Blogger templates

Tuesday, 23 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 19 : Resepi Kegemaran Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 19 : Resepi Kegemaran Rosmiza | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Jom kita teruskan tugasan untuk hari ke-19 30 Days Blog Challenge! Cakap pasal resepi kegemaran ni, aku ada satu resepi favourite ciptaan aku sendiri untuk aku share dengan korang semua.. Dulu dah pernah share sebenarnya resepi ni.. Tapi takpe, aku share lagi sekali. ^^,


Resepi ni aku namakan sebagai Black Pepper Chicken With Oyster Sauce. Jom kita tengok cara2 nak masak! Oh ya, resepi  ni untuk 2 orang makan je ye.. So kalau nak masak untuk ramai tu korang pandai2lah topup apa yang patut.. ^_^


Resepi Black Pepper Chicken With Oyster Sauce

Bahan-Bahan :-
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Fish cake dipotong nipis (Aku guna 2 keping jer.. Ikut suka hati koranglah nak letak banyak mana pun.. Kalau ada fish ball pun boleh guna. Boleh juga nak tukar dengan ubi kentang yang dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • Lada hitam (ditumbuk kasar)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Garam & gula secukup rasa

P/S : Aku masak tak guna ajinomoto ye.. So, kalau korang nak tambah ajinomoto boleh tambah ikut citarasa & kesesuaian dengan tekak masing2.. 

Cara-Cara :
  1. Perapkan ayam dengan bahan2 yang ditumbuk dalam 15-20 minit. 
  2. Panaskan minyak. Masukkan bahan perapan dan goreng hingga separuh masak.
  3. Masukkan fish cake. 
  4. Bila agak2 fish cake tu dah lembut, dah boleh masuk kicap manis. Anggaran dalam 1 sudu besar. Then masuk pula sos tiram dalam 2 sudu besar.
  5. Kacau rata. Masukkan garam & sedikit gula. (Sos tiram tu dah masin. So agak2 la ea..)
  6. Masak sehingga pekat. Kalau nak berkuah, boleh tambah air. (Aku suka pekat2.. Hehe..)
  7. Tunggu sampai masak. 
  8. Sedia untuk dihidang!

Ha, senang kan? Kadang2 aku masukkan tomato ceri sekali dalam resepi ni. Campak jer masuk dalam kuali masa last tu.. Just untuk tambahkan seri.. Lepas tu kalau nak lebih menarik, masa hidang tu boleh la racik2 daun bawang & daun sup then tabur kat atas.. Aku kalau masak ni, tak payah lauk lain pun takpe dah.. Makan ngan nasik panas2, pergh! Syorganya tekak.. Hehe.. Selamat mencuba! ^_~


Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-

DAY 1 : Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri Seorang Rosmiza
DAY 2 : 5 Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza
DAY 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Seorang Rosmiza
DAY 4 : Buku Kegemaranku
DAY 5 : 3 Perkara Yang Ingin Diperkatakan Kepada Bekas Kekasih
DAY 6 : Apa Yang Rosmiza Makan Hari Ni..?
DAY 7 : Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting Bagi Rosmiza?
DAY 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Rosmiza
DAY 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Rosmiza
DAY 10 : Apa Di Dalam Hanbag Rosmiza..?
DAY 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak2
DAY 12 : 5 Wishlist Rosmiza
DAY 13 : 5 Blog Kegemaran Rosmiza
DAY 14 : Cerita Kasut Rosmiza
DAY 15 : Surat Kepada Seseorang
DAY 16 : Siapa & Bagaimana Rosmiza 10 Tahun Akan Datang?
DAY 17 : Perkara Yang Dirindui
DAY 18 : Siri Tv Kegemaran Rosmiza
DAY 19 : Resepi Kegemaran Rosmiza



#30DaysBlogChallenge


18 comments:

  1. Replies
    1. Mestilah sedap.. Miza kan masak.. Ahaks! Mintak puji bah.. Jgn marah aaa.. ;p

      Delete
  2. Replies
    1. Mcmna nanak bagi.. Meh datang umah meh.. ^__^

      Delete
  3. Nampak sedap sangat3.....nanti leh try :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti try tau.. Resepi simple sangat nih.. Rugi tak try.. Haha!

      Delete
  4. mak aii sedapnyaaaa !
    Dari segmen yang sama
    Singgah sini jemput awak join :) Harap sudi ^^
    http://mellyareenza.blogspot.com/2014/09/sweet-september-giveaway-by-mellya.html

    ReplyDelete
  5. Yay!
    Boleh cuba nanti :D

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa. kite pon memang suke masak black pepper ni. kalau pergi kedai makan ada lauk ni mesti amik. hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay! Geng lagi kite Wana! Banyak betul persamaan kite ni tau.. Mesti best kalau dapat jumpa.. Kita geng dua je dah.. Laki2 kite biar dorang menyembang sampai pengsan.. Sebab dua2 tu suka menyembang kan? Haha..!

      Delete
  7. Pagi2 nmpak pic makan kt blog Miza...huaaaa...laporr :)

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com