Blogger templates

Monday, 15 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak2

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak2 | Entri tertunda.. Task untuk hari ke-11 Cabaran 30 Hari Blog.. Hmmm.. Dah bertambah2 dah entri terdelay.. Aduyaiii.. Takpelah, nanti aku try catch up balik. Sekarang ni aku nak up task hari yang ke-11 ni dulu.. Kenangan lucu ekk?? Jap nak ingat balik.. Aku ni ada kenangan lucu ke pun zaman kanak2 dulu.. Jap, calling for the past.. Hello.. Hello.. Hello..


...............
.............
.........................  
.......
.................................................
..............
..................................
......................


Amende pulak la dot..dot..dot tu.. Haha! Calling for the memories namanya tu. Okay, aku tak tau la ni kenangan lucu ke cari bala ke apa. Tapi bagi aku ni antara kenangan zaman kanak2 paling lucu yang aku still boleh ingat.. Maybe ada lagi kenangan lain yang lucu2, tapi yang ni jer aku paling ingat. So, marilah aku kasi stori sikit ea..


Masa aku kecik2 dulu aku & abg aku belajar mengaji kat umah mak sedara aku. Kira semua sepupu sepapat kitorang mengaji kat sana. Kalau dah ramai2 ni biasalah kan, motip utama mestilah nak main. Tak cukup siang bermain, malam pun gigih lagi nak bermain. Kitorang pergi mengaji waktu malam. Lepas maghrib semua pakat duk berlumba pergi mengaji sebab nak cop tempat 1st. Kalau jadi org 1st, boleh siap awal. Kalau siap awal boleh main dulu sementara tunggu orang lain siap. Haha!


Rumah mak sedara aku tu takdela jauh mana pun. Dalam 20 meter macam tu jer dari umah aku. Tapi nak ke rumah dia tu gelap sikit. Lepas tu on the way nak ke rumah mak sedara aku ada satu pokok jambu. Aku paling seriau bila lalu kat situ. Bukanlah ada apa pun kat situ. Ala, pokok jambu biasa je pun. Siang2 kitorang duk memanjat pokok tu jugak, makan jambu. Tapi disebabkan abang aku suka mengusik aku tiap kali lalu area tu, tu yang aku jadi seriau.. Masa pergi tu ok lagi sebab awal lagi kan. Plus aku pergi dulu. So takdelah abg aku duk mengusik. Tapi time balik tu yang aku seram. Yelah, lagi tak pukul 10 tak reti nak balik. Padahal habis mengajinya lama dah. Tapi sibuk nak bermain. Pastu asal balik jer meraung sebab takut kena usik ngan abang aku. Aku ingat lagi ayat dia masa tu.. Sambil berlari masing2 sambil dia sebut, "Mencakar di belakang! Mencakar di belakang! Mencakar di belakang!.." Maunya tak meraung aku.. Haha!

Gambar Hiasan Sumber Google

Pastu ada satu malam tu abg aku ponteng mengaji tau. Kebetulan yang lain2 pun tak datang mengaji. So aku sorang jelah malam tu. Lepas abis mengaji macam biasalah, main dulu. Haha! Time nak balik tu aku saja usha dulu luar tingkap. Buka2 tingkap nampak satu lembaga putih duk sebelah pokok jambu yang satu lagi yang dekat ngan umah mak sedara aku. Laju2 aku tutup tingkap. Lepas tu aku panggil sepupu aku tengok sekali. Buka tingkap lagi sekali, kitorang nampak lembaga putih tu makin dekat.. Dua tiga kali duk main buka tutup tingkap. 'Benda' tu still ada kat situ. Aku dah menggigil kepala lutut duk pikir macamana nak balik. Huhu.. Mak sedara aku masa tu tengah jerang air kat dapur. Kitorang tak cakap apa2 kat mak sedara aku. Last sekali  kitorang buka tingkap dah takde dah lembaga putih tu. Then tetiba bunyi sesuatu kat bawah rumah. Oh ya! Lupa nak mention, rumah mak sedara aku ni masa tu stail rumah lama. Biasalah rumah kampung kan, tapi tiang rumah dia tinggi. So memang jadi salah satu port tempat kitorang main pondok2 siang hari tu.. Nak dijadikan cerita, kitorang syak lembaga putih tadi tu dah ada kat bawah rumah. Sepupu aku pun cepat2 gi amik air panas yang mak sedara aku baru jerang & curah ke bawah rumah ikut celah2 papan lantai. Habis satu kendi besar dicurahnya. Punyalah mengamuk mak sedara aku.. Haha!


Last2, mak sedara aku hantar aku balik. Sampai2 rumah tengok abang aku tengah kena lecture ngan mak aku. Satu, sebab ponteng mengaji. Satu lagi sebab dia belasah pakai telekung mak aku buat 'berlakon' jadi antu golek a.k.a pocong. Habis kotor telekung tu dikerjakannya. Rupanya dia & the geng lah yang duk kat tepi pokok jambu tadi. Nasib la tak terkena air panas tadi. Kalau tak, naya jer.. Huhu.. Kesimpulannya, kalau nak bergurau tu beragaklah ye.. Kang tak pasal2 dapat sakit..


So, tu lah dia cerita lucu zaman kanak2 aku. Abang aku pun dah kembali ke rahmatullah 4 tahun lepas. Bila dikenang2 balik, kenangan macam ni lah yang selalu buat aku rindu kat arwah. Semoga rohnya tenang di sisi sang Pencipta.. Amin..



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-



#30DaysBlogChallenge


6 comments:

  1. hehehehe... kesian dia kena sakat ek... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Tapi tinggal kenangan je dah.. Abang pun dah lama kembali ke pangkuan Ilahi.. T_T

      Delete
  2. tak sempat nak join segmen cabaran ni, keje banyak plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Kite pun tetiba macam banyak giler keje.. Tempahan shawl tak siap lagi, entri2 review tak up lagi.. Tapi sebabkan dah terjoin.. Kena gigih kan diri update sampai habis 30 hari..Chaiyo!

      Delete
  3. Singgah sini...
    Done follow..Thanks yea sbb follow blog nieyl..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nieyl..!
      Tq singgah umah kite ni.. ^__^

      Delete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com