Blogger templates

Tuesday, 19 November 2013

Peluang Membeli-Belah Di Zalora!

Peluang Membeli-Belah Di Zalora! | Ewah, baru hari tu duk mengiyau bagitau dah lama tak online shopping. Tup2, dah terbeli beberapa items from Zalora Malaysia.. Haha! Seronok sebenarnya dapat shopping online ni. Just klik2 jer, tau2 barang dah sampai depan rumah.. Tak payah penat2 nak round satu shoping complex. Kaki pun tak sakit, badan pun tak penat.. Jimat masa lagi.. Sambil shopping still boleh layan blog, still boleh uruskan hal2 rumahtangga, still boleh berbisnes & reply pertanyaan dari customer.. Hai, semuanya di hujung jari sekarang ni.. Makin hari makin mudah.. Untungnya generasi Y hari ni..


Sebenarnya dah seminggu dah barang2 dari Zalora ni sampai.. Nak update tak terupdate2.. Siap draft tajuk jer.. Pastu terperam dalam draft tu tak berpublish.. Hari ni duk belek2 senarai dalam draft baru terperasan entri ni.. Alang2 tengah mencari idea untuk entri lain tu, siapkan entri ni dululah.. So, nak tengok apa yang Mieza beli tak? Hehehe. Okay2, meh tengok.. Sesi tayang menayang bermula! ^_^


Dapat rembat 3 items! Gambar tak jelas sangat kan yang bawah tu..Okay, meh kita tengok full version of each item pulak..

Amanda Long Cardi

Tahirah Pants

Garoos Round Neck T-Shirt

Total semua sekali RM109.90.. Free Postage! Tapi Mieza just bayar RM9.90 jer.. The rest tu guna voucher yang Zalora bagi.. Hehehe.. Berbaloi2 sangat.. Kualiti material semua okay.. Rasa berbaloi sebab dapat hadiahkan hubby sehelai t-shirt jugak.. Risau sebenarnya takut dia tak suka, since kaler tu oren.. My hubby ni dia punya range kaler hitam hingga putih jer.. Means, semua yang dalam range tu termasuk kelabu still dia suka & sanggup pakai.. Kaler selain dari tu payah sikit nak pakai terutamanya kaler oren cenggini.. Ni kira cubaan berani mati ler ni kasi dia hadiah t-shirt kaler oren.. Nasib dia suka.. Lega.. Cuma saiz jer besar sikit.. Huhu.. Tak dapek nak buat apa, tu dah size paling kecik dah tu.. Tapi saiz EU la.. Malaysian punya takde saiz plak.. Huhu..


Amanda Cardi tu mulanya takde dalam wishlist pun.. Niat asal nak beli satu top tu.. Dah siap masuk dalam wishlist dah.. Tinggal nak add to cart jer.. Alih2, on the day Mieza nak order tu tengok2 dah out of stock.. Sedih sangat.. Berkenan betul ngan top tu, siap dah berangan nak padankan ngan Tahirah Pants.. Nasib Tahirah Pants still ada saiz.. Mieza biasa pakai saiz S.. Tapi kali ni nak cuba M.. Lose sikit takpe, jangan over saiz sangat sudah.. Alhamdulillah, ngam2 ngan Mieza pants tu.. Cuma Cardi tu macam terlebih panjang pulak.. Tengok model pakai elok je kan? Bila Mieza pakai meleret2 ke lantai.. Tunjuk kat hubby, dia kata macam baju tidur jer.. Ugh! -.-"


Tak payah nak salahkan baju sangatlah Mieza oiii..! Mengaku jelah ko tu pendek..! Okay foineeeee! =_=" Apa pun, barang yang sampai semuanya dalam keadaan baik & kualiti pun memang best.. Sesuai dengan harga.. Servis Zalora ni memang tip top! Order hari ni, esok dah selamat landing depan umah kita.. Hehehe.. Ni kali ketiga Mieza bershopping dengan Zalora.. Sebelum ni pernah shopping kasut & sandal.. Sampai sekarang Mieza still pakai lagi.. Dah 9 bulan dah kot duk sarung kasut & sandal tu.. Elok jer lagi.. Lepas ni haruslah repeat order dengan Zalora..! Wink2! ^_~


Last but not least, kat sini Mieza ada 15% Voucher untuk semua pembaca2 blog Mieza yang teringin nak membeli belah dengan Zalora Malaysia.. Ha, suka tak? Suka tak? Hehehe.. Rezeki yang ada apa salahnya dikongsi bersama ye dak? So, kepada yang nak shopping dengan harga diskaun tu boleh la guna Code Voucher ni ye..

ZBAP0ws



NOTE : Happy shopping dearies! ^_^



No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com