CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 10 : Apa Di Dalam Handbag Rosmiza..?

by - 4:06:00 pm

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 10 : Apa Di Dalam Handbag Rosmiza..? | Seperti yang dijanjikan, hari ni aku terpaksa marathon 2 entri sekaligus untuk Cabaran 30 Hari Blog. Terpaksa up sekaligus untuk elak makin banyak entri basi. Yela, orang lain dah 2 hari advanced dari aku. Kalau aku tak publish sekarang, lagi jauh ketinggalan la aku.. Huhu..


Sepertinya sudah tak valid lagi cabaran ni untuk aku sebab dah terskip satu hari walaupun aku dah cover entri tu hari ni iaitu pagi tadi. Huhu.. Sebabnya challenge ni untuk disiplinkan diri update blog setiap hari. Tapi kalau dah terskip satu hari, dah macam tak berapa nak disiplin pulak. Erm.. Tapi tak mengapa, aku teruskan juga sahut 30 Days Blog Challenge ni demi menyokong usaha rakan blogger dan #KBBA. So, untuk task hari ke-10, aku kena reveal segala macam mak nenek dalam handbag aku. Sedialah korang ye.. Haha!


Apa Di Dalam Handbag Rosmiza..?
Mmm, actually aku tak pakai handbag tau. Aku lebih prefer sling bag sebab senang aku nak silang bila pergi berjimba. Pernah ada handbag dulu, tapi memang nampak gaya aku memang bukan perempuan yang dilahirkan untuk ber'handbag' sebab sekejap je aku pakai.. Lepas tu aku tukar pakai sling bag balik.. Haha! Ooops! Terlajak bebel pulak.. Jom tengok apa ada dalam sling bag aku.. ^_~


  1. Purse (Benda paling penting nih.. Segala dokumen penting ada kat dalam ni.. So wajib bawaklah kan.. Hehe).
  2. Spek mata (oleh kerana kerabunan, wajib bawak benda alah ni ke mana2.. Aku jarang2 pakai.. Biasanya aku pakai bila aku start sakit kepala.. Itu bermakna mata aku dah bagi warning kena pakai spek).
  3. Handphone (Benda wajib gak nih.. Takde benda nih, tiadalah istilah #ratuselfie aku.. Haha..).
  4. Pen (Aku memang akn pastikan dalam beg aku ada at least sebatang pen. Senang kot tetiba ada nak catat apa2 kan..)..
  5. Tisu (Kena ada dua2 jenis.. Tisu kering & tisu basah.. Yang basah tu senang, kalau aku makan dalam kete ke mana2 yang takde paip air, so aku bantailah guna tisu basah ni.. Pastu baru guna tisu kering.. Hehe..).
  6. Hand sanitizer (ni pun sama fungsi dengan tisu basah gak.. Wajib ada..).
  7. Perfume (Aku jarang pakai perfume.. Tapi bawak jelah.. Kot tetiba mood aku nak ber'perfume' aku pakailah.. Haha!).
  8. Lipbalm / lipstik collagen (Bibir aku selalu kering.. So aku lebih prefer pakai lipstik yang ada fungsi melembabkan.. Tak pun aku just calit jer lip balm..).
  9. Pouch untuk duit syiling (Senang aku nak cari duit syiling kalau simpan asing macam ni.. Kalu buh sekali dalam purse kadang2 payah nak korek balik.. Heehuu..)
  10. Kunci rumah (Ni semua orang akan bawak kan?)
  11. Panadol (Aku memang selalu standby panadol dalam bag.. Sebab aku ni ada migrain.. Kot teiba sakit kepala menyerang tengah aku duk berjimba, kang dah spoil mood.. Maka baiklah aku standby siap2..)
  12. Rings box (hangkut ke mana2 sebab kalau tinggal kat rumah takut lupa mana letak.. Haha)
  13. Ada extra, surat & buku appointment ngan doktor (ni sebab lately ni aku jadi pengunjung setia Hospital Serdang.. Takut lupa nak bawa bila tiba hari temujanji.. Jadi aku sumbat lah masuk beg & angkut ke mana2 aku pergi).
  14. Keychain (aku baru jumpa masa geledah beg tadi.. Haha.. Kalau tak kerana task hari ni, sampai sudah aku tak tau keychain tu duk ada dalam beg.. Ahaks! ^_~)


So tu je lah yang aku selalu duk hangkut ke hulu ke hilir pun dalam sling bag aku.. Tak banyak pun.. Sebab beg aku kecik jer.. Lagi besar beg lagi lah banyak sampah sarap kat dalam tu.. Jadi cara paling selamat untuk aku elakkan bahu aku sakit duk mengangkut benda2 yang tak sepatutnya, baiklah kiranya aku guna beg kecik2 jer.. Hehe..Oh, btw aku tak de hangkut make up pouch ye since aku bukanlah seorang yang tegar bermakeup & men'touch' up make up.. Heeehuuu.. Kbai! Jumpa di next challenge esok! ^_~v


Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-



#30DaysBlogChallenge


You May Also Like

8 Silent Hunter's Footprints

  1. hahaha...benda yang wajib ada dalam beg wanita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Standard la wanita.. Hiks! ^_^

      Delete
  2. Sama la kita jarang pakai spek dah pening baru gelabah cari...hehe

    http://salimharmanain.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-12-5-wishlist-salim.html

    ReplyDelete
  3. NIK NAK JOIN GAK SEBENARNYA NIH, TAPI MACAM DAH JAUH KETINGGALAN.. HAHAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Akak pun ketinggalan gak dah ni nik.. Tapi gigih gak nak join.. Kahkahkah!

      Delete
  4. sama r dgn lya..suka sling bag go..
    mmg xpakai handbag.. hehe

    ReplyDelete