Alcon’s New DAILIES® AquaComfort® Plus® Toric Contact Lenses

by - 9:47:00 am

Alcon’s New DAILIES® AquaComfort® Plus® Toric Contact Lenses | Alcon adalah peneraju global dalam penjagaan mata dan merupakan divisen kedua terbesar kumpulan Novartis dengan jualan pro-forma sebanyak USD 10.5 bilion pada tahun 2013. Beribu pejabat di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat, Alcon mempunyai lebih daripada 25,000 pekerja dan beroperasi di 75 buah negara di seluruh dunia termasuk di Malaysia.  Alcon telah menyediakan produk-produk inovatif untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di seluruh dunia dengan membantu mereka untuk melihat dengan lebih baik. Alcon menawarkan spektrum produk penjagaan mata secara meluas dengan tiga cabang utama perniagaannya iaitu pembedahan, farmaseutikal dan juga dari segi penjagaan penglihatan atau pun mata.


Baru-baru ini, Alcon telah mengeluarkan satu lagi produk terbaru yang pastinya mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar atau pengguna kanta sentuh di Malaysia. Pada 24 September yang lepas, aku dan beberapa rakan blogger yang lain telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus® yang bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Mr. Ryu Trento, Pengurus Besar Kluster ASEAN Alcon Vision Care, menyampaikan dengan lebih lanjut mengenai Kepimpinan & Inovasi Penjagaan Mata Alcon.

Kanta sentuh pakai buang harian dari DAILIES® AquaComfort® Plus® menampilkan proprietari Teknologi Blink-activated Moisture yang direka untuk memberikan keselesaan yang berpanjangan dengan kesegaran dan pandangan yang jelas sepanjang hari. Dengan adanya Teknologi Blink-activated Moisture, mata si pemakai akan sentiasa kekal lembap dan segar tanpa rasa kering dan pedih kerana lembapan dirembeskan dari kanta dengan setiap kerdipan. Ini dapat menstabilkan air mata untuk menyokong penglihatan yang jelas lagi selesa.


Teknologi proprietari kanta torik DAILIES® AquaComfort® Plus® adalah satu penyelesaian yang sempurna kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan astigmatisme. Ia memberikan keselesaan sepanjang hari kepada si pemakai yang ingin menikmati kemudahan kanta sentuh pakai buang setiap hari.

DARI KIRI : Mr Timothy Grant (Alcon's Asia Head, Regional Professional Marketing); Mr. Ryu Trento (Pengurus Besar Kluster ASEAN Vision Care Alcon); dan Mr. Sandeep Tewari (Pengurus Besar Alcon Malaysia) memberikan taklimat kepada media semasa sesi taklimat media.

Kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus® adalah salah satu pilihan kanta sentuh yang paling bersih dan mudah digunakan oleh pemakai kanta sentuh. Dengan pengenalan kanta sentuh torik, lebih ramai pemakai kini dapat menikmati faedah kanta sentuh pakai buang setiap hari dengan hanya memakai sepasang kanta sentuh Torik DAILIES® AquaComfort® Plus® yang baru setiap hari tanpa perlu memikirkan tentang penjagaan produk tersebut.

DARI KIRI : Mr Timothy Grant (Alcon's Asia Head, Regional Professional Marketing); Mr. Ryu Trento (Pengurus Besar Kluster ASEAN Vision Care Alcon); dan Mr. Sandeep Tewari (Pengurus Besar Alcon Malaysia) melancarkan kanta lekap DAILIES® AquaComfort® Plus®

Kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus® direka khusus untuk penggunaan yang paling optimum. Ia menampilkan rekabentuk kanta Precision Curve™ dengan 150% lebih parameter, membolehkan optemetris untuk memenuhi keperluan majoriti pemakai astigmatik. Rekabentuk tersebut menjadikan tekanan pada kerdipan kelopak mata bahagian atas dan bawah sebagai penstabil kanta yang menyediakan keselesaan dan kestabilan penglihatan yang jelas kepada si pemakai.


Thanks to The Butterfly Project - Beauty Bloggers for the opportunity and Patlin & Alcon for the lenses! Nantikan my review untuk kanta lekap pakai buang harian ni nanti ye.. ^_^



You May Also Like

20 Shaklee Lovers Visit

  1. Replies
    1. Alhamdulillah kak.. Diberi peluang untuk hadirkan diri.. ^_^

      Delete
  2. Berita baik untuk pemakai kanta lekap kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup acik idah! Nanti bolehla try.. Very affordable tau! ^_~

      Delete
    2. Akak tak pakai2 lagi.. Haha!

      Delete
  3. wahhh bagus ni...

    pssstttt.... tahniah ya... http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

    ReplyDelete
  4. Tak berani nak pakai kanta lekap ni ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak berani jugak.. Tapi bila dah tau cara penjagaan semua baru berani pakai.. Hehe.. =)

      Delete
  5. bestnya dapat peluang camni. tapi cik fafa tak pernah pakai lens. dok jadi nerd ja. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe lepas ni boleh cuba.. Cari yg jenama Alcon.. =)

      Delete
  6. Replies
    1. In Shaa Allah kak.. nanti saya review.. ^_^

      Delete
  7. bestnya dapat peluang join majlis pelancaran macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Sesekali Diana.. ^_^

      Delete
  8. Replies
    1. Harga RM130 for 1 month supply.. Very affordable kan? ^^,

      Delete
  9. alhamdulilah seronoknya dapat join event

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali jer AP.. Tapi In Shaa Allah, lepas ni nak start aktif join event kalau dapat jemputan.. ^_^

      Delete