Blogger templates

Wednesday, 29 January 2014

ALFALFA PENAWAR SEMBELIT

ALFALFA PENAWAR SEMBELIT Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat.. Semasa proses pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru dan hati.. Jika kita berusaha untuk membersihkan badan kita tetapi membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula ke dalam sel badan kita & badan akan mula dipenuhi toksin..


Badan yang dibebani dengan kandungan toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti penghadaman yang tidak sempurna, sembelit, kembung perut, kelesuan, berat badan naik, keadaan kulit yang tidak sihat, tekanan mental, tidur yang tidak lena, ruam kulit, sakit tekak, daya tumpuan lemah, sakit kepala, mulut berbau, tahap glukos darah yang tidak seimbang, mukus berlebihan dan badan berbau.. Pengamal perubatan semulajadi percaya bahawa simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi..




Berikut adalah sedikit perkongsian dari seorang SID yang juga pengamal Alfalfa Complex Shaklee.. Jom ikuti ulasan beliau..

"..Sesetengah orang beranggapan kalau tak qadha hajat adalah satu kebiasaan.. Itu yang mai toksin & segala macam penyakit tuh.. Resdung, alahan & segala macam penyakit kulit, semua dok hinggap.. Di usia 30-an ni, baru lah Ibu beroleh ilmu tentang semua nih.. Terus terang Ibu katakan, masa zaman anak dara, Ibu memang susah qadha hajat.. Tu yang resdung tuh.. Tapi doktor2 perubatan tak pulak cerita & educate kita pasal benda2 nih bersangkutan ngan masalah jamban kita, KAN???

..Bukan nak salahkan doktor.. Dah depa ngaji untuk rawat penyakit!!! Bukan mencari punca penyakit.. Tapi lepas bersalin, alhamdulillah boleh tahan.. Bila amik vitamin dari Cery, bertambah2 ok.. Halus n licin ja..

..Kalau nak diikutkan dalam diet pemakanan kita seharian, memang serat n air kita kurang.. Dah lah serat kita kurang, tak seimbang pulak, KAN??? Dah tuh, kalau nak diikutkan sehari kita ni kena makan 5 warna sayuran.. Mampu ka kita nak telan semua tuh? Jangan kata mampu, warna pun tak cukup.. Tuh belum kira pengambilan air sehari 2 liter!!! Bilamana pengambilan makanan kita tak seimbang, maka bekalan darah kita yang sepatutnya menjadi kenderaan kepada pengedaran zat2 n nutrien2 lebih banyak membawa toksin dan racun2 keseluruh anggota badan.. Kesian badan kita.....

...Bilamana kita tak qadha hajat, badan kita menyerap air dari usus kita.. Makin banyaklah poket2 dalam usus yang simpan kita punya sisa2 makanan.. So, lagilah bertambah toksin dalam badan.. Toksin tu baru dari najis.. Belum lagi dikira dari pemakanan yang berasid.. Pemakan hari ni banyak yang berasid.. Kalau nak sihat macam nenek kita dulu, kita kenalah banyak minum air yang beralkali, makanan yang beralkali.. Cuba kita tengok & ingat2 balik.... Nenek2/tok2 kita dulu, bila minum air, mesti kena pi cedok air telaga/perigi.. Bila makan, mesti berulam ngalahkan kambing.. Nak compare ngan kita la ni, penuh ngan bahan pengawet, perasa tambahan, pewarna tambahan dll. Sebab tu lah pengambilan makanan tambahan & vitamin2 ni penting...."
---Ulasan ni COPY PASTE je ye.. Bukan rekaan atau dongengan yang Mieza reka..----


Tapi memang betul, makanan kita zaman skang ni penuh ngan bahan2 pengawet & perisa tiruan.. Fast food jangan cakaplah kan.. Bersepah dah skang.. Tinggal order & ngap jer.. Ish2! sangat tak sihat.. Tapi Mieza sendiri pun makan gak.. Huhu..

So, kesimpulannya.. Apa jua pun yang kita makan, pastikan kita detox balik segala toksin2 yang memudaratkan badan kita tu.. Antara cadangan yang Mieza boleh cadangkan ialah ALFALFA & HERBLAX..



Jom amalkan pemakanan yang sihat! ^_^



7 comments:

  1. deqla sendiri pun byk mkn makanan yg tak sihat.. ish2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. dah kena belajar kurang2kan dah skang ni Deqla.. Huhu..

      Delete
  2. yumida ade order alfalfa n gla
    dlm proses melihat keberhasilannya..insha Allah
    Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    ReplyDelete
  3. de gak ckp herbalax pun utk org sembelit ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Herblax dia macam julap sis.. Memang betul2 lawaslah.. Hehe..

      Delete
  4. Alfafa nie memang terbaik.. yg dh try jer tahu bertapa bestnya alfafa nie..hehehe

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com