CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 7 : Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting Bagi Rosmiza?

by - 8:33:00 am

CABARAN 30 HARI BLOG | DAY 7 : Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting Bagi Rosmiza? | Assalamualaikum & selamat pagi semua! Cuaca hari ni bukan main cerah lagi kat sini. Kat tempat korang macamana? Harapnya mood & semangat untuk bekerja pun secerah & seceria hari ini lah hendaknya. Hehe..


Tak nak cakap banyak.. Jom kita teruskan cabaran hari ke-7 dalam 30 Days Blog Challenge. Sejauh Mana Pelajaran Itu Penting bagi Rosmiza?


Bagi aku pelajaran adalah satu perkara yang amat penting yang perlu ada dalam diri setiap individu. Pelajaran tidak semestinya dalam bentuk akademik semata, tetapi juga dalam bentuk pembentukan sahsiah dan peribadi diri. Samada kalian sedar atau tidak, pembelajaran setiap dari kita adalah bermula dari rumah. Setuju? Sejak dari kecil, kita sudah mula belajar sesuatu perkara dengan memerhati setiap tindakan yang dilakukan oleh individu di sekeliling kita. Itu juga suatu pelajaran bagi aku. Jadi bila ditanya sejauh mana pentingnya pelajaran bagi seseorang,  aku akan jawab penting sebab segala yang kita lakukan hari ini adalah bermula dengan pembelajaran dari pelajaran. Hmm, kenapa aku rasa macam pelik jer bunyi ayat aku ni?


Source Extracted From Google
Last but not least, apa yang aku nak cakap ialah pelajaran memang penting. Tapi jangan sesekali membandingkan tahap pendidikan seseorang dengan seseorang yang lain kerana bagi aku tahap pendidikan sekarang tidak menjadi keutamaan dalam mencari pekerjaan. Kebanyakan majikan lebih mengutamakan pengalaman dan kredibiliti atau keupayaan kita dalam melakukan sesuatu tugasan berbanding kelulusan. Pendek kata, kena balance antara teori & praktikal.. baru senang dapat kerja. Erks! Ke laut sangat dah aku ni.. Heheh.. Jangan marah aaa... Jumpa di next enntri.. Bubai!^^,v


Entri Lain - 30 Days Blog Challenge :-


#30DaysBlogChallenge
  

You May Also Like

10 Shaklee Lovers Visit

  1. rajin nah miza buat challenge..
    uwaaa, kalo sya, konfirm terskip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Nak belajar disiplinkan diri update blog, memang kena rajinkan diri teruskan cabaran ni.. ^^,

      Delete
  2. Tak dinafikan... ilmu itu sgt penting... tapi pelbagai sumber ilmu leh kita dapaty

    ReplyDelete
  3. bagus cabaran ni, banyak idea sket untuk update blog kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bantu kita disiplinkan diri utk kekalkan trafik masuk ke blog.. Hehe..

      Delete
  4. betul tu...dari kecik kita dah belajar mcam-macam
    nak berjaya kat dunia mesti ada ilmu
    nak berjaya kt akhirat pun kena ada ilmu

    ReplyDelete
  5. Jom menimba ilmu Allah secara berterusan... :)

    ReplyDelete