Blogger templates

Thursday, 4 September 2014

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 2 : 5 Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 2 : 5 Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza | Assalamualaikum & selamat pagi semua! Alhamdulillah, still bersemangat mencabar diri dengan Cabaran 30 Hari Blog ni. Topik hari ni menarik tau.. 5 Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza. Amboiiiii.. Anyone nak try menang hati kite? Boleh terus scroll down k.. Tapi my hubby dah menang hati kite dulu. Haha! Takpe2.. Aku tetap akan share ngan korang.. No worries.. ^_~
Source Extracted From Google

Erm, task kali ni sebenarnya agak sukar sikit bagi aku. Sebab aku ni kan complicated punya manusia. Sampai aku sendiri pun tak tau macamana nak menang hati sendiri.. Gigih tahu aku mentafsir diri sendiri demi meneruskan cabaran.. Hehe.. So, here we go!
Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza :-
#1 -- Be Honest

Perkara utama yang aku selalu titikberatkan dalam satu2 perhubungan ialah KEJUJURAN. Please be honest dengan aku. Tak kiralah benda tu mungkin akan menyakitkan or menyinggung perasaan aku sekali pun. Just be honest. It's better to know now rather than later.


#2 -- Never Lie

Yup! Benda yang paling aku benci & paling pantang ialah bila orang TIPU aku. Sebab bagi aku orang yang menipu ni adalah orang yang paling tak boleh dipercayai. Once he/she lie to you, he/she'll keep on lying to hide the truth.


#3 -- Listen

Bila aku luahkan satu2 masalah or even just to have a light chit chat, aku suka orang tumpukan perhatian & DENGAR apa yang aku cakap. Dengar tu bukanlah bermaksud 'Dengar & Patuh' like apa yang aku cakap korang mesti dengar & korang mesti ikut! Bukan macam tu maksud aku.. Tu dah macam mendera mental & emosi orang lain plak. Dengar yang aku maksudkan ni ialah bagi perhatian. Ni kalau dah aku bercakap ko pun nak bercakap, habis tu siapa nak dengar? Kan?..


#4 -- Accept & Tolerate

Dalam satu-satu relationship, kita kena belajar 2 perkara ni. Pertama, belajar MENERIMA pasangan atau kawan kita seadanya dia. Jangan cuba ubah diri dia untuk jadi seperti apa yang kita nak. Kedua, belajar lah untuk BERTOLAK ANSUR. Kadang2 tak semua yang kita suka, pasangan/kawan kita pun suka. Sama jugak, tak semua yang pasangan/kawan kita suka, kita pun suka. Tambah pulak dengan orang yang keras kepala & hangin satu badan macam aku ni. Memang amat perlukan orang yang kena banyak bersabar, boleh terima segala kelemahan aku, & boleh bertolak ansur dengan aku. Tapi dalam kes aku ngan encik suami, selalunya yang banyak ber'ansur' tu suami aku la.. Aku lagi banyak ber'tolak' dari ber'ansur'.. Sabar jelah laki aku dengan perangai aku.. Huuuu~


#5 -- Understanding

Last but not least, MEMAHAMI. Macam yang aku mention sebelum ni, aku ni seorang yang agak complicated. Susah untuk orang faham diri aku ni tahu. Even aku sendiri pun kadang2 tak faham & konfius dengan diri sendiri. Alahai, bunyi macam bercelaru sangat plak life seorang Rosmiza Ali ni kan? Haha! Tapi tu lah, aku mengharap agar orang sekeliling aku cuba untuk kenal & faham diri aku dulu sebelum judge aku yang bukan2.. Okay, peace! ^_~v



Well, itulah antara 5 cara memenangi hati seorang wanita bernama Rosmiza Ali. Haha! Cramp otak nak scan diri sendiri ni weyh.. Nak bagi orang tips cara nak menang hati aku, aku kena lah cuba menang hati sendiri dulu. Kang bagi2 tips, tetiba orang try apply tak menjadi pulak.. Nampak sangat penipuannya.. Huhu.. Ok, jumpa di cabaran hari ketiga esok! Bubai! ^___^



Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-

DAY 1 : Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri Seorang Rosmiza
DAY 2 : 5 Cara Memenangi Hati Seorang Rosmiza




#30DaysBlogChallenge


8 comments:

  1. Teruskan usaha menyahut cabaran seterusnya..all the best Miza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah! Chaiyo2! TQ Akif Imtiyaz! ^__^

      Delete
  2. Jujur tu yang penting sekali kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza! Kalau takde kejujuran, akan datanglah perkara2 lain seperti penipuan, kecurangan & etc..

      Delete
  3. pemenang nya dah ada,tak nak join la..haha

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com