Blogger templates

Monday, 25 August 2014

Aidilfitri 2014 : 3 Syawal 1435H

Aidilfitri 2014 : 3 Syawal 1435H | Good morning peeps! Ada lagi citer raya.. Haha! Banyak sangat entri tertangguh.. Leceh sikit nak update blog guna phone nih.. Tu yang asyik delay jer tu nak update blog.. Memandangkan bulan Syawal masih berbaki 2 hari ni, so aku gagahkan jugak la untuk habiskan entri raya tahun ni by tomorrow.. Esok dah 30 Syawal kan? Sempatla tu.. Hehe! Bukan apa, sekadar mengabadikan kenangan kat dalam blog ni.. Nanti dah tua (kalau panjang umur) boleh la godek2 balik entri2 lama kan.. Mengimbau kenangan.. Nostalgia gittuwww.. Eheks..! ;p


Sebenarnya, aku pun dah tak berapa nak ingat sangat dah kronologi kisah raya ni.. Sebab dah nak habis sebulan kot.. Tapi aku tryla recall balik.. Kalau ada yang lupa tu tak dapat nak buat apa la.. Huhu..! So, raya ke-3 tu pagi2 lagi aku & hubby dah siap2 dah sebab hari tu geng2 staroba hubby ajak berkonvoi raya ke rumah kengkawan diorang. After 3 years married, this is the first time aku jumpa kawan2 hubby ni.. And tahun ni jugakla first time kitorang ikut diorang gi konvoi.. Seperti biasa, kita photo spam dulu! Akakakaka! ^_^

OOTD katanya.. Tapi separuh badan jer.. Haha! Oh, btw shawl tu shawl custom made by #RafhanahCollections ye.. Hehe.. :D
Macam biasa jugak, keje aku berselca di mana2.. Muka tengah fresh pepagi haruslah snap gambar berlebihan sikit.. Kahkahkah!
Masa ni tengah tunggu kawan hubby bersiap.. Makanya apa lagi? Paksa hubby join berselca sekali.. Heee~
Lama sangat tunggu dalam kereta tak siap2.. Kitorang sambung bergambar dalam rumah pulak.. 

Dalam tengahari jugaklah baru kitorang gerak ke rumah member diorang yang pertama.. Aku punyalah lapar masa ni.. Rasa macam nak mogok jer.. Adoyaiii.. Nasib makan kat rumah first tu sedap giler.. Ko bayang lah dari pagi tak makan apa2 sebab memang saja nak bagi perut kosong sekosong2nya.. Ye la, dah kata nak berkonvoi.. Mesti banyak rumah nak gi kan. So bagilah perut tu kemarau dulu.. Nanti boleh la makan bersungguh2.. Haha!


Kat rumah yang first ni memang makan dia sedap giler.. Aku rasa macam nak menambah 2,3 kali jer.. Tapi kang nampak sangat ke'buruk'lantakan aku.. Jadi aku control la sikit.. Haha! Lepas dah makan kenyang2, kitorang pun bertolak pula ke rumah member yang kedua.. Kat sana makan sedap jugak.. Haha! Raya ko, maunya tak sedap makanan2 dia.. Sampai kat sana pun dah petang.. Lepak2 jap, lepas tu terus berpecah sebab kitorang nak ke rumah FIL pula..

Ini jer gambar yang ada masa beraya dengan kengkawan hubby.. Ni pun amik dari diorang.. Suh whatsapp sebab aku memang lupa langsung nak snap gambar time ni.. Ate dah lagha dalam dunia makanan yang sedap2.. Kahkahkah!

Sambung beraya dengan adik beradik & ke rumah saudara belah FIL pulak.. Ha, part yang ni aku tak berapa ingat sangat samada kitorang gi berkumpul kat rumah FIL dulu ke or terus gi jumpa diorang kat rumah pakcik.. Tapi yang aku ingat, malam la baru kitorang gerak ke rumah sepupu FIL.. Kira pakcik sepupu la.. Exact time memang aku tak ingat tapi yang pasti lepas maghrib la..


Kat rumah pakcik sepupu ni dia ada satu menu special resepi turun temurun family diorang tau. Tiap2 tahun memang akan ada menu tu. Sedap! Tapi aku lupa nak snap pic. Dia macam kuah sambal lada hitam cane entah. Nama apa pun aku tak ingat. Tapi memang sedap. Makan dengan roti pagi2 best! Pakcik tu masak sendiri tau. Aku ngan biras aku sempat la juga tanya2 mintak share resepi. Simple jer cara masak dia rupanya. tapi aku belum berkesempatan nak try. Nanti aku try aku share kat sini ea.. Hehe.. :D

The family..
Lepas beraya ke rumah pakcik sepupu ni kitorang terus shoot balik rumah. Sambung beraya esoknya pulak.. Hehe.. Sebelum bertolak tu sempat lagi berphotoshoot kat laman rumah orang.. Masa ni jelah pun semua tengah bercantik2 biar pun muka dah selebet keletihan. Jadi haruslah berphotoshoot sebagai kenang2an.. Kehkehkeh! ;p

Nak balik pun sempat lagi menyembang.. Hehe.. Ha, pakcik yang baju hijau tu lah yang masak menu special yg aku cakap tadi tu..
With the family.. Sayangnya tak cukup forum.. Semua dah bersepah2 dah masa ni.. Jenuh memanggil tapi tak dengor.. Jadi mana yang ada jelah bergambor.. Laki aku jadi photographer.. Sebab tu tak termasuk dalam gambar.. Kohkohkoh!
With the sista! Dua2 ni biras aku..
Last but not least, gambar tuan tanah kedaung & suaminya.. Hehe..

So, thats all kronologi kisah raya ketiga Syawal 2014.. Dah ingat2 lupa.. Tapi takpelah.. Janji ada dari takde.. Later nak abadikan kenangan raya ke-4 pulak.. Selagi Syawal masih bersisa ni, ku gagahi jua abadikan kenangan Syawal tahun ni kat dalam blog picisan ni. Hehe.. Kbai! ^_~






14 comments:

  1. beznya jln2 mkn2 yg tu yg best msa rya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ayu.. Kalau jalan time raya ni makanan dia special sikit.. Hikhik! ^_^

      Delete
  2. Assalamualaikum mieza, lama tak singgah sini. selamat hari raya aidilfitri. lawa mieza sedondon dengan suami. tudung buat sendiri manik2 tu kan? cantik tauu, kreatif awak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sheila.. Selamat hari raya jugak.. Tahun ni baru merasa nak berdondon2 sakan nih Sheila.. Tahun2 sebelum ni tak sangat.. Hehe.. Ha'ah tudung buat sendiri.. Jimat.. Kekeke.. =)

      Delete
  3. Replies
    1. Hello! Wish you a happy day too.. =)

      Delete
  4. sedondon gittew
    lya raya pertama je..lps tu kalo sedondon..kebetulan ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni baru start bersedondon sampai 3,4 raya.. Kalau tak, raya first je jugak pakai sedondon.. Hehe.. =D

      Delete
  5. Samalah macam sis...banyak entry yang tak sempat nak abiskan pasai raya ni...ummm nampak gaya duduk le dalam draft tu dendiam kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Tu ler pasal.. Ni pun gigih jugak menaip walaupun dah tak berapa nak ingat dah ceritanya.. Janji ada.. Haha!

      Delete
  6. Berseri2 akak tgk mieza... sakan btl berjalan yer..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih tempek krim rawatan kulit muka masa dekat2 nak raya tu kak.. Nak berseri2 time raya katanya.. Ahaks! ^_^

      Delete
  7. as salam. wah! beraya sakan nampaknya pn miza thn ni...abah follows your blog. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam abah.. Alhamdulillah, tahun ni badan sihat walafiat.. jadi bolehla beraya sakan.. Tahun lepas badan mogok tak bagi raya.. Melepek jer.. Huhu.. Btw, terima kasih sudi singgah sini & follow blog picisan saya ni.. =)

      Delete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com