Surat Untuk Malaysia : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta..

by - 6:15:00 pm

Surat Untuk Malaysia : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.. | Assalamualaikum & selamat petang semua.. Alhamdulillah, hari ni genaplah 57 tahun negara kita Malaysia mengecap kemerdekaan. Aku rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang penuh keamanan walaupun kita hidup berbilang bangsa, kaum dan agama. Dan sebagai seorang rakyat Malaysia juga, aku sangat berbangga kerana negara kita walaupun mungkin kecil di mata dunia namun sumbangannya adalah sangat besar dan tak ternilai buat kita sebagai rakyatnya.

Tema Hari Kebangsaan 2014, Tema Hari Merdeka 2014, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta menjadi tema Hari Kebangsaan kita pada tahun ni. Jika nak dibandingkan dengan tema-tema sebelum ni, boleh dikatakan tema tahun ni agak unik & mendalam maksudnya. Namun sejauh manakah rasa cinta kita untuk negara? Tak perlu untuk kita persoalkan sumbangan negara terhadap kita. Sebaliknya tanyalah diri kita sendiri apa sumbangan kita terhadap negara yang kita cintai ini.


Setiap daripada kita memainkan peranan yang sangat penting dalam menggerakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang semakin maju dan dikenali di mata dunia. Walau mungkin tidak segah dan tidak sebesar mana sumbangan kita terhadap negara kita, namun harus diingat kita adalah 'nadi' yang menghidupkan dan menggerakkannya. Jadi berbanggalah kerana kita adalah sebahagian darinya. Kita anak Malaysia! Kita rakyat Malaysia..! Jangan segan untuk melaungkan perkataan ini......


MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!


Semoga Malaysia akan terus kekal aman dan berkembang maju seiring dengan perkembangan global. I love you Malaysia and I'm proud to be Malaysian..! ^___^




#SelamatHariMerdeka | #HariKebangsaan_57 | #SayaAnakMalaysia | #IAmProudToBeMalaysian | #WeLoveYouMalaysia


You May Also Like

4 Silent Hunter's Footprints

  1. Disini lahirnya sebuah cintaaaa ,, heheh

    jemput singgah Giveaway di http://therylisanurulain.blogspot.com/2014/08/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

    ReplyDelete
  2. ermm selamat hari merdeka untuk awak jugak.. tema tahun ni memang menyentuh hati kan

    ReplyDelete
  3. Salam kemerdekaan ke-57 mieza..semoga negara kita nie sentiasa aman dan makmur..=D

    ReplyDelete