Resepi Black Pepper Chicken With Oyster Sauce

by - 9:00:00 am

Resepi Black Pepper Chicken With Oyster Sauce | Nama menu tu kan tak kalah.. Haha.. Sebenarnya tak tau nak letak nama apa. Maklumlah, Mieza ni memang jenis suka reka2 & alter2 masakan. Biasa idea nak mereka ni melimpah ruah ke ladang gandum bila stok bahan masak banyak kat dapur. Hehe.. Gambar ni sebenarnya dah lama dah ni. Bulan puasa lepas kot, ke sebelum bulan puasa. Dari sehari ke sehari nak share tapi tak tertaip2.. So, tak payahlah nak panjang lebar sangat kan intro tu.. Jom kita masak! ^_~

Sebelum pape, haruslah tempek gambar  dulu..! Heheh..

Bahan-Bahan :

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Fish cake dipotong nipis (Mieza guna 2 keping jer.. Ikut suka hati koranglah nak letak banyak mana pun.. Kalau ada fish ball pun boleh guna. Boleh juga nak tukar dengan ubi kentang yang dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • Lada hitam (ditumbuk kasar)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Garam & gula secukup rasa

*Mieza masak tak guna ajinomoto ye.. So, kalau nak masuk aji pun ikut koranglah..* ^_~ 


Cara-Cara :
  1. Perapkan ayam dengan bahan2 yang ditumbuk dalam 15-20 minit. 
  2. Panaskan minyak. Masukkan bahan perapan dan goreng hingga separuh masak.
  3. Masukkan fish cake. Bila agak2 fish cake tu dah lembut, dah boleh masuk kicap manis. Anggaran dalam satu sudu besar. Then masuk pula sos tiram dalam 2 sudu besar.
  4. Kacau rata. Masukkan garam & sedikit gula. Sos tiram tu dah masin. So agak2 la ea.
  5. Masak sehingga pekat. Kalau nak berkuah, boleh tambah air. Mieza suka pekat2.. Hehe..
  6. Tunggu sampai masak. 
  7. Sedia untuk dihidang!


Simple kan? Kalau nak bagi cantik sikit, bolehla racik2 daun sup & daun bawang tabur kat atas tu.. Mieza memang suka masakan yang berunsurkan black pepper cani tapi since husband tak berapa suka so jarang2 lah masak.. Huhu.. 

Oh ya! Ni resepi untuk anggaran 2 orang makan ye. Kalau nak masak lebih pandai2lah korang tambah mana yang patut.. Hehe.. Selamat mencuba! ^_~



NOTE : Hari2 masak sampai dah takde idea nak masak apa.. Erm..

You May Also Like

7 Shaklee Lovers Visit

  1. Miza, suspen je tau tak dapat masuk blog mieza td.. rupanya da tukar url.. huhu..

    amboi sodap eh, bikin lapar je pepagi nih.. ;)

    ReplyDelete
  2. wow menyelerakan... thanks tau maklumkan deqla psl link blog baru.. patot la deqla puas bukak hari tu x dpt2.. ingatkan dah tutop blog.. huhu

    ReplyDelete
  3. wahhh..mabelesss wehhh :)
    mkn dgn nasi panas2 apa nk kata...nti nk try buat gak lah..x sedap siap Mieza.hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Wahhh sedap ni... confirm licin...

    ReplyDelete
  5. wah...sedapnya...akak suka kalau masak black paper nie...

    ReplyDelete
  6. Nampk mcm sedap jer.. nnti akak nk try buat jugak la.. =D

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa....selera betul nampak

    ReplyDelete