Blogger templates

Saturday, 23 August 2014

Dinner With Family At Redwok Restaurant

Dinner With Family At Redwok Restaurant | Sebelum bercerita lebih lanjut, aku nak ucap thanks sangat2 kat Google Plus sebab dah tolong aku backup foto2 yang aku snap hari tu.. Alkisahnya, lepas dinner malam tu, esoknya aku terus resize gambar2 yang aku dah snap malam tu.. Siap letak watermark segala, lepas tu dengan selambanya aku gi delete gambar2 tu.. Kengkonon nak clear mana2 foto yg tak perlu la.. Sekali aku gi delete semua.. Terus frust menonggeng sebab tak sempat nak upload kat blog.. Pastu meroyan kat fb.. Jangan tiru aksi ini ye.. Meroyan di fb adalah sangat not good attitude.. Ngeeee~~

Sebelum keluar haruslah menggedik depan camera dulu.. Ootd katanya.. Tapi muka mintak penampor 44x.. Jerawat di dahi tak dapat dibendung.. =.=#

Back to story.. Actually ni adalah kali kedua aku makan steamboat.. First time aku makan masa 1st day aku sampai Sabah masa nak daftar masuk u dulu.. Masa tu tahun 2003.. Lama tak lama, dah 11 tahun jugakla.. Huhu.. Maka terserlah la kejakunan aku makan steamboat buat kali kedua ni setelah sekian lamanya tak makan.. Kahkahkah! Aku pegi with family belah husband.. Tapi gambar tak banyak sebab aku dah khayal dalam dunia ke'steamboat'an (broken language.. Gasak..).. So apa yang aku sempat snap hanyalah gambar2 makanan sajo..  


Makan kat sini sempoi.. Ko ambikla apa yg ko nak makan.. Nak steamboat or nak sizzling, nak sup or tomyam suka hati.. Tapi! Silalah makan sampai habis.. Sebab setiap 100g yg korang tak habis makan tu akan dicas RM10.. Ha, padan muka.. Haha! Tapi nasibla aku berjaya makan sampai habis masa tu walaupun sebenarnya perut aku dah kenyang sebab aku baru lepas makan nasik buat kali kedua petang tu.. Kohkohkoh! Cas kat sini aku tak surelah dia cas per/head ke apa sebab masa ni suami kak ipar aku yang belanja.,. Suami kak ipar tu kira biras aku la kan? Okay, failed! Aku selalu kompius status pangkat saudara mara ni.. Yg aku tau sampai pangkat pakcik makcik jer.. Selain dari tu aku dah kompius.. Huhu..

Suasana di Redwok Restaurant..
My portion.. Nyummeh!^_^
Time to grill2.. Steam2.. Then nyum2..!^_^

Makan kat sini memang best.. Sebab aku memang suka seafood.. Fresh2 pastu grill.. Pergh! Manis jer rasa seafood baru lepas kena bakar.. Tapi pada tang tak suka seafood tu ada jer ayam semua tu.. Ikut selera masing2 lah ye.. Jadi pada sesiapa yang berdekatan tu bolehla cuba makan kat sini nanti.. Detail seperti kat bawah ni.. 



Redwok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Tel : +603 8927 4100
Fax : +603 8927 4500
Hp : +6019 339 4655 (Awang Hasyim)
Email : redwok2u@gmail.com

Waktu Operasi :-
Isnin - Khamis : Lunch (12.00 tghari - 3.00 ptg)
Isnin - Jumaat : Dinner (6.00 prg - 12.00 tgh mlm)
Sabtu - Ahad : 12.00 tghari - 12.00 tgh mlm)









10 comments:

  1. amboi..kemain pose tu...muncung gittu..

    lya suka mkn steambat.. tp pling jrg dpt p makan..sbb xde geng.. housemate x make steamboat ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, ruginya housemate lya tak makan steamboat.. Sedap kot.. Hehe.. =D

      Delete
  2. Fana suka steamboat tapi makan yang grill je. Pastu kuah tomyam. Celup seafoods je. Yang fishball apa semua tu fana tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan? Tetiba rasa macam nak makan lagi jer.. Glup! Lapor.. Huuu~~

      Delete
  3. Dekat sgt ngan umah kita ni rosmiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Fiza? Cenggitu leh la ngedate kat sini nanti.. =)

      Delete
  4. Alaaa lambat baca entri nie.. kalau x hari tue boleh singgah...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Takpe2.. Next time boleh datang lagi.. =)

      Delete
  5. Fav sis steamboat ni...so boleh le nanti kita togeder2 makan ekk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Boleh jer sis.. Roger2 je anytime.. =)

      Delete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com