Selca Di Mana-Mana..

by - 8:32:00 am

Selca Di Mana-Mana.. | Ini entri kesinambungan lepas attend Nuffnang Raya Open House minggu lepas. Tak menarik pun tapi sebab aku dah janji nak story, so aku up jelah kat sini. Sekurang-kurangnya berupdate jugak blog aku ni daripada terbengkalai.. Haha! Korang rasa nak baca, baca.. Kalau tak minat nak baca takpe.. Boleh view entri2 lain. Sebab aku rasa entri aku kali ni memang takde motif pun. Saja bagi hidup blog je.. ^^,


Seperti yang aku ada mention dalam entri sebelum2 ni [LINK 1][LINK 2], aku terpaksa balik awal sebab nak kena bergegas pergi bantu member encik abam setelkan problem kat tempat kerja dia. Aku selalu jer dengar diorang duk sebut pasal tempat kerja si member ni. Tapi tak pernah la pula aku ikut diorang pergi buat kerja. Actually tempat tu bukan la main office diorang. Diorang just vendor kat situ. Buat kerja2 maintenance cctv etc. So, hari tu aku berpeluang la tengok diorang buat kerja macamana.

 

Sampai2 sana mak ai cantiknya tempat ni. Bersih, kemas, selesa. Dari depan pintu masuk sampailah ke pantry.. Semua complete lah. Di situlah bermulanya babak2 berselca tak hengat dunia aku dengan my purplelolly.. Hahaha! Bagi yang ikut IG aku tu tau la kot pasal ni sebab aku ada upload kat IG.. Hehe.. Nasib la bateri handphone aku dah exausted masa tu, tak dapat aku nak bergambar di setiap sudut. Kalau tak terpaksalah korang layan photo spam lagi. Dan semestinya muka aku sesajo la kat dalam ni nanti.. Kahkahkah!

 

Ha, kan dah kata muka aku sesajo.. Nasib baik 2 keping jer.. Kalau tak, mau termuntah terbelahak ter segala ter lah korang nengok gaya selca aku yang tak boleh blah. Kahkahkah! Tapi serius tempat ni sangatlah cantik, bersih, selesa.. Even meja2 staff diorang pun kemas jer tersusun. Tak macam sesetengah orang tu kan, banyak kerja katanya.. Meja kerja memang penuh dengan segala macam fail, surat, kertas, nota blablabla (Erks! Macam aku jer..)..Tabik spring lah staff2 kat sini. Diorang sangat menjaga kebersihan dan keselesaan tempat kerja. Barulah prestasi & produktiviti meningkat kan. Aku siap pusing satu ofis lagi. Bila bateri dah kong baru reti duduk diam cari buku buat2 membaca kononnya.



**NotaKaki : Kalau dah gila berselca, memang tak dapat nak buat apa la..** 



You May Also Like

4 Silent Hunter's Footprints

  1. Apa itu selca kak? :D

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selca = Self Camera kot..
      Tapi maksud dia sama jer dengan Selfie.. Hehe.. ^_^

      Delete