3 Perkara Yang Setiap Blogger Perlu Ada..

by - 10:00:00 am

3 Perkara Yang Setiap Blogger Perlu Ada.. | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Tak tau nak letak tajuk apa. Idea datang tiba-tiba. Jadi baiklah aku karang siap-siap. Lepas tu set autopublish. Maka sila maklum, entri ni ditaip pada malam sebelum ianya dipublish. Sebab pada hari entri ini diterbitkan, mungkin aku tengah berkeliaran di luar, bukan di depan laptop. Hehe.. Dan sila juga maklum, entri aku kali ni mungkin berbunyi agak skema & berilmiah. Sebab nak berkongsi ilmu, jadi kenalah formal sikit. Tapi jangan risau, di entri lain aku akan kembali 'menggila' macam biasa.. ^_~


Sebelum tu juga aku nak bagitau awal-awal, apa yang aku tulis ni semua adalah berdasarkan pengalaman sepanjang 3 tahun aku menulis di blog.. 3 tahun tu bukanlah satu jangkamasa yang lama & belum boleh menempatkan aku sebaris dengan para blogger otai di luar sana. Tetapi aku cuma ingin berkongsi apa yang aku rasa bermanfaat untuk para blogger terutamanya blogger-blogger baru yang baru mula berjinak-jinak menulis di blog. Atau dengan lebih tepatnya 'menaip'..


3 Perkara Yang Setiap Blogger Perlu Ada..


IDEA - Idea adalah perkara yang paling penting yang perlu dititikberatkan bila kita mula terjun ke dalam dunia penulisan. Tidak kiralah penulisan skrip, novel, suratkhabar, risalah mahupun penulisan di blog. Otak perlu sentiasa ligat berfikir dalam mencari bahan untuk dimuatkan ke dalam blog. Bagi blogger yang baru mula berjinak dalam menulis blog, mungkin boleh mulakan dengan menulis tentang aktiviti harian atau dengan menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan oleh blogger lain. Salah satu cara untuk dapat kan idea ialah dengan banyak membaca. Tidak perlu mencari idea yang terlalu berat atau sarat dengan info. Cukup sekadar memberi  'nafas' kepada blog anda.


ORIGINALITY - Keaslian dalam satu-satu penulisan juga adalah suatu perkara yang penting bagi setiap blogger mahupun penulis. Sebab itulah pentingnya mencari idea. Maksud originality di sini ialah bila kita menulis, pastikan isi yang kita tulis itu adalah hasil olahan kita sendiri. Gunakan gaya penulisan dan penyampaian yang tersendiri. Kita boleh merujuk dari mana-mana blog sebagai panduan, tetapi jangan cuba meniru gaya penulisan mereka. Cuba hasilkan karya original hasil tulisan sendiri. Anda akan lebih mudah dikenali apabila menggunakan gaya penulisan tersendiri.


KREATIVITI - Untuk hasilkan sesebuah tulisan yang mampu menarik perhatian pembaca, anda perlukan kreativiti. Cuba menulis secara kreatif dan kritis. Gunakan bahasa yang mudah dan ringkas serta senang difahami oleh pengunjung blog anda. Penggunaan singkatan perkataan (short form) tidak begitu digalakkan kerana ianya kadangkala boleh membuat pembaca keliru dan tersalah faham. Make it as simple as you can.


So, itulah 3 perkara penting bagi aku yang perlu ada pada setiap blogger bila menulis di blog. Kalau ada penambahan amatlah dialu-alukan untuk sama-sama berkongsi pendapat agar kita semua dapat memperbaiki gaya penulisan kita. Aku sendiri pun masih banyak lagi yang perlu dipelajari untuk meningkatkan mutu penulisan aku. Semoga perkongsian kali ni dapat dijadikan panduan dan memberi manfaat untuk semua. Sekian. ^_~


Boleh juga rujuk entri aku sebelum ni untuk lebih tips ---> [LINK]



#DuniaBlog | #TipsPenulisanBlog | #IWriteBlogs | #ILoveBlogging


You May Also Like

10 Shaklee Lovers Visit

  1. as salam. terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Abah.. Sama2.. Semoga dapat dijadikan panduan bersama.. =)

      Delete
  2. info menarik kak... ika pon sedang aplikasi kan cara yang sama. Rasa lebih hidup bila ia dtg original dr kita sndri =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita sama2 dapat asah lagi bakat menulis kita ke peringkat yang lebih baik.. In Shaa Allah.. ^,
      Rosmiza Ali Official Blog™

      Delete
  3. Replies
    1. Memang agak susah mula2.. Tapi lama2 kalau kita dah biasakan diri kita menulis, In Shaa Allah akan jadi mudah.. ^__^

      Delete
  4. Salam Miza...
    Perkongsian bermanfaat... TQ sis... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dear..
      Alhamdulillah, semoga dapat dijadikan panduan buat semua.. ^^,

      Delete
  5. bg lya..paling penting originalriti..
    y tu paling penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Orang kenal tau cara kita menulis.. Dah pernah jumpa blog yang cara menulis dah serupa blogger lain.. Tak best ar camtu.. x original..

      Delete