Blogger templates

Tuesday, 30 September 2014

HOT FM PROJEK RADIO

HOT FM PROJEK RADIO | Siapa kat sini pendengar setia radio terhangat di Malaysia Hot Fm? Pernah ada cita2 nak jadi penyampai radio di stesen radio terhangat di Malaysia tapi tak tau caranya? Ha, kalau ada ni ada berita baik untuk korang.. Hot Fm sekarang sedang menjalankan satu program ujibakat untuk mencari penyampai radio baru yang dinamakan HOT FM PROJEK RADIO! Ahkak is teruja uols! Coz memang cita2 ahkak nak jadi dj radio ni.. Boleh ke??? Erkss..

Menariknya tentang ujibakat HOT FM PROJEK RADIO ni ialah kita boleh pilih salah satu dari 3 kaedah ujibakat yang disediakan. Antara kaedah yang disediakan ialah :-

  1. Ujibakat melalui aplikasi Whatsapp. Hanya perlu hantarkan 'Voice Message' ke talian yang diberikan. Sempoi kan? ^_~

    :: Cara nak hantar penyertaan melalui aplikasi Whatsapp boleh refer sini --> LINK ::

  2. Isi dan hantarkan borang penyertaan dengan lampiran file rakaman suara korang. Syarat dia mudah je. Rakaman mesti tak lebih dari 3 minit. Format audio mesti dalam MP3 atau untuk video gunakan format MOV/MP4/WMV. Kalau audio or video korang dalam format selain dari yang ditetapkan ni, korang boleh convert dulu k.. ^_~
  3. Boleh hadirkan diri di sesi ujibakat HOT FM PROJEK RADIO pada 11 Oktober 2014 bertempat di PNB Darby Park KL bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Jangan lupa bawa profil diri/resume & gambar terbaru korang ok! ^_~


Skrip untuk ujibakat, pihak radio dah sediakan. So tak payah nak pening2 nervous tak ketahuan nak reka skrip segala bagai. Just download & print out sajo. Untuk dapatkan skrip ujibakat boleh ke SINI. Lepas tu bacalah dengan nada seorang penyampai radio! Kalau boleh hafal lagi bagus.! Gitu kekdahnya... Happy ke tidokkk? ^^,

So, cubalah ekk kalau minat & memang ada cita2 nak jadi dj radio! Mana tau ada rezeki enkorang kan.. Aku pun nak cuba jugak! Tak sia2 hobi peliks aku selama ni.. Boleh jugak praktis fefeeling jadi dj radio.. Lalalalala~~ Kbai! ^o^v




Untuk maklumat lanjut, sila layari :-



Read More

Saturday, 27 September 2014

BE Ke-5 Dari Nuffnang

BE Ke-5 Dari Nuffnang | Tengah syok update & godek2 blog sendiri tetiba terperasan ada iklan baru. Sebelum ni macam tak pernah pulak nampak iklan ni berlegar2 kat blog aku nih. Apa lagi, terus merempit refresh akaun Nuffnang. Haha! Just nak cek kot2 ada campaign terbaru dah masuk ke blog. Ingatkan kempen CPC  biasa, tapi Alhamdulillah rezeki blog dapat BE baru.


Ni kira BE ke-5 untuk bulan September 2014 & BE ke-5 jugak untuk blog.. Ye, aku tau bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan bagi blogger2 lain yang dah merasa beratus malah beribu BE macam ni. Tapi aku tetap rasa bangga sebab usaha aku selama 3 tahun dah mula menampakkan hasil. Walaupun tak banyak, tetapi tak mengapa. Sebab yang sikit itulah yang akan kita hargai & kenang sampai bila2.. Sebab kalau takde yang sikit ni, takdenya ko nak merasa kempen yang besar2 tu..


BE kali ni ialah tentang SENHENG Online Store. Menarik tu.. Nanti ada masa aku cerita sikit ea pasal Online Store terbaru ni..  Sebelum aku cerita, aku kenalah usha2 dulu kan tengok apa yang menarik.. Ahaks! 2 kempen dah credited. Now, tinggal lagi 3 kempen yng still on going.. Semoga tiga2 kempen ni melekat lama lagi dalam blog.. So korang kalau ada terjumpa kempen ni kat mana2 campaign board blog ni, sudi2lah menderma ye.. Hehe.. Btw, thnaks to Nuffnang & pihak advertiser yang mempercayai blog ini untuk mengempen iklan2 anda! Xoxo! ^_^





#NuffnangMy | #NuffnangCampaign | #CPUVCampaign | #BufferedEarning | #BE


Read More

Friday, 26 September 2014

Jemputan Ke Premiere Screening Filem Annabelle Dari Nuffnang

Jemputan Ke Premiere Screening Filem Annabelle Dari Nuffnang | Ye, ni event tak berbayar. Tapi takpe, aku pergi jugak. Bukan senang nak upkan trafik & bagi blog mendapat tempat di hati organizer okay. Semua bermula dari bawah & nak tak nak semua blogger newbie & picisan macam aku kena hadap. Yelah, nak harapkan dapat cover event yang berbayar macam sesetengah blogger yang famous armos tu memang tak ar kan? Diorang dah ada favourite group diorang. Yang lain2 ni sekadar membantu menaikkan nama 'blogger2 itu' sahaja... Haha! So, jangan samakan blogger picisan macam aku dengan blog enkorang yang famous armos tu. Eh? Dah kenapa intro cam sentap jer bunyinya.. Haha!


Ok, lupakan dulu soal itu.. Berbalik kepada tajuk.. Alhamdulillah, aku dapat satu lagi jemputan untuk menghadiri #NNPremiereScreening pada 30 September ni iaitu bersamaan hari Selasa minggu depan.


Sinopsis? Later lah aku up ye.. Sekali ngan review kalau rajin.. Haha! Filem2 sebelum ni pun aku tak sempat nak update review.. Cerita pun dah basi dah.. Huuu.. So, baiklah jangan berjanji kalau tak mampu nak tepati..  Sekian..




#NuffnangPremiereScreening | #Nuffnangers | #NuffnangEvents | #BloggersEvent | #BloggerWorld


Read More

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 21 : Tempat Yang Aku Tak Pernah Pergi & Teringin Nak Pergi

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 21 : Tempat Yang Aku Tak Pernah Pergi & Teringin Nak Pergi | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di penghulu segala hari, hari Jumaat.. Ada yang pergi kerja hari ni senyum2 bukan main lagi. Yelah, esok cuti kan.. Cuba kalau hari Isnin. Ketat jer muka memasing nak gi mengadap timbunan kerja. Ahaks! That's why I love working at home! Masa flexible, takde orang boleh mengarah2 kita.. I'm the bos what? Haha.. Tapi kena pandai2lah ye membahagi masa.. ^_^


Ok, berbalik kepada tugasan hari ni.. Topik dia Tempat Yang Aku Tak Pernah Pergi & Teringin Nak Pergi. Banyak sebenarnya tempat yang aku nak pergi ni. Tapi yang paling aku teringin sangat nak pergi semestinya Korea! Pengaruh kpop sangat kan? Ahaks!


Aku teringin nak ke Pulau Nami yang famous tu.. Yang dalam cerita Winter Sonata tu ha.. View dia bukan main lawa lagi. Nak2 masa musim sejuk.


Lepas tu aku nak ke Namsan Tower.. Cantik pulak aku tengok padlock tree kat Namsan Tower nih. Tengok dalam drama jelah tapi. Haha! Tapi kat Bukit Bendera sekarang pun diorang dah buat ala2 Namsan Tower ni tau. Aku baca kat blog sorang member ni hari tu. Boleh tahan lawa jugak dah sekarang Bukit Bendera kita.. Tak dapat pergi Namsan Tower, Bukit Bendera pun jadilah.. Sayangilah Malaysia..! Gitu kan slogan dia.. Ahaks!
  


Korea punya theme park pun menarik jugak. Apa nama tempat tu? Jap google jap.. Ha, Everland Theme Park.. Aku tengok dalam Running Man, diorang punya theme park macam gempak je.. Tapi kat sini aku baca review mereka2 yang dah pergi sana, kalau nak view yang cantik, pergi time musim bunga. Memang menangis la ko bergambar tak keharuan kat sana nanti. Musim bunga kot.. Macam2 bunga lah yang ada nanti. Dengan pelbagai warna & variasi lagi.. Walaweh! Syok tu.. Erks! Anak2 sangat ke cita2 aku nak ke Korea semata2 nak pergi theme park nih?


See? Cantik kan theme park diorang time musim bunga? Okay, panjang sangat dah aku rasa nih. So, apa pula destinasi yang korang tak pernah pergi & teringin sangat nak pergi? Meh tinggal link entri korang kat komen.. Nanti aku terjah..


Pictures Resource : http://nexttriptourism.com


Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-

DAY 1 : Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri Seorang Rosmiza
DAY 2 : 5 Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza
DAY 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Seorang Rosmiza
DAY 4 : Buku Kegemaranku
DAY 5 : 3 Perkara Yang Ingin Diperkatakan Kepada Bekas Kekasih
DAY 6 : Apa Yang Rosmiza Makan Hari Ni..?
DAY 7 : Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting Bagi Rosmiza?
DAY 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Rosmiza
DAY 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Rosmiza
DAY 10 : Apa Di Dalam Hanbag Rosmiza..?
DAY 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak2
DAY 12 : 5 Wishlist Rosmiza
DAY 13 : 5 Blog Kegemaran Rosmiza
DAY 14 : Cerita Kasut Rosmiza
DAY 15 : Surat Kepada Seseorang
DAY 16 : Siapa & Bagaimana Rosmiza 10 Tahun Akan Datang?
DAY 17 : Perkara Yang Dirindui
DAY 18 : Siri Tv Kegemaran Rosmiza
DAY 19 : Resepi Kegemaran Rosmiza
DAY 20 : Quote Kegemaran Rosmiza
DAY 21 : Tempat Yang Aku Tak Pernah Pergi & Teringin Nak Pergi



#30DaysBlogChallenge


Read More

Thursday, 25 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 20 : Quote Kegemaran Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 20 : Quote Kegemaran | Another backdated entri.. Task hari ke-20 ditaip & diterbitkan pada hari ke-25.. Sangat tak cool.. Ermmm.. -_-'

Source Extracted From Google
Gambar sekadar hiasan.. Tak nak cakap banyak.. Kite terus jer dengan task ye.. Kat bawah ni antara favourite quote aku.. Terbaca kat satu blog hari tu.. Tapi lupa pulak nak amik link.. Huhu..

"Untuk Menjadi Insan Luar Biasa, Kita Kena Fikir Cara Luar Biasa.. Kita Kena Buat Perkara Luar Biasa, Perkara Yang Orang Biasa Tak Buat." - Nazali Noor

Tak perlulah aku nak ulas panjang lebar kot.. Quote yang paling straight to the point aku pernah jumpa.. So, rasanya semua boleh faham.. Jumpa di next entri.. Nak bayar hutang bw jap.. Kbai! ^_~



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-

DAY 1 : Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri Seorang Rosmiza
DAY 2 : 5 Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza
DAY 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Seorang Rosmiza
DAY 4 : Buku Kegemaranku
DAY 5 : 3 Perkara Yang Ingin Diperkatakan Kepada Bekas Kekasih
DAY 6 : Apa Yang Rosmiza Makan Hari Ni..?
DAY 7 : Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting Bagi Rosmiza?
DAY 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Rosmiza
DAY 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Rosmiza
DAY 10 : Apa Di Dalam Hanbag Rosmiza..?
DAY 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak2
DAY 12 : 5 Wishlist Rosmiza
DAY 13 : 5 Blog Kegemaran Rosmiza
DAY 14 : Cerita Kasut Rosmiza
DAY 15 : Surat Kepada Seseorang
DAY 16 : Siapa & Bagaimana Rosmiza 10 Tahun Akan Datang?
DAY 17 : Perkara Yang Dirindui
DAY 18 : Siri Tv Kegemaran Rosmiza
DAY 19 : Resepi Kegemaran Rosmiza
DAY 20 : Quote Kegemaran Rosmiza



#30DaysBlogChallenge


Read More

Tuesday, 23 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 19 : Resepi Kegemaran Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 19 : Resepi Kegemaran Rosmiza | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Jom kita teruskan tugasan untuk hari ke-19 30 Days Blog Challenge! Cakap pasal resepi kegemaran ni, aku ada satu resepi favourite ciptaan aku sendiri untuk aku share dengan korang semua.. Dulu dah pernah share sebenarnya resepi ni.. Tapi takpe, aku share lagi sekali. ^^,


Resepi ni aku namakan sebagai Black Pepper Chicken With Oyster Sauce. Jom kita tengok cara2 nak masak! Oh ya, resepi  ni untuk 2 orang makan je ye.. So kalau nak masak untuk ramai tu korang pandai2lah topup apa yang patut.. ^_^


Resepi Black Pepper Chicken With Oyster Sauce

Bahan-Bahan :-
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Fish cake dipotong nipis (Aku guna 2 keping jer.. Ikut suka hati koranglah nak letak banyak mana pun.. Kalau ada fish ball pun boleh guna. Boleh juga nak tukar dengan ubi kentang yang dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • Lada hitam (ditumbuk kasar)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Garam & gula secukup rasa

P/S : Aku masak tak guna ajinomoto ye.. So, kalau korang nak tambah ajinomoto boleh tambah ikut citarasa & kesesuaian dengan tekak masing2.. 

Cara-Cara :
  1. Perapkan ayam dengan bahan2 yang ditumbuk dalam 15-20 minit. 
  2. Panaskan minyak. Masukkan bahan perapan dan goreng hingga separuh masak.
  3. Masukkan fish cake. 
  4. Bila agak2 fish cake tu dah lembut, dah boleh masuk kicap manis. Anggaran dalam 1 sudu besar. Then masuk pula sos tiram dalam 2 sudu besar.
  5. Kacau rata. Masukkan garam & sedikit gula. (Sos tiram tu dah masin. So agak2 la ea..)
  6. Masak sehingga pekat. Kalau nak berkuah, boleh tambah air. (Aku suka pekat2.. Hehe..)
  7. Tunggu sampai masak. 
  8. Sedia untuk dihidang!

Ha, senang kan? Kadang2 aku masukkan tomato ceri sekali dalam resepi ni. Campak jer masuk dalam kuali masa last tu.. Just untuk tambahkan seri.. Lepas tu kalau nak lebih menarik, masa hidang tu boleh la racik2 daun bawang & daun sup then tabur kat atas.. Aku kalau masak ni, tak payah lauk lain pun takpe dah.. Makan ngan nasik panas2, pergh! Syorganya tekak.. Hehe.. Selamat mencuba! ^_~


Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-

DAY 1 : Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri Seorang Rosmiza
DAY 2 : 5 Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza
DAY 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Seorang Rosmiza
DAY 4 : Buku Kegemaranku
DAY 5 : 3 Perkara Yang Ingin Diperkatakan Kepada Bekas Kekasih
DAY 6 : Apa Yang Rosmiza Makan Hari Ni..?
DAY 7 : Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting Bagi Rosmiza?
DAY 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Rosmiza
DAY 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Rosmiza
DAY 10 : Apa Di Dalam Hanbag Rosmiza..?
DAY 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak2
DAY 12 : 5 Wishlist Rosmiza
DAY 13 : 5 Blog Kegemaran Rosmiza
DAY 14 : Cerita Kasut Rosmiza
DAY 15 : Surat Kepada Seseorang
DAY 16 : Siapa & Bagaimana Rosmiza 10 Tahun Akan Datang?
DAY 17 : Perkara Yang Dirindui
DAY 18 : Siri Tv Kegemaran Rosmiza
DAY 19 : Resepi Kegemaran Rosmiza



#30DaysBlogChallenge


Read More

Monday, 22 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 18 : Siri Tv Kegemaran Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 18 : Siri Tv Kegemaran Rosmiza | Assalamualaikum & selamat tengahari sahabat! Hari ni aku kembali meneruskan tugasan 30 Days Blog Challenge.. Semalam tak update blog sebab busy siapkan tempahan custom made shawl customer.. Plus kurang sihat.. Migrain menyerang tetiba.. Tapi terpaksa gagahkan jugak diri siapkan tempahan.. Hari ni pun ada lagi tempahan nak kena siapkan, tapi curi2 masa sekejap update blog dengan backdated entry. Erm..


Ok, tak nak cakap banyak.. Aku teruskan dengan task untuk hari ke-18 ni ye.. Siri Tv Kegemaran Rosmiza.. Actually, aku dah lama tak tengok tv.. Kalau tengok pun ada lah sekali sekala aku buka tonton.com.. Tapi kalau nak kata ikut cerita2 kat tonton pun tak jugak.. Sebab bukan selalu pun aku buka tonton. Ikut mood..


So, aku share lah beberapa Siri Tv Kegemaran aku satu ketika dulu ye.. Sebab kalau yang terkini, memang aku tak ikut.. Ngeeee..~~ ^_^


Well, inilah 2 siri tv yang pernah jadi kegemaran aku dulu.. 2 Broke Girls & Supernatural.. Siap download lagi semua season.. Haha.. Tak payah lah aku nak buat sinopsis bagai ye.. Sebab task untuk hari ni pun just tanya tentang siri tv kegemaran je.. So, tak payah nak terlebih rajin sangatla nak taip sinopis segala..! Sebab memang tengah malas pun.. Haha.. Kbai! ^_~v



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-


Read More

Saturday, 20 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 17 : Perkara Yang Dirindui

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 17 : Perkara Yang Dirindui | Alahai, dah taip tajuk untuk task hari ke-17 ni dari pagi tadi lagi dah.. Lepas tu tetiba blank, tak tau nak tulis apa. Tinggal kejap blogpost tak siap taip ni ternganga dalam laptop sebab malas nak save ke draft.. Lepas tu gi buat keje lain dulu, makan2 semua. Dah kenyang ngantuk pulok. Baring2 jap layan One Piece sampai terlelap. Celik2 mata dah petang. Adeh.. Bangun2 rasa lapar balik. Cari makanan apa yang boleh dikudap kat dapur. Baru duduk balik mengadap latop siapkan entri ni. Haha..! Panjang intro tapi ke bulan bintang perginya.. Langsung takde kaitan.. Lols..!


Baiklah, aku sambung task untuk hari ke-17 30 Days Blog Challenge ni ye.. Apa perkara yang aku rindu sangat2 :-

  • Arwah ayah.
  • Arwah abang (tadi baru lepas termimpikan dia.. T_T)
  • Arwah nenek.
  • Zaman kanak2.
  • Zaman remaja.
  • Zaman sekolah.
  • Zaman bergelar student.
  • And of course aku rindu mak kat kamppung.. T_T

Ok, dah.. Sikit2 dah la.. Kang aku nangis pulak terkenangkan nostalgia2 lama ni.. Huhu.. Jumpa di next entri ye.. Bubai!



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-


Read More

Friday, 19 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 16 : Siapa & Bagaimana Rosmiza 10 Tahun Akan Datang?

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 16 : Siapa & Bagaimana Rosmiza 10 Tahun Akan Datang? | Task hari ke-16 untuk 30 Days Blog Challenge.. Aku suka tajuk task hari ni.. Walaupun kita belum tau apa akan jadi pada kita & bagaimana kehidupan kita di masa hadapan, tapi tak menjadi salah untuk kita pasang impian & angan2 untuk mencipta sesuatu yang indah untuk masa depan kita sendiri.. Berapa banyak untuk daaa.. 


Ok, lets talk about it!

Siapa aku & bagaimana aku 10 tahun akan datang? Pada waktu tu umur aku dah di ambang 4 series.. Bisnes yang aku usahakan mula berkembang dan membuahkan hasil.. Aku dah ada produk & butik sendiri dengan beberapa cawangan di Malaysia.. Produk2 keluaran syarikat mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi di seluruh Malaysia & mula menempa nama di peringkat antarabangsa. Aku juga dah ada empayar sendiri dalam bisnes Shaklee dengan beberapa network yang aktif dalam empayar tersebut. Aku punyai sebuah rumah yang selesa & keluarga yang bahagia dengan anak2 yang sihat & cemerlang. Kehidupan waktu tu sangat tenang & kebanyakan masa aku, aku akan luangkan bersama keluarga. Setiap tahun aku akan hantar mak, ayah & ibu mertua mengerjakan umrah & haji di Mekah. Dan setiap 2 or 3 bulan sekali aku akan bawa family pergi bercuti..

"The Best Way To Predict Your Future Is To Create It" - Abraham Lincoln.

So, jangan malu or ragu2 untuk create your own future coz it was always the best way to achieve it.. ^^,



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-


Read More

Thursday, 18 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 15 : Surat Kepada Seseorang

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 15 : Surat Kepada Seseorang | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Task untuk hari ke-14 for 30 Days Blog Challenge.. Surat kepada seseorang.. Ermm.. Nak tulis surat berformat ke ni? Haha..! Ok2, terus ke tugasan hari ni ye.. Jom baca surat ku untuk seseorang! ^^,

Source Extracted From Google
Ke hadapan cinta hati yang sentiasa dirindui,


Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya dan menjadikan aku suri hidupmu. Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah diri ini. Terima kasih kerana selalu ada untukku. Ku akui aku tidak cukup sempurna buat dirimu. Tapi ketahuilah, aku berusaha sedaya yang ku mampu untuk jadi yang terbaik untukmu. Izinkan aku untuk terus bertahta menjadi ratu dalam hatimu. Kerana engkau sentiasa ada di setiap nafas & denyut nadiku. Hanya satu yang ku pinta, peliharalah hati ini & pertahankanlah mahligai yang kita bina agar berterusan kekal bahagia hingga ke jannah. Semoga engkaulah satu2nya imamku di dunia & di akhirat.. 

Sayang Selalu,
~Suri Hatimu~

Rasa macam pelik pulak tetiba tulis surat untuk suami sendiri kat blog.. Hehe.. Okbai! *blushing*



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-
Read More

Wednesday, 17 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 14 : Cerita Kasut Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 14 : Cerita Kasut Rosmiza | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Dah masuk hari Rabu.. Lagi 2 hari kerja, pastu cuti lagi.. Suka la tewww.. Hehe.. Aku hari kerja ke hari tak kerja ke, tanggungjawab sebagai seorang isteri & surirumah tetap kena buat macam biasa. No holiday okay for a housewife..


Ok, hari ni nak teruskan cabaran 30 Days Blog Challenge.. Backdated task lagi.. Huhu.. Task untuk hari ke-14 ni kena cerita tentang kasut. Alohr, ni yang blur sikit ni. Aku bukanlah seorang pengumpul kasut yang berjaya. Setakat ni aku hanya ada 3 pasang kasut.. 2 flat shoes, 1 lagi wedges.. Wedges tu dah bertahun dah aku beli.. Tapi jarang pakai sebab aku lagi suka melenjan flat shoe untuk ke hulu hilir.. Lepas tu nak lagi selesa, aku belasah pakai selipar jepun jer.. Sempoi! Haha..!

Source Extracted From Google : Lawanya kasut ni.. Operasi mencari flat shoe kaler purple pulak..  

Erks! Adakah aku memenuhi skop perbincangan? Sorry la ye pihak penganjur.. Kite betul2 blur ngan task hari ni. Tak tau nak citer apa pasal kasut. Gambar kasut pun kite tak snap sebab kasut dah lunyai.. Cam tak cantik pulak nak tempek dalam blog ni.. Tapi kalau nak tengok gambar antara kasut2 yang aku pernah ada, boleh ke entri2 sebelum ni.. Kasut yang ada sekarang ni pun gitu2 jugak designnya.. Yang penting flat shoe.. Heee..


Satu2nya wedges yang aku ada --> LINK
Kasut 1 --> LINK
Kasut 2 --> LINK



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-


Read More

Tuesday, 16 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 13 : 5 Blog Kegemaran Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 13 : 5 Blog Kegemaran Rosmiza | Assalamualaikum, selamat pagi & Selamat Hari Malaysia semua! Hari ni public holiday kan? So, korang ke mana je hari ni? Aku tak tau lagi apa aktiviti hari ni. Rasanya macam duk umah jer kot. Tempahan banyak lagi tak siap tu. Huhu.. Ok, jom teruskan task 30 Days Blog Challenge hari ke-13..! ^^,
Kalau nak cakap pasal blog kegemaran ni memang lebih dari 5 blog la yang aku suka singgah & baca. Semua blog yang tersenarai dalam bloglist aku ni adalah blog kegemaran yang aku mesti singgah. Tapi since Sue mintak aku senaraikan 5 jer so terpaksalah aku shortlistkan. Yang lain jangan terasa ye.. Huhu..


5 Blog Kegemaran Rosmiza :-

  1. Yuyu Zulaikha
  2. Boni Kacak
  3. H.A.T.I
  4. Coklat Eyes
  5. Zie Madini

So, inilah dia antara blog kegemaran yang aku suka baca. Kriteria blog yang aku suka baca bukanlah sebab blog tu kepunyaan blogger retis or glamour or what so ever. Tapi sebab aku suka pengisian diorang yang humble & simple. Satu lagi ada sense of humor. Macam aku ada mention sebelum ni, aku tak suka pengisian yang terlalu berat or sarat dengan info. Tak kesahla buku ke, blog ke, apa2 lah yang melibatkan mata & otak aku untuk memainkan peranan. Penat weyh otak aku nak menelaah. Mata pun cepat ngantuk.. Huhu.. Dia kalau sarat dengan perenggan takpe, asalkan topik & pengisiannya menarik serta original. Blog yang pengisiannya terlalu keanak2an pun aku kurang gemar nak singgah. So kalau korang nak aku rajin menyinggah kat blog korang, sila lah take note tips yang aku bagi kat atas ni ye.. Kompem asik2 muka aku jer duk mengomen kat blog engkorang nanti.. Sekian.. ^_~



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-



Read More

Monday, 15 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 12 : 5 Wishlist Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 12 : 5 Wishlist Rosmiza | Marathon entri task 30 Days Blog Challenge.. Sebab dah beberapa hari tertunda, so terpaksa aku berhabisan cuba catch up balik. Huhu.. So, lets make it short & simple..
5 Wishlist Rosmiza :

  1. Driving License
  2. Personal Desktop/Laptop
  3. Power Bank
  4. Honeymoon/Vacation
  5. Own House

Kesian kan, dah tua2 tapi still takde lesen memandu. Haha! Aku ada lesen merempit jer. So, nak upgrade la lepas ni kalau ada rezeki. In Shaa Allah. Since sekarang aku guna khidmat laptop pinjam, so agak sukar sikitlah untuk aku buat kerja. Nak save dokumen or gambar pun tak boleh. Yela laptop orang kan. Kalau laptop sendiri bolehla aku save apa2 pun aku nak save. Power bank ni aku rasa is a must have item la once ko dah ada gadget2 yang memerlukan ko online 24/7.. Senang kalau nak travel memana. Boleh cas on the go. Honeymoon/vacation ni memang lama dah aku impikan. Tak dapat pergi jauh pun takpe. Kat sini2 je pun ok. Just wanna spend some special & quality time with love which memang untuk betul2 rest & escape dari kesibukan kerja. No internet, no gadget, no laptop, no no no.. And last but not least aku impikan untuk ada rumah sendiri. Sebab aku suka decor2. So aku nak decor rumah sendiri cantik2. Hehe.. Well, I think thats all for this task. See ya in the next entri! Bubai! ^_~



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-


Read More

BE Ke-4 Dari Nuffnang

BE Ke-4 Dari Nuffnang | Rutin setiap hari if aku online ialah login ke akaun Nuffnang & semak blog stats terkini then preview earning & kempen yang sedang aktif di blog. Alhamdulillah, blog ni berjaya dapat satu lagi CPUV Campaign which is BE ke-4 untuk bulan September 2014 dan juga BE ke-4 sepanjang 3 tahun aku berblog. Lama kan nak dapat BE? Huhu.. Tips dia, kena rajin update & blogwalking serta try to attract more traffic to our blog..


Untuk BE ke-4 ni kempen yang sedang berlegaran ialah RWG - Ice Age Adventure. Ada beberapa blogger berpeluang pergi ke Ice Age Adventure ni baru2 ni. Mesti seronok kan? Aku pun teringin nak pergi bila tengok gambar2 diorang. Ada rezeki nanti jom kita pergi ramai2 nak? Hehe..


Btw, sekarang ni tinggal 3 je lagi BE yang still on going. BE Xperia Z2 credited already. Masa taip entri ni baru aku perasan. Bahahaha! Tak sempat aku nak review. Huhu.. Tu lah dia, kebizian sangat pulak konon 2,3 hari ni.. Hmmm.. Banyak giler dah kot aku berhutang entri nih.. Aduyaiii.. Nanti kalau sempat, aku try buat autopublish jelah ye.


Psssst! Kalau terjumpa kempen2 kat atas ni kat mana2 campaign board dalam blog ni, sudi2lah kiranya menyumbang barang sekupang dua ye.. Hikhik!  Peace! Chiow..!^_~v





#NuffnangMy | #NuffnangCampaign | #CPUVCampaign | #BufferedEarning | #BE


Read More

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak2

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak2 | Entri tertunda.. Task untuk hari ke-11 Cabaran 30 Hari Blog.. Hmmm.. Dah bertambah2 dah entri terdelay.. Aduyaiii.. Takpelah, nanti aku try catch up balik. Sekarang ni aku nak up task hari yang ke-11 ni dulu.. Kenangan lucu ekk?? Jap nak ingat balik.. Aku ni ada kenangan lucu ke pun zaman kanak2 dulu.. Jap, calling for the past.. Hello.. Hello.. Hello..


...............
.............
.........................  
.......
.................................................
..............
..................................
......................


Amende pulak la dot..dot..dot tu.. Haha! Calling for the memories namanya tu. Okay, aku tak tau la ni kenangan lucu ke cari bala ke apa. Tapi bagi aku ni antara kenangan zaman kanak2 paling lucu yang aku still boleh ingat.. Maybe ada lagi kenangan lain yang lucu2, tapi yang ni jer aku paling ingat. So, marilah aku kasi stori sikit ea..


Masa aku kecik2 dulu aku & abg aku belajar mengaji kat umah mak sedara aku. Kira semua sepupu sepapat kitorang mengaji kat sana. Kalau dah ramai2 ni biasalah kan, motip utama mestilah nak main. Tak cukup siang bermain, malam pun gigih lagi nak bermain. Kitorang pergi mengaji waktu malam. Lepas maghrib semua pakat duk berlumba pergi mengaji sebab nak cop tempat 1st. Kalau jadi org 1st, boleh siap awal. Kalau siap awal boleh main dulu sementara tunggu orang lain siap. Haha!


Rumah mak sedara aku tu takdela jauh mana pun. Dalam 20 meter macam tu jer dari umah aku. Tapi nak ke rumah dia tu gelap sikit. Lepas tu on the way nak ke rumah mak sedara aku ada satu pokok jambu. Aku paling seriau bila lalu kat situ. Bukanlah ada apa pun kat situ. Ala, pokok jambu biasa je pun. Siang2 kitorang duk memanjat pokok tu jugak, makan jambu. Tapi disebabkan abang aku suka mengusik aku tiap kali lalu area tu, tu yang aku jadi seriau.. Masa pergi tu ok lagi sebab awal lagi kan. Plus aku pergi dulu. So takdelah abg aku duk mengusik. Tapi time balik tu yang aku seram. Yelah, lagi tak pukul 10 tak reti nak balik. Padahal habis mengajinya lama dah. Tapi sibuk nak bermain. Pastu asal balik jer meraung sebab takut kena usik ngan abang aku. Aku ingat lagi ayat dia masa tu.. Sambil berlari masing2 sambil dia sebut, "Mencakar di belakang! Mencakar di belakang! Mencakar di belakang!.." Maunya tak meraung aku.. Haha!

Gambar Hiasan Sumber Google

Pastu ada satu malam tu abg aku ponteng mengaji tau. Kebetulan yang lain2 pun tak datang mengaji. So aku sorang jelah malam tu. Lepas abis mengaji macam biasalah, main dulu. Haha! Time nak balik tu aku saja usha dulu luar tingkap. Buka2 tingkap nampak satu lembaga putih duk sebelah pokok jambu yang satu lagi yang dekat ngan umah mak sedara aku. Laju2 aku tutup tingkap. Lepas tu aku panggil sepupu aku tengok sekali. Buka tingkap lagi sekali, kitorang nampak lembaga putih tu makin dekat.. Dua tiga kali duk main buka tutup tingkap. 'Benda' tu still ada kat situ. Aku dah menggigil kepala lutut duk pikir macamana nak balik. Huhu.. Mak sedara aku masa tu tengah jerang air kat dapur. Kitorang tak cakap apa2 kat mak sedara aku. Last sekali  kitorang buka tingkap dah takde dah lembaga putih tu. Then tetiba bunyi sesuatu kat bawah rumah. Oh ya! Lupa nak mention, rumah mak sedara aku ni masa tu stail rumah lama. Biasalah rumah kampung kan, tapi tiang rumah dia tinggi. So memang jadi salah satu port tempat kitorang main pondok2 siang hari tu.. Nak dijadikan cerita, kitorang syak lembaga putih tadi tu dah ada kat bawah rumah. Sepupu aku pun cepat2 gi amik air panas yang mak sedara aku baru jerang & curah ke bawah rumah ikut celah2 papan lantai. Habis satu kendi besar dicurahnya. Punyalah mengamuk mak sedara aku.. Haha!


Last2, mak sedara aku hantar aku balik. Sampai2 rumah tengok abang aku tengah kena lecture ngan mak aku. Satu, sebab ponteng mengaji. Satu lagi sebab dia belasah pakai telekung mak aku buat 'berlakon' jadi antu golek a.k.a pocong. Habis kotor telekung tu dikerjakannya. Rupanya dia & the geng lah yang duk kat tepi pokok jambu tadi. Nasib la tak terkena air panas tadi. Kalau tak, naya jer.. Huhu.. Kesimpulannya, kalau nak bergurau tu beragaklah ye.. Kang tak pasal2 dapat sakit..


So, tu lah dia cerita lucu zaman kanak2 aku. Abang aku pun dah kembali ke rahmatullah 4 tahun lepas. Bila dikenang2 balik, kenangan macam ni lah yang selalu buat aku rindu kat arwah. Semoga rohnya tenang di sisi sang Pencipta.. Amin..



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-



#30DaysBlogChallenge


Read More

Saturday, 13 September 2014

BE Ke-2 & Ke-3 Dari Nuffnang

BE Ke-2 & Ke-3 Dari Nuffnang | Alhamdulillah.. Bulan September merupakan bulan pertama blog ni terima CPUV Campaign dari Nuffnang. Lama jugak penantian aku nak dapat BE ni.. Alhamdulillah, akhirnya Nuffnang & pihak advertiser bermurah hati nak bagi BE & beriklan di blog ni. Bulan ni sahaja aku dah dapat 3 BE.. BE pertama hari tu start belegar2 di blog pada 2 haribulan.. Still on going.. Boleh KE SINI untuk baca berkenaan BE pertama.


BE ke-2 start melekat di blog pada 10 September 2014. Which is baru je 3 hari lepas. Kempen untuk BE ke-2 ialah tentang Sanofi Lactacyd.. Tapi aku belum jumpa lagi kempen tu kat blog.. Kalau korang terjumpa sudi2lah visit ye.. ^_~


Untuk BE ke-3, kempen dah mula melekat start semalam iaitu pada 12 September 2014. .. Pagi tu takde lagi.. Petang tu baru masuk.. Kempen untuk BE ke-3 ialah tentang RMK/Autumn 2014 Collections. Yang ni aku ada jumpa dah duk menari2 dalam blog.. ^__^


Later aku share ye pasal BE ni.. Later tu ntah bila gamaknya aku ni.. Yang hari tu pun tak up lagi.. Adusss.. Tetiba macam melimpah ruah pulak idea nak update blog. Sampai tak dan catch up.. Sabar naa.. Nanti senang2 kita story pasal Sanofi Lactacyd & RMK/Autumn 2014 Collections.. Sebelum tu kalau terjumpa iklan2 ni kat mana2 campaign board tu sudi2lah menderma ye.. Hehe.. Kbai! Nak siapkan tugasan 30 Days Blog Challenge untuk hari ke-11 pulak.. ^^,




#NuffnangMy | #NuffnangCampaign | #CPUVCampaign | #BufferedEarning | #BE


Read More

Friday, 12 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 10 : Apa Di Dalam Handbag Rosmiza..?

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 10 : Apa Di Dalam Handbag Rosmiza..? | Seperti yang dijanjikan, hari ni aku terpaksa marathon 2 entri sekaligus untuk Cabaran 30 Hari Blog. Terpaksa up sekaligus untuk elak makin banyak entri basi. Yela, orang lain dah 2 hari advanced dari aku. Kalau aku tak publish sekarang, lagi jauh ketinggalan la aku.. Huhu..


Sepertinya sudah tak valid lagi cabaran ni untuk aku sebab dah terskip satu hari walaupun aku dah cover entri tu hari ni iaitu pagi tadi. Huhu.. Sebabnya challenge ni untuk disiplinkan diri update blog setiap hari. Tapi kalau dah terskip satu hari, dah macam tak berapa nak disiplin pulak. Erm.. Tapi tak mengapa, aku teruskan juga sahut 30 Days Blog Challenge ni demi menyokong usaha rakan blogger dan #KBBA. So, untuk task hari ke-10, aku kena reveal segala macam mak nenek dalam handbag aku. Sedialah korang ye.. Haha!


Apa Di Dalam Handbag Rosmiza..?
Mmm, actually aku tak pakai handbag tau. Aku lebih prefer sling bag sebab senang aku nak silang bila pergi berjimba. Pernah ada handbag dulu, tapi memang nampak gaya aku memang bukan perempuan yang dilahirkan untuk ber'handbag' sebab sekejap je aku pakai.. Lepas tu aku tukar pakai sling bag balik.. Haha! Ooops! Terlajak bebel pulak.. Jom tengok apa ada dalam sling bag aku.. ^_~


  1. Purse (Benda paling penting nih.. Segala dokumen penting ada kat dalam ni.. So wajib bawaklah kan.. Hehe).
  2. Spek mata (oleh kerana kerabunan, wajib bawak benda alah ni ke mana2.. Aku jarang2 pakai.. Biasanya aku pakai bila aku start sakit kepala.. Itu bermakna mata aku dah bagi warning kena pakai spek).
  3. Handphone (Benda wajib gak nih.. Takde benda nih, tiadalah istilah #ratuselfie aku.. Haha..).
  4. Pen (Aku memang akn pastikan dalam beg aku ada at least sebatang pen. Senang kot tetiba ada nak catat apa2 kan..)..
  5. Tisu (Kena ada dua2 jenis.. Tisu kering & tisu basah.. Yang basah tu senang, kalau aku makan dalam kete ke mana2 yang takde paip air, so aku bantailah guna tisu basah ni.. Pastu baru guna tisu kering.. Hehe..).
  6. Hand sanitizer (ni pun sama fungsi dengan tisu basah gak.. Wajib ada..).
  7. Perfume (Aku jarang pakai perfume.. Tapi bawak jelah.. Kot tetiba mood aku nak ber'perfume' aku pakailah.. Haha!).
  8. Lipbalm / lipstik collagen (Bibir aku selalu kering.. So aku lebih prefer pakai lipstik yang ada fungsi melembabkan.. Tak pun aku just calit jer lip balm..).
  9. Pouch untuk duit syiling (Senang aku nak cari duit syiling kalau simpan asing macam ni.. Kalu buh sekali dalam purse kadang2 payah nak korek balik.. Heehuu..)
  10. Kunci rumah (Ni semua orang akan bawak kan?)
  11. Panadol (Aku memang selalu standby panadol dalam bag.. Sebab aku ni ada migrain.. Kot teiba sakit kepala menyerang tengah aku duk berjimba, kang dah spoil mood.. Maka baiklah aku standby siap2..)
  12. Rings box (hangkut ke mana2 sebab kalau tinggal kat rumah takut lupa mana letak.. Haha)
  13. Ada extra, surat & buku appointment ngan doktor (ni sebab lately ni aku jadi pengunjung setia Hospital Serdang.. Takut lupa nak bawa bila tiba hari temujanji.. Jadi aku sumbat lah masuk beg & angkut ke mana2 aku pergi).
  14. Keychain (aku baru jumpa masa geledah beg tadi.. Haha.. Kalau tak kerana task hari ni, sampai sudah aku tak tau keychain tu duk ada dalam beg.. Ahaks! ^_~)


So tu je lah yang aku selalu duk hangkut ke hulu ke hilir pun dalam sling bag aku.. Tak banyak pun.. Sebab beg aku kecik jer.. Lagi besar beg lagi lah banyak sampah sarap kat dalam tu.. Jadi cara paling selamat untuk aku elakkan bahu aku sakit duk mengangkut benda2 yang tak sepatutnya, baiklah kiranya aku guna beg kecik2 jer.. Hehe..Oh, btw aku tak de hangkut make up pouch ye since aku bukanlah seorang yang tegar bermakeup & men'touch' up make up.. Heeehuuu.. Kbai! Jumpa di next challenge esok! ^_~v


Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-



#30DaysBlogChallenge


Read More

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Rosmiza | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Aduh, terdelay lagi satu hari entri Cabaran 30 Hari Blog nih. Hmm.. Sepatutnya task untuk hari yang ke-9 ni aku post semalam. Tapi sebab semalam aku ada urusan sepanjang hari di luar & mood pun tak berapa baik, jadi lah hari tanpa entri. Aku kalau mood tengah tak berapa elok, aku takkan menaip apa2 di blog. Sebabnya, kalau aku taip jugak, akan keluarlah entri emo2 yang korang pun tak nak baca. Aku pun benci nak baca.. So, hari ni aku akan marathon 2 entri sekaligus.. Boleh?


Untuk entri pertama hari ni aku mulakan dengan task hari ke-9 dulu ye. 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Rosmiza. Hmmm.. Macamana aku nak tulis ni ekk? Aku tulis kriteria jelah ea. Kang aku tempek gambar 5 lelaki yang menarik perhatian aku tu kang jadi kontroversi pulak. Haha! Ala, setakat admire tu apa ada hal kan? Rilek arr.. Gahaha! Ok, cukup2lah mengarut.. Jom tengok apa kriteria or ciri2 lelaki yang menarik perhatian aku.. ^_~

Source Extracted From Google

5 Kriteria/Ciri Lelaki Yang Menarik Perhatian Rosmiza :-
  1. Kemas & bersih. Aku tak suka orang selekeh & pengotor.
  2. Smart. Smart otak, smart penampilan.
  3. Kulit sawo matang. Putih sangat pun tak suka. Nanti nampak ketara sangat aku lagi itam dari dia.
  4. Tinggi. Tak tinggi sangat pun takpe, janji tinggi sikit dari aku.
  5. Lengan/tangan berurat. Aku tak suka lelaki yang lengan tak nampak urat timbul2 tu. Nampak lembik. Ada urat nampak perkasa gituuww! Haha!

Ok, dah.. Kalau nak ikut kriteria tu memang banyak lagi. Tapi sebab task ni mintak 5 jer so aku share 5 jelah. Kenapa aku tak bagi jawapan macam ni? ---> Beriman, tau hormat orang tua, berpandangan jauh, penyayang, bla bla bla.. Sebab bagi aku jawapan macam ni adalah sangat klise. Aku tak suka bagi & terima jawapan klise cani. Semua orang pun dambakan kriteria yg macam tu kot.. Tak payah sebut pun orang tau. Dah abis dah entri task hari ke-9. Jap lagi aku marathon entri hari ke-10 pulak ye. Tinggal komen nanti aku visit balik.. Bubai! ^_~


Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com