Blogger templates

Wednesday, 3 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 1 : Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri Seorang Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 1 : Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri Seorang Rosmiza | Ramai rakan blogger yang update entri pasal Cabaran 30 Hari ni. Aku macam kompius jugak mula-mula. Viral apakah yang sedang melanda dunia blog sekarang ni? Huhu.. Nampak sangat ketinggalan keretapi okay.. Macamanala aku boleh termiss benda-benda penting macam ni. Nasib baiklah cik +Iena Eliena baik hati tolong update aku pasal hal ni. Kalau tak, aku rasa sebulan jugaklah aku dilanda persoalan 'apakah' dalam kepala otak aku ni.


Jadi dengan info yang aku baru dapat dari Iena tadi, terus aku taip entri ni. Gigih selongkar balik gambar terbaru. Nasib baik la ada Google+ yang dah tolong backup gambar-gambar dari phone aku. Kalau tak, bercinta pulak la aku nak tempek makeup pastu berselfie semata-mata nak dapatkan gambar terbaru for 1st day challenge ni.. Haha! Okay, marilah kita hentikan intro yang ke laut nih & proceed to the challenge.. (intro saje sampai 2 perenggan.. Motip?..)

The Latest Pic Of Tuan Tanah Kedaung..

5 Fakta Tentang Diri Seorang Rosmiza
:-

Fakta#1 -- Pendiam/Pemalu

Ini fakta ye. Bukan auta. Memang dalam blog korang nampak aku macam petah gila berkata-kata. Sekali aku start menaip memang payah nak stop. Tapi realitinya, aku adalah seorang yang sangat pendiam & pemalu. Tapi tengok keadaan jugak. Aku boleh bertukar jadi seorang yang banyak cakap & paling kuat memperdajal orang bila berada dalam kalangan mereka yang aku rasa sangat selesa & sekepala dengan aku.


Fakta#2 -- Berhati Lembut/Berjiwa Sensitif

Ye, aku seorang yang berhati lembut dan berjiwa sensitif. Aku mudah mengempati diri aku pada kesusahan orang lain even dengan haiwan pun. Korang paham ke maksud  meng'empati' tu apa? Ok, bagi yang tak paham tu meh aku bagi paham. Meng'empati' ni maksudnya 'meletakkan diri kita pada tempat orang lain'.. Contoh bila aku ternampak seorang pengemis yang kurang sihat dari segi mentalnya, aku akan letakkan diri aku pada tempat dia. Apalah rasa aku kalau aku berada di tempat dia.. Dihina, dikeji, dipandang serong.. Orang pukul, orang pandang jijik, mintak makan pun kena halau.. Sedih tahu. T_T .. Sama jugak macam haiwan. Kalau aku jumpa kucing ke anjing ke lembu ke, even semut pun.. Aku akan tempatkan diri aku pada tempat haiwan-haiwan tu. Kat manalah haiwan-haiwan tu tidur, macamanalah diorang makan, apalah nasib haiwan-haiwan terbiar kat luar sana.. Ha, sampai tahap macam tu.. Sebab tu aku mudah menangis kot. Complicated sangat kan seorang Rosmiza ni..? Huhu..


Fakta#3 -- Panas Baran

Dalam sensitif-sensitif aku tu, terselit satu lagi fakta tentang diri aku iaitu seorang yang panas baran. I am a very hot temper person.  Nampak tak kecelaruan sifat dalam diri aku? Haha! Katanya berhati lembut.. Tapi bila sampai turning point dia, terus bertukar jadi monster. Apakah? Erm.. Ni bukan aku cakap la.. Tapi family & suami aku sendiri yang cakap. Adik beradik aku, anak-anak sedara aku, even mak aku sendiri pun tak berani nak cakap sembarangan dengan aku. Diorang nak cakap apa-apa mesti 2-3 kali filter, risau aku naik angin & mengamuk. Huhu.. Walhal aku anak bongsu kot.. Takkan la aku nak mengamuk ngan kakak-kakak & mak aku.. Ngan anak buah tu tak tau la.. Haha! Tapi itula sifat yang aku perlu belajar untuk control & kalau boleh nak buang terus dari diri aku. Tak elok pun ada sifat macam ni.. Orang pun tak suka.. Huuuu.. T_T


Fakta#4 -- Pencinta Haiwan

Lebih tepat kalau aku katakan yang aku ni seorang pencinta kucing. Aku suka kucing. Dari kecik sampai besar, aku membesar dengan kucing di sekeliling aku. Kalau nak dihitung balik jumlah kucing yang pernah aku bela & membesar bersama-sama dengan aku memang tak terkiralah kot. Nama diorang pun aku dah lupa. Sebab tu aku paling pantang kalau aku dapat tau ada orang pukul-pukul kucing, buang kucing, seksa binatang. Terus aku banned orang tu. Pedulik lah dia kawan aku ke sedara aku ke. Orang yang ban haiwan dari hidup diorang memang layak mendapat ban dari aku. Ni bukan setakat kucinglah. Haiwan-haiwan lain pun.


Fakta#5 -- Suka Rekod Suara Sendiri & Ulang Dengar Berkali2

Okay, yang ni memang bunyi sangat psiko.. Tapi inilah faktanya. Aku kalau duduk sesaja, aku mulalah cari benda nak merekod. Biasa aku akan guna camera digital aku yang rekod video tu. Tapi aku tak rekod muka aku, aku just rekod suara je. Kahkahkah! Tapi semenjak dah ada si Purplelolly ni, khidmat camera aku dah jarang2 aku guna.. Kesian si redlolly.. Huu.. Aku takdelah kata suara aku sedap ke apa.. Tapi just suka2.. Macam hobi gituwww.. Pelik tak hobi aku? Akakaka! Pssssttt! Korang, ni kira entri paling eksklusif aku pernah taip & publish tau. Sebab sebelum2 ni aku tak pernah dedahkan pasal hal ni. Ni lah pertama & terakhir aku kongsi ngan korang tau.. Kang tak pepasal pulak takde orang nak geng ngan aku sebab ingat aku psiko.. Huhuhu.. Aku normal hokay..


So, itulah aku.. Sekarang dah kenal sikit2 kan? Hope takde yang takut nak berkawan dengan aku. Yang part panas baran tu takdelah sepanjang masa aku baran. Ada lah benda2 yang boleh buat aku naik hantu. Tips dia senang je, jangan buat aku marah... Kompem aku tak naik angin.. Sekian entri pertama Cabaran 30 Hari Berblog.. Nantikan cabaran hari kedua pulak esok ye.. ^_^



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-

DAY 1 : Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri Seorang Rosmiza
DAY 2 : 5 Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza




#30DaysBlogChallenge


20 comments:

  1. ayyoyoooo panas baran ke,tatottt heheheh...erkkkk rakam suara sendiri hehehe unik la heheh salam kenal tq join ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganla tatottt.. Kite kalau orang tak wat kite marah, kite ok jer.. Hehehehe.. Salam kenal gak Cik Sue! ^_^

      Delete
  2. sama la kita suka kucing =) bila tengok kucing je, hati rasa tenang.

    ReplyDelete
  3. record suara sndri
    haha pelik tp menarik (^_~)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pelik.. Kite pun pelik ngan diri sendiri.. Kahkahkah!

      Delete
  4. Replies
    1. Hai Norhasniza! Salam kenal jugak.. ^___^

      Delete
  5. Replies
    1. Kucing adalah sahabat sejati manusia.. Hehe.. ^_^

      Delete
  6. Dengar suaea sendiri macam kelakar jer kan...macam tak best.. ahhaa dkna pernah buat dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Memang rasa kelakar.. Lepas dengar gelak sorang2.. Psiko sangatttt... Gugugu~

      Delete
  7. Miza comeyyy. Hihihi. Ok x sama satu je. Kite bukan pencinta haiwan. tapi takde lah benci. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahha! Kira skor tinggi ar ni kan sebab 1 je tak sama.. Meh geng! Haha! ^_~

      Delete
  8. salam sis done follow. saja baca 1 st entry. sebab nak kenal2..hehehe..knapa macam smua 5 di atas tu sama je kita ek??hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Adilah.. ^^,
      Eh, ye ke sama? Hehe..

      Delete
  9. panas barang dah sebati dalam keluarga kiter nie haha

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com