Isu Rahim Bengkak - Penjelasan Dari Dr Malinda..

by - 10:20:00 am

Isu Rahim Bengkak - Penjelasan Dari Dr Malinda.. | Sekarang tengah viral isu pasal 'rahim bengkak' yang dikatakan akibat pengambilan suplemen GLA Shaklee di laman-laman sosial. Isu ni juga sudah mula disebarkan ke group2 whatsapp, wechat dan sebagainya. Bila dah mula masuk ke group2 aku sendiri & ramai regular customer serta kawan2 yang bertanya, so aku decide untuk tulis satu blogpost pasal isu ni untuk memberikan penjelasan. Aku harap korang semua boleh luang sedikit masa untuk baca sampai habis post ni terutamanya bagi kaum wanita supaya kita semua lebih faham berkenaan isu 'rahim bengkak' ni.



Kenapa Rahim Bengkak?

Rahim/Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim, dan saluran fallopian). Ovari pula adalah kilang telur di mana telur untuk persenyawaan janin dihasilkan. Ramai pesakit yang mengalami masalah 'rahim bengkak' tidak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar. So, mereka selalunya just kata 'rahim'. Uterine Fibroid atau Ovarian Cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'. 


Hasil Kajian :-

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakan mereka tidak pernah tahu atau didiagnosis oleh mana2 doktor atau pun accidentally dikesan semasa melakukan imbasan (scan) -- [Rujukan : Life Extension Book : Disease Prevention And Treatment; 2003: Page 1569].


Dalam 99% kes Uterine Fibroid, ia adalah bukan jenis kanser. Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan Uterine Fibroid atau Ovarian Cyst ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan 'rahim' anda bengkak akibat satu perkara sahaja samada sesuatu diet, produk atau apa2 suplemen.


Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor dan di antaranya adalah :-

  1. Hormon estrogen yang berlebihan.

    Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung kepada estrogen. Jika hormon estrogen & progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk dapat penyakit ini.

    Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami PCOS yang boleh menyebabkan infertility. Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cyst.
  2. Lambakan xenoestrogen.

    Xenoestrogen adalah estrogen sintetik yang terdapat di persekitaran kita seperti makanan, air, dan bahan kimia dari industri pertanian serta penternakan. Dalam erti kata lain, ia adalah 'estrogen palsu' dalam badan yang boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

    Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
    - Phthalates (bahan kandungan dalam plastik atau getah)
    - Racun serangga (pesticides)
    - Tobacco by products.
  3. Obesiti

    Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil 'Endocanabinoid System'. Sistem ini akan mengganggu fungsi2 hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan 'silent inflammation' atau radang yang tinggi dalam badan. Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
  4. Genetik

    Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga berpeluang untuk mendapat risiko yang sama. 


Apakah Tanda-Tanda Fibroid Atau Cyst?

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Kadangkala tak sedar pun yang ia wujud di dalam badan kita. Tetapi jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptom2 tertentu.

Antara simptom2 fibroid/cyst adalah :-
  • Haid yang tidak teratur atau berpanjangan.
  • Sakit di bahagian perut.
  • Sakit ketika hubungan kelamin.
  • Perut membuncit.
  • Pendarahan abnormal.


Perlukan Pembedahan?

Pada kebiasaannya, ia tidak memerlukan pembedahan sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, maka anda perlu melakukan pembedahan. 

So macamana nak elakkan memandangkan kebanyakan wanita berisiko? Berikut adalah beberapa cadangan diet yang sesuai untuk membantu kita dari mendapat penyakit 'rahim bengkak' iaitu Uterine Fibroid atau pun Ovarian Cyst

Cadangan Diet Yang Sesuai :-
  1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti :
    -> Produk berasaskan tenusu.
    -> Daging merah.
    -> Makanan bergoreng.
    -> Makanan dan minuman bergula.
    -> Garam
    -> Kafein
    -> Alkohol
  2. Makan buah-buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
  3. Amalkan makanan berserat tinggi. Ia boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dengan meningkatkan fecal estrogen dalam badan. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
  4. Kawal berat badan.
  5. Tidak merokok atau menjadi 'perokok pasif'.

Nutrition Supplement Yang Dicadangkan untuk mereka yang mengalami fibroid atau cyst :-
  • Lipotrophic Factor seperti Innositol dan Choline - Ia membantu detoxification estrogen serta melancarkan pemecahan lemak di bahagian hati.
  • Immune Enhancing Nutrient - CoQ10, Vitamin C, Vitamin E, Selenium dan Zinc.
  • Omega 3 (EPA+DHA) - antiinflamasi
  • Liver Enhanced Detox Supplements - Milk Thistlte, dandelion & artichoke.
  • Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
  • Grape Seed Extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi.
  • Green Tea - powerful antioxidant.

GLA Boleh Ambil Ke Untuk Pesakit Fibroid/Cyst?
  • GLA adalah good Omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbanding EPO.
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi Omega 6. Tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Jadi berhati-hatilah dalam pemilihan dan penggunaan minyak masak yang kita gunakan untuk memasak makanan sehari-hari. Kerana ia juga boleh menjadi penyumbang kepada saiz fibroid/cyst yang semakin membesar. Dan GLA Complex Shaklee bukan salah satu faktor kepada penyakit fibroid mahu pun Cyst. Aku harap aku menjawab persoalan yang ramai sedang tertanya2 sekarang.


Oh ya! Ada juga yang bertanya tentang soy products dengan aku. Kata mereka betul ke soy products ni tak bagus untuk wanita? Okay, nanti aku kupas dalam entri lain. Apa2 pun, nasihat aku if korang ada rasa sesuatu yang tidak kena dengan 'rahim' atau yang berkaitan dengannya, silalah cepat2 dapatkan pengesahan daripada doktor. Jangan biarkan masalah berlarutan kerana ia mungkin boleh mengundang kepada penyakit yang lebih berbahaya.


Credit : Dr. Malinda



You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit

  1. oh..baru tahu,byk punca sbnrnya.huhu

    *Mieza sihat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sihat tak berapa sihat jugak la Ai.. Tapi Alhamdulillah, masih mampu menghiburkan hati pembaca blog ni.. ^__^

      Delete