Nestle Yogurt Italiano Love SauceEgg Sandwich & Fusion Yogurt Smoothies

by - 1:35:00 pm

**SPONSORED POST : Nestle Natural Set Yogurt - Blogger Recipe Challenge (PPP)**
***Sticky Post Until 25th DECEMBER 2013***


A. Nestle Yogurt Italiano Love SauceEgg Sandwich

Bahan-Bahan :
  • 2 keping roti
  • 1 batang sosej (perisa Italiano)
  • 1 biji telur (saiz C)
  • 1 keping keju
  • Mentega
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Daun salad
  • Tomato
  • Kacang panggang
  • Nestle Natural Set Yogurt
  • Pencungkil gigi
  • Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :
  1. Rebus sosej selama lebih kurang 5 minit. Kemudian toskan. Belah di tengah-tengah bahagian sosej dari hujung dan tinggalkan sedikit bahagian hujung yang lagi satu untuk dibentukkan menjadi bentuk hati seperti di dalam gambar di atas.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali tak melekat (non-sticky pan). Masukkan sosej yang telah dibentuk menjadi bentuk hati ke dalam kuali yang telah panas. Pecahkan sebiji telur dan tuangkan ke dalam sosej tersebut. Goreng dengan api perlahan sehingga masak.
  3. Bakar 2 keping roti selama lebih kurang 2 minit dengan menggunakan pembakar roti.
  4. Sapukan mentega ke atas kepingan roti yang telah siap dibakar.
  5. Kemudian sapukan Nestle Natural Set Yogurt sebagai lapisan kedua.
  6. Susun kepingan keju, daun salad dan hirisan tomato ikut kreativiti masing-masing.
  7. Letakkan Love Shape SauceEgg (Sausage + Egg) yang telah siap digoreng di bahagian paling atas. Akhir sekali kapitkan sandwich dengan kepingan roti kedua.
  8. Hidangkan bersama kacang panggan dan siap!


B. Fusion Yogurt Smoothies


Bahan-Bahan :
  • 1 biji buah kiwi
  • 1 biji buah oren
  • 1/2 biji buah mangga
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar Nestle Natural Set Yogurt
  • Sedikit gula
  • Beberapa ketul ais kiub

Cara-Cara :
  1. Bersihkan dan kupas semua buah-buahan, kemudian dipotong kecil.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan bersama Nestle Yogurt Italiano Love SauceEgg Sandwich.


Untuk maklumat lanjut tentang Nestle Natural Set Yogurt & rangkaian produk-produk Nestle yang lain atau nak cuba resepi-resepi lain, bolehlah ke :-
Banyak lagi produk Nestle yang korang boleh cuba untuk dijadikan rencah dalam masakan.. Lazat & menyelerakan gitu.. Sihat pun sihat! ^_~ 




NOTE : Resepi ini sesuai dijadikan menu sarapan untuk seisi keluarga. Ianya sihat dan mengenyangkan. Selamat mencuba! ^_^


You May Also Like

10 Silent Hunter's Footprints

  1. wowo sponsor post.. comel betol sosej jadi bentuk love

    ReplyDelete
  2. wah sponsor post dr nuffnang ye...tahniah

    ReplyDelete
  3. Salam, wahhhh, nampak sedap. kena try ni. hehehe. ida pon buat sponsored post. buat Tom Yam Udang. hehehe. jemput singgah :)

    http://sayaiday.blogspot.com/2013/12/nestle-natural-set-yogurt-tom-yam-udang.html

    ReplyDelete
  4. thanks sharing resepi yer mieza.... =D

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt sponsored post. Good luck.

    ReplyDelete
  6. sedapnya smoothies tu. terliur ..hihi :)

    ReplyDelete
  7. kawan kite pon join post yogurt ni. huhuhu. nampak menyelerakan la sosej love tu. i loikeee. hihihi

    ReplyDelete
  8. Wah tahniah mieza.. terpilih yer untuk nestle nie.. nnti akak try buat guna resepi mieza nie,, =D

    ReplyDelete
  9. sponsored post gitu..sedapnya.bolehlah try nanti :)

    ReplyDelete