Blogger templates

Wednesday, 27 August 2014

Saya Tulis Blog..

Saya Tulis Blog.. | Holla! Selamat pagi semua.. Sebenarnya aku nak update pasal #NNRayaOpenHouse hari tu.. Tapi macam banyak plak gambar nak kena tapis & resize tu.. Phone plak lowbat, so cas dulu bagi bateri full. Untuk bagi blog aku ni hidup sikit, aku up dulu lah entri apa2 yang boleh.. Haha! Mood tengah kumpul balik trafik blog yang dah surut.. Bukan senang hoii nak upkan trafik kat blog ni.. Berpeluh otak hokay duk pikir idea nak up story..

Badge 'I Write Blogs' ni aku snap masa kat open house Nuffnang tempoh hari.. Kira ni macam entri teaser la ni.. Haha! Ramai yang tanya apa aktiviti kat open house hari tu.. Aktiviti simple jer tapi berpeluh jugaklah ketiak aku ke hulu ke hilir masa menyiapkan tugasan.. Lepas tu boleh pulak aku dengan konfidennya pergi berposing poyo2 depan wowbooth dengan ketiak basah.. Aduhaiiii.. -_-#


Aku sebenarnya ada baju 2 baldi penuh nak kena sidai. Nasib semalam dah basuh siap2. Tinggal rendam softlan & pagi ni just sidai sajo. Baru2 pindah ni biasalah ko uols, perabot apa pun takde lagi. Mesin basuh pun takde. Jadi kenalah back to basic.. Basuh baju pakai tangan. Okla tu, boleh exercise otot lengan. Jangan pakai kaki sudah. Itu tak ikhlas namanya.. Hoho!


Ha, kan dah siap satu entri.. Walaupun tajuk ke mana, isi ke mana.. Biasalah pepagi ni. Ideanya banyak tapi memandangakan masih banyak tugasan ke'surirumah'an aku yang belum setel, maka kena update sesimple mungkin jer dulu. Asalkan berupdate. Nampak tak permainan dia?? Akakakaka! Bak kata kak Engku, nampaqqqqqq... Kbai! ^_~



18 comments:

  1. nak tengok lagi gambar masa pergi open house tu..mesti happening kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, nanti kite share ye.. =)

      Delete
  2. oh, pergi ek majlis raya Nuffnang tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi yunk.. Alhamdulillah, dapat jugak attend anjuran Nuffnang tahun ni.. =)

      Delete
  3. Salam. tersesat ke blog awak. anyway selamat berkenalan :). feel free to read my new entri

    Rezeki komisyen program affiliate terbaru buat blogger :)

    http://untuqsemua.blogspot.com/2014/08/komisyen-ke-2-dari-advertorialmy.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal MH MY.. Terima kasih sudi singgah.. =)

      Delete
  4. Kita tunggu cite open house raya en nuff...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Gigih kite taip entri tau.. Baru dapat publish.. Huhu.. Jemput baca ye.. ;)

      Delete
  5. wahh mesti jupa ramai blogger kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak.. Tapi depa semua dah otai.. Segan nak tegur.. Hehe.. =D

      Delete
  6. Bestnyer blh join event gini . Jauh kat sinung... agk myukarkan kt y kat sini nk join. Huhu. Mesti meriah kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite dulu pun payah gak Lya nak join event2 ni.. Sebab jauh kat Ipoh nun.. Huhu.. Sejak pindah Kajang ni jer baru berpeluang nak join.. Tu pun nasib encik abam sudi bawak.. Kalau tak, tak merasa jugak.. Huhu..

      Delete
  7. Salam kenal kembali...
    Mesti best open house raya nuff...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best! Dapat jumpa life ngan rakan2 blogger lain.. =)

      Delete
  8. Alaaa baru teaser jer ka.. cepat2 sikit update nak baca nie..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Baru publish kak.. Sila2.. =)

      Delete
  9. Kihkihkih...kelakaq jugak rosmiza ni kan...hari tu tak sempat nak melihat kelakaq dia sebab busy..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Kelakaq tak kelakaq kena tanya orang yang betul2 kenal saya.. Org paling banyak pedajal orang pun ye.. Kahkahkah!

      Delete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com