Semangat Yang Hilang..

by - 6:23:00 pm

Semangat Yang Hilang.. | Assalamualaikum & selamat petang semua.. Alhamdulillah, sempat mengadap blog jap petang ni.. Dua tiga hari ni rasa kurang best jer.. Selera makan hilang.. Buat apa semua pun rasa tak best.. Huhu.. Semangat makin menghilang.. Prestasi pun sedikit merudum bulan ni.. T_T

Lepas ni akan kembali PJJ dengan encik suami.. So, lepas ni takkan seligat dulu dah kot.. Banyak benda yang Mieza fikirkan & kena biasakan.. Selama ni Mieza banyak bergantung dengan suami.. Sebab Mieza still belum familiar dengan jalan2 kat Ipoh ni even dah masuk 2 tahun pindah ke sini.. Kalau sebelum ni if ada order sekitar Ipoh, Mieza boleh COD.. Lepas ni dah tak boleh COD lagi dah.. Pergerakan pun terbatas lah sikit.. Kat sini seriously Mieza patah kaki kalau husband xde.. Memang terperuk kat rumah jelah jawabnya.. Huhu..


Bukan tak biasa PJJ.. Sebelum ni pun setahun jugak kitorang PJJ.. Tapi masa tu Mieza kat KL, husband kat Ipoh.. Masa tu Mieza still bekerja.. Sebab sibuk keje kan, balik2 dah malam.. Siap2 tido jer terus.. Esok bangun pagi2 siap gi keje plak.. Busy bekerja.. So tak rasa sangat sunyi tu.. Now, situasinya berbeza.. Kat sini Mieza fully duk umah.. Walaupun still akan terus berbisnes, tapi rasanya akan lebih banyak masa untuk kesunyian kot since lepas ni semua order Mieza akan proses directly & fully online.. Kalau ke branch pun maybe dalam 2 minggu sekali jer.. Dependsla.. Huhu..


Lagi beberapa hari jer suami di sisi.. Hujung minggu ni dah berangkat ke KL.. Semoga dipermudahkan segala urusannya & diberi kekuatan untuk Mieza teruskan perjuangan di sini..


#I'm loosing my strength.. T_T



You May Also Like

20 Shaklee Lovers Visit

  1. kak pun PJJ mieza. kak di SP, encik suami di Ipoh. ini juga bukan pengalaman pertama. alah bisa tegal biasa. mula2 sedih lama2 oklah tu. yang penting setiap pergerakan kita mendapat izin dan redha suami..in sha Allah, kita sentiasa dalam jagaan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak.. Tapi yg bezanya akak boleh gak drive nk gi mana2.. Mieza ni takde lesen nak drive sendiri.. So, patah kaki la sepanjang husband xde ni.. Huhu..

      Delete
  2. ya Allah.. kalo deqla kat tmpt mieza x tau lah camne nk hadap tu.. mmg patah kaki la jwbnya..moga mieza dpt laluinya dgn tenang yer.. in shaa Allah dipermudahkan urusan mieza nanti...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih sudi singgah sini PearlVelvet.. =)

      Delete
  4. salam kak Mieza.. semoga terus tabah meniti kehidupan..hidup kita mmg x dpt dipisahkan dgn masalah.. be strong k kak ..chill :)))

    ReplyDelete
  5. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  6. semoga tabahkan diri. aku ngan wife aku pun PJJ gak. dan aku berharap wife tabah menghadapi dugaan. dan aku pasti suami mieza pun mesti mengharapkan benda yg sama.

    ReplyDelete
  7. sabar ye miza,,be strong..hubby tuka tempat kerja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Fae.. Ye, suami dah keje kat Putrajaya.. Huhu..

      Delete
  8. semoga mieza terus kuat dan tabah bila pjj nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah kak Mimi.. Terima kasih.. =)

      Delete
  9. owh PJJ tidak...sy xboleh klau PJJ ngn suami sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x biasa PJJ mmg sengsara la sikit.. Tp Alhamdulillah, dah boleh adapt skang.. =)

      Delete
  10. stay strong mieza.. everything will be ok.. :)

    ReplyDelete
  11. sama lah dgn zie mieza. akan patah kaki if hubby xde. bukannya hubby x bg keluar...hubby bg tp zie sendiri yg tak nak kuar. tak best jalan tanpa hubby. hehe

    ReplyDelete