FILEM REVIEW : Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

by - 4:48:00 pm

FILEM REVIEW : Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa | Isnin baru2 ni iaitu pada 11 Ogos 2014, aku berpeluang join para rakan blogger & media dalam sebuah majlis pratonton filem terbaru arahan pengarah Hashim Rejab. Filem kedua terbitan Mangkin Prestij ni adalah sebuah filem yang bergenre komedi seram yang buat julung kalinya menampilkan kumpulan pelawak tanahair Bocey (Bocik & Achey) sebagai peneraju utama dan pelakon2 yang semakin mendapat tempat di hati peminat iaitu Yassin SYJ & Epy Kodiang serta beberapa lagi pelakon2 lain.


SINOPSIS :
Filem ini mengisahkan tentang 3 orang rakan baik iaitu Rudy lakonan Achey Kintang Kintung, Akhir a.k.a Akhiruddin lakonan Abam Bocik, dan Remy lakonan Fad Bocik yang tinggal menyewa di sebuah rumah di ibu kota milik Pak Osman Basah lakonan Yassin SYJ. Rudy merupakan seorang pelakon tambahan yang sering membawa watak hantu di dalam filem2 lakonannya. Akhir@Akhiruddin bekerja sebagai pump attendant di sebuah stesen minyak. Manakala Remy pula merupakan seorang pengilap kasut "professional" di Kuala Lumpur.

Filem Komedi Seram Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Review Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

Kehidupan mereka sama juga seperti anak2 muda lain yang tinggal di rumah sewa. Awal bulan poket kembung. Masuk tengah bulan poket dah kempis. Disebabkan kos sara hidup yang tinggi di kota besar dengan pendapatan mereka yang tak seberapa, mereka sering gagal membayar sewa rumah sehingga tertunggak selama 3 bulan. Sehinggalah pada suatu hari, anak saudara kepada Pak Osman iaitu Saiful lakonan Epy Kodiang datang untuk menumpang sewa di rumah 3 sekawan tersebut.. Di sinilah bermulanya babak2 seram & tak kering gusi yang perlu ditonton oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.. Sape yang mati?? Apa yang berlaku lepas tu?? Saksikan kesudahannya di pawagam2 berhampiran anda! ^_^


ULASAN :
Ni adalah ulasan / pandangan peribadi aku berkenaan filem ni. Apa yang aku boleh bagitau, filem #KawanAkuMatiDalamRumahSewa ni adalah sebuah filem  komedi seram yang pertama kali aku tengok & rasa dia punya lawak tu lain daripada yang lain. Lawak dia bukan lawak spastik atau buat2 yang kalau korang tengok pun korang dah tau kat mana punch line dia. Tapi filem ni dia punya lawak tu sangat bersahaja. Ada beberapa babak yang sepatutnya ia menyeramkan tapi bila diorang hit the punch line, korang sendiri tak sedar yang korang tengah gelak. Macamana nak cakap ea bagi korang paham? 

Ok, senang cakap bila korang tonton filem ni korang akan terimbau balik filem2 komedi arahan allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan penampilan pelawak lagenda negara iaitu trio  Bujang Lapok Ramli, Sudin & Ajis.. Tapi ni pandangan peribadi aku la ea.. Cuma yang aku boleh katakan, this is a MUST WATCH Movie..! Rugi sangat korang tak tengok movie ni.. 


Time for photo spam! Haha! Kat bawah ni adalah beberapa keping gambar yang aku sempat snap masa malam pratonton tu.. Jangan risau, tak banyak pun.. Heeeee~ :))
Di sekitar majlis pratonton yang berlangsung di Cathay Cineplex di e@Curve Damansara..

Me with Achey Kintang Kintung yang sempoi.. :)

Hubby with Achey Kintang Kintung.. Yang ni aku musykil sikit sebab Achey yang request nak bergambar ngan laki aku.. Udah.. Sape retis ni??

Azwan Kombos.. Antara artis yang turut terlibat dalam menjayakan filem ni..

Sported Julia Ziegler! Cantiknya la hai Julia ni.. Aku punyalah segan nak mintak bergambar dengan dia sebab cantik sangat.. Dengan tingginya, putih melepaknya.. Pekena pulak kebaya putih.. Sudahnya mampu curi2 tangkap gambar dari jauh je.. Hehe.. ;)

With the cute yet adorable little buddy adik Rykarl Iskandar.. Budak ni kan, dari awal lagi aku duk aim nak bergambar ngan dia.. Punyalah ligat.. Akhirnya dapat jugak aku tangkap.. Hehe.. ;)

Last but not least.. Cik Puan Keding with kumpulan Bocey yang very humble.. ;)

So, itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share dengan korang berkenaan filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa ni..  Filem ni akan mula ditayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia bermula esok iaitu pada hari KHAMIS bersamaan 14 OGOS 2014. Aku pun macam nak gi tengok lagi sekali je nih.. Bawak kaum kerabat.. Heheh.. Jom serbu!!! Sebelum tu meh aku sajikan korang dengan trailer ni dulu.. Gerenti menggeletek hati!;)



With blogger retis BroFramestone.. :)

**NotaKaki : Terima kasih diucapkan kepada BroFramestone atas jemputan & tiket percuma ke #MajlisPratonton filem #KawanAkuMatiDalamRumahSewa ni.. Lain kali jangan lupa jemput lagi.. Hehe.. :D


#RakanMedia #BloggerMovieDayOut #FansOnline #MovieScreening #MoviePreview #MigOnline #MangkinPrestij



You May Also Like

10 Silent Hunter's Footprints

  1. Replies
    1. Wee woo wee woo! Sila2.. Hehe..😁

      Delete
  2. wahhh rosmiza suap bt ulasan peribadi.. mmg terbaiklah. heheheh.. awak2 sbnrnye kan awk duduk belakang seat sy je lah. hehehehhehehe.. tp kan flm ni bru perasan tau... alahaiiii xketip2 gamba on kite kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, ye ke? Sorryla tak tegur.. Tak cam org sgt masa tu.. Huhu..

      Delete
  3. Blogwalked!

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ABM.. Dah selamat terjah ur blog..😊

      Delete
  4. Replies
    1. Tak penuh lagi ni.. Ramai lagi yang kite tak sempat nak terjah sebab malu.. Haha!

      Delete
  5. Replies
    1. Takpe.. Nanti free2 leh gi tengok.. =)

      Delete