Blogger templates

Thursday, 30 October 2014

Perkhidmatan Pos Laju Semakin Merosot

Perkhidmatan Pos Laju Semakin Merosot | Assalamualaikum.. Alhamdulillah, selesai appointment untuk hari ni di Hospital Serdang. Sesi hari ni sekejap jer sebab attend for follow up je. Aku rasa tak pergi pun tak apa tadi. Membazir minyak jer. Pergi just nak ambil tarikh untuk follow up appointment bulan 4 tahun depan je. Aku pun heran, kenapa la masa 16hb hari tu doc tak set jer terus tarikh untuk follow up lagi 6 bulan nih. Haih~ -_-'


Okay, stop bab hospital. Sebenarnya aku nak cerita pasal pos laju. Dulu aku memang suka guna khidmat pos laju kalau nak pos barang2 customer. Servis diorang memang pantas & tip top. Tapi sejak dua menjak ni aku perasan servis penghantaran pos laju dah tak macam dulu. Makin hari makin slow pulak. Dah la kalau pergi ke kaunter diorang, jarang2 je boleh jumpa staf yang berbudi bahasa & tak lokek senyuman. Kebanyakannya muka masam jer masa serve customer. Aku pun kompius kekadang tu. Macamlah kita ni pergi sana mintak duit diorang. Huuu..


Tak mesra pelanggan tu satu hal lah. Ni sekarang ni penghantaran tersangatlah slow. Aku tak pasti lah tak cukup runner ke apa. Tapi cukup ke tak cukup tu diorang kenalah pandai2 aturkan. Dah nama pun servis 'pos laju' dengan slogan 'Dijamin Sampai Esok'.. Kecuali hari cuti am & cuti umum la kan. Tu aku taula.


Tapi kes aku ni, barang dari PPL Kajang je pun. Nak hantar ke Kajang jugak. Bukan ke kelantan, ke Singapura pun. Sepatutnya semalam dah boleh receive dah. Tapi tunggu punya tunggu tak sampai2. Hari ni bila semak balik status parcel, tengok sampai balik ke PPL Kajang pagi tadi & sekali lagi dalam proses penghantaran. Tak kesah la bab tu, tapi at least call la bagitau. Ni kita duduk la menunggu macam tunggul kayu. Nak ke mana2 pun tak boleh. Haih~


Dah tu pulak, sekarang posmen makin malas. Dulu okay lagi, hantar sampai depan pintu rumah. Lepas tu dah mula malas nak hantar, suruh tunggu kat bawah blok pulak. Sekarang makin malas, suruh kita gi pick up sendiri kat pondok guard pulak dah. Adakah kerana faktor minyak naik? Dah kenapa pulak kalau minyak naik pun? Nama pun kerja, anda yang pilih kerja ni.. So buatlah dengan ikhlas. Jaga reputasi.


Eh2, panjang pulak aku membebel. Asalnya tak nak berpanjang lebar, Sekali sampai 6 perenggan aku menggoreng. Kalau buat esei zaman sekolah ni dah boleh skor A dah ni.. Harharhar! Ini bukanlah entri mengkondem ye. Tapi feedback dari client, so that pihak pos laju boleh tambah baik mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.. Apa2 pun hari ni aku harap parcel selamat sampai.


13 comments:

  1. sabar ye...saya pun kadang kadang tak tahu nak cakap macamana lagi....pos ni kadang2menyakitkan hati...
    at least bagitahu la, call ke...kadang2 sender takde di rumah.....kedekut sangat...customer always right..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Okay je ni.. Cuma tu lah.. Sebab diorang tak inform, so kita jadi tertunggu sbb bila cek status dah dalam proses penghantaran.. risau pun ada kot2 barang tak sampai.. Huhu.. Tp Alhamdulillah, samapi dah semalam.. Nasib barang ok.. Hehe..

      Delete
  2. Betul2. Kadang-kadang postpone sampai 2-3 hari baru hantar ke rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. Tak taula apa masalah diorang nih.. Huhu..

      Delete
  3. Sabar sabar sis hehe. Memang pressure kalau barang yang kita harapkan sampai semalam tapi sampai hari ni masih tak sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Dah cool down dah sebab barang sampai dengan selamatnya semalam.. ^__^

      Delete
  4. betul sangatt... ritu penah ada post barang guna pos laju gak.. tapi brg x smpai2.. dah tu yg sakit ati tu.. dah buat report dan dorang kata nak cari parcel tu.. smpai skang ni takde feedback.. last2 post barang baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kalau barang sampai hilang tu lagi sadis.. Nasibla barang kita selamat sampai.. Huhu..

      Delete
  5. ikut negeri dan tempat juga... ada tempat laju je perkhidmatannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa pun mcm tu sbb kat Ipoh dulu ok jer servis diorang.. hari ni pos, esok kompem sampai..

      Delete
  6. semua tu faktor takde wawasan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sabar Mar.. jangan emo2.. Hehe..

      Delete
  7. memang..kakak MV pun kena masalah yg sama

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com