Blogger templates

Friday, 31 October 2014

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog All About Love

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog All About Love | Okay, last blog review untuk bulan ni iaitu Top 5 Komentator sepanjang bulan September, Blog All About Love by Mrs.Valentine atau +Suzyanna YAp ..


+Suzyanna YAp atau lebih mesra dengan panggilan MV dalam dunia blog ni adalah antara blogger Sabahan yang agak lama jugaklah aku dah kenal. Tapi kenal di alam maya je la. Alam realiti belum ada rezeki nak jumpa. Hehe.. Aku kenal MV ni pun sebab dia di antara blogger dari group GSF walaupun aku bukanlah seorang GSFian.. Huuu..


Well, blog All About Love ni pun antara personal blog yang simple dan sesuai untuk pembacaan santai. MV banyak berkongsi penulisannya berkenaan aktiviti harian, kerja, dan keluarga. Dan sebagai orang Sabah, MV ada jugak berkongsi tempat2 menarik yang boleh dilawati jika kita berkunjung ke sana. Kalau nak tau tempat makan best kat Sabah pun boleh cari kat blog MV..


Oh! Lagi satu, kalau ada orang2 Sabah yang nak cuba suplemen kesihatan Shaklee, boleh contact MV sebab MV adalah seorang Shaklee Independent Distributor yang berdaftar secara sah dengan Shaklee Malaysia. Boleh dapat consultation sekali. Yang tu kena bincang sendirilah dengan +Suzyanna YAp a.k.a MV ye.. Tapi selalunya free of charge jer..


Ha, jangan lupa berkunjung ke blog MV ye.. Mana yang belum kenal tu boleh kenal2.. Mana yang belum follow tu sudi2lah follow.. Jangan lupa tinggal jejak kalau nak dibalas kunjungannya.. Selamat berkenalan! ^_^


September Top 5 Komentator Blog Review :-
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog All About Love
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Kehidupan Dunia Sementara
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Sofu Hashim Bercerita
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog H.A.T.I
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Mrs. Secretary


Senarai Top 10 - Top 6 Komentator September 2014 :-
Ahmad Zumal Md Rayi - http://duniazumal.blogspot.com/
Akif Imtiyaz - http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
Cik Aini - http://miszpinkies.blogspot.com/
Irdina Ilham - http://akusukatulisblog.blogspot.com/
Zayani Zulkifli - http://nurulzayani.blogspot.com/



Read More

Rezeki Menang Contest

Rezeki Menang Contest | Aku ni sebenarnya jarang join contest blog ni. Bukan tak sudi support sesama rakan blogger. Tapi bila aku dah start join nanti semua contest aku nak join. Kang tak ada can pulak orang lain nak menang.. Hehe.. Tapi tu lah, bila sekali join, lepas tu menang pulak tu.. Mestilah seronok kan? ^_^


Baru2 ni aku ada join satu contest ni. Contest Blog Comel katanya. Oh link blog memang tak sama dengan domain sekarang ni ye. Sebab aku join contest2 semua ni dalam blog L&F. So kalau ada nak invite aku join contest apa2 boleh drop komen kat blog lagi satu tu ye.. ^^,


Walaupun blog tak berapa nak comel, tapi gigih juga nak turut serta. Suka2 kan, apa salahnya. Tapi tak sangka pula boleh menang hadiah random. Biar pun tak menang grand prize, dapat hadiah random ni pun syukur alhamdulillah.. ^__^


Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Syukuri setiap nikmat rezeki yang diberikan. ^__^


Read More

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Kehidupan Dunia Sementara

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Kehidupan Dunia Sementara | Lama berhutang nak review lagi 2 blog ni. Hari ni dah last day untuk bulan Oktober 2014. So, aku akan marathon 2 blogpost sekali untuk September Top 5 Komentator Blog Review


Hari ni aku nak buat simple review untuk Top 4 Komentator Rosmiza Ali Official Blog™ iaitu Blog Kehidupan Dunia Sementara by +acik idah.



Ini pun antara blog yang boleh dikategorikan sebagai newbie. Mula aktif berblog sejak tahun lepas iaitu tahun 2013. Dan +acik idah merupakan antara pengunjung baru ke blog aku. Baru2 kenal terus tersenarai dalam Top 5 Komentator. Terharu sangat tau..


Blog Kehidupan Dunia Sementara yang ditulis oleh +acik idah ni simple jer. Susun atur widget kemas. Paling penting loading laju. Dari apa yang aku baca, blog ni lebih kepada personal & ada juga diselitkan artikel2 berinformasi yang kita sama2 boleh manfaatkan.


Since aku pun baru juga lagi kenal dengan blog +acik idah ni, so aku tak boleh nak review panjang lebar sangat. Tapi ini merupakan antara blog yang korang boleh kunjungi untuk menambah kenalan dari kalangan rakan blogger. So, jangan lupa terjah blog Kehidupan Dunia Sementara by +acik idah ni k.. ^__^



September Top 5 Komentator Blog Review :-
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Kehidupan Dunia Sementara
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Sofu Hashim Bercerita
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog H.A.T.I
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Mrs. Secretary


Senarai Top 10 - Top 6 Komentator September 2014 :-
Ahmad Zumal Md Rayi - http://duniazumal.blogspot.com/
Akif Imtiyaz - http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
Cik Aini - http://miszpinkies.blogspot.com/
Irdina Ilham - http://akusukatulisblog.blogspot.com/
Zayani Zulkifli - http://nurulzayani.blogspot.com/


Read More

Thursday, 30 October 2014

Perkhidmatan Pos Laju Semakin Merosot

Perkhidmatan Pos Laju Semakin Merosot | Assalamualaikum.. Alhamdulillah, selesai appointment untuk hari ni di Hospital Serdang. Sesi hari ni sekejap jer sebab attend for follow up je. Aku rasa tak pergi pun tak apa tadi. Membazir minyak jer. Pergi just nak ambil tarikh untuk follow up appointment bulan 4 tahun depan je. Aku pun heran, kenapa la masa 16hb hari tu doc tak set jer terus tarikh untuk follow up lagi 6 bulan nih. Haih~ -_-'


Okay, stop bab hospital. Sebenarnya aku nak cerita pasal pos laju. Dulu aku memang suka guna khidmat pos laju kalau nak pos barang2 customer. Servis diorang memang pantas & tip top. Tapi sejak dua menjak ni aku perasan servis penghantaran pos laju dah tak macam dulu. Makin hari makin slow pulak. Dah la kalau pergi ke kaunter diorang, jarang2 je boleh jumpa staf yang berbudi bahasa & tak lokek senyuman. Kebanyakannya muka masam jer masa serve customer. Aku pun kompius kekadang tu. Macamlah kita ni pergi sana mintak duit diorang. Huuu..


Tak mesra pelanggan tu satu hal lah. Ni sekarang ni penghantaran tersangatlah slow. Aku tak pasti lah tak cukup runner ke apa. Tapi cukup ke tak cukup tu diorang kenalah pandai2 aturkan. Dah nama pun servis 'pos laju' dengan slogan 'Dijamin Sampai Esok'.. Kecuali hari cuti am & cuti umum la kan. Tu aku taula.


Tapi kes aku ni, barang dari PPL Kajang je pun. Nak hantar ke Kajang jugak. Bukan ke kelantan, ke Singapura pun. Sepatutnya semalam dah boleh receive dah. Tapi tunggu punya tunggu tak sampai2. Hari ni bila semak balik status parcel, tengok sampai balik ke PPL Kajang pagi tadi & sekali lagi dalam proses penghantaran. Tak kesah la bab tu, tapi at least call la bagitau. Ni kita duduk la menunggu macam tunggul kayu. Nak ke mana2 pun tak boleh. Haih~


Dah tu pulak, sekarang posmen makin malas. Dulu okay lagi, hantar sampai depan pintu rumah. Lepas tu dah mula malas nak hantar, suruh tunggu kat bawah blok pulak. Sekarang makin malas, suruh kita gi pick up sendiri kat pondok guard pulak dah. Adakah kerana faktor minyak naik? Dah kenapa pulak kalau minyak naik pun? Nama pun kerja, anda yang pilih kerja ni.. So buatlah dengan ikhlas. Jaga reputasi.


Eh2, panjang pulak aku membebel. Asalnya tak nak berpanjang lebar, Sekali sampai 6 perenggan aku menggoreng. Kalau buat esei zaman sekolah ni dah boleh skor A dah ni.. Harharhar! Ini bukanlah entri mengkondem ye. Tapi feedback dari client, so that pihak pos laju boleh tambah baik mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.. Apa2 pun hari ni aku harap parcel selamat sampai.


Read More

2#Alexa Rank - Oktober 2014

2#Alexa Rank - Oktober 2014 | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Hari ni aku ada appointment lagi di Hospital Serdang. Appointment pukul 11, so sempat la aku update blog kejap.. Hehe.. Buka lappy, surf internet terus cek rank terkini Rosmiza Ali Official Blog™ di laman web Alexa.Com. 


Traffic Rank Alexa
2#Alexa Rank - Oktober 2014


Global Rank : 2,307,747
Rank In Malaysia : 8,350


Alhamdulillah, rank makin menurun dari 10,000 lebih ke 8,000 lebih. Global rank masih lagi 2 juta lebih. Tapi masih boleh lihat penurunan. Betul lah, bila guna domain sendiri ni rank lagi cepat turun berbanding blogspot. Tapi blog pun kenalah berupdate & kena pastikan ada konsistensi dalam jumlah daily unique visitor. Itu ilmu yang aku dapat dari blogger Mialiana.Com. Thanks kak Mia atas tips dan panduan. 


Sekarang ni aku tengah belajar bermain dengan SEO. Tapi masih lagi dalam proses menuntut ilmu. Bab ni kena berguru dengan sifu SEO HasrulHassan.Com. Banyak lagi yang aku tak tau. Kena rajin gali. Okaylah, tu je update untuk pagi ni. Bubai!


Oktober Alexa Traffic Report :

Read More

Wednesday, 29 October 2014

BE Ke-6 - 14 Nuffnang

BE Ke-6 - 14 Nuffnang | Alhamdulillah, BE baru masuk lagi.. Ada yang dah kredit pun. Macamana la boleh termiss.. Huuhuu.. Kali ni ada 3 kempen tapi satu kempen ada 3 BE.. Tu yang jadi banyak tu.. Jangan tanya aku kenapa sebab aku pun tak faham kenapa.. Huhu..


BE ke-6, 7 dan 8 ialah kempen berkenaan LAMIDO Digital Campaign. Dah kredit dah pun. Tak perasan masa BE duk melekat kat blog. BE ke-9, 10 dan 11 pula ialah kempen berkenaan Zurich Insurance Contest. Still on going. Tapi macam tak pernah jumpa lagi. Ke aku yang tak perasan? Huhu.. Dan terbaru ialah kempen berkenaan Win A 3 Days 2 Night Trip To Macau iaitu BE ke12, 13 dan 14.. Yang ni aku ada jumpa & ada dapat email dari Nuffnang. Tapi belum berkesempatan nak join.


Ada yang cakap BE berlonggok tapi 'mandul'.. Setakat ni aku tengok produktif jer.. Mungkinlah tak semeriah earning BE orang lain. Tapi so far ada penambahan setiap kali aku login ke akaun Nuffnang aku. Takpelah, sikit2 lama2 jadi bukit. Dari tak ada langsung.. Huhu.. Kbai!


Read More

Tuesday, 28 October 2014

Mengantuk Di Siang Hari.. Apa Puncanya ?

Mengantuk Di Siang Hari.. Apa Puncanya ? | Sejak balik dari kampung ni mata asyik mengantuk je. Tak taulah ni simptom mengantuk ke or mata letih ke apa.. Tapi serious asyik rasa nak tidur je. Huhu.. Nak bloghoping pun tak lalu, dah mata asyik nak terkatup je. Ni pun tengah menaip mata bukan main berat lagi. Padahal malam tidur cukup je. Huhu..


So, aku pun buatlah beberapa research tentang masalah mengantuk berpanjangan ni. Dan salah satunya adalah akibat hypersomnia yang menjadi salah satu punca kepada "Major Depression".. 


Dan antara simptom "Major Depression" atau penyakit kemurungan yang biasa berlaku ialah corak tidur berubah, samada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur(hypersomnia).. Huhu.. Aku malas nak tulis panjang2 kat sini sebab aku dah share dalam blog aku yang satu lagi.. So kalau korang nak tau lebih lanjut pasal penyakit kemurungan ni korang boleh ke SINI ye..


Sekarang aku rasa aku dah tau kenapa aku sering rasa mengantuk & letih ditambah dengan mood yang sekejap okay sekejap tak okay ni. Huhu.. Aku rasa aku dah tak boleh duduk rumah je.. Aku kena busykan diri & cari kerja. Sedang menunggu panggilan temuduga. Harap ada rezeki kali ni. Kerja apa tu nantilah aku share kalau berjaya. Doa2kanlah ye agar dimurahkan rezeki aku dapat kerja ni. 


Read More

Romantik Itu Subjektif


Romantik Itu Subjektif | Assalamualaikum & good morning peeps! Sebenarnya aku masih ke'blur'an nak update blog. Maklum la, cuti lama.. Nak cerita pasal apa pun tak tau walaupun sebenarnya ada jer benda yang boleh dikongsikan. Haha! Fikir punya fikir dapatlah tajuk sebegini.. Romantik Itu Subjektif katanya.. 


Well, pengertian romantik ni berbeza2 bagi setiap individu. Ada yang kata romantik tu bila dapat hadiah banyak2 dari bf or gf.. Ada pulak yang kata bila dapat spend time having candle light dinner with lover. Ada pulak yang kata romantik tu bila hari2 bf or gf call say 'I LOVE YOU'.. Macam2lah kan?


Bagi aku pulak, berbeza pengertiannya. Maybe sebab dah berkahwin & dah selalu jumpa. So pengertian romantik tu pun dah bertukar. Kalau dulu masa bercinta, bila hari2 bf call or sms tu pun dah rasa romantik sangat dah tu. Tapi sekarang romantik tu bagi aku lebih kepada perkara2 ke'rumahtangga'an.. 

Gambar Hiasan. Credit to Google.

Bagi aku, dalam sesebuah rumahtangga tu, sikap bertolak ansur & saling bantu membantu adalah sangat penting. Macam baru2 ni, sekembalinya aku dari bercuti di kampung (ewah, ayat novel sangatttt..), tengok rumah kemas sangat. Barang2 semua elok tersusun, mana yang belum terpasang masa pindah ke sini semua dah siap pasang.. Keperluan dapur semua dah di topup.. Kain baju semua siap dah basuh. Baju2 kerja suami pun dah siap iron semua untuk seminggu. Aku balik just duduk berehat je.. 


Ya Allah, perasaan masa tu terharu sangat. Macam tak percaya pun ada suami aku rajin macam tu. Sebab selalunya jarang dia nak merajinkan diri buat semua tu kalau aku tak ada. Tapi kali ni rajin pulak. Katanya tak nak aku penat susah2 kemas rumah semua tu. Yela, perjalanan 7 jam dalam bas pun tak hilang lagi. Penat tahu travel jejauh ni. Dan aku biasanya sebelum pergi memana, aku akan pastikan rumah semua dah siap kemas. And bila aku balik pun aku nak tengok rumah kemas. Kalau tak, nanti aku runsing lepas tu tension lepas tu migrain lepas tu aku moody & marah2.. Tu perangai aku.. 


Dan balik kali ni aku tak tension sebab rumah semua siap.. Masa tu lah aku rasa, alahai romantiknya suami aku ni.. Ye, itu pengertian romantik bagi aku.. Aku bukanlah mintak suami buat semua tiap2 hari.. Sekali sekala macam ni pun dah buat aku rasa terharu sangat. Dengan tetiba dapat surprise giftnya lagi. Bertambah2 touching tau.. 


Jadi setuju tak kalau aku kata Romantik Itu Subjektif pengertiannya? Korang pulak, apa definisi romantik bagi korang? Cer share sikit.. ^__^


Read More

Monday, 27 October 2014

1#Alexa Rank - Oktober 2014

1#Alexa Rank - Oktober 2014 | Balik je dari bercuti terus cek blog, cek nuffnang, cek alexa rank.. Tegar sangat kan? Haha! Mana taknya, seminggu kot blog terperam.. Trafik jangan cakaplah, memang ke bulan bintang perginya. Tapi still ada  yang sudi singgah ke blog ni walaupun tak berupdate.. Terima kasih sangat2 pada semua yang setia berkunjung ke blog picisan ni. ^_^

Alexa Traffic Rank
1#Alexa Rank - Oktober 2014


Global Rank : 2,773,461
Rank In Malaysia : 10,457


Belum sampai sebulan aku update pasal Tempoh Untuk Dapatkan Page Rank Di Alexa.Com, tup2 hari ni blog dah tersenarai dalam rank in Malaysia. Tak ada la tersenarai dalam top 1000 pun. Tapi kira okay la tu kot kan dapat masuk dalam senarai rank Malaysia dalam masa tak sampai sebulan.. Hehe..


Global rank hari tu dalam 6 juta lebih jugak.. Now dah turun ke 2 juta lebih. Apa pun, ini bukanlah satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Kena usaha lagi untuk turunkan rank terkini. In Shaa Allah, aku akan update kedudukan rank terkini blog di Alexa.Com setiap bulan. Harap ada peningkatan bulan depan..


Read More

Kembali Bersiaran..!

Kembali Bersiaran..! | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Fuh! Seminggu blog sunyi sepi tanpa sebarang update.. Sedih.. Huhu.. Biasalah, kat kampung internet coverage tak berapa nak ada. Kalau nak update blog, Fb or Ig, kena keluar ke pekan baru dapat full coverage.. Kalau tak pun, kena tunggu waktu awal2 pagi baru dapat coverage.. Tu pun slow.. Masuk je tengahari sampai ke malamnya, memang nan dapek la nak beronline sakan.. Makanya, terperamla blog ni selama seminggu.. Heeehuu..


Sepanjang seminggu bercuti ni memang banyak aktiviti kat kampung tapi aku tak berkesempatan nak capture setiap moment sebab ke'busy'an.. Aku pun tak tau apalah yang aku duk sibuk sangat.. Haha! Sesekali dapat balik kampung, so memang aku gunakan masa yang ada untuk diluangkan bersama family tercinta.. Maybe sebab tu lah aku sibuk.. Sibuk dengan family.. Yela, sesekali jumpa.. Bukan selalu.. Hehe..



Nah, tempek gambar sekeping dua sebagai pengubat rindu.. Harharhar! Tu jer yang aku sempat snap sepanjang cuti.. Gambar masa kenduri kahwin abang sepupu aku.. Yang atas bertudung merah tu sepupu aku.. Yang bawah tu pulak anak sepupu.. Dulu kecik berhingus jer memasing.. Sekarang dah tua bangka.. Eh, aku la tu.. Akaka! Ok bai!


Read More

Monday, 20 October 2014

Rosmiza Ali Official Blog™ Bercuti Seminggu

Rosmiza Ali Official Blog™ Bercuti Seminggu | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Bersiaran dari kampung sekarang ni. Line internet tak berapa nak ada, tapi aku cuba jugak update blog. Ni pun tawakal jer. Tak taula dapat publish ke tak ni. Huuu..


Aku akan berada di kampung selama seminggu. So dalam masa seminggu ni blog akan bercuti. Nanti aku balik aku qada balik ea update blog ye.. Siapa yang ada kat Dungun ni nak jom jumpa! Hehe.. Till then, see you.. Xoxo!^__^



Read More

Friday, 17 October 2014

Tamar Cocoa Minuman Berkhasiat

Tamar Cocoa Minuman Berkhasiat | Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia termasuklah 10% lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin A, B, D dan E.

Khasiat Buah Koko Dalam Tamar Cocoa, Khasiat Buah Koko Dalam Koko Tamar

Tamar atau kurma atau nama saintifiknya dactylifera phoenix pula adalah buah yang tumbuh dari pohon palem, keluarga Arecaceae dari genus phoenix. Ia diyakini berasal dari tanah di sekitar sungai Nil dan Efrat. Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellent source atau sumber mujarab. 

Khasiat Buah Tamar Dalam Tamar Cocoa, Khasiat Buah Tamar Koko Tamar

Tamar Cocoa adalah minuman berkhasiat hasil dari gabungan khasiat koko dan tamar. Antara khasiat yang dapat dibekalkan oleh minuman Tamar Cocoa adalah :-


KHASIAT TAMAR COCOA
  • Anti stress
  • Anti oksidan
  • Anti penuaan
  • Anti keradangan
  • Penjagaan kulit
  • Masalah anemia
  • Kesihatan jantung
  • Merangsang minda
  • Menguatkan tulang
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengelakkan pembekuan darah
  • Menagawal kerosakan sel dan tisu
  • Membantu dalam proses tumbesaran kanak-kanak
Khasiat Tamar Cocoa, Khasiat Koko Tamar

Aku dah start minum Tamar Cocoa ni since bulan lepas. Rasa dia lebih kurang sama macam rasa milo. Tapi dia punya manis tu manis2 buah tamar. Sedap dan yang penting berkhasiat. Sebab aku dah boikot milo, so aku beralih arah ke Tamar Cocoa pulak. Support produk buatan Malaysia buatan bumiputera. So, siapa2 yang berminat nak cuba boleh whatsapp aku di talian 019-5327438. ^__^



Read More

Thursday, 16 October 2014

Resepi Sup Ayam Paling Simple Style Rosmiza

Resepi Sup Ayam Paling Simple Style Rosmiza | Assalamualaikum & selamat tengahari sahabat! Sorry lewat update hari ni. Pagi tadi aku ada appointment di Hospital Serdang. Nasib baik appointment hari ni smooth jer. Takde nak kena tunggu lama2.. Kalau tak, aku rasa time sekarang ni pun aku still lagi menunggu giliran kat sana.. Dah la sensorang.. Dengan takde kreditnya, dengan line celcom tetiba weng pulaknya.. Nak topup pun problem.. Stress mak! Grrrr..


Okay, sambung cerita.. Balik rumah dah pukul 11.00 lebih.. Terus pergi kedai cari bahan untuk masak for lunch.. Masak lebih untuk makan malam sekali.. So, malam kang tinggal nak panaskan jer. Menu simple, sup ayam jer pun.. Semua orang tau masak kot.. Tapi aku nak jugak share kat sini.. Haha! Jadi marilah kita masak..! ^_^


Bahan-Bahan (untuk 1/2 ekor ayam) :-
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 1/2 inci halia (dihiris)
  • Sup bunjut / rempah 4 beradik
  • Ayam (dipotong sederhana)
  • Ubi kentang (dipotong 4 & direndam di dalam air)
  • Daun sup (diracik)
  • Daun bawang (diracik)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
  • Air


Cara-Cara Memasak :-
  • Panaskan satu setengah sudu besar minyak masak di dalam periuk.
  • Tumiskan bawang putih, halia, sup bunjut sehingga kekuningan & naik bau.
  • Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Kacau & biarkan sehingga ayam separuh masak.
  • Masukkan ubi kentang, air & garam secukupnya. Biarkan mendidih.
  • Tunggu sehingga ayam dan ubi kentang betul2 empuk.
  • Taburkan daun sup & daun bawang sebelum dihidang.
  • Sedia untuk dimakan!


Ha, simple kan? Ni resepi aku sendiri ye.. Aku ni memang jenis yang suka bereksperimen dengan masakan.. Tak suka sangat nak follow2 resepi nih.. Try & error.. So, aku main campak jer apa2 bahan yang aku rasa boleh mendapatkan sejenis masakan yang sedap.. Kalau tak menjadi, kita buat eksperimen lain.. Apa ada hal..? Haha!

And lagi satu, sejak dah kahwin ni aku masak memang tak guna ajinomoto. Kurangkan penggunaan MSG dalam masakan.. Gituuu slogan masak memasak seorang +Rosmiza Ali.. Haha! So, kalau korang nak tambah korang tambahla. Nak guna pati ayam knorr pun boleh. Tapi aku masak memang tak guna semua tu. Jangkamasa untuk aku masak sup ni adalah dalam 15-20 minit macam tu.. Ala, just campak2 jer.. Pastu tunggu masak then cekik la.. Setel masalah.. 

Ok, selamat mencuba! ^___^ 

Resepi Sup Ayam Simple
Ni style aku makan sup.. 



Read More

Wednesday, 15 October 2014

Font Billabong Tarik Minat Pembaca

Font Billabong Tarik Minat Pembaca | Yuhuuu! Aku ke udara lagi..! Haha! Gini la nih bila berlaku kelimpahan idea.. Belum habis taip satu entri ni dah ada 2,3 idea dalam kepala otak untuk next update. Hamboi, ligat sungguh minda iols sejak2 amal minum Coco Tamar nih.. Betul la bagus untuk minda minuman ni.. Siapa2 ada anak boleh cuba bagi anak2 minum.. In Shaa Allah boleh bantu minda diorang berfungsi dengan lebih cerdas.. Okay, yang tu kita story later ye.. Ni just nak share font yang aku guna untuk buat header & footer blog..

  

Tak sangka, ramai pulak yang berkenan dengan font ni. Actually masa design tu aku main taram jer buh font ni. Tak perasan pun nama font apa. Haha! Tapi bila dah pasang kat blog, tetiba ada pulak yang terberkenan & tanya aku guna font apa. Pastu aku terkebil2 fikir balik apa nama font ni ekk?? Nasib baik la aku save softcopy design ni dalam format adobe photoshop. Boleh la aku tengok balik. Kalau tak memang haram aku tak tau. Tak amik port langsung pun pasal nama font segala nih.. Asal aku rasa macam berkenan di hati terus save.. Kohkohkoh!


So, bagi menjawab pertanyaan2 mereka yang bertanya tu, font ni 'Billabong' namanya.. Hehe.. Gigih aku gi cari balik tau. Bolehla korang guna nanti ye.. Kalau takde dalam pc or desktop boleh download dulu then install.. Pastu bolehla guna dengan gembira dan sukaria.. Ok, selamat ber'Billabong' uols! Dadaaa! ^__~



*NotaPuanWriter :*
Jenis & saiz font di bahagian post pun sangat memainkan peranan untuk tarik minat pembaca ye. So, silalah guna font yang senang orang nak baca. Jangan guna font yang fancy sangat. Kecik sangat pun jangan. Yang sedang2 saja sudah okay.. ^_^


Read More

Tempoh Untuk Dapatkan Page Rank Di Alexa.Com

Tempoh Untuk Dapatkan Page Rank Di Alexa.Com | Sejak bertukar ke new domain ni memang banyak benda yang aku kena upkan balik. Biasalah kan, benda baru tak semua kenal. So, nak bagi orang kenal kenalah kerja keras sikit buat promosi. Samalah macam blog. Selama ni orang kenal blog dengan url yang lama. Tapi bila dah bertukar domain, orang jadi macam konfius. Apetah lagi Alexa.Com.. Dia pun dah tak kenal blog kite.. Hewww.. T_T


Page Rank Analytic, Alexa Traffic Rank

Apa kepentingannya untuk tahu page rank blog? 

Well, aku tak berapa pakar sangat lagi pasal benda ni. Tapi apa yang aku tau, melalui page rank ni kita dapat tau populariti blog kita di Malaysia dan juga di peringkat global. Makin rendah nombor rank tu maka makin popular la blog kita. Bila makin popular, maka makin senanglah blog kita untuk dapat perhatian dari pihak penaja & juga pihak2 pengiklanan. Tu yang aku pahamla ye. Betul ke salah aku tak pasti. Nak tau lebih, kena tanya kepada yang lebih pakar seperti +Mia Liana , +HASRULHASSAN.COM , +Ben Ashaari , +Bro Framestone atau blogger2 otai yang lain.


Blog aku ni baru beberapa hari bertukar ke new domain. So, untuk Alexa.Com calculate balik page rank blog ni dengan url blog yang baru akan mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Ia dikira berdasarkan purata harian pengunjung blog dan juga berdasarkan pageview blog untuk 3 bulan sebelumnya. Macam kita nak buat loan lah jugak kan, nak kena ada 3 bulan lepas punya slip gaji kekdahnya..


Tapi dalam masa belum sampai seminggu blog ni dah tersenarai dalam global rank. Baru je cek jap tadi. Semalam aku cek masih tak available lagi.. Kira okla tu kan walaupun belum tersenarai dalam rank di Malaysia.. Hehe..


So for the time being ni aku akan sibuk dengan aktiviti2 meng'up'kan trafik dengan cuba untuk konsisten update blog & blogwalking. Tu dah biasa sangat kan? Ada cara lain lagi tak yang boleh aku buat untuk naikkan page rank blog ni? Siapa2 ada cadangan boleh share kat komen ye.. Tq! ^___~



Read More

Option Sticker Baru Di FB!

Option Sticker Baru Di FB! | Assalamualaikum & sekamat pagi sahabat! Siapa perasan kat FB sekarang dah ada new option untuk komen? Aku start perasan semalam. Bukan main bergembira lagi para pengguna FB spam komen dengan gambar sticker yang macam comel jer, macam cute jer, macam cantik jer tu.. Haha!

Facebook New Option

See? Banyak sticker cecomel hoi! Siap ada extra option sticker store lagi.. Makanya boleh ler enkorang download sticker2 terbaru yang super cute tu dengan penuh kegembiraan.. Sila loikeee banyak2! ^_~

Facebook New Option

Nampaqqqqq... Berderet sticker baru yang FREE tentunya boleh didownload.. Kalau dulu aku siap ada list code icon lagi untuk create icon cute2 kat fb.. Haha! Gigih sangat.. Tapi lepas ni dah tak payah sesusah nak reka2 code lagi dah.. Boleh terus klik icon smiley kat bahagian komen tu then pilih jer sticker mana yang berkenan di hati.. Macamla aku rajin sangat nak mengomen kan... Haha! Kbai! ;p


Read More

Tuesday, 14 October 2014

Simple Thing That Really Make My Day..

Simple Thing That Really Make My Day | Sebenarnya jadi perempuan ni memang kalau orang tak faham agak complicated sangat kelihatannya.. Mood on off.. Pastu ada masa2 mood swing tak tentu hala.. Padahal, bukannya ada problem apa pun.. Tetiba je nak swing2 mood sesuka jiwa.. Erks! Itu semua aku la tu.. Aku tak tau la perempuan lain macamana.. Ni aku cerita pasal diri sendiri.. Ye, aku adalah seorang yang agak kacau bilau moodnya.. Kadang2 aku pun fedup dengan diri sendiri.. Dah kenapa chaotic sangat life seorang +Rosmiza Ali ni.. Haih.. -..-"


Untuk deal dengan seorang perempuan yang kacau bilau macam aku ni memerlukan tahap ketabahan yang super maksima.. Dan adalah sangat bertuah aku mempunyai seorang suami yang sangat penyabar melayan kerenah aku yang kadang2 annoying ya amattt.. Well, aku pun annoyed dengan diri sendiri.. Terkadang rasa macam nak pang muka sendiri 44 das.. -_-"



Walaupun aku ni complicated manusianya, tapi tak susah pun sebenarnya nak make up my day.. Just a simple thing.. Yup, really a very simple thing.. Contoh macam hari2 bekerja, aku akan tinggal sorang2 kat rumah. Lonely.. Memang sangat lonely.. Kadang2 aku depress.. Kemurungan tak ketahuan hala.. Pastu mulalah datang mood super swing.. Mood swing memang suka kacau kite.. Mencik betul! 

The only thing yang buat aku rasa gembira is bila encik suami whatsapp tanya tengah buat apa or tanya dah makan ke belum or just mesej la apa2 pun.. Terus rasa duniaku ceria shine bright like a diamond gituuu.. Ha, simple kan? Makhluk complicated macam aku ni tak perlukan complicated things to make my day.. Cukup sekadar satu mesej simple.. Tak payah nak membazir2 duit beli bunga beli cokelat segala bagai.. Aku bukannya minat sangat benda2 yang sesetengah orang rasa romantik sangat tu.. Sebab aku rasa macam semak lah nak simpan2 bunga kat umah ni.. Buat sarang nyamuk jer.. Pastu nanti buang jugak.. Kan membazir namanya tu..

So, lelaki2 di luar sana.. Uolss maybe fikir kami wanita ni complicated, & nak bagi mood kami baik, tak perlu pun sebenarnya benda2 complicated ni.. Think simple & make it simple.. Tak percaya cubalah try.. tapi aku tak jamin berhasil untuk semua wanita ye sebab ni aku cerita base on diri sendiri.. Haha! Kbai! ;p



Read More

Ini Yang Leceh Ni..

Ini Yang Leceh Ni.. | Benda paling leceh bila bertukar url or domain blog.. Semua senarai dalam bloglist hilang! Argh! Bukan senang aku nak listkan blog ikut group ni tau.. Cani arr kan.. Majuk ngan blog sendiri.. Haha! Nampak tak kecelaruan emosi aku.. Dengan blog sendiri pun boleh jadi point nak ajak gaduh..


See? Kosong hokay.. Kosong! Kosong, kosong, oh oh! Ha, kan dah ternyanyi lagu Najwa Latif.. Aduiyaiiii.. Nampak gaya macam nak kena buat segmen pencarian bloglist ar cani.. Dah lama tak buat segmen2 nih.. Cenggini nak kena buat undi lah.. Siapa setuju aku buat segmen untuk pencarian bloglist untuk blog aku ni? Kalau ramai setuju nanti aku buat.. Kalau takde feedback, maka aku akan tapis blog2 yang bakal aku senaraikan ikut suka jiwa aku.. Lalalala~~ Ok, bubai! ;p


Read More

Monday, 13 October 2014

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Sofu Hashim Bercerita

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Sofu Hashim Bercerita | Petang ni nak review blog top 3 komentator sepanjang bulan September 2014. Sebelum tu aku nak say sorry kepada kak +Sofu Hashim & 2 lagi blogger yang jadi top 5 komentator sepanjang bulan lepas sebab lambat review blog kalian.. Jangan risau, kite tak lupa punya.. Janji mesti ditepati.. Gitu kan.. Macam pernah dengar jer slogan tu.. Hehe..


So hari ni aku review blog Sofu Hashim Bercerita dulu ye.. Sebelum tu apa kata korang add to circle dulu Google+ kak +Sofu Hashim ni.. ^_^


Sebenarnya, aku baru je kenal dengan blogger Kak Sofu ni.. Bulan lepas lah tu rasanya.. Tapi perkenalan yang singkat tu tak sangka sampai terketagih nak singgah ke blog Sofu Hashim Bercerita ni selalu.. Hehe.. And tak sangka jugak sampai Kak Sofu jadi antara top komentator kat blog picisan aku ni..


Blog kak +Sofu Hashim ni lain sikit dari yang lain.. Tema dia berani sangat tau.. Kaler kuning oren.. Blog lain yang biasa kita jumpa kaler pink, biru, purple kan? Tapi kak +Sofu Hashim pilih kaler yang berani.. Pengisian blog pun simple & mudah difahami.. Susun atur widget semua kemas.. Tak tau nak komen apa lagi sebab baru sangat lagu kenal ngan blogger +Sofu Hashim ni..


Korang kalau nak kenal dengan blogger yang sangat pemurah dengan komen ni bolehla terjah blog beliau okay! Jangan lupa follow & tinggalkan komen sekali.. Mesti kak +Sofu Hashim akan balas balik kunjungan korang.. Btw, selamat berkenalan dengan kak +Sofu Hashim semua! ^__^



September Top 5 Komentator Blog Review :-
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Sofu Hashim Bercerita
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog H.A.T.I
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Mrs. Secretary


Senarai Top 10 - Top 6 Komentator September 2014 :-
Ahmad Zumal Md Rayi - http://duniazumal.blogspot.com/
Akif Imtiyaz - http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
Cik Aini - http://miszpinkies.blogspot.com/
Irdina Ilham - http://akusukatulisblog.blogspot.com/
Zayani Zulkifli - http://nurulzayani.blogspot.com/


Read More

Officially New Dot Com Domain : [www.rosmizaali.com]

Officially New Dot Com Domain : [www.rosmizaali.com] | Assalamualaikum & selamat bekerja bagi yang bekerja.. Lewat sikit update hari ni.. Biasalah kan, surirumah katanya.. Ahaks! Alhamdulillah, sekarang blog dah bertukar ke domain baru iaitu domain dot com. Dah lama sebenarnya berniat nak tukar domain ni, tapi asyikla tertangguh2 sebab risau rank blog jatuh (walaupun rank takde la tinggi mana pun.. Kahkahkah!).. So setelah sekian lama berfikir akhirnya berjaya jugak aku bertukar ke domain dot com..


The reason kenapa aku bertukar ke new domain? Sebab aku rasa bila guna domain dot com ni nampak lebih profesional & cantik sikit bunyinya.. Hehe.. Tu aku punya persepsi jer.. Tak kesah pun sebenarnya kalau nak kekalkan url blogspot yang lama.. And lagi satu ialah sebab aku nak mula serius menulis & kalau boleh nak jadi salah satu media yang mendapat tempat di hati para pembaca seluruh Malaysia.. Yup, itu bukan satu benda yang aku boleh dapat dalam masa setahun dua.. It will takes a lot of time. But still aku rasa tak salah berusaha dari bawah. Susah?? Well, tak ada benda kat dunia ni yang senang.. Semua perlukan kita untuk belajar & berusaha untuk dapatkannya.. Setuju?


Seperti yang dijangka, memang rank jatuh merudum.. Sedih pulak rasa.. Tapi bila fikir balik bagus jugak aku tukar awal2.. Sebab rank terkini masa guna blogspot dulu pun still ribuan.. Kalau dah berada bawah 1000 tu memang ralat lah jugak. So, mulai hari ni kena lebih gigih & rajin update blog ni. Nak dapatkan balik rank yang dulu walaupun masih ribuan lemon, bukan mudah.. Berpeluh jugak tu.. Huhuhu.. Tapi tak mengapa.. Itu semua boleh diusahakan. Tak gitu? ^_~


Doakan impian dan cita2 aku tercapai dengan blog ni ye sayang2 semua.. Cea, dan2 la pulak panggil sayang kan? Haha! Carut sangatttt.. Kbai!



Read More

Saturday, 11 October 2014

Hitungan Cinta By Papinka

Hitungan Cinta By Papinka | Satu tambah satu dikurang satu.. Itulah cintaku.. Dua dikurang satu.. Cintaku untukmu.. Hamboi, layan pulak aku dengan lagu ni.. Mula2 aku dengar lagu dari band Papinka ni masa diorang jadi artis jemputan dalam Program MHI kat tv3 baru2 ni.. Tu lah pertama kali aku tau pasal band Papinka ni.. Masa tu diorang nyanyi lagu diorang yang tengah meletup2 kat radio sekarang ni 'Masih Mencintainya'..


Hmm, layan jugak band ni.. Lepas tu terus aku search kat youtube.. Terjumpa la lagu2 lain.. And antara yang aku layan lagu nilah, 'Hitungan Cinta'.. Meh layan seround.. ^_^


Satu cinta hanya untuk kamu saja..
Satu cinta takkan terbagi dua..
Karna cintaku bukan cinta biasa..
Karna cinta aku bisa gila..

Lagu ni macam cachy2 sikit.. Aku memang suka lagu2 cani.. Kalau dulu aku suka layan lagu2 dari kumpulan ST12.. Skang Papinka dah termasuk dalam list.. Encik hubby, lagu ni special for you.. *blushing*.. Kbai! ^_~


Read More

Friday, 10 October 2014

Happy Belated Birthday Cinta Hati

Happy Belated Birthday Cinta Hati | 2 OKTOBER 2014 baru2 ni genaplah usia my hubby 29 tahun. Ralat sikit sebab dah belated baru nak update kat blog walaupun tak lupa untuk wish masa hari birthday dia hari tu. Penting untuk aku abadikan kat blog ni supaya satu hari nanti andai kata aku pergi dulu, dia boleh imbau balik kenangan2 sepanjang kami bersama kat sini..


Masa birthday dia hari tu hubby ajak keluar makan untuk celebrate birthday dia.. Sayangnya satu gambar pun aku tak snap sebab masa tu mood agak ke laut. Blog pun tak berupdate sangat time tu. Dengan ditambah pulak dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.. Huhu..


Apa pun, sekali lagi aku nak wish Happy Belated Birthday untuk suami tercinta.. Masih jauh perjalanan kita. Semoga kita dapat mengharungi segala liku2 dan dugaan hidup dalam rumahtangga ini dengan penuh tabah dan sabar.. Dan semoga segala impian dan cita2 kita akan dimakbulkan suatu hari nanti. Sayang kamu selamanya.. ^_^


With Love,
~Your Wife~


Read More

Tranformasi..

Tranformasi.. | Tengah cuba untuk ubah template blog. Kalau boleh nak lebih simple. So, buat sementara waktu ni aku just ubah body je dulu sebab malas gila nak mendesign sekarang ni. Nak ubah keseluruhan kena upah orang la.. Sebab? Aku malas.. Haha..! Tapi sebab bajet macam ada lari sikit, so terpaksa aku tangguhkan dulu hasrat aku nak ubah full template nih.. Cuma mungkin dalam masa terdekat ni aku akan tukar ke new domain.. 

So, inilah dia transfromasi pada blog aku setakat ni.. Tak banyak yang berubah.. Just tukar body jer pon.. 

Old Blog Design


New Blog Design

Kenapa aku nak ubah template baru? Sebab tetiba aku rasa macam berserabut sungguh blog aku nih. Dengan bebunga cinta penuh di border.. Haha! dulu rasa macam sweet2 gitu bila berbunga2 penuh di blog.. Sekarang rasa macam dah kenapa la blog aku ni semak samun sangat.. Mungkin faktor usia jugak ni kot.. Haha! Aku dah tua.. Dah tak main dah blog bunga2..  Nak simple2 je.. Nanti lah tunggu ada bajet lebih sikit kita kasi tukar full template.. Designernya dah ada dah.. Cuma bajetnya ajer berlarian tak terkejar.. Hoho..

Sekarang ni pun aku still rasa crowded lagi.. Tapi sekurang2nya dah tak berbunga sangat.. Tinggal kat header je sikit.. Eh, aku tak amik tempahan design blog ye.. Aku just design suka2 untuk blog sendiri je.. Tu pun main touch up sikit2 jer.. So, jangan email or PM aku tanya pasal nak tempah design blog pulak.. Bagitau awal2 nih.. Mohon maklum.. Sekian terima kasih..^_~


Read More

Thursday, 9 October 2014

Macamana Nak Hantar Voice Message Untuk #ProjekRadioHOTFM ?

Macamana Nak Hantar Voice Message Untuk #ProjekRadioHOTFM ? | Lepas jer aku publish blogpost pasal Projek Radio HOT FM tempoh hari, tetiba ramai pulak yang tanya macamana cara nak hantar voice message ke Hot FM.. Kalau tak silap, aku dah sertakan link cara nak hantar voice message kat dalam entri tu. Nampak sangat enkorang tak baca betul2 kan? Lepas tu berlumba2 tanya aku.. Ish2..



Siap ada yang PM dekat facebook.. Ada pulak yang search kat blog ni cara nak hantar voice message.. So, aku share la lagi sekali ye. Mohon enkorang bacalah betul2.. Cian kite tempek link segala bagai tapi takde yang nak baca. Jangan risau, ni bukan link spam yang aku tempek ni.. Semua yang berkenaan sahaja ye.. Jadi bila aku kata klik tu kliklah.. Ha, cenggituuuu khonnnn membebel macam makcik2..


So first of all, benda pertama yang enkorang kena ada sebelum hantar voice message ni opkoslah talipon mudah alih yang sedikit up to date ok.. Maksud aku yang up to date tu boleh install aplikasi whatsapp & ada kemudahan internet. Kemudian, sila save dulu nombor ini : 016-633 8266..

Tempek sikit bukti yang aku dah sertakan link cara nak hantar voice message dalam entri sebelum ni..

Lepas tu, open whatsapp app enkorang then create new message guna nombor yang aku suruh save tadi.. Lepas tu ko kenalkanlah diri sikit.. Bagitau nama dulu apa sume tu.. Then just tekan icon microphone kat penjuru bawah sebelah kanan tu lelama then rekodla suara enkorang guna skrip yang Hot FM dah bagi tu.. Dah siap rekod, releasekan je rakaman suara korang td.. Dah send! Siap!


Senang kan? Takkan la aku nak buat tutorial bergambar pulak kot.. Aku rasa semua dah terer guna app whatsapp nih.. Kalau tak jelas jugak lagi, mohon refer SINI..


Tarikh last untuk submit voice message ni ialah hari ni iaitu 9 OKTOBER 2014.. So, siapa2 yang berminat tu sila submit cepat2 ye.. Tak pun enkorang boleh hadiri ujibakat secara life di PNB Darby Park KL hari Sabtu ni..


Untuk lebih info, sila layari, 
HOT FM PROJEK RADIO


Read More

Annabelle : Sorry Tak Dapat Review..

Annabelle : Sorry Tak Dapat Review.. | As enkorang semua dah tau, sebelum ni aku ada mention yang aku dapat jemputan ke #NNPremiereScreening filem seram terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia sekarang ni iaitu Annabelle.  I was the one who very excited to watch the movie & keep on waiting for the day.. But unfortunately aku tak dapat pergi sebab badan kurang sihat pulak hari tu. So, janji aku untuk buat review pasal filem ni tak dapatlah aku tunaikan. Huhu.. So sad.. T_T


Apa pun aku rasa aku patut share sikit lah sinopsis pasal cerita ni dengan enkorang semua sebab aku suka cerita2 hantu ni. Cuma tak tau la tahap seram cerita ni macamana sebab aku pun belum tengok. Sebab tu aku tak dapat nak tulis review lagi pasal cerita ni. Makanya enkorang janganlah expect aku untuk tulis kaw2 pulak pasal cerita nih tau.. Setakat share sinopsis tu boleh la..


Sinopsis Filem Annabelle :-

She terrified you in "The Conjuring" but this is where it all began for Annabelle. Capable of unspeakable evil, the actual doll exists locked up in an occult museum in Connecticut - visited only by a priest who blesses her twice a month. 
John Form has found the perfect gift for his expectantc wife, Mia - a beautiful, rare vintage doll in a pure white wedding dress. But Mia's delight with Annabelle doesn't last long.
On one horrific night, their home is invaded by members of a satanic cult, who violently attack the couple. Spilled blood and terror are not all they leave behind. The cultists have conjured an entity so malevolent that nothing they did will compare to the sinister conduit to the damned that is now... Annabelle.



Dari sinopsis & trailer nampak macam boleh tahan horor jugak filem ni.Tapi based on review yang aku baca, ada yang kata "sumpah seram!".. Tak kurang jugak yang kata "takdela seram mana pun citer ni.. Aku prefer lagi citer The Conjuring..".. So, aku rasa aku kena tengok sendirilah kalau nak tau level of horor cerita ni..


Psssstt! Siapa yang dah tengok? Cer bagi rate sikit..



Read More

Wednesday, 8 October 2014

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog H.A.T.I

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog H.A.T.I | Petang ni, nak review blog H.A.T.I pulak selaku pengomen kedua terbanyak Rosmiza Ali Official Blog™ sepanjang bulan September lepas.


Owner blog H.A.T.I ni nama panggilannya Lya.. Actually she is one of my ex-schoolmate masa sekolah menengah dulu.. Hehe.. Terjumpa balik kat blog.. Terus jadi pengunjung tegar gitu.. Yang tegar tu mestilah aku coz aku suka baca entri2 kat blog Lya ni..


Lya banyak berkongsi cerita tentang aktiviti hariannya bersama keluarga kecilnya juga tentang kehidupannya dengan menjadikan Asya which is her daughter sebagai model tetap blog beliau. Lya ni seorang yang sangat kuat & tabah dalam mengharungi ujian kehidupannya. Siapa yang ikut blog Lya dari awal taulah apa yang aku maksudkan..


Antara blog paling sempoi yang aku suka baca. Untuk Lya, keep up your interesting blog writing and thanks sudi jadi pengomen tegar blog ni.. Will always support you my dear friend.. Xoxo! ^_^



September Top 5 Komentator Blog Review :-
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog H.A.T.I
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Mrs. Secretary


Senarai Top 10 - Top 6 Komentator September 2014 :-
Ahmad Zumal Md Rayi - http://duniazumal.blogspot.com/
Akif Imtiyaz - http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
Cik Aini - http://miszpinkies.blogspot.com/
Irdina Ilham - http://akusukatulisblog.blogspot.com/
Zayani Zulkifli - http://nurulzayani.blogspot.com/


Read More

Alcon’s New DAILIES® AquaComfort® Plus® Toric Contact Lenses

Alcon’s New DAILIES® AquaComfort® Plus® Toric Contact Lenses | Alcon adalah peneraju global dalam penjagaan mata dan merupakan divisen kedua terbesar kumpulan Novartis dengan jualan pro-forma sebanyak USD 10.5 bilion pada tahun 2013. Beribu pejabat di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat, Alcon mempunyai lebih daripada 25,000 pekerja dan beroperasi di 75 buah negara di seluruh dunia termasuk di Malaysia.  Alcon telah menyediakan produk-produk inovatif untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di seluruh dunia dengan membantu mereka untuk melihat dengan lebih baik. Alcon menawarkan spektrum produk penjagaan mata secara meluas dengan tiga cabang utama perniagaannya iaitu pembedahan, farmaseutikal dan juga dari segi penjagaan penglihatan atau pun mata.


Baru-baru ini, Alcon telah mengeluarkan satu lagi produk terbaru yang pastinya mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar atau pengguna kanta sentuh di Malaysia. Pada 24 September yang lepas, aku dan beberapa rakan blogger yang lain telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus® yang bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Mr. Ryu Trento, Pengurus Besar Kluster ASEAN Alcon Vision Care, menyampaikan dengan lebih lanjut mengenai Kepimpinan & Inovasi Penjagaan Mata Alcon.

Kanta sentuh pakai buang harian dari DAILIES® AquaComfort® Plus® menampilkan proprietari Teknologi Blink-activated Moisture yang direka untuk memberikan keselesaan yang berpanjangan dengan kesegaran dan pandangan yang jelas sepanjang hari. Dengan adanya Teknologi Blink-activated Moisture, mata si pemakai akan sentiasa kekal lembap dan segar tanpa rasa kering dan pedih kerana lembapan dirembeskan dari kanta dengan setiap kerdipan. Ini dapat menstabilkan air mata untuk menyokong penglihatan yang jelas lagi selesa.


Teknologi proprietari kanta torik DAILIES® AquaComfort® Plus® adalah satu penyelesaian yang sempurna kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan astigmatisme. Ia memberikan keselesaan sepanjang hari kepada si pemakai yang ingin menikmati kemudahan kanta sentuh pakai buang setiap hari.

DARI KIRI : Mr Timothy Grant (Alcon's Asia Head, Regional Professional Marketing); Mr. Ryu Trento (Pengurus Besar Kluster ASEAN Vision Care Alcon); dan Mr. Sandeep Tewari (Pengurus Besar Alcon Malaysia) memberikan taklimat kepada media semasa sesi taklimat media.

Kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus® adalah salah satu pilihan kanta sentuh yang paling bersih dan mudah digunakan oleh pemakai kanta sentuh. Dengan pengenalan kanta sentuh torik, lebih ramai pemakai kini dapat menikmati faedah kanta sentuh pakai buang setiap hari dengan hanya memakai sepasang kanta sentuh Torik DAILIES® AquaComfort® Plus® yang baru setiap hari tanpa perlu memikirkan tentang penjagaan produk tersebut.

DARI KIRI : Mr Timothy Grant (Alcon's Asia Head, Regional Professional Marketing); Mr. Ryu Trento (Pengurus Besar Kluster ASEAN Vision Care Alcon); dan Mr. Sandeep Tewari (Pengurus Besar Alcon Malaysia) melancarkan kanta lekap DAILIES® AquaComfort® Plus®

Kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus® direka khusus untuk penggunaan yang paling optimum. Ia menampilkan rekabentuk kanta Precision Curve™ dengan 150% lebih parameter, membolehkan optemetris untuk memenuhi keperluan majoriti pemakai astigmatik. Rekabentuk tersebut menjadikan tekanan pada kerdipan kelopak mata bahagian atas dan bawah sebagai penstabil kanta yang menyediakan keselesaan dan kestabilan penglihatan yang jelas kepada si pemakai.


Thanks to The Butterfly Project - Beauty Bloggers for the opportunity and Patlin & Alcon for the lenses! Nantikan my review untuk kanta lekap pakai buang harian ni nanti ye.. ^_^



Read More

Tuesday, 7 October 2014

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Mrs. Secretary

September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Mrs. Secretary | Assalamualaikum & salam sejahtera semua! Hari ni aku nak buat simple blog review untuk Top 5 Komentator di RosmizaAli Official Blog™ sepanjang bulan September yang lepas. Aku review 5 blog je, tapi top 10 hingga top 6 komentator tu aku akan senaraikan dalam setiap review untuk 5 blog ni nanti okay..


So untuk hari ni aku nak review Blog Mrs. Secretary dulu sebagai pengomen paling tegar sepanjang bulan September 2014.

Owner Blog Mrs. Secretary ni ialah kak Farah .. Penang mari nih.. Sapa2 nak kirim jeruk Pak Ali boleh kirim kat Kak Farah ye.. Hehe.. Kak Farah mula berblog sejak Julai 2012. Apa yang aku suka baca kat blog Kak Farah ialah tentang perkongsian mengenai percutian beliau dengan keluarga. Suka baca review beliau pasal tempat penginapan, makanan & tempat2 menarik sepanjang percutian beliau. Tak lama lagi Kak Farah nak pergi bercuti lagi nih.. Bulan Januari tahun depan kalau tak silap kan kak? Jangan lupa ole2 ye.. Hehe..


Dari segi layout & susun atur dalam blog semua okay bagi aku. Cantik & kemas je.. Pengisian blog pun simple & senang untuk kita faham. Yang penting aku suka baca. Hehe.. So, korang mana yang belum pernah terjah blog Kak Farah ni boleh la pergi terjah sekarang. Kak Farah tak lokek komen, korang tinggal komen kat blog dia kompem dia akan singgah & balas komen korang balik.. Tak caye trylah! ^_^


Untuk Kak Farah, thanks a lot sebab rajin singgah ke blog picisan ni & tinggal komen banyak2.. Semoga akak terus sukses dalam berblog & dalam setiap perkara yang akak usahakan. Amin.. ^_^


September Top 5 Komentator Blog Review :-
September Top 5 Komentator Blog Review - Blog Mrs. Secretary


Senarai Top 10 - Top 6 Komentator September 2014 :-
Ahmad Zumal Md Rayi - http://duniazumal.blogspot.com/
Akif Imtiyaz - http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
Cik Aini - http://miszpinkies.blogspot.com/
Irdina Ilham - http://akusukatulisblog.blogspot.com/
Zayani Zulkifli - http://nurulzayani.blogspot.com/


Read More

Saturday, 4 October 2014

Top Komentator Untuk Bulan September 2014

Top Komentator Untuk Bulan September 2014 | Alhamdulillah, September dah pun berlalu.. Sekarang kita dah pun berada dalam bulan Oktober.. Aku memang tunggu kedatangan bulan Oktober setiap tahun sebab sepanjang 2 tahun lepas Oktober banyak mendatangkan kegembiraan pada aku.. Rezeki pun melimpah ruah the whole month.. Tapi tahun ni tak taulah macamana.. Fasa ketiga.. Penuh liku dan cabaran.. Oklah, tak nak citer pasal tu.. Ni nak update Top 10 Komentator sepanjang bulan September yang lepas.. Siapakah mereka? Jom kenal2.. ^_^


Inilah dia senarai top komentator blog aku sepanjang bulan lepas. Ramai nama2 baru muncul.. Alhamdulillah.. Terima kasih korang semua! So untuk menghargai mereka, aku ingat aku nak buat review tentang blog2 mereka ni.. Nak bagi hadiah tak mampu lagi.. Tapi In Shaa Allah, ada rezeki lebih aku ingat nak jugak berkongsi dengan pengomen2 tegar blog ni.. Doa2kanlah ekk.. ^_^


Sebelum tu apa kata korang berkenal-kenalan dulu dengan diorang ni.. Diorang semua sporting & happening.. Tak rugi kenal dengan diorang ni semua.. ^^,

Mrs. Secretary - http://farahwahyda.blogspot.com/
LYAfrina - http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/
Sofu Hashim - http://ummi2m2s.blogspot.com/
Acik Idah - http://acikidah.blogspot.com/
Mrs. Valentine - http://msvelentine.blogspot.com/
Ahmad Zu Mal Md Rayi - http://duniazumal.blogspot.com/
Akif Imtiyaz - http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
Cik Aini - http://miszpinkies.blogspot.com/
Irdina Ilham - http://akusukatulisblog.blogspot.com/
Zayani Zulkifli - http://nurulzayani.blogspot.com/




Read More

Friday, 3 October 2014

How To Overcome A Depression..

How To Overcome A Depression.. | Kemurungan.. Kebanyakan daripada kita menyembunyikannya seperti beg kertas di atas kepala mereka kerana takut dihakimi, dipersenda, dilihat sebagai lemah, atau tidak diambil serius. Kemurungan tidak boleh dipandang ringan, ia boleh membawa kepada kemeruduman prestasi kerja mahupun hidup kita.. Mereka yang tidak pernah mengalami kemurungan akan beranggapan bahawa ia tidak pernah wujud dan mereka tidak akan memahami simptom2 yang dialami oleh seorang yang sedang kemurungan. Ianya bukanlah satu perkara atau simptom yang boleh diperbaiki dalam masa satu hari. Tetapi ia mengambil masa untuk kembali normal.


So, siapa2 yang rasa dia sedang mengalami kemurungan atau depress, pergilah berjumpa & bercakap dengan seseorang yang dipercayai. Boleh cakap dengan kawan, ahli keluarga or sesiapa sahaja yang boleh dipercayai.. Never overlook the possibility of seeing a doctor for more professional help!!  Your feelings are real, your feelings are shared upon millions.  Don’t hide it, talk to someone about it.  With the right help, you can rediscover your confidence and begin life anew! Just try it & you'll feel better.. Jom baca komik plak! ^__^


 
 
 
 
 
 
 
 
 



Read More

Thursday, 2 October 2014

Chaotic Life..

Chaotic Life.. | Bila tengok drama dalam tv rasa memang drama sangat. Pastu fikir sendiri, ada ke pun kat luar ni yang jadi macam tu? Ahh! Itu semua lakonan & drama sahaja..! Tapi bila fikir2 balik & tengok keadaan sekeliling sekarang ni. Macam2 berlaku. Dah macam dalam drama pulak. Jadi drama tu bukanlah drama semata2.. Kalau takde yang berlaku di alam realiti ni mana pulak si penulis skrip & pereka cerita tu dapat idea..? Sebab biasanya idea ni semua datang dari apa yang kita lihat & lalui di sekeliling kita..


Yang pastinya harus diingat, hidup tak selalunya indah.. Ada masa kita akan jatuh & rebah tersungkur dan mula rasa dunia ni tak adil untuk kita.. Tika itu segala yang indah akan hilang lenyap sekelip mata.. Yang hadir hanyalah segala duka lara yang menyeksa diri.. Sekian..


Amacam? Boleh buat skrip drama tak? Haha! Pendek kata majulah minyak untuk negara! Hidup minyak!!! Eh?  

Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com