Kisah Aku, Senggugut & GLA..

by - 3:14:00 pm

Kisah Aku, Senggugut & GLA.. | Alhamdulillah, kerja2 mengemas rumah dah 70% done! Nape 70% jer?? Ohoi, patah pinggang iols kalau nak buat semua dalam 1 hari.. Kira okla tu kan, dari langsung tak berkemas.. Buat sikit2, esok lusa setel la.. Orang kata buat keje tu biar ada kualitinya.. Jgn duk pandang kuantiti jer.. Tapi kualiti??? Hampehhhhh.. Alasan sangatttt.. Kekeke~~;p


So hari ni Mieza nak share sikit pengalaman Mieza dengan senggugut & suplemen yang Mieza amik sekarang ni.. Sebelum tu Mieza nak tanya sikit, sape kat sini yang pernah kena senggugut teruk?? Sape yang pernah alami tu taulah macamana rasanya kena senggugut ni.. Well, masa awal2 Mieza datang bulan dulu, memang Mieza tak pernah kena senggugut.. Masa tu umur Mieza 13 tahun.. Biasalah kan, badan tak berapa nak cukup zat, lewat sikit datangnya.. Hehe.. Ada orang umur 9 tahun dah start datang bulan kan? Ada plak lagi lewat dari tu.. Takpe, tu depends on hormon jugak kot.. Kena tanya pada yang lebih pakar la ye..


So back to our topik ari ni, Mieza mula kena 'serang' dengan senggugut ni masa Mieza start masuk kolej.. Masa tu Mieza kat Kolej Matrikulasi.. First time kena Mieza takde rasa sakit ke apa tau.. Tapi Mieza tak sedar yang Mieza pitam.. Mieza ingat lagi, masa tu masih dalam minggu orientasi & Mieza tengah datang bulan.. On my way nak blk hostel lepas dengar satu taklimat kat dewan utama, Mieza rasa macam nak membuang sangat.. Tapi bila gi toilet xde plak kuar pape.. Pastu Mieza sambung jalan blk hostel, masa tu laluan kat depan Mieza nampak makin lama makin mendaki.. Jalan tu jadi mcm naik ke atas.. Mata dah start kabur & berpinar.. So Mieza stop kejap & peluk tiang yang ada kat sepanjang laluan tu utk kumpul tenaga.. Bila rasa dah ok sikit Mieza sambung jalan blk ke hostel.. Bilik Mieza kat tingkat 3.. Masa naik tangga tu pulak tenaga dah betul2 hilang.. Tapi Mieza kuatkan jgk semangat panjat tangga tu.. Dari mendaki, sudahnya Mieza merangkak sampai ke bilik.. Betul2 dah hilang tenaga.. Sampai bilik, roomate semua terkejut & tegur nape muka Mieza pucat sangat.. Dah tak hirau dah masa tu, terus panjat katil & baring.. Kononnya nak rehatkan badan sekejap sementara tunggu utk taklimat lepas tu.. Sekali rupanya sampai ke senja Mieza terbungkam kat situ tak sedar apa.. Bila kwn2 blk, Mieza tanya diorang kenape tak kejut gi taklimat? Diorang cakap diorang dah kejut banyak kali tapi Mieza tak bangun.. Diorang ingat Mieza tak sihat sebab tengok muka Mieza pucat betul.. 


Itulah pertama kali Mieza pitam.. & tu jugaklah permulaan kepada serangan senggugut Mieza.. Tapi masa kat matrik senggugut biasa2 je, takdela sampai takleh bangun.. Once Mieza dah start masuk universiti, makin teruk simptomnya.. Sampai muntah2, takleh bangun.. Masa tu byk telan ubat senggugut yg kaler pink tu sbb nak attend kelas, xnak miss.. Tak pikir dah kesan jangkamasa panjang semua tu.. Janji 'no period pain'.. Sampailah dah keje & dah kawen, Mieza still kena senggugut teruk.. Senggugut hilang start Mieza amalkan ambil suplemen tambahan iaitu GLA COMPLEX.. Pada masa yang sama Mieza juga ambil Vitamin B COMPLEX & OSTEMATRIX.. Alhamdulillah, sekarang senggugut dah hilang.. No more period pain! Cuma padahnya sebab terlalu lama ambil pain killer yang warna pink tu, now badan dah start tunjuk simptom2 yang tak bagus.. Huhu.. 


Jadi kepada wanita2 di luar sana yang ada mengalami masalah senggugut yang teruk, please3x jangan guna jalan singkat nak hilangkan sakit tu dengan pain killer.. Ubat2 tu semua mmg boleh hilangkan rasa sakit dengan cepat, tapi bila badan kita dah lali dengan dos yang biasa kita ambil, kita akan start tambah dos.. Dari sebiji, jadi 2 biji.. Lepas tu tambah lagi jadi 3 biji, 4 biji.. No! No! No! Itu bukan penyelesaian yang bijak.. Jalan terbaik, jumpa doktor cepat2.. Second choice, amalkanlah pengambilan suplemen yang betul & paling penting dapatkan suplemen dari sumber ekstrak semulajadi.. Apa2 brand pun tak kisah.. Boleh rujuk kpd pakar farmasi yang ada.. But as for me, Mieza just guna produk dari Shaklee je.. 


Apa2 pun, pilihan di tangan korang.. Choose ur product wisely.. Jangan makan ubat sebarangan tanpa nasihat dari yang pakar okay.. Stay happy & healthy! I love uolls!Mmuah! ^_^




You May Also Like

4 Silent Hunter's Footprints

  1. alhamdulillah. sy jarang kena senggugut. tapi once bila senggugut, memang menggelupur haa. sy tak pernah ajar diri makan pil pink tu. tak berani makan, kadang2 tahan je sakit. huhu. seram tengok bila housemate seolah2 addicted dgn pil tu. sekali telan 4 biji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better not to take those pink pills.. Kalau boleh tahan, tahanla.. Kalau tak boleh, guna air suam buh dalam botol pastu tuam kat perut.. Cara paling kaduk, tdo hela kalau mampu.. Huhu..

      Delete
  2. salam,sy mmg alami sengugut yg truk..tp xpnh cbe gla ni lg..heheh..slalu amik set krus..lpas ni nk cuba gla plk:)...tq ats sharing ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm dear.. Kalau ada senggugut cubalah amal makan GLA+B COMPLEX+OSTEMATRIX.. in Shaa Allah, dapat membantu..😊

      Delete