Blogger templates

Friday, 14 March 2014

Renungan Pagi Jumaat..

Renungan Pagi Jumaat.. | Hari ni tak ada apa sangat nak cerita.. Just nak tempek gambar jer.. Jumpa kat FB semalam.. Mula2 baca terus sebak sorang2.. Huhu.. Betapa ibu bapa tidak pernah mengeluh & merungut walau sesaat pun walaupun penat melayan kerenah kita.. Bukan saja waktu kita kecil, tapi sampai kita besar ni pun ingatan mereka tetap tak pernah luput untuk anak2.. 
Click To Enlarge

Tetiba teringat kat mak kat kampung.. Januari lepas mak tepon wish birthday & bagitau dia ada belikan baju & seluar untuk anak dia ni.. Adiah birthday katanya.. Terharu sangat bila mak kata duit yang dibagi tiap2 bulan tak luak pun dia guna.. Sudahnya dia guna wat beli hadiah untuk kite balik.. Itulah kasih ibu.. Walaupun anaknya ni dah tua bangka & dah jadi bini orang pun, tapi still dianggap anak kecil baginya.. Layanannya, kasih sayangnya tak pernah berubah.. Miss my mom so much.. Tak sabar nak balik kampung.. T_T



#KeepOnPrayingForMH370 | #Let'sHopeForAMiracleToHappen | #AllahuAkbar

Read More

Tuesday, 11 March 2014

Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-3..

Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-3.. | Hari ni bersamaan 11 MAC 2013, genaplah usia perkahwinan kami 3 tahun.. Alhamdulillah.. Sebenarnya incik suami yang call wish dulu semalam.. Wish in advance katanya.. Kalau dia tak sebut, rasanya Mieza pun tak perasan kot.. Huhu..


Terlambat tulis entri.. Siang sibuk ke hulu ke hilir deliver barang2 customer.. Pastu balik2 dah penat.. Rehat dulu.. Malam ni baru sempat belek blog.. Ni pun taip seringkas mungkin jer sebab mengantuk sangat2 plak tetiba.. Huhu..

Masih panjang perjalanan dalam alam rumahtangga yang perlu kami tempuh.. Org kata tempoh 5 tahun pertama perkahwinan ni memang advanture sikit.. Banyak rintangan & dugaan yang perlu ditempuhi.. Dalam tempoh ni memang kena banyak2 bersabar.. Apa pun, semoga ikatan yang terbina ini akan kekal berpanjangan hingga ke jannah.. Dan tahun ni juga harapan semoga tercapai hasrat kami untuk menimang cahayamata.. Doakan kami ye semua.. =)


NOTE : Sudah 4 hari MH370 hilang tanpa dapat dikesan.. Semoga segala persoalan dapat segera dirungkai..



#KeepOnPrayingForMH370 | #Let'sHopeForAMiracleToHappen | #AllahuAkbar


Read More

Ustaz, Perempuan Simpanan Saya lebih Ramping Tubuhnya.. Tapi Isteri Saya Gemuk..

Ustaz, Perempuan Simpanan Saya lebih Ramping Tubuhnya.. Tapi Isteri Saya Gemuk.. | Kemain kan tajuk kalau boleh nak satu perenggan.. Heehuu.. Saja letak tajuk gitu, baru ramai tergedik nak baca.. Buat tajuk ilmiah2 sangat ni jarang orang nak baca betul ke idokk?? 

Jumpa ni kat FB seorang kenalan.. Rasa terpanggil untuk share kat blog ni.. Khas untuk tatapan kaum lelaki yang bergelar suami or yang bakal bergelar suami.. Kaum hawa pun boleh jugak nak baca.. Pastu nanti pakat2 forward kat hubby memasing ye.. Okaylah, tak payahlah nak melalut panjang lebar.. Silalah baca.......


Dah habis baca?? Jadi apa kesimpulan yang korang boleh buat?? Mieza malas nak simpul menyimpul ni sebenarnya.. Sebab Mieza tau yang singgah kat blog ni semuanya dah besar panjang belaka.. Seharusnya bijak menggunakan akal fikiran & menilai sesuatu..




NOTE : Janganlah terlalu menilai seseorang tu dari paras rupa mahupun fizikalnya.. Nilailah dari hatinya.. Pesanan untuk diri sendiri..




#KeepOnPrayingForMH370 | #Let'sHopeForAMiracleToHappen | #AllahuAkbar

Read More

Monday, 10 March 2014

Adakah Anda Pengguna Otak Kiri Atau Otak Kanan?

Adakah Anda Pengguna Otak Kiri Atau Otak Kanan? | Ujian otak adalah permainan yang menyeronokkan yang membantu kita mengetahui lebih lanjut tentang diri kita dan cara kita berfikir.. Tiada jawapan yang betul atau salah, ia semata-mata menguji keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan.. 


Ujian otak tidak mengukur pengetahuan seperti permainan latihan otak, dan ia tidak direka untuk perkembangan otak.. Bagaimanapun ia memberitahu kita banyak perkara mengenai otak kita; hasilnya mendedahkan kepada pengguna berapa banyak mereka menggunakan hemisfera kiri dan kanan otak..


Okay, intro tu Mieza just copy paste jer dari laman SOMMER+SOMMER Ujian Otak ni.. Mieza mmg dah tau Mieza ni lebih banyak guna otak bahagian mana.. So, saje nak test tengok result dari ujian ni sync tak ngan Mieza.. dan hasilnya.........




Yezza!!! Saya pengguna otak kiri..!!! Basically pengguna otak kiri yang paling ketara ialah kita banyak gunakan anggota badan kanan untuk melakukan aktiviti.. Contohnya menulis, makan etc.. Bagi yang kidal tu anda berkemungkinan pengguna otak kanan.. Itu dari pemahaman Mieza lah ye.. Betul ke salah tu kena tanya mereka yang lebih arif.. Hoho..!


Dari gambar, percentage Mieza cenderung guna otak kiri ialah 63%.. Boleh nampak la kan,pengguna otak kiri ni lebih cenderung buat satu2 perkara tu ikut peraturan, kewajaran, logik & butiran.. Butiran tu macam details la.. Yes! I'm a detail person.. Eheks! Banyak belajar masa ikut Program GCAP dulu pasal personaliti & kekuatan diri macam ni.. Tapi belum berkesempatan nak share kat blog.. Nanti senang2 kalau berkelapangan Mieza godek2 balik fail GCAP tu & share ngan korang ye.. ;)

So, korang kalau nak test kecenderungan korang guna otak belah mana bolehla try test kat SINI.. Takde jawapan betul or salah.. Just have fun.. Tata! ^_~



#KeepOnPrayingForMH370 | #Let'sHopeForAMiracleToHappen | #AllahuAkbar

Read More

Sunday, 9 March 2014

Pray For MH370

Pray For MH370 | Setakat jam ini masih lagi belum diketahui status sebenar kehilangan pesawat MH370.. Jadi, sama2lah kita teruskan berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk kehilangan pesawat ini.. Jangan sekali2 kita menyebarkan maklumat2 yang belum diketahui kesahihannya.. Kita perlu memikirkan sensitiviti kaum keluarga mereka yang terlibat.. Jadi kalau nak tau apa2 perkembangan berkenaan kes kehilangan pesawat MH370 ni, ikut media atau saluran yang betul berkenaan kesahihan isu ini.. 

Bagi yang beragama Islam, marilah sama2 kita berdoa agar semua penumpang pesawat MH370 berada dalam keadaan selamat & semoga ada keajaiban yang bakal berlaku.. Yakin dengan kuasa Allah, segalanya dalam pengetahuanNya.. In Shaa Allah, berkat doa kita semua segalanya akan terjawab..
Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan di bumi ini milikMU..
Apa yang berlaku adalah ketentuanMU..
Kami mohon kasih sayangMU Ya Robbi, berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang MH370 yang sedang dalam kesedihan & kedukacitaan..
Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu ditemui dan mudahkanlah untuk menemuinya..
Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan..
Aaminn..


Aminkanlah & panjangkan lah doa ini.. Sebab kita tak tahu antara mereka yang membaca dan mengaminkan doa ini, mungkin ada antara mereka doanya itu yang paling makbul.. Let's hope for a miracle to happen.. In Shaa Allah..


#PrayForMH370
Read More

Takziah Buat Mereka..

Takziah Buat Mereka.. | Dua tiga hari ni banyak betul dengar perkhabaran saudara2 kita yang diuji Allah dengan pelbagai dugaan.. Walaupun bukan dari keluarga kita, tapi tetap terasa keperitannya kerana kita semua adalah saudara seagama.. 

Bermula dengan seorang rakan blogger yang juga merangkap rakan satu sekolah Mieza dulu, Lya dari blog H.A.T.I yang ditimpa kemalangan sehingga koma & ditahan di ICU selama 4 hari, diikuti dengan berita pemergian ayahanda seorang lagi rakan blogger sis +Kathy R'bain dari blog Coretan Hati Kathy, kemudian digemparkan pula dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 yang belum diketahui status kehilangannya, & terbaru dikejutkan pula dengan berita seorang lagi rakan blogger saudara Syukri Tahir dari blog Fakta Bukan Auta yang terlibat dengan kemalangan selepas menghadiri event Sepetang Bersama Blogger 2014 petang tadi.. 

Keadaan kereta saudara Syukri Tahir yang terlibat dalam kemalangan..

Saudara Syukri dikhabarkan masih lagi ditahan di wad ICU.. Hospital mana wallahu'alam.. Masih menanti perkembangan dari rakan2 blogger yang lain.. Semoga keadaan beliau stabil & tidak ada kecederaan teruk..  Lya dah sedar dari koma & sekarang dah pulang ke rumah utk berehat.. Semoga Lya cepat sembuh & dapat kembali menjalani hari2nya seperti biasa.. Buat sis Kathy sekeluarga, takziah & sama2lah kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk allahyarham ayahandanya.. Dan kepada semua kru & penumpang pesawat MH370, sama2lah kita beroda agar status kehilangan pesawat tersebut segera diketahui & semua penumpang selamat..



P/S : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Apa yang terdaya kita lakukan hanyalah sama2 berdoa memohon agar semuanya berada di bawah lindungan Allah SWT.. 


Read More

Friday, 7 March 2014

Semua Kanggaroo Punya Pasal..!

Semua Kanggaroo Punya Pasal..! | Regain back my spirit.. Walaupun belum sampai seminggu berjauhan ngan suami, Alhamdulillah hari demi hari semakin okay & dah boleh adapt.. So, ni nak cerita pasal kisah 2 hari lepas..


Mieza expect hari tu kad kahwin tempahan customer sampai from supplier.. So, memang dari pagi tu dah standby tunggu courier.. Kalau courier Pos Laju or GDEX mmg dah boleh estimate waktu dorang akan sampai.. Tapi supplier ni guna servis Kanggaroo Express.. This is my 1st time dengar nama courier Kanggaroo.. Samada iols yang kejakunan atau memang servis Kanggaroo ni x famous dunno lah..

Apa kena mengena Garfield dalam ini cerita??? Haha.. Saje jer tempek.. Bagi meriah sikit entri.. Ahaks!

So, tunggu punya tunggu punya tunggu tak jugak sampai2.. Hari Sabtu sebelum tu dah sampai satu batch kad kahwin & fliers tempahan dari customer jgk.. Masa tu awal pulak, dalam jam 11 pagi camtu kot rasanya.. Tak ingat nak tengok jam.. Tapi area2 tu la.. But kali ni x sampai2.. Dari kul 10 tu dah standby pakai tudung siap2.. Takut dorang sampai nanti kang, lambat keluar sikit mulalah duk tekan hon bagai nak pecah gegendang telinga.. Sampai tertidur2 ko uols Mieza tunggu.. Tido pakai tudung, siap bercardigan bagai.. Kalau orang tengok mesti cakap ko dah kenapa dalam rumah sendiri pun nak bertudung litup segala? Sorang2 pulak tu.. =_='


Tup tup, dah kul 4 ptg.. Tak jugak sampai.. Mulalah naik baran.. Yela, panas kot.. Dahla cuaca sekarang ni panas tak ingat.. Ko lagi nak main tunggu2 benda yang belum tentu sampai.. Sakkkitt ati (versi ropie).. Sudahnya, hari Rabu terpaksa gi pick up sendiri.. Katanya tak cukup runner nak delivery barang.. Heran betul.. Agaknya gaji ciput kot, tu yg semua runner cabut lari tu.. Huhu..


Pesanan untuk semua, kalau nak guna khidmat courier, carilah yang dah tentu2 servis tip top ye.. Say NO to Kanggaroo.. Haha! Kbai!



Pssst! Ada sesuatu yang berubah kat blog ni.. Hehe.. Tukar sikit jer.. Sape yang perasan mmg mata dia tajam.. ;p

Read More

Sunday, 2 March 2014

Kembali Mengganas!

Kembali Mengganas! | Semalam husband dah selamat berangkat ke Kuala Lumpur.. Bermulalah hubungan jarak jauh antara kami.. Tapi pesannya suh buat yang terbaik dalam bisnes Shaklee.. Have to be strong untuk kesenangan di masa hadapan.. Apa punya intro pun tak tau.. Erm.. =.="


Ni bukan nak citer pasal kisah percintaan jarak jauh ke apa ye.. Tu simpan dalam poket diam2 sudah.. Hoho! Hari ni just nak war2kan yang bulan ni berlangsungnya Promosi Harga Runtuh Energizing Soy Protein (ESP) yang menjadi all time favourite semua orang.. Rugi sangatlah kalau tak grab peluang ni..


Antara keistimewaan ESP :-
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolestrol.
  • Mengandungi 5 Vitamin B penting, separuh dari keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. 
  • Menjadikan kulit halus, gebu, berseri dan anjal.
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka.
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna.
  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Menyokong kesihatan dan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolestrol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik.
  
Nak tau lebih lanjut pasal ESP boleh baca ni --> 7 Kriteria Penting ESP..


Produk ni very fast selling tau.. Nak2 pulak tengah promo macam ni.. Cepatlah kering stok lepas ni.. So, if ada sesiapa yang berminat nak cuba ESP ni buat pertama kali, inilah masanya.. Beli sementara harga tengah murah ni baru ekonomi sikit.. Satu family boleh minum.. Mieza dah nak habis tong kedua.. Dah tentu2lah kena rebut peluang sama wat stok.. Hehe..



Contact Me :-
019-5327438
Call | Sms | Whatsapp | Telegram




#RegainingTheSpirit.. #FightingSpirit.. #TheJourneyBegin.. #SuccessRoad.. #Let'sSpreadTheSpirit..
Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com