Blogger templates

Thursday, 28 August 2014

Beraya Bersama Nuffnangers Di #NNRaya Open House..!

Beraya Bersama Nuffnangers Di #NNRaya Open House..! | Pada 23 Ogos yang lepas iaitu bersamaan hari Sabtu, aku berpeluang merasai pengalaman beraya bersama nuffies & nuffnangers di rumah terbuka raya Nuffnang. Majlis diadakan di Wanaka The Bungalow di Bukit Damansara. Aku sebenarnya tak confident pun masa hantar penyertaan untuk join open house ni sebab ramai kot blogger lain yang aktif attend event-event anjuran Nuffnang sebelum-sebelum ni. Aku ni pernah la jugak beberapa kali dapat invitation daripada Nuffnang untuk join event diorang tapi tak pernah dapat attend atas faktor kekangan jarak dan waktu.. Yela, masa tu aku still jadi pemastautin kat Ipoh. Ni jer baru dapat join. Tu pun nasib la encik suami rajin melayan & bawak aku pergi.. Kalau tak, memang tak merasa la aku nak berjimba dengan rakan blogger ni.. Gugugu~

Dalam pada tak confident tu tup-tup dapat email invitation daripada Nuffnang. Aku ada cerita dalam entri sebelum ni (LINK).. Apa lagi.. Melompat ahkak ko uols keterujaan. Haha! Terus inform kat encik suami malam tu. Nasib encik suami takde hal hari tu. Takde hal? Ermm.. Sebenarnya ada jer. Kes on call. Huhu.. Later aku story pasal tu. Now kita fokus cerita open house je dulu. Haha! Majlis start pukul 3 petang. Aku plannya nak keluar awal takut sangkut dalam jam. Satu lagi risau tersesat. Tapi sudahnya dekat pukul 3 jugak baru keluar dari rumah. Nasib baik jalan tak jam. Dan nasib baik jugak lah tak tersesat larat ke tempat lain. Kehkehkeh!


Sampai sana dalam pukul 4 macam tu. Terus roger Kak +Hanny Abdullah. Aku kenal kak Hanny (LINK) ni pun kat Fb & blog je. Tak pernah jumpa pun. Ni lah first time nak meet up. Hehe.. Rupanya kak Hanny pun baru sampai. Tengah beratur nak ambil kambing golek. Aku pun apa lagi, laju-laju panjat tangga nak join beratur ambil kambing walhal aku tak makan kambing pun. Sebab tak tau nak ke mana dulu, so aku join la beratur ambil kambing sekali sebab masa kitorang sampai tu makanan lain pun tak sampai lagi. Dah selesai beratur & ambil makanan baru aku pergi daftar kehadiran. Kahkahkah! Gelojoh sungguh.. Lapar kot.. Ngeeee.. ^_^

Lepas daftar baru sambung makan. Nasib diorang sediakan salad sekali. Boleh la aku makan buat alas perut sebab aku memang tak makan kambing. Dulu pernah try makan tapi terasa hamis kambing tu. Lepas pada tu tobat dah aku tak nak makan kambing. Jadi kambing yang aku ambik tadi aku bagi kat encik suami. Tapi sebab lapar sangat aku cuba jugaklah kambing golek tu seketul. Sedap pulak. Tak rasa hamis. Cuma liat sikit sebab half cook. Aku rasa nak masak kambing ni pun kena ada skill lah. Kalau tak kena gaya, memang terasa hamisnya. Blackpepper sauce dia pun sedap sangat. Aku makan salad duk cicah sos tu la. Rasa macam nak menambah pun ada. Tapi aku control. Kang nampak pelahap benor pulak.. Haha!


Lepas makan terus cari port untuk bergambar. Dah nama blogger, memang tak sah kalau takde gambar sebagai bahan bukti. Kahkahkah! Oh ya! Masa register tu diorang ada bagi satu senarai tugasan yang kitorang kena selesaikan. Kalau tak, tak dapat hadiah. Haha! Dan semestinya aku sedaya upaya cuba selesaikan tugasan yang diberi walaupun masa tu panasnya ya ampun. Bertabah jela aku setelkan misi sambil ketiak berlengas.. =_=

Warm up sebelum mulakan misi.. 

Ada 8 tugasan yang kitorang kena selesaikan. Kat bawah ni antara tugasan yang kitorang kena selesaikan..

1. Join in some games with emcees. Yang ni aku tak sempat join sebab masa diorang tengah create group tu aku kat atas tengah duk sibuk siapkan tugasan lain. -_-#

2. Smile and pose in front of our Photo Wall. Yang ni pun mula-mula aku kompius jugak. Mana satu photo wall ni. Sebab setiap wall yang aku jumpa semua cantik2. Aku pun main snap la kat mana2 wall yang aku nak.. Haha!

Depan Photo Wall.. Ini rupanya wall nya.. Jenuh ligat berpusing mencari.. Kohkohkoh!

3. Leave your wish on our wishing board. Yang ni aku suka sebab aku kan suka menulis. So apa2 yang memerlukan aku untuk guna khidmat jari jemari aku yang comel ni mesti aku suka.. Haha! tengok kat 'Moment Wall' dalam gambar kat bawah. Agak2 mana aku punya? Ngeeee..~

Wishing Board a.k.a Moment Wall.. 

4. Snap and Win Ambi Pur Product. Ini yang sampai berpeluh ketiak aku ni. Sebab ikut celah mana pun ko pergi mesti ada produk Ambi Pur. Aku ingatkan setiap tempat yang ada produk tu kena tangkap gambar. Rupanya, ada 3 jenis produk kena snap. Tapi aku jumpa 2 jer. Lagi satu tak jumpa sampai ke sudah. Takkan ada orang ambik buat kenangan kot. Huuuu~~

Antara babak2 menyembur & memperasankan diri jadi duta/model produk..
5. Get your memory of the day printed at Wowbooth. Ini pun aku suka. Boleh pose freestyle. Ada disediakan props untuk kitorang berphotoshoot kat sini. Lepas tu dapat printed Wowgram secara percuma untuk kita buat kenang-kenangan. ^_^

WowBooth & Wowgram.. Terpaksa collage kan demi menutup cela kebasahan ketiakku.. =_=#

6. Visit the Ambi Pur Living Room when you can have a game of Congkak and Batu Seremban. Sini pun best jugak. Sebab dah penat ke hulu ke hilir, so ramai yang lepak kat Ambi Pur Living Room ni sambil bersantai main congkak & batu seremban. Sebab ni jugaklah aku miss nak main game ngan MC.. 

Dua congkak sekali.. Mampu?? Haha..! 
Main batu seremban katanya.. Muka haruslah confident.. Walhal, haram reti main.. Terpelanting merata..  Jadi bahan gelak anak Kak Hanny je aku time ni.. Kehkehkeh..!
Freestyle.. Masing2 sibuk berselca.. Kan dah kena candid.. Nasibla.. Kohkohkoh!

7. Make a call at the UMobile Call Booth. Ha, dekat booth UMobile ni kitorang dapat buat panggilan secara percuma ke mana2 talian yang kita nak selama 2 minit. Saya suka! Saya suka! PERCUMA kot.. Sape tak suka kan? Ihiks! Aku sempat call mak aku kat kampung guna talian percuma UMobile ni.. Hehe... Thank you UMobile! Oh, tapi sebelum tu kena tweet dulu.. Apa yang nak kena tweet? Refer gambar kat bawah ni.. ^_~

I nak buat call guna #UMobile! Bestnya #TheBestFree #NNRaya.. ^_~

8. Show us what is #TheBestFree for your with Wowgram. Yang ni aku tak berapa faham sangat sebenarnya arahan dia. Haha! Jadi aku belasah je tunjuk wowgram aku yang poyo tu.. Kahkahkah! 


Tu jelah beberapa aktiviti yang aku sempat join. Simple jer sebenarnya. Hehe.. Tapi seronokla sebab sambil2 siapkan tugasan tu dapat kenal kawan2 baru. Hehe.. Antara blogger lain yang turut hadirkan diri ialah RedMummy, Cik Epal, Kathyjem, Namee Roslan,  Yuyu Zulaikha, Beautifulnara, Melastik Bintang, Mahamahu, Ruby.My, Rawlins Glam, AyuJean, Zayani Zulkifli,  Mrs.Secretary, Budak Bandung Laici, Sayaiday, Marcsjy dan ramai lagi. Sorry pada mana2 blog yang tak tersebut tu.. Aku list mana yang aku ingat jer.. Huhu..

With AyuJean.. ^_^
Masa nak balik baru perasan Yuyu ada. Gigih aku berlari dari tempat parking kereta naik semula ke bungalow semata2 nak bergambar dengan Yuyu..
Kak Hanny & Aesya yang sporting.. ^_^
Encik abam yang setia menemani.. Thank you abang! Xoxo! ^_^
Lepas dah siapkan semua tugasan (kecuali main game dengan MC), aku terpaksa balik awal sebab nak kena bergegas ke tempat kerja encik abam pulak.. Actually bukanlah tempat kerja dia pun tapi member dia yang call, urgent mintak tolong setelkan prob kat tempat kerja diorang. Tak sempat aku nak tunggu lucky draw. Huhu.. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya dapat attend majlis ni & berpeluang jumpa dengan rakan blogger lain. Tapi aku tak bergambar sangat pun dengan diorang sebab aku malu. Haha! Ada 2,3 keping jer gambar aku dengan rakan blogger lain. Tu pun menyelit2 tengah crowded. Nak tengok semua gambar boleh ke FB aku ye.. Aku dah upload satu album kat Fb.. Tak boleh nak tempek semua kat sini, kang hang pulak laptop korang nak scroll down.. Kohkoh!


So, itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share dengan korang tentang aktiviti sepanjang di Nuffnang Raya Open House baru2 ni. Ramai yang duk tanya & tunggu entri ni. Sorry lambat update. Jenuh korek idea nak mengarang. Akhirnya berjaya jugak aku siapkan entri ni. Fuhhh! Berpeluh jari ahkak..


Sebelum aku akhiri entri kali ni, aku nak ucapkan thanks a lot to Nuffnang, AmbiPur & UMobile atas cenderemata yang awesome..! Thank you..! ^__^

Ole2.. TQ Nuffnang! ^_^



#NuffnangMy #NNRaya #NNRaya2014 #NNRayaOpenHouse #Nuffnangers #Bloggers #BloggerWorld #BloggersEvent



  

14 comments:

  1. Akak rasakan...satu product yg kita tak jumpa tu..agaknya kena sorok kot..diaorg tak nak kita menang lah tu..hahahaha...(ayat jeles..:-P)

    Thanks ya ros..kalau ros tak ada..sure akak didera oleh Aeysha, nasib baik ros ada so dia byk dera ros je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Agaknyalah sis.. Kihkihkih! No problem kak.. Seronok jer layan Aeysha.. Boleh mintak jadi photographer jugak.. Hikhik! ^__~v

      Delete
  2. Hai sis.. Hehe.. Detail jugak entry ni..kambing dy serius sedaaapp amattt.. Hee.. Aritu sy sampai pon lambat.. Next time, kalau meet up, bley tegur2.. Hehe
    Salam kenal
    -Achik-

    cekelatmanih.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. Akak yang tak boleh makan kambing ni pun boleh plak telan hari tu.. Takde rasa kambing lansung.. Hebak ah tukang masak dia kan? In Shaa Allah, next time kalau ada event apa2 lagi leh meet up.. =)

      Delete
  3. Wahhh dah siap entri dia.. best2..mmg hapenning sanga..rugi kita tak jumpa hari tue..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak.. Kalau tau akak turun KL, mesti dah roger2 akak.. Huhu..

      Delete
  4. kambing tu sedap sekali.. tak pe kak lain kali kita selfie ramai-ramai. selisih dengan akak tapi BBL segan nak tegur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lohr, nape tak tegur? Akak ni tak cam orang sangat.. Sebab tu awal2 post kat IG pakai baju apa sume.. Supaya ada yang perasan & tegur.. Huhu.. Takpelah, takde rezeki.. Lain kali kalau jumpa tegur2 lah ye.. =)

      Delete
  5. Replies
    1. Seronok sangat.. Tapi yang tak seronoknya terpaksa balik awal sbb ada hal.. Huhu.. Kalau tak, boleh join games.. Huhu..

      Delete
  6. oh smp2 trus p amik mkanan dlu ye...hehehe..tp kalo ada event nuffnang mmg happening...dpt kenal rmi blogger yg slalunye kita bc blog diorang je kn..tp bila dh dpt join event..bole jmpa face to face

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Tu la.. Sbb tak tau ke mana nak tuju plus segan tahap gaban.. Langsung gi beratur amik kambing.. Akakaka!

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. bestnya.. rasa macam berada kat sana je.. ^__^

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com