Blogger templates

Sunday, 9 March 2014

Takziah Buat Mereka..

Takziah Buat Mereka.. | Dua tiga hari ni banyak betul dengar perkhabaran saudara2 kita yang diuji Allah dengan pelbagai dugaan.. Walaupun bukan dari keluarga kita, tapi tetap terasa keperitannya kerana kita semua adalah saudara seagama.. 

Bermula dengan seorang rakan blogger yang juga merangkap rakan satu sekolah Mieza dulu, Lya dari blog H.A.T.I yang ditimpa kemalangan sehingga koma & ditahan di ICU selama 4 hari, diikuti dengan berita pemergian ayahanda seorang lagi rakan blogger sis +Kathy R'bain dari blog Coretan Hati Kathy, kemudian digemparkan pula dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 yang belum diketahui status kehilangannya, & terbaru dikejutkan pula dengan berita seorang lagi rakan blogger saudara Syukri Tahir dari blog Fakta Bukan Auta yang terlibat dengan kemalangan selepas menghadiri event Sepetang Bersama Blogger 2014 petang tadi.. 

Keadaan kereta saudara Syukri Tahir yang terlibat dalam kemalangan..

Saudara Syukri dikhabarkan masih lagi ditahan di wad ICU.. Hospital mana wallahu'alam.. Masih menanti perkembangan dari rakan2 blogger yang lain.. Semoga keadaan beliau stabil & tidak ada kecederaan teruk..  Lya dah sedar dari koma & sekarang dah pulang ke rumah utk berehat.. Semoga Lya cepat sembuh & dapat kembali menjalani hari2nya seperti biasa.. Buat sis Kathy sekeluarga, takziah & sama2lah kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk allahyarham ayahandanya.. Dan kepada semua kru & penumpang pesawat MH370, sama2lah kita beroda agar status kehilangan pesawat tersebut segera diketahui & semua penumpang selamat..



P/S : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Apa yang terdaya kita lakukan hanyalah sama2 berdoa memohon agar semuanya berada di bawah lindungan Allah SWT.. 


5 comments:

  1. al fatihah...semua ini dugaab Allah swt buat hamba2nya dan sebagai peringatan buat kita. berat mata memandang berat lagi bahu nemikul....semoga miracle happen od mh370...amin

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah...berat mata memandang berat lg bahu memikul..semiga mereka terus tabah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mieza. dugaan mereka. semoga semuanya dalam keadaan selamat

    ReplyDelete
  4. Dugaan buat mereka. Takziah & al-fatihah.

    ReplyDelete
  5. dugaan betul. Apapun banyakkan bersabar..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com