Blogger templates

Tuesday, 31 December 2013

Aim High!

Aim High! | Assalamualaikum & selamat pagi rakan blogger! Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk kita bersua pagi ni.. Hari ni merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 2013.. Pantas sungguh masa berlalu.. Banyak pengalaman & perkara2 baru yang kita lalui sepanjang tahun ni.. Tapi kalau nak cerita pasal pencapaian, still perlu ditambahbaik lagi bagi Mieza.. Bagi korang Mieza tak tau la.. Huhu..

Harapan untuk tahun baru ni memang besar.. Aim High! Yup, itu sasaran untuk tahun ni.. Semua orang patut letakkan sasaran yang tinggi untuk tahun 2014 ni... Kalau tahun ni ada benda or perkara yang perlu kita capai tapi belum terlaksana, apa kata lipat gandakan target untuk tahun baru yang bakal tiba lagi beberapa jam ni.. Mieza tak suka nak cakap pasal azam tahun baru.. Kalau nak cakap pasal azam ni, asal tiba tahun baru jer ramai la kan yang pasang azam baru.. Ada yang berjaya laksanakan azam baru diorang setiap tahun.. Itu bagus.. Tapi majoritinya tak pernah berjaya penuhi azam tu.. Erm, itu adalah sangat tak cool..


So, let's aim high for this coming new year..! Apa pun yang korang nak, just letakkan sasaran yang paling tinggi untuk korang capai.. Tolak tepi segala perkara yang boleh membawa aura or kesan negatif kepada kita.. Contoh macam sekarang ni, semua asyik duk fokus pada kenaikan harga barang.. Semua tu memang membebankan, Mieza juga tak terkecuali hadapi masalah yang serupa.. Tapi Mieza tak suka nak fikir benda2 yang belum tentu kita dapat ubah.. Dari duk peningkan kepala fikir pasal harga barang yang naik mencanak, baik kita fikir alternatif bagaimana nak keluar dari masalah ni.. Buat kerja part time contohnya..


Tu salah satu sasaran Mieza untuk tahun baru ni.. Financial Freedom! Shaklee salah satu jalan yang korang boleh pilih.. Letak tepi segala perasaan takut, tak reti, tak tau semua tu.. We all start from ZERO.. But at the end, everybody becomes a HERO! Mieza tak bolehla nak cerita panjang lebar kat sini.. Kalau nak share segala tips & guides kat sini alamatnya sampai bila2 pun tak habis.. Day by day we all top up ilmu baru.. Saling berkongsi info, ilmu, & pengalaman.. So, kalau betul2 nak bebas dari belenggu kewangan yang makin hari makin menghimpit ni, buatlah pilihan sekarang.. Mieza ada banyak perancangan untuk group Shaklee Mieza untuk tahun baru ni.. In Shaa Allah, tahun 2014 bakal menyaksikan ramai lagi jutawan2 kelahiran Shaklee.. Korang mungkin salah seorang daripadanya.. =)


What ever it is, let's aim high & fight for our future..! Masa depan kita hak kita.. Kalau bukan kita sendiri yang ubah, siapa lagi? So siapa yang nak berada dalam kalangan mereka yang Financial Freedom please feel free to contact me.. Sudah sampai masanya kita bertindak untuk kebajikan diri sendiri & keluarga kita.. Let's welcome the becoming NEW YEAR 2014 with smile & happiness..! ^_^




Read More

Sunday, 29 December 2013

Top Up Suplemen..! ^_^

Top Up Suplemen..! ^_^ | Makin hari makin fall in love dgn Shaklee ni tau..! Hanya mereka yg dah cuba jer tau khasiat & keberkesanan suplemen Shaklee.. Me myself dah pernah cuba macam2 jenis vitamin sebelum kenal Shaklee ni.. Tapi takde satu pun yang berjaya tawan hati & bagi kesan seperti yang diharapkan.. 


Tapi sejak kenal & consume sendiri suplemen kesihatan & kecantikan Shaklee ni, alhamdulillah dapat rasa kesannya.. Salah satunya ialah dari segi tenaga.. Setiap hari wajib ambil ESP + B COMPLEX untuk boost energy & bantu atasi tekanan.. So hari2 memang full with energy & bebas stress.. Selain untuk tenaga, ESP ni sangatlah membantu Mieza dalam pencernaan.. One of my health problem is digestive. Kadang sampai 2,3 hari tak buang air besar.. Lepas tu sembelit.. Huhu.. Tapi sejak consume ESP ni, alhamdulillah sistem pencernaan dah makin okay & hari2 mesti buang air besar.. Tu salah satu cara badan kita menyahtoksin selain melalui urine.. =)


Keduanya kulit.. Dulu tumit kaki merekah. Sampai kadang2 takut nak jalan even dlm rumah sendiri. Sebab pedih kat bahagian merekah tu.. Serius sangat menyeksakan.. Dah sapu macam2 minyak & krim termasuk Bio Oil tp still x hilang.. Start ambil GLA COMPLEX untuk bantu dalam masalah senggugut.. Tp resultnya dapat triple.. Senggugut hilang, rekahan di tumit pun hilang.. Paling best, kalau sebelum ni kulit kering & kusam, now dah makin sihat & glowing.. Keluar rumah sekarang dah tak perlu touch up.. Lebih yakin keluar dgn bare face.. SAY NO to make up! ^_~

The Latest Me.. Gambar semalam.. With no make up & no filter.. Cuma apply lipstik collagen sebab bibir kering.. Kualiti gambar kurang memuaskan sebab snap guna henfon jer.. Harap maaf.. Hehe!

Then try pulak salah satu rangkaian skincare product dari Shaklee iaitu Enfuselle.. Utk tambahkan kelembapan & keanjalan kulit, Mieza guna Enfuselle Hydrating Moisturizer.. Kesannya? Of course kulit dah makin lembap & anjal.. Kalau nak tempek bedak kat muka pun dah tak perlu apply apa2 foundation or moistuizer, bb cream, cc cream or what so ever.. Tenyeh je terus bedak kat muka.. No more capuk2 macam raja kapur.. Haha! I loike.! Tp lebih suka bare face jer sekarang since kulit dah makin cantik.. Okay, sila penampor laju2.. ;p


Dek kerana keyakinan yang tinggi & kesan yang superb dari produk Shaklee based on previous experience consume MEAL SHAKES + ESP + B COMPLEX + GLA COMPLEX + ENFUSELLE, now add on pulak VITALEA + VITA C PLUS.. Baru lagi consume, belum sampai seminggu.. Ambil VITALEA sebab nak tambah selera makan & supaya dapat bantu gandakan energy yang dah ada sekarang.. Hehe.. Lately perasan jeans dah makin sendat.. Pastu duk bising2 kenapa ketat sangat pulak seluar ni.. Semalam gi kenduri kawen pakai satu baju kurung ni.. Pun sendat dah kain tu.. Apakah baju makin mengecut ataukah aku yang makin mengembang? Balik2 timbang tengok dah naik sekilo setengah.. Oh my! Loike banyak2 coz dah lama cuba nak naikkan berat badan tp x jalan even dah try makan macam2 vitamin dari farmasi including susu weigt gain.. Me is underweight okay.. Very tak cantik.. Try hard to get my normal weight.. Wahai badan, naiklah lagi.. Heheh..


Oh! VITAMIN C PLUS tu as antioxidant semulajadi tubuh selain dari membantu dalam kesihatan kulit,gigi,gusi & tulang..! Ehem, nak kulit gebu-halus-mulus-pinky-glowing boleh ambil Vitamin C Plus Shaklee bersama Collagen powder Shaklee.. Hasilnya dijamin superb! But Mieza belum lagi start ambil Collagen powder.. Next time In Shaa Allah akan ambil.. Tunggu result untuk VITALEA & VITA C PLUS ni dulu, nanti kita top up lagi..! Hehehe.. Nak testimoni untuk 2 produk ni? Kita tunggu Mieza consume dalam sebulan camtu dulu, nanti Mieza share ye.. ^^,


Sambil2 beli barang customer, topup untuk diri sendiri sekali.. Topup GLA COMPLEX & add on VITALEA + VITA C PLUS.. Hehe..

P/S : This is my very own testimony on Shaklee supplemets which I consumed. Different people may have different effect based on your body condition.. Ada orang kesan dia lain.. Ada yang cepat & ada yang lambat.. Macam Mieza sendiri, badan maybe terlalu banyak toksin so dalam 2 bulan macam tu baru dapat lihat kesan.. Certain people dalam 2 minggu dah boleh nampak kesan.. So, nak dapat efek yang best kena sabar & konsisten ambil ye.. Jangan makan sebotol dua dah surrender.. Peace! ^_~


Berminat untuk cuba & rasai sendiri kehebatan suplemen Shaklee? Sila hubungi Mieza anytime & anywhere.. I'll do my best to give you the best consultation + best price.. In Shaa Allah.. =)



NOTE : Pembelian sebelum 31 DISEMBER 2013 akan mendapat peluang cabutan bertuah JONGKONG EMAS 999! Pssst! 1 item, 1 peluang.. 2 items, 2 peluang.. So nak lebih peluang, belilah lebih banyak item!!! Sempoiiii..!!



Read More

Wednesday, 25 December 2013

Nestle Yogurt Italiano Love SauceEgg Sandwich & Fusion Yogurt Smoothies

**SPONSORED POST : Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP)**
***Sticky Post Until 25th DECEMBER 2013***


A. Nestle Yogurt Italiano Love SauceEgg Sandwich

Bahan-Bahan :
  • 2 keping roti
  • 1 batang sosej (perisa Italiano)
  • 1 biji telur (saiz C)
  • 1 keping keju
  • Mentega
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Daun salad
  • Tomato
  • Kacang panggang
  • Nestle Natural Set Yogurt
  • Pencungkil gigi
  • Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :
  1. Rebus sosej selama lebih kurang 5 minit. Kemudian toskan. Belah di tengah-tengah bahagian sosej dari hujung dan tinggalkan sedikit bahagian hujung yang lagi satu untuk dibentukkan menjadi bentuk hati seperti di dalam gambar di atas.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali tak melekat (non-sticky pan). Masukkan sosej yang telah dibentuk menjadi bentuk hati ke dalam kuali yang telah panas. Pecahkan sebiji telur dan tuangkan ke dalam sosej tersebut. Goreng dengan api perlahan sehingga masak.
  3. Bakar 2 keping roti selama lebih kurang 2 minit dengan menggunakan pembakar roti.
  4. Sapukan mentega ke atas kepingan roti yang telah siap dibakar.
  5. Kemudian sapukan Nestle Natural Set Yogurt sebagai lapisan kedua.
  6. Susun kepingan keju, daun salad dan hirisan tomato ikut kreativiti masing-masing.
  7. Letakkan Love Shape SauceEgg (Sausage + Egg) yang telah siap digoreng di bahagian paling atas. Akhir sekali kapitkan sandwich dengan kepingan roti kedua.
  8. Hidangkan bersama kacang panggan dan siap!


B. Fusion Yogurt Smoothies


Bahan-Bahan :
  • 1 biji buah kiwi
  • 1 biji buah oren
  • 1/2 biji buah mangga
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • Sedikit gula
  • Beberapa ketul ais kiub

Cara-Cara :
  1. Bersihkan dan kupas semua buah-buahan, kemudian dipotong kecil.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan bersama Nestle Yogurt Italiano Love SauceEgg Sandwich.


Untuk maklumat lanjut tentang Nestle Natural Set Yogurt & rangkaian produk-produk Nestle yang lain atau nak cuba resepi-resepi lain, bolehlah ke :-
Banyak lagi produk Nestle yang korang boleh cuba untuk dijadikan rencah dalam masakan.. Lazat & menyelerakan gitu.. Sihat pun sihat! ^_~ 




NOTE : Resepi ini sesuai dijadikan menu sarapan untuk seisi keluarga. Ianya sihat dan mengenyangkan. Selamat mencuba! ^_^


Read More

Monday, 23 December 2013

Omega Guard Shaklee Untuk Jantung Sihat!

Omega Guard Shaklee Untuk Jantung Sihat! | Selamat tengahari warga blogger! Bersiaran lagi tengahari ni.. Hehe.. Hari ni nak cerita sikit pasal kelebihan Omega Guard Shaklee memandangkan bulan ni bulan promosi untuk Omega Guard.. 

Pertama sekali, Omega Guard Shaklee sangat bagus untuk kesihatan jantung kita.. Sekarang ni Mieza sangat2 menjaga kesihatan dalaman diri terutama sekali yang melibatkan kesihatan jantung. Jantung ni ibarat enjin kita.. Enjin mati, kita pun gol! Macam kereta jugak.. Kita paling jaga bab enjin kereta kan? Tapi kereta untung lagi, enjin rosak boleh ganti baru.. Tapi kalau jantung? Padam jer jantung, kita pun turut padam sekali.. Nau'zubillah..

Kesihatan jantung bukan sahaja boleh terganggu akibat pemakanan yang kurang sihat, gaya hidup yang kurang sihat juga boleh melemahkan fungsi jantung.. Antaranya amalan merokok, kurang rehat, dan tekanan di tempat kerja.. So, jangan terlalu kuat bekerja sehingga badan kita tidak mendapat cukup rehat.. Limitkan tempoh bekerja kita.. Selebihnya, gunakan waktu yang ada untuk release segala stress & berehat secukupnya..

Pelihara & sayangilah JANTUNG kita.. Amalkan gaya hidup sihat, kurangkan stress di tempat kerja mahupun di rumah, dapatkan rehat yang cukup, kurangkan pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi, lakukan senaman ringan sekurang2nya 15-20 minit setiap hari, amalkan pemakanan yang sihat, berhenti merokok..!!!



Dapatkan suplemen semulajadi untuk kesihatan jantung yang selamat untuk anda, pasangan anda, anak2 anda, dan seisi keluarga. Apa yang anda dan keluarga anda perlukan adalah Omega Guard Shaklee.. Semua patut ambil suplemen ni.. Ianya bukan sahaja membantu memelihara kesihatan jantung kita, malahan turut memberikan kelebihan2 lain termasuk :- 

  • Membekalkan asid lemak penting yang diperlukan oleh badan iaitu Omega 3 yang tidak dapat dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita.
  • Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS(senggugut), bagi kulit licin dan kemerah-merahan
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Merendahkan kolesterol
  • Menghindar pembekuan darah di dalam badan
  • Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin di dalam perut ibu
  • Membantu perkembangan memori – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina
  • Kandungan DHA di dalam Omega Guard juga meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • Mencegah penyakit Alzheimer
  • Memelihara penglihatan dan pendengaran
  • Mencegah migraine
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
  • Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang
  • Menentang kanser – Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru , payudara, prostat dan kolon
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi dan mencegah gout dengan effective
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan


Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


Dapatkan harga promosi dengan pembelian 6 botol Omega Guard Shaklee & anda berpeluang mendapat PERCUMA sebotol lagi Omega Guard + PERCUMA Keahlian Shaklee seumur hidup + PERCUMA Penghantaran Seluruh Malaysia + BONUS TUNAI terus ke akaun anda !!!




Takkan rokok boleh beli, tapi suplemen untuk anak isteri tak mampu nak beli ye tak? Rokok sekarang ni sekotak koman2 RM10++.. Sekotak paling lama pun boleh tahan dalam 3 hari jer.. Kadang 2 hari dah licin.. Kalau yang very heavy smoker tu pulak, sekotak tu tahan sehari jer.. Kalau sebulan? Darablah sendiri ye.. Apalah salahnya belanjakan sedikit duit yang ada tu untuk dapatkan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan diri sendiri, anak, isteri & ibu bapa.. =)







NOTE : Bila kita berlari, JANTUNG kita jalan.. Bila kita berhenti, JANTUNG kita masih jalan.. Bila kita tidur, JANTUNG kita tetap jalan.. Tapi bila JANTUNG kita berhenti, siapa pula yang akan jalan?? Fikir2kan dan renung2kanlah..


Read More

Wednesday, 18 December 2013

Cenderamata Dari Blogger Kathy R'Bain

Cenderamata Dari Blogger Kathy R'Bain | Petang semalam husband nak keluar jumpa client.. Sebelum keluar sempat pulak dia pergi cek peti surat.. Tengok2 atas nama Mieza.. Mula2 ingat kad jemputan kahwin.. Tapi macam pelik pulak sebab rasanya takde pulak member or kenalan Mieza mintak address nak pos kad kahwin..

Belek punya belek nampak kad belakang sampul surat tu tulis "TOP KOMENTATOR CHK".. Bertambah-tambah pelik.. Bila buka rupanya dari sis +Kathy R'bain penulis blog Coretan Hati Kathy.. Baru jer semalam umumkan sis Kathy berjaya teka Apa Yang Baru dalam entri lepas, tup2 sampai pulak cenderemata dari sis.. Ahaks! Macam acara bertukar-tukar cenderemata lah plak..


Dapat penanda buku hasil ciptaan sis Kathy sendiri.. Tapi sayang renyuk2 sikit sebab sampul macam terlipat.. Entah apala incik posmen buat sampai renyuk habis hadiah orang.. Huhu.. Apa pun, still elok & boleh guna.. Nanti nak tebuk, pastu buh riben.. Leh guna buat penanda buku note.. Hikhik! Btw, terima kasih yang tak terhingga buat sis Kathy atas cenderemata ni.. Susah2 jer.. 

Tapi kan, rasanya takde pulak sis mintak alamat ngan Mieza kan? Cemana leh dapat alamat ni ekk? Hehe.. Ke sis pernah mintak tapi Mieza yang tak ingat? Huhu.. Kena makan Omega banyak2 nih bagi tak mudah lupa.. Hehe.. Sekali lagi terima kasih buat sis Kathy atas cenderemata ni.. ^^,



NOTE : Rezeki berblog semakin lebat sejak 2 menjak ni.. Alhamdulillah.. :-)


Read More

Tuesday, 17 December 2013

KUTU PERLA COFFEE..!

KUTU PERLA COFFEE..! | Selamat petang! Kencang pulak update blog hari ni.. Hehe.. Alhamdulillah, free dah sikit.. So, bolehla mengadap blog.. Japgi nak bloghoping plak.. Rindu dah ngan blog kawan2.. Sebelum tu Mieza nak ajak siapa2 yang berminat untuk join KUTU PERLA COFFEE ni dulu.. Hehehe..


Kutu ni terbuka kepada 10 orang sahaja.. Pembayaran sebanyak RM20 seminggu.. Setiap peserta yang join akan dapat 3 kotak Perla Coffee.. Satu kotak tu ada 20 sachet.. So,tahan la untuk 2 bulan kan kalau ambil 1 sachet sehari.. Pembahagian akan dilakukan setiap minggu.. Means, kutu akan berjalan selama 10 minggu.. =)
Sedikit info tentang PERLA COFFEE :-


Perla Coffee adalah salah satu kopi untuk mencerahkan kulit dan seluruh tubuh badan dengan cepat dan efektif. Proses pemutihan berlangsung dari kepala hingga ke kaki yang bermakna anda akan mendapat warna kulit yang putih/cerah yang sekata di seluruh tubuh anda.


Perla coffee juga membantu merawat kulit bermasalah seperti kulit berjerawat, jeragat, parut -parut lama dan juga masalah kulit yang menghantui anda. Hasil dapat dilihat selepas seminggu mengamalkan Perla Coffee. 


Antara Kebaikan Perla Coffee ✿ Melembut dan menghaluskan tekstur kulit.✿ Kulit kelihatan lebih gebu, bersinar dan sempurna tanpa cela (flawless)✿ Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1- 2 minggu.✿ Memulihkan kulit berparut dan bermasalah✿ Menjadikan kulit lebih anjal serta lembap.✿ Mengurangkan kedutan dan garis halus✿ Mengecilkan liang pori✿ Meningkatkan sistem imunisasi badan.✿ Mengatasi masalh jerawat dan jeragat.


Bahan- bahan Utama Dalam Perla Coffee
 Serbuk Mutiara 

MUTIARA dipercayai berkhasiat untuk kecantikan sejak ribuan tahun lalu. Para Maharani China menggunakan dan meminum serbuk mutiara sementara Ratu Cleopatra memanjakan diri dengan mandi susu yang dicampur serbuk mutiara. Kelebihan serbuk mutiara ialah melembap, mencerah serta menghaluskan kulit. 

 Glutathione
GLUTATHIONE sudah terbukti secara saintifik oleh ahli perubatan dapat mencerahkan kulit sekiranya diambil secara berterusan. Pengambilan glutathione secara berterusan akan membuatkan kulit semakin cerah dan putih. Ianya juga dapat membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Glutathione juga merupakan agen pembuang toksin yang paling berkesan.

 Asid Hyaluronik
ASID HYALURONIK adalah salah satu rahsia penjagaan muka selebriti di dunia hiburan, ianya diperlukan untuk menentang kedutan atas kulit muka. Asid Hyaluronik memainkan peranan penting ke atas kulit kerana ianya akan mula hilang bermula umur 25 tahun yang menyebabkan kelembapan kulit juga berkurangan. Asid Hyaluronik membantu menganjalkan kulit serta menghalang penuaan. 

Kenapa & Bagaimana Serbuk Mutiara Bertindak?✿ Mudah diserap oleh kulit & badan✿ Mengandungi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B kompleks, polisakarida & sedozen mineral - Kandungan yang paling bermanfaat: 20-22 jenis asid amino, termasuk 10 EAA (bahan pembinaan utama organisma hidup)✿ Asid amino: fungsi spesifik. Kekurangan mengakibatkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien, tua & berkedut


Kegunaan Perubatan Cina Tradisional✿ Mencegah penuaan kulit✿ Membersihkan kulit✿ Menanggalkan kesan bintik akibat usia tua pada kulit✿ Memudakan kulit wajah✿ Menyahtoksikkan sistem badan✿ Menyingkirkan haba berlebihan daripada badan✿ Menenangkan minda & meringankan tekanan✿ Memberi tenaga / merangsang Qi badan✿ Mengatur semula metabolisme badan✿ Mengurangkan kegelisahan✿ Menenangkan hati✿ Merawat sakit kerongkong✿ Mengurangkan demam ✿ Membetulkan sistem saraf✿ Memperbaiki penglihatan✿ Merawat insomnia✿ Memperbaiki libido seksual di kalangan lelaki✿ Meringankan kekejangan hasil daripada angin dalaman✿ Berkesan bagi ketakutan, keresahan, palpitasi & insomnia✿ Mempercepatkan pembentukan tulang & kepintaran bayi


Bagi peminat tegar coffee tu mesti cuba Perla Coffee ni.. Mieza ni sebenarnya minat coffee tapi disebabkan kebanyakan coffee kat luar sekarang ni tersangatlah tinggi kandungan kafein dia, so Mieza terpaksa tolak.. Cafein is bad for orang yang migraine macam Mieza ni.. Kepala Mieza tak tahan.. Confirm kena migrain lepas tu..


Tapi Perla Coffee ni lain sikit.. It's 100% FREE from cafein..! That's why la Mieza berani nak cuba ni.. Hehe.. Oh ya! Mieza pun baru nak cuba coffee ni tau.. So, tak boleh nak review lagi.. Nanti dah cuba, Mieza review ye.. Kutu ni kawan Mieza yang organize.. Mieza just tolong cari orang nak join jer.. Mieza pun join ler sekali.. Ahaks! Mana tau kombinasi suplemen Shaklee & Perla Coffee ni boleh buat badan lagi sihat, cergas & bertenaga kan.. Hehe..


Sekarang ni tinggal lagi 7 kosong.. So, sape nak join sila Pm/Viber/Whatsapp Mieza laju2 ye (019-5327438).. Kat bawah ni no giliran yang still available.. Boleh pilih nak nombor berapa.. Mieza akan update setiap kali ada penambahan penyertaan.. Siapa cepat dia dapat! ^_~


1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |10




NOTE : Lepas ni maybe Mieza akan buka kutu untuk produk Shaklee plak.. Agak2 ada yang berminat tak? =)


Read More

Jawapan Teka Apa Yang Baru..

Jawapan Teka Apa Yang Baru.. | Selamat pagi semua.. Alhamdulillah, mood laptop tengah baik.. Jadi, boleh la update blog lagi hari ni.. Harapnya2 mampu bertahan lebih lama.. Banyak lagi kerja tergendala yang nak kena pick up ni.. 2 minggu berlalu, blog masih lagi kosong tanpa entri yang sepatutnya.. Erm..

Ok, lupakan sebentar pasal kerja.. Sebentar je ye, tak boleh lelama.. Kang apa pun tak jalan.. Huhu.. So, bagi menjawap persoalan yang bermain di minda mereka yang rajin meninggalkan komen & berusaha untuk cari jawapan dalam ENTRI INI, hari ni Mieza bagitau ler jawapannya.. 


Jawapannya Watermark baru! Dalam 7 orang yang tinggal komen, hanya sorang jer yang dapat teka dengan betul. Biasa orang macam ni, dia ni jenis detail.. Sebab tu mata dia boleh perasan. Hehe.. Jom kita tengok siapakah insan bermata tajam itu????
Tahniah sis +Kathy R'bain kerana berjaya meneka dengan tepat! Sebenarnya Mieza sengaja jer tak letak tajuk tu segmen or contest.. Nak tengok, siapa yang ikhlas meneka & rajin komen.. Sebab biasa kalau kita buat segmen & ada hadiah, kompem ramai jer yang tak pernah2 singgah pun tetiba rajin menyinggah.. Itu tektik ye.. Hehe.. So, kepada sis Kathy, nanti PM details kat FB ea.. Nak Whatsapp pun boleh.. Ada cenderahati sikit untuk sis.. =)

Kepada yang tak berjaya tu, jangan kecik ati plak ye.. Next time Mieza keluarkan lagi entri macam ni.. Sila take note, jangan tertipu dengan tajuk.. Maybe Mieza akan buat segmen or maybe just a simple entri macam ni.. Sape bernasib baik, dialah yang kena.. Oleh itu, rajin2lah jenguk blog picisan Mieza ni ye.. Mana tau dapat trial pack produk Shaklee ke.. Sebelum tu apa kata, korang berkenalan dengan sis +Kathy R'bain  ni dulu.. Tak rugi pun tambah kenalan sesama blogger ni kan.. -Blog Coretan Hati Kathy- ^^,




NOTE : Hutang blogwalk lagi.. Sekarang Mieza utamakan blog2 mereka yang singgah tinggal komen jer dulu.. Yang dalam bloglist tu kena tunggu Mieza betul2 free baru boleh diterjah.. Kena setelkan kerja2 penting yang tertangguh dulu.. Cepat atau lambat, blog anda semua pasti tetap Mieza terjah.. In Shaa Allah.. 


Read More

Monday, 16 December 2013

Flower Brooch From Lovely Customer..^_^

Flower Brooch From Lovely Customer..^_^ | Sabtu lepas sempat buat penghantaran barang2 Shaklee untuk customer yang repeat order.. Dari customer biasa, now dah jadi registered Shaklee member.. Alhamdulillah, dengan Shaklee ni tak perlu susah payah nak meroyan cari ahli untuk daftar.. Setakat ni, yang berdaftar dengan Mieza semua datang secara sukarela untuk register sebagai ahli.. Majoriti asalnya dari pelanggan yang order & consume produk2 Shaklee.. Bila dah rasa sendiri keberkesanan produk2 Shaklee ni, dengan sendirinya hati mereka terbuka untuk terus mendaftar.. ^_^


Customer a.k.a anak Shaklee Mieza yang baru ni sangatlah sopan santun budaknya.. Jumpa2 terus salam cium tangan.. Alahai, rasa awkward pulak tetiba pelanggan cium tangan ni haih.. Hehe.. Terasa tua benor pun ado.. Alalala. Paling tak sangka, sempat pulak dia bagi cenderahati untuk Mieza.. =)


Dapat cenderahati berbentuk flower brooch yang sangat comel! ^_^ Pink colour lagi..! I loikee..! Thanks sangat2 kepada my lovely cute lil sister yang sangat baik hati bagi brooch ni.. Akan pakai nanti..! Tunggu tudung baru sampai dulu.. Hehehe..


Psst! Sekarang dah start berjinak2 balik dengan tudung bawal.. Semuanya gara2 pengaruh geng2 keras dalam group Whatsapp.. Katanya nampak awet muda pakai tudung bawal compared to tudung express.. Huhu.. Aku ni sejak 2,3 menjak ni asyikla duk sarung syria plain tu ha.. Tak hitam, coklat.. Tak coklat, kelabu.. Tu je la yang duk sarung hari2.. Haha! Kaler lain ada, tapi singkat gatung.. Zaman2 pakai tudung singkat dah berlalu.. Sekarang nak cuba berhijab dengan lebih sempurna.. In Shaa Allah..


Ada lagi entri hadiah dari mak Shaklee.. Dah lama dapat, tapi belum berpeluang nak tempek kat blog.. Maklumla, laptop ni ada time2 dia.. Kejap ok, kejap ko.. Sabor jer la.. Huhu.. Tunggu Mieza godek2 camera dulu ye.. Hehehe.. Till then, chiow! ^_~






NOTE : Entri sebelum ni, Mieza suh teka apa yang baru kan? Ada sorang jer yang perasaan.. Tajam sungguh matanya.. Heheh.. Nanti Mieza umum siapakah gerangan yang bermata tajam tu ye.. =)



Read More

Friday, 13 December 2013

Apa Yang Baru?

Apa Yang Baru? | Selamat hari Jumaat warga blogger..! Hari ni mesti semua tengah duk bersenang hati kan? Yela esok kan cuti.. Mieza plak tak berapa nak senang hati.. Sebab banyak benda bakal berubah tak lama lagi.. Erm.. No words can describe my situation right now..

Erm.. Abaikanlah dulu pasal perkara remeh tu.. Nanti pikir balik.. Hari ni saje nak menghidupkan balik blog yang dah start tenggelam timbul ni. Kejap ada kejap takde, macam biskut plak.. Dari terbiar sunyi, ada baiknya taip satu dua patah kata walaupun ntah apa motif aku menaip hari ni..


Entri kosong tanpa pengisian.. Haha! So, apa yang baru tu ye? Cer teka? Klu dah terpampang depan mata.. Oh ya! Gambar kat atas ni extracted from google ye.. Not my pictures.. Sajer ngetest.. Haha! Ha, tu klu lagi satu..


Selamat berteka teki teka tekuk semua! ^_^


Read More

Thursday, 12 December 2013

Kenali Simptom Penyakit Atau Kesan Pengambilan Suplemen/Ubatan Melalui Warna Urin

Kenali Simptom Penyakit Atau Kesan Pengambilan Suplemen/Ubatan Melalui Warna Urin | Hari Khamis minggu kedua Disember.. Alhamdulillah, hari ni dapat online dengan gembira guna lappy hubby.. Software2 yang perlu semua dah install & dah boleh guna Google Chrome untuk surf internet.. Sebelum ni guna Internet Explorer, adalah sangat bermasalah + stress nak upate blog.. Asyik hang jer.. Hari ni dah boleh taip laju2 tanpa gangguan snagkut2 lagi.. Hehehehe..

Back to topic of the day, "Kenali Simptom Penyakit Atau Kesan Pengambilan Suplemen/Ubatan Melalui Warna Urin".. Ramai yang mengadu warna urin mereka berubah ke kuning cerah bila ambil suplemen Shaklee.. Sebenarnya bukan setakat pengambilan suplemen Shaklee sahaja yang buat warna urin kita berubah. Warna urin turut boleh berubah dengan pengambilan ubat2an lain serta mungkin juga menunjukkan antara simptom penyakit yang kita alami.. Adalah bagus untuk kita mengenali warna urin dan simptom yang datang bersamanya.. So, hari ni Mieza nak ajak korang semua untuk sama2 kenal warna urin kita, so that kita tau kenapa warna urin kita berubah..

WARNA URIN & SIMPTOM-SIMPTOMNYA :-

  • KUNING PUCAT - Warna urin normal.
  • KUNING CERAH - Warna urin akibat pengambilan Vitamin B Complex
  • KUNING GELAP - Dehidrasi atau kesan pengambilan Vitamin B Complex
  • OREN - Dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
  • KECOKLATAN - Pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
  • KERUH - Jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
  • KEMERAHAN - Jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
  • KEBIRUAN - Kesan pengambilan ubat-ubatan atau simptom sejenis penyakit yang dinamakan sebagai 'Blue Diaper Syndrome'

Hari ni kita dah tau serba sedikit info berkenaan warna urin dan simptom2nya.. So, lepas ni kalau berlaku perubahan warna pada urin kita tu jangan lah panic sangat.. Cuba kenal dulu.. Normally if warna urin dalam range kuning ke oren tu selalunya sebab pengambilan ubatan atau pun vitamin2 tertentu, & juga disebabkan badan kita kekurangan air (dehidrasi).. So, minum air putih banyak2 ea.. Tapi jika selain daripada tu, ada something wrong somewhere la tu.. Better pergi buat check up cepat2..

Source Extracted From Google

Okaylah, jumpa di next entri plak k.. Tu pun kalau lappy ni tak meragam.. Pssst! Actually taip entri ni pagi tadi lagi dah.. Tapi lappy ni meragam lagi.. Tengah2 taip tetiba skrin macam pecah2, lepas tu terus tukar ke sleep mode.. Suka2 dia jer nak sleep2 time orang tengah wat keje.. Sabo jela.. Sudahnya, petang jugak baru terpublish.. Ni pun laju2 sambung taip takut lappy tdo balik.. Haish.. 




NOTE : Gambar takde kena mengena.. Haha! Macam comel jer tapak kaki tu.. Terus tempek kat sini.. Bahahahaha! 


Read More

Monday, 9 December 2013

4 Hari Tanpa Blog..


4 Hari Tanpa Blog.. | Selamat pagi warga bloggers & readers semua! 4 hari tak update blog.. Agak2 ada yang rindu tak? Huhu.. Sejak2 adapter Mr. Lappy ni meragam, memang terbatas sikit Mieza nak online, apatah lagi mengadap blog. Kalau ada pun, guna handphone jer..  Ni pun guna lappy hubby yang baru nak baik dari meragam jugak. Tak recover sepenuhnya lagi.. Tapi Mieza dah guna dulu.. Haha! Tak keruan dah rasa rindu nak berblog..



Ni pun guna IE, macam tak best jer.. Hang sana sini.. Berapa kali dah ni taip2 hang taip2 hang... Stress pulok rasa.. Haish.. Bila bekerja dari rumah & menggunakan lappy & internet sepenuhnya, agak kepayahan bila tiba2 semua rosak dalam 1 masa macam ni.. Semua aktiviti tergendala.. Tak dapek nak nolong.. Gugugu~~


Okaylah.. Setakat ni jer lah dulu update untuk kali ni.. Naik hantu pulak rasa asyik hang nih.. Argh! Apa pun tak boleh.. -.-#





Read More

Wednesday, 4 December 2013

Doa Mohon Elak Banjir

Doa Mohon Elak Banjir | Alhamdulillah, masih berpeluang update. Lappy dah nazak sangat dah.. Adapter terbakar.. Nasib ada adapter dari lappy MIL ni.. Kebetulan plak ngam2 size kabelnya.. Sempat la cas lappy ni & update blog jap.. Huhu..


Terkini keadaan banjir yang melanda pantai Timur terutamanya Pahang & Terengganu makin teruk & membimbangkan.. Johor pun teruk jugak kan? Sedih teringatkan nasib ahli keluarga kat sana. Niat nak balik kampung terpaksa ditangguhkan since semua jalan dah ditutup.. Duduk kat umah ni hati tak tenteram bila fikir keadaan mangsa2 banjir kat sana.. Tambah menyedihkan bila pusat2 pemindahan pun turut sama dinaiki air.. Dan terkini dengar khabarnya Kemaman dah isytihar darurat.. Hanya mampu berdoa agar keadaan di kawasan2 yang dilanda banjir ni segera surut & semoga tiada insiden yang meragut nyawa berlaku.. T_T


Sedih tengok keadaan di sana lebih2 lagi yang ada anak kecil & org2 tua.. Tu yang kita nampak.. Bagaimana pula nasib haiwan2 yang dilanda banjir? Bila tengok anak2 bulus kat umah ni, sedih sangat terkenangkan nasib2 haiwan di sana.. Apalah jadi kat haiwan2 tu.. T_T


Jadi di kesempatan ni, Mieza nak mintak jasa baik semua untuk sama2 doakan agar keadaan di sana kembali pulih secepat mungkin.. Semoga semuanya selamat & baik2 saja di sana..






NOTE : Setiap detik hati gundah gulana menantikan perkembangan keadaan di sana.. T_T


Read More

Monday, 2 December 2013

Amaran Cuaca (Hujan Lebat)!

Amaran Cuaca (Hujan Lebat)! | Amaran hujan lebat peringkat JINGGA telah dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia di mana hujan lebat ini dijangka berterusan sehingga ke hari Rabu. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan2 rendah di Kemaman..


Jalan di Jambatan (Sungai Teladas) Kg. Teladas Kemaman telah ditutup untuk semua kenderaan. Jambatan kecil di jalan Ibok kepada kenderaan ringan sahaja. 

Antara Peta Kawasan Yang Telah Mula Dinaiki Air :-
[02-12-2013]

Kg. Teladas
Kg. Darat Air putih
Kg. Paman
Kg. Sungai Pinang
Kg. Sungai Musang
Kg. Yak Yah / Pondok Pasir / Bukit Takar
Kg. Padang Kubu
Kg. Batu Putih
Kg. Pengkalan Pandan
Kg. Fikri
Kg. Mak Chili / Kg. Air
Kg. Bukit Mentok
Kg. Tempurung



Kawasan pantai Timur skang dah masuk musim tengkujuh.. Statement kat atas ni Mieza petik dari group Whatsapp geng2 dari Kemaman & Kerteh.. Dengar khabarnya hujan kat sana dah 2,3 hari tak berhenti.. Angin bukan main kencang. Hari ni dah start naik air.. Kg. Fikri tu kawasan umah kakak2 Mieza.. Risau pun ada.. Semoga tak jadi macam tahun lepas.. Satu bandar Kemaman ditenggelami air masa tu.. Umah kakak2 Mieza pun tak terkecuali kena banjir for the first time.. Betul2 dalam sejarah..

Siapa lagi rakan2 blogger yang tinggal di pantai Timur ye? Harap dapat berkongsi keadaan cuaca di tempat masing2.. My family semua kat sana.. Me & one of sister jer duk luar dari Terengganu.. Harap segalanya dalam keadaan terkawal & selamat..




NOTE : Asal masuk musim tengkujuh jer, hati rasa tak tenang fikirkan keluarga di kampung.. Semoga semuanya selamat.. T_T



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com