Sekarang dah tau kandungan minuman botani VIVIX™ ni kan? Semua bahan yang digunakan adalah dari tumbuhan-tumbuhan yang berkualiti tinggi dan terbukti berkesan sebagai agen anti-penuaan dan mengandungi antioksidan yang sangat tinggi serta baik untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Okay, selesai bab kandungan VIVIX™.. Next time kita citer bab lain pulak ye.. Tak boleh bagi sekali harung, nanti kang muntah hijau pulak korang baca.. Huhu...




NOTE : Waiting for parcel from Zalora... Hehehe.. Nanti dah sampai Mieza update kat sini ye.. Ngeeee.. ^_~   

You May Also Like

1 Silent Hunter's Footprints