Blogger templates

Sunday, 31 August 2014

Surat Untuk Malaysia : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

Surat Untuk Malaysia : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.. | Assalamualaikum & selamat petang semua.. Alhamdulillah, hari ni genaplah 57 tahun negara kita Malaysia mengecap kemerdekaan. Aku rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang penuh keamanan walaupun kita hidup berbilang bangsa, kaum dan agama. Dan sebagai seorang rakyat Malaysia juga, aku sangat berbangga kerana negara kita walaupun mungkin kecil di mata dunia namun sumbangannya adalah sangat besar dan tak ternilai buat kita sebagai rakyatnya.

Tema Hari Kebangsaan 2014, Tema Hari Merdeka 2014, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta menjadi tema Hari Kebangsaan kita pada tahun ni. Jika nak dibandingkan dengan tema-tema sebelum ni, boleh dikatakan tema tahun ni agak unik & mendalam maksudnya. Namun sejauh manakah rasa cinta kita untuk negara? Tak perlu untuk kita persoalkan sumbangan negara terhadap kita. Sebaliknya tanyalah diri kita sendiri apa sumbangan kita terhadap negara yang kita cintai ini.


Setiap daripada kita memainkan peranan yang sangat penting dalam menggerakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang semakin maju dan dikenali di mata dunia. Walau mungkin tidak segah dan tidak sebesar mana sumbangan kita terhadap negara kita, namun harus diingat kita adalah 'nadi' yang menghidupkan dan menggerakkannya. Jadi berbanggalah kerana kita adalah sebahagian darinya. Kita anak Malaysia! Kita rakyat Malaysia..! Jangan segan untuk melaungkan perkataan ini......


MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!


Semoga Malaysia akan terus kekal aman dan berkembang maju seiring dengan perkembangan global. I love you Malaysia and I'm proud to be Malaysian..! ^___^




#SelamatHariMerdeka | #HariKebangsaan_57 | #SayaAnakMalaysia | #IAmProudToBeMalaysian | #WeLoveYouMalaysia


Read More

Friday, 29 August 2014

Jemputan Ke Premier Screening Filem As Above, So Below Dari Nuffnang

Jemputan Ke Premier Screening Filem As Above, So Below Dari Nuffnang | Yeay! Dapat jemputan dari Nuffnang lagi! Kali ni Nuffnang invite untuk ke majlis pratonton filem As Above So Below yang bertarikh 3 September 2013 bersamaan hari Rabu minggu depan.


Jom aku share sikit sinopsis pasal cerita ni :-
Miles of twisting catacombs lie beneath the streets of Paris, the eternal home to countless souls. When a team of explorers ventures into the uncharted maze of bones, they uncover the secret of what this city of the dead was meant to contain.
A journey into madness and terror, As Above, So Below reaches deep into the human psyche to reveal the personal demons that comeback to haunt us all...
Bunyi macam menarik kan? Kalau nak tau best ke tidak tunggu aku review nanti ye.. Aku copy paste je sinopsis ni. Kalau rajin korang pergilah translate guna google translate. Hehe..


Banyak lagi upcoming movie untuk Nuffnang Premier Screening ni. Korang pun berpeluang untuk dapat jemputan ke majlis pratonton macam ni. Dengan syarat korang kenalah mendaftar dengan Nuffnang dulu. Pasang campaign board kat blog korang. Lepas tu dapatkan status glitterati untuk bergelar Nuffnangers. Then rajin2lah melawat ke website Nuffnang. Mudah kan? ^^,


Jom aku share komen yang aku tinggalkan kat blog Nuffnang untuk dapatkan free tiket ke Nuffnang Premier Screening As Above, So Below ni..

See? Simple jer.. Just tinggalkan komen beserta link/url blog korang. Lepas tu tunggulah email dari Nuffnang. Kalau bernasib baik, dapatlah free tiket macam aku.. So jangan lupa cuba tau! ^_~



#NuffnangPremiereScreening | #Nuffnangers | #NuffnangEvents | #BloggersEvent | #BloggerWorld


Read More

Selca Di Mana-Mana..

Selca Di Mana-Mana.. | Ini entri kesinambungan lepas attend Nuffnang Raya Open House minggu lepas. Tak menarik pun tapi sebab aku dah janji nak story, so aku up jelah kat sini. Sekurang-kurangnya berupdate jugak blog aku ni daripada terbengkalai.. Haha! Korang rasa nak baca, baca.. Kalau tak minat nak baca takpe.. Boleh view entri2 lain. Sebab aku rasa entri aku kali ni memang takde motif pun. Saja bagi hidup blog je.. ^^,


Seperti yang aku ada mention dalam entri sebelum2 ni [LINK 1][LINK 2], aku terpaksa balik awal sebab nak kena bergegas pergi bantu member encik abam setelkan problem kat tempat kerja dia. Aku selalu jer dengar diorang duk sebut pasal tempat kerja si member ni. Tapi tak pernah la pula aku ikut diorang pergi buat kerja. Actually tempat tu bukan la main office diorang. Diorang just vendor kat situ. Buat kerja2 maintenance cctv etc. So, hari tu aku berpeluang la tengok diorang buat kerja macamana.

 

Sampai2 sana mak ai cantiknya tempat ni. Bersih, kemas, selesa. Dari depan pintu masuk sampailah ke pantry.. Semua complete lah. Di situlah bermulanya babak2 berselca tak hengat dunia aku dengan my purplelolly.. Hahaha! Bagi yang ikut IG aku tu tau la kot pasal ni sebab aku ada upload kat IG.. Hehe.. Nasib la bateri handphone aku dah exausted masa tu, tak dapat aku nak bergambar di setiap sudut. Kalau tak terpaksalah korang layan photo spam lagi. Dan semestinya muka aku sesajo la kat dalam ni nanti.. Kahkahkah!

 

Ha, kan dah kata muka aku sesajo.. Nasib baik 2 keping jer.. Kalau tak, mau termuntah terbelahak ter segala ter lah korang nengok gaya selca aku yang tak boleh blah. Kahkahkah! Tapi serius tempat ni sangatlah cantik, bersih, selesa.. Even meja2 staff diorang pun kemas jer tersusun. Tak macam sesetengah orang tu kan, banyak kerja katanya.. Meja kerja memang penuh dengan segala macam fail, surat, kertas, nota blablabla (Erks! Macam aku jer..)..Tabik spring lah staff2 kat sini. Diorang sangat menjaga kebersihan dan keselesaan tempat kerja. Barulah prestasi & produktiviti meningkat kan. Aku siap pusing satu ofis lagi. Bila bateri dah kong baru reti duduk diam cari buku buat2 membaca kononnya.



**NotaKaki : Kalau dah gila berselca, memang tak dapat nak buat apa la..** 



Read More

Thursday, 28 August 2014

Beraya Bersama Nuffnangers Di #NNRaya Open House..!

Beraya Bersama Nuffnangers Di #NNRaya Open House..! | Pada 23 Ogos yang lepas iaitu bersamaan hari Sabtu, aku berpeluang merasai pengalaman beraya bersama nuffies & nuffnangers di rumah terbuka raya Nuffnang. Majlis diadakan di Wanaka The Bungalow di Bukit Damansara. Aku sebenarnya tak confident pun masa hantar penyertaan untuk join open house ni sebab ramai kot blogger lain yang aktif attend event-event anjuran Nuffnang sebelum-sebelum ni. Aku ni pernah la jugak beberapa kali dapat invitation daripada Nuffnang untuk join event diorang tapi tak pernah dapat attend atas faktor kekangan jarak dan waktu.. Yela, masa tu aku still jadi pemastautin kat Ipoh. Ni jer baru dapat join. Tu pun nasib la encik suami rajin melayan & bawak aku pergi.. Kalau tak, memang tak merasa la aku nak berjimba dengan rakan blogger ni.. Gugugu~

Dalam pada tak confident tu tup-tup dapat email invitation daripada Nuffnang. Aku ada cerita dalam entri sebelum ni (LINK).. Apa lagi.. Melompat ahkak ko uols keterujaan. Haha! Terus inform kat encik suami malam tu. Nasib encik suami takde hal hari tu. Takde hal? Ermm.. Sebenarnya ada jer. Kes on call. Huhu.. Later aku story pasal tu. Now kita fokus cerita open house je dulu. Haha! Majlis start pukul 3 petang. Aku plannya nak keluar awal takut sangkut dalam jam. Satu lagi risau tersesat. Tapi sudahnya dekat pukul 3 jugak baru keluar dari rumah. Nasib baik jalan tak jam. Dan nasib baik jugak lah tak tersesat larat ke tempat lain. Kehkehkeh!


Sampai sana dalam pukul 4 macam tu. Terus roger Kak +Hanny Abdullah. Aku kenal kak Hanny (LINK) ni pun kat Fb & blog je. Tak pernah jumpa pun. Ni lah first time nak meet up. Hehe.. Rupanya kak Hanny pun baru sampai. Tengah beratur nak ambil kambing golek. Aku pun apa lagi, laju-laju panjat tangga nak join beratur ambil kambing walhal aku tak makan kambing pun. Sebab tak tau nak ke mana dulu, so aku join la beratur ambil kambing sekali sebab masa kitorang sampai tu makanan lain pun tak sampai lagi. Dah selesai beratur & ambil makanan baru aku pergi daftar kehadiran. Kahkahkah! Gelojoh sungguh.. Lapar kot.. Ngeeee.. ^_^

Lepas daftar baru sambung makan. Nasib diorang sediakan salad sekali. Boleh la aku makan buat alas perut sebab aku memang tak makan kambing. Dulu pernah try makan tapi terasa hamis kambing tu. Lepas pada tu tobat dah aku tak nak makan kambing. Jadi kambing yang aku ambik tadi aku bagi kat encik suami. Tapi sebab lapar sangat aku cuba jugaklah kambing golek tu seketul. Sedap pulak. Tak rasa hamis. Cuma liat sikit sebab half cook. Aku rasa nak masak kambing ni pun kena ada skill lah. Kalau tak kena gaya, memang terasa hamisnya. Blackpepper sauce dia pun sedap sangat. Aku makan salad duk cicah sos tu la. Rasa macam nak menambah pun ada. Tapi aku control. Kang nampak pelahap benor pulak.. Haha!


Lepas makan terus cari port untuk bergambar. Dah nama blogger, memang tak sah kalau takde gambar sebagai bahan bukti. Kahkahkah! Oh ya! Masa register tu diorang ada bagi satu senarai tugasan yang kitorang kena selesaikan. Kalau tak, tak dapat hadiah. Haha! Dan semestinya aku sedaya upaya cuba selesaikan tugasan yang diberi walaupun masa tu panasnya ya ampun. Bertabah jela aku setelkan misi sambil ketiak berlengas.. =_=

Warm up sebelum mulakan misi.. 

Ada 8 tugasan yang kitorang kena selesaikan. Kat bawah ni antara tugasan yang kitorang kena selesaikan..

1. Join in some games with emcees. Yang ni aku tak sempat join sebab masa diorang tengah create group tu aku kat atas tengah duk sibuk siapkan tugasan lain. -_-#

2. Smile and pose in front of our Photo Wall. Yang ni pun mula-mula aku kompius jugak. Mana satu photo wall ni. Sebab setiap wall yang aku jumpa semua cantik2. Aku pun main snap la kat mana2 wall yang aku nak.. Haha!

Depan Photo Wall.. Ini rupanya wall nya.. Jenuh ligat berpusing mencari.. Kohkohkoh!

3. Leave your wish on our wishing board. Yang ni aku suka sebab aku kan suka menulis. So apa2 yang memerlukan aku untuk guna khidmat jari jemari aku yang comel ni mesti aku suka.. Haha! tengok kat 'Moment Wall' dalam gambar kat bawah. Agak2 mana aku punya? Ngeeee..~

Wishing Board a.k.a Moment Wall.. 

4. Snap and Win Ambi Pur Product. Ini yang sampai berpeluh ketiak aku ni. Sebab ikut celah mana pun ko pergi mesti ada produk Ambi Pur. Aku ingatkan setiap tempat yang ada produk tu kena tangkap gambar. Rupanya, ada 3 jenis produk kena snap. Tapi aku jumpa 2 jer. Lagi satu tak jumpa sampai ke sudah. Takkan ada orang ambik buat kenangan kot. Huuuu~~

Antara babak2 menyembur & memperasankan diri jadi duta/model produk..
5. Get your memory of the day printed at Wowbooth. Ini pun aku suka. Boleh pose freestyle. Ada disediakan props untuk kitorang berphotoshoot kat sini. Lepas tu dapat printed Wowgram secara percuma untuk kita buat kenang-kenangan. ^_^

WowBooth & Wowgram.. Terpaksa collage kan demi menutup cela kebasahan ketiakku.. =_=#

6. Visit the Ambi Pur Living Room when you can have a game of Congkak and Batu Seremban. Sini pun best jugak. Sebab dah penat ke hulu ke hilir, so ramai yang lepak kat Ambi Pur Living Room ni sambil bersantai main congkak & batu seremban. Sebab ni jugaklah aku miss nak main game ngan MC.. 

Dua congkak sekali.. Mampu?? Haha..! 
Main batu seremban katanya.. Muka haruslah confident.. Walhal, haram reti main.. Terpelanting merata..  Jadi bahan gelak anak Kak Hanny je aku time ni.. Kehkehkeh..!
Freestyle.. Masing2 sibuk berselca.. Kan dah kena candid.. Nasibla.. Kohkohkoh!

7. Make a call at the UMobile Call Booth. Ha, dekat booth UMobile ni kitorang dapat buat panggilan secara percuma ke mana2 talian yang kita nak selama 2 minit. Saya suka! Saya suka! PERCUMA kot.. Sape tak suka kan? Ihiks! Aku sempat call mak aku kat kampung guna talian percuma UMobile ni.. Hehe... Thank you UMobile! Oh, tapi sebelum tu kena tweet dulu.. Apa yang nak kena tweet? Refer gambar kat bawah ni.. ^_~

I nak buat call guna #UMobile! Bestnya #TheBestFree #NNRaya.. ^_~

8. Show us what is #TheBestFree for your with Wowgram. Yang ni aku tak berapa faham sangat sebenarnya arahan dia. Haha! Jadi aku belasah je tunjuk wowgram aku yang poyo tu.. Kahkahkah! 


Tu jelah beberapa aktiviti yang aku sempat join. Simple jer sebenarnya. Hehe.. Tapi seronokla sebab sambil2 siapkan tugasan tu dapat kenal kawan2 baru. Hehe.. Antara blogger lain yang turut hadirkan diri ialah RedMummy, Cik Epal, Kathyjem, Namee Roslan,  Yuyu Zulaikha, Beautifulnara, Melastik Bintang, Mahamahu, Ruby.My, Rawlins Glam, AyuJean, Zayani Zulkifli,  Mrs.Secretary, Budak Bandung Laici, Sayaiday, Marcsjy dan ramai lagi. Sorry pada mana2 blog yang tak tersebut tu.. Aku list mana yang aku ingat jer.. Huhu..

With AyuJean.. ^_^
Masa nak balik baru perasan Yuyu ada. Gigih aku berlari dari tempat parking kereta naik semula ke bungalow semata2 nak bergambar dengan Yuyu..
Kak Hanny & Aesya yang sporting.. ^_^
Encik abam yang setia menemani.. Thank you abang! Xoxo! ^_^
Lepas dah siapkan semua tugasan (kecuali main game dengan MC), aku terpaksa balik awal sebab nak kena bergegas ke tempat kerja encik abam pulak.. Actually bukanlah tempat kerja dia pun tapi member dia yang call, urgent mintak tolong setelkan prob kat tempat kerja diorang. Tak sempat aku nak tunggu lucky draw. Huhu.. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya dapat attend majlis ni & berpeluang jumpa dengan rakan blogger lain. Tapi aku tak bergambar sangat pun dengan diorang sebab aku malu. Haha! Ada 2,3 keping jer gambar aku dengan rakan blogger lain. Tu pun menyelit2 tengah crowded. Nak tengok semua gambar boleh ke FB aku ye.. Aku dah upload satu album kat Fb.. Tak boleh nak tempek semua kat sini, kang hang pulak laptop korang nak scroll down.. Kohkoh!


So, itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share dengan korang tentang aktiviti sepanjang di Nuffnang Raya Open House baru2 ni. Ramai yang duk tanya & tunggu entri ni. Sorry lambat update. Jenuh korek idea nak mengarang. Akhirnya berjaya jugak aku siapkan entri ni. Fuhhh! Berpeluh jari ahkak..


Sebelum aku akhiri entri kali ni, aku nak ucapkan thanks a lot to Nuffnang, AmbiPur & UMobile atas cenderemata yang awesome..! Thank you..! ^__^

Ole2.. TQ Nuffnang! ^_^



#NuffnangMy #NNRaya #NNRaya2014 #NNRayaOpenHouse #Nuffnangers #Bloggers #BloggerWorld #BloggersEvent



  
Read More

Wednesday, 27 August 2014

Saya Tulis Blog..

Saya Tulis Blog.. | Holla! Selamat pagi semua.. Sebenarnya aku nak update pasal #NNRayaOpenHouse hari tu.. Tapi macam banyak plak gambar nak kena tapis & resize tu.. Phone plak lowbat, so cas dulu bagi bateri full. Untuk bagi blog aku ni hidup sikit, aku up dulu lah entri apa2 yang boleh.. Haha! Mood tengah kumpul balik trafik blog yang dah surut.. Bukan senang hoii nak upkan trafik kat blog ni.. Berpeluh otak hokay duk pikir idea nak up story..

Badge 'I Write Blogs' ni aku snap masa kat open house Nuffnang tempoh hari.. Kira ni macam entri teaser la ni.. Haha! Ramai yang tanya apa aktiviti kat open house hari tu.. Aktiviti simple jer tapi berpeluh jugaklah ketiak aku ke hulu ke hilir masa menyiapkan tugasan.. Lepas tu boleh pulak aku dengan konfidennya pergi berposing poyo2 depan wowbooth dengan ketiak basah.. Aduhaiiii.. -_-#


Aku sebenarnya ada baju 2 baldi penuh nak kena sidai. Nasib semalam dah basuh siap2. Tinggal rendam softlan & pagi ni just sidai sajo. Baru2 pindah ni biasalah ko uols, perabot apa pun takde lagi. Mesin basuh pun takde. Jadi kenalah back to basic.. Basuh baju pakai tangan. Okla tu, boleh exercise otot lengan. Jangan pakai kaki sudah. Itu tak ikhlas namanya.. Hoho!


Ha, kan dah siap satu entri.. Walaupun tajuk ke mana, isi ke mana.. Biasalah pepagi ni. Ideanya banyak tapi memandangakan masih banyak tugasan ke'surirumah'an aku yang belum setel, maka kena update sesimple mungkin jer dulu. Asalkan berupdate. Nampak tak permainan dia?? Akakakaka! Bak kata kak Engku, nampaqqqqqq... Kbai! ^_~



Read More

Tuesday, 26 August 2014

Aidilfitri 2014 : 4 Syawal 1435H

Aidilfitri 2014 : 4 Syawal 1435H | It's 30th Syawal 1435H..! Pejam celik pejam celik hari tu tengah berpuasa di bulan Ramadhan.. Pejam celik pejam celik, tetiba dah raya.. Pejam celik pejam celik lagi, tau-tau dah nak habis bulan Syawal. Sedih? Erm, tak sesedih berlalunya Ramadhan yang lalu.. Huuu.. Harap masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun depan.. Okay, seperti yang dijanjikan hari ni nak habiskan cerita pasal raya.. Ngamngamsoi last Syawal hari ni.. Lepas ni dah boleh up cerita lain pulak.. Oh! Ada satu lagi kot cerita raya.. Nuffnang Raya Open House yang aku baru pergi hari Sabtu baru-baru ni. Later story pasal tu ye.. Now, kita sambung dulu kisah raya aku, suami & family..

Macam biasalah.. Mula2 haruslah tempek muka tuan tanah kedaung dulu.. Raya ke-4 ni tema coklat & yellow mustard.. Tudung syria tu memang tudung yang aku lenjan hari2.. Bukan tudung baru ye.. Hehe..

Well macam biasalah pepagi lagi aku & suami dah bersiap nak ke rumah FIL.. Ingat nak jumpa kakak ipar yang baru sampai malam tu.. Tapi masa aku & suami sampai tu diorang takde lagi.. I mean, diorang dah sampai Ipoh da tapi diorang satu family stay kat hotel since kat umah FIL dah fullhouse.. Hehe.. So, aku pun lepak la dulu kat rumah FIL sampai tengahari.. Lunch siap-siap kat sana. Nak keluar berjalan raya tapi nak tunggu kakak sampai dulu.. Sekali rupanya suami kak ipar demam, so diorang lambat sikitla datang.. Last-last aku, suami & family abang ipar jer keluar beraya dulu..

Sebelum bertolak ke rumah FIL.. Selca dulu seround! Kahkahkah! Percubaan encik suami buat duck face buat julung kalinya.. Okay, LULUS! Aku pulak menyeringai macam nak terkeluar gigi dah kenapa??
Otw ke rumah FIL.. Purak2 candid.. Walhal??.. Ini semua poyo! Ngahahaha!
Hari tu saja adalah dalam 3,4 buah rumah jugak kot kami pergi beraya. Aku tak berapa nak ingat dah sebab dah lama sangat peram nih. Dari tengahari sampai malam jugaklah kitorang beraya hari tu. Since gambar pun tak banyak aku snap, jadi memang susah la nak recall balik (memanglah tak banyak, dah asik muka ko jer berselca tak henti2.. Kohkohkoh!).. Haha! Ermm.. Boleh tak aku nak stop kat sini jer.. Sebab nak cerita pepanjang pun aku dah tak ingat.. Kata sekadar nak abadikan kenangan kan..? Kenangan mesti ada gambar.. Jadi apa kata kita berphoto spam pulak..Weeeeee..!!! ^__^

Mula2 gambar hidangan.. Hehe..
Lepas tu gambar tuan rumah & para tetamu (kitoranglah tu..Kekeke..).. Ha, yang baju belang2 biru, merah, putih tu tuan rumah.. Orangnya loaded tapi very humble.. =)
Biras aku yang sulung.. Si kecik tu anak buah kitorang.. Hehe..
Biras-birasku.. Ha, yang baju kelabu nilah mak si kecik tadi.. =)
Dah start masuk muka aku balik.. Haha!
With birasku yang sulong.. 
With birasku yang ketiga.. Yang kedua lelaki ye.. Tapi masa ni diorang takde ngan kitorang rasanya.. Sebab tak berapa sihat.. Pensabotaj berbaju merah kat belakang tu abang ipar aku yang sulong.. Suami yang baju hijau kat atas ni.. 

Yeay! Habis dah cerita raya with family.. Next nak update pasal #NNRayaOpenHouse pulak.. Nak kena resize gambar dulu.. Pastu tapis2 mana yang boleh tempek kat sini sebab kalau nak tempek semua memang penuh ngan gambar je nanti.. Maklumlah, orang first time join event @NuffnangMY.. Kahkahkah! Till then, chiow! ^_~




Read More

Monday, 25 August 2014

Aidilfitri 2014 : 3 Syawal 1435H

Aidilfitri 2014 : 3 Syawal 1435H | Good morning peeps! Ada lagi citer raya.. Haha! Banyak sangat entri tertangguh.. Leceh sikit nak update blog guna phone nih.. Tu yang asyik delay jer tu nak update blog.. Memandangkan bulan Syawal masih berbaki 2 hari ni, so aku gagahkan jugak la untuk habiskan entri raya tahun ni by tomorrow.. Esok dah 30 Syawal kan? Sempatla tu.. Hehe! Bukan apa, sekadar mengabadikan kenangan kat dalam blog ni.. Nanti dah tua (kalau panjang umur) boleh la godek2 balik entri2 lama kan.. Mengimbau kenangan.. Nostalgia gittuwww.. Eheks..! ;p


Sebenarnya, aku pun dah tak berapa nak ingat sangat dah kronologi kisah raya ni.. Sebab dah nak habis sebulan kot.. Tapi aku tryla recall balik.. Kalau ada yang lupa tu tak dapat nak buat apa la.. Huhu..! So, raya ke-3 tu pagi2 lagi aku & hubby dah siap2 dah sebab hari tu geng2 staroba hubby ajak berkonvoi raya ke rumah kengkawan diorang. After 3 years married, this is the first time aku jumpa kawan2 hubby ni.. And tahun ni jugakla first time kitorang ikut diorang gi konvoi.. Seperti biasa, kita photo spam dulu! Akakakaka! ^_^

OOTD katanya.. Tapi separuh badan jer.. Haha! Oh, btw shawl tu shawl custom made by #RafhanahCollections ye.. Hehe.. :D
Macam biasa jugak, keje aku berselca di mana2.. Muka tengah fresh pepagi haruslah snap gambar berlebihan sikit.. Kahkahkah!
Masa ni tengah tunggu kawan hubby bersiap.. Makanya apa lagi? Paksa hubby join berselca sekali.. Heee~
Lama sangat tunggu dalam kereta tak siap2.. Kitorang sambung bergambar dalam rumah pulak.. 

Dalam tengahari jugaklah baru kitorang gerak ke rumah member diorang yang pertama.. Aku punyalah lapar masa ni.. Rasa macam nak mogok jer.. Adoyaiii.. Nasib makan kat rumah first tu sedap giler.. Ko bayang lah dari pagi tak makan apa2 sebab memang saja nak bagi perut kosong sekosong2nya.. Ye la, dah kata nak berkonvoi.. Mesti banyak rumah nak gi kan. So bagilah perut tu kemarau dulu.. Nanti boleh la makan bersungguh2.. Haha!


Kat rumah yang first ni memang makan dia sedap giler.. Aku rasa macam nak menambah 2,3 kali jer.. Tapi kang nampak sangat ke'buruk'lantakan aku.. Jadi aku control la sikit.. Haha! Lepas dah makan kenyang2, kitorang pun bertolak pula ke rumah member yang kedua.. Kat sana makan sedap jugak.. Haha! Raya ko, maunya tak sedap makanan2 dia.. Sampai kat sana pun dah petang.. Lepak2 jap, lepas tu terus berpecah sebab kitorang nak ke rumah FIL pula..

Ini jer gambar yang ada masa beraya dengan kengkawan hubby.. Ni pun amik dari diorang.. Suh whatsapp sebab aku memang lupa langsung nak snap gambar time ni.. Ate dah lagha dalam dunia makanan yang sedap2.. Kahkahkah!

Sambung beraya dengan adik beradik & ke rumah saudara belah FIL pulak.. Ha, part yang ni aku tak berapa ingat sangat samada kitorang gi berkumpul kat rumah FIL dulu ke or terus gi jumpa diorang kat rumah pakcik.. Tapi yang aku ingat, malam la baru kitorang gerak ke rumah sepupu FIL.. Kira pakcik sepupu la.. Exact time memang aku tak ingat tapi yang pasti lepas maghrib la..


Kat rumah pakcik sepupu ni dia ada satu menu special resepi turun temurun family diorang tau. Tiap2 tahun memang akan ada menu tu. Sedap! Tapi aku lupa nak snap pic. Dia macam kuah sambal lada hitam cane entah. Nama apa pun aku tak ingat. Tapi memang sedap. Makan dengan roti pagi2 best! Pakcik tu masak sendiri tau. Aku ngan biras aku sempat la juga tanya2 mintak share resepi. Simple jer cara masak dia rupanya. tapi aku belum berkesempatan nak try. Nanti aku try aku share kat sini ea.. Hehe.. :D

The family..
Lepas beraya ke rumah pakcik sepupu ni kitorang terus shoot balik rumah. Sambung beraya esoknya pulak.. Hehe.. Sebelum bertolak tu sempat lagi berphotoshoot kat laman rumah orang.. Masa ni jelah pun semua tengah bercantik2 biar pun muka dah selebet keletihan. Jadi haruslah berphotoshoot sebagai kenang2an.. Kehkehkeh! ;p

Nak balik pun sempat lagi menyembang.. Hehe.. Ha, pakcik yang baju hijau tu lah yang masak menu special yg aku cakap tadi tu..
With the family.. Sayangnya tak cukup forum.. Semua dah bersepah2 dah masa ni.. Jenuh memanggil tapi tak dengor.. Jadi mana yang ada jelah bergambor.. Laki aku jadi photographer.. Sebab tu tak termasuk dalam gambar.. Kohkohkoh!
With the sista! Dua2 ni biras aku..
Last but not least, gambar tuan tanah kedaung & suaminya.. Hehe..

So, thats all kronologi kisah raya ketiga Syawal 2014.. Dah ingat2 lupa.. Tapi takpelah.. Janji ada dari takde.. Later nak abadikan kenangan raya ke-4 pulak.. Selagi Syawal masih bersisa ni, ku gagahi jua abadikan kenangan Syawal tahun ni kat dalam blog picisan ni. Hehe.. Kbai! ^_~






Read More

Saturday, 23 August 2014

Dinner With Family At Redwok Restaurant

Dinner With Family At Redwok Restaurant | Sebelum bercerita lebih lanjut, aku nak ucap thanks sangat2 kat Google Plus sebab dah tolong aku backup foto2 yang aku snap hari tu.. Alkisahnya, lepas dinner malam tu, esoknya aku terus resize gambar2 yang aku dah snap malam tu.. Siap letak watermark segala, lepas tu dengan selambanya aku gi delete gambar2 tu.. Kengkonon nak clear mana2 foto yg tak perlu la.. Sekali aku gi delete semua.. Terus frust menonggeng sebab tak sempat nak upload kat blog.. Pastu meroyan kat fb.. Jangan tiru aksi ini ye.. Meroyan di fb adalah sangat not good attitude.. Ngeeee~~

Sebelum keluar haruslah menggedik depan camera dulu.. Ootd katanya.. Tapi muka mintak penampor 44x.. Jerawat di dahi tak dapat dibendung.. =.=#

Back to story.. Actually ni adalah kali kedua aku makan steamboat.. First time aku makan masa 1st day aku sampai Sabah masa nak daftar masuk u dulu.. Masa tu tahun 2003.. Lama tak lama, dah 11 tahun jugakla.. Huhu.. Maka terserlah la kejakunan aku makan steamboat buat kali kedua ni setelah sekian lamanya tak makan.. Kahkahkah! Aku pegi with family belah husband.. Tapi gambar tak banyak sebab aku dah khayal dalam dunia ke'steamboat'an (broken language.. Gasak..).. So apa yang aku sempat snap hanyalah gambar2 makanan sajo..  


Makan kat sini sempoi.. Ko ambikla apa yg ko nak makan.. Nak steamboat or nak sizzling, nak sup or tomyam suka hati.. Tapi! Silalah makan sampai habis.. Sebab setiap 100g yg korang tak habis makan tu akan dicas RM10.. Ha, padan muka.. Haha! Tapi nasibla aku berjaya makan sampai habis masa tu walaupun sebenarnya perut aku dah kenyang sebab aku baru lepas makan nasik buat kali kedua petang tu.. Kohkohkoh! Cas kat sini aku tak surelah dia cas per/head ke apa sebab masa ni suami kak ipar aku yang belanja.,. Suami kak ipar tu kira biras aku la kan? Okay, failed! Aku selalu kompius status pangkat saudara mara ni.. Yg aku tau sampai pangkat pakcik makcik jer.. Selain dari tu aku dah kompius.. Huhu..

Suasana di Redwok Restaurant..
My portion.. Nyummeh!^_^
Time to grill2.. Steam2.. Then nyum2..!^_^

Makan kat sini memang best.. Sebab aku memang suka seafood.. Fresh2 pastu grill.. Pergh! Manis jer rasa seafood baru lepas kena bakar.. Tapi pada tang tak suka seafood tu ada jer ayam semua tu.. Ikut selera masing2 lah ye.. Jadi pada sesiapa yang berdekatan tu bolehla cuba makan kat sini nanti.. Detail seperti kat bawah ni.. 



Redwok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Tel : +603 8927 4100
Fax : +603 8927 4500
Hp : +6019 339 4655 (Awang Hasyim)
Email : redwok2u@gmail.com

Waktu Operasi :-
Isnin - Khamis : Lunch (12.00 tghari - 3.00 ptg)
Isnin - Jumaat : Dinner (6.00 prg - 12.00 tgh mlm)
Sabtu - Ahad : 12.00 tghari - 12.00 tgh mlm)









Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com