Resepi Sup Ayam Paling Simple Style Rosmiza

by - 1:54:00 pm

Resepi Sup Ayam Paling Simple Style Rosmiza | Assalamualaikum & selamat tengahari sahabat! Sorry lewat update hari ni. Pagi tadi aku ada appointment di Hospital Serdang. Nasib baik appointment hari ni smooth jer. Takde nak kena tunggu lama2.. Kalau tak, aku rasa time sekarang ni pun aku still lagi menunggu giliran kat sana.. Dah la sensorang.. Dengan takde kreditnya, dengan line celcom tetiba weng pulaknya.. Nak topup pun problem.. Stress mak! Grrrr..


Okay, sambung cerita.. Balik rumah dah pukul 11.00 lebih.. Terus pergi kedai cari bahan untuk masak for lunch.. Masak lebih untuk makan malam sekali.. So, malam kang tinggal nak panaskan jer. Menu simple, sup ayam jer pun.. Semua orang tau masak kot.. Tapi aku nak jugak share kat sini.. Haha! Jadi marilah kita masak..! ^_^


Bahan-Bahan (untuk 1/2 ekor ayam) :-
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 1/2 inci halia (dihiris)
  • Sup bunjut / rempah 4 beradik
  • Ayam (dipotong sederhana)
  • Ubi kentang (dipotong 4 & direndam di dalam air)
  • Daun sup (diracik)
  • Daun bawang (diracik)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
  • Air


Cara-Cara Memasak :-
  • Panaskan satu setengah sudu besar minyak masak di dalam periuk.
  • Tumiskan bawang putih, halia, sup bunjut sehingga kekuningan & naik bau.
  • Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Kacau & biarkan sehingga ayam separuh masak.
  • Masukkan ubi kentang, air & garam secukupnya. Biarkan mendidih.
  • Tunggu sehingga ayam dan ubi kentang betul2 empuk.
  • Taburkan daun sup & daun bawang sebelum dihidang.
  • Sedia untuk dimakan!


Ha, simple kan? Ni resepi aku sendiri ye.. Aku ni memang jenis yang suka bereksperimen dengan masakan.. Tak suka sangat nak follow2 resepi nih.. Try & error.. So, aku main campak jer apa2 bahan yang aku rasa boleh mendapatkan sejenis masakan yang sedap.. Kalau tak menjadi, kita buat eksperimen lain.. Apa ada hal..? Haha!

And lagi satu, sejak dah kahwin ni aku masak memang tak guna ajinomoto. Kurangkan penggunaan MSG dalam masakan.. Gituuu slogan masak memasak seorang +Rosmiza Ali.. Haha! So, kalau korang nak tambah korang tambahla. Nak guna pati ayam knorr pun boleh. Tapi aku masak memang tak guna semua tu. Jangkamasa untuk aku masak sup ni adalah dalam 15-20 minit macam tu.. Ala, just campak2 jer.. Pastu tunggu masak then cekik la.. Setel masalah.. 

Ok, selamat mencuba! ^___^ 

Resepi Sup Ayam Simple
Ni style aku makan sup.. 



You May Also Like

34 Shaklee Lovers Visit

  1. Replies
    1. Senang je BBL.. Lepas ni dah boleh masak sendiri.. ^^,

      Delete
  2. kita memang tak guna ajinamoto dari dulu lagi..sup ni mudah je kan nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Bagusla.. Kite sejak dah kawen ni je tak pakai ajinomoto.. Sebab family belah in law tak guna ajinomoto.. So kena adapt la.. Hehe..

      Delete
  3. waalaikumussalam. terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ;)

    oh ya, serum tu satu set RM54. postage rm6 sm / rm10 ss. kalau berminat boleh whatsapp saya ye..

    saya kalau memasak pun memang xpakai ajinomoto tu kekekeke xelok kan.. walau pun sedap..

    saya dah follow awak jugak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajinomoto atau MSG tak elok kalau amal selalu.. ^___^

      Delete
  4. Menyelerakan..simple lagi sedap..

    ReplyDelete
  5. Wahhh nampak mcm best je.. bagus la tak guna ajinomoto, healthy sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak amalkan pemakanan healthy la ni kononnya.. Hehe..

      Delete
  6. Peh..sedapnye..nanti boleh cuba masak utk org rumah la! Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, bagus sangat tu.. Mesti orang rumah suka suami tolong masakkan.. ^__^

      Delete
    2. Dia duduk tngok tv..kalau sy free sy yang masak...bukan tolong lagi dahhhh

      Delete
  7. kalau orang pantai timur, dorg makan nasi dgn sup ni pastu panggil nasi air kan? alaaaa nak sup jugak! panas-panasss.

    tunggu situ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang ar Yiying.. Tapi nasi air tu lain sikit.. Hehe..

      Delete
  8. Akak, sama jugak resepinya. wah lapar pulak jadinya :)

    ReplyDelete
  9. hehe. Senang je rupanyaaa. Boleh gunapakai ni bila dh kawen. hahaha.

    yeap kak. NO MSG! hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Ala, berlambak jer resepi kat internet ni Scha.. Tinggal rajin ngan malas jer nak google & cuba.. ^_^

      Delete
  10. Replies
    1. Betul2.. Makan pulak time tengah panas tu kan.. Pergh! ^^,

      Delete
  11. Replies
    1. Ala, Fiza lagi terer masak.. Setakat sup cincai cenggini pejam mata je buat ye dak? Hehe

      Delete
  12. teringat mula2 kawin dulu... nk wat sup pun tak lepas.. haha.. tp skrg ni alhamdulillah, mcm Miza cakap la, main campak2 jer.. kak suka pakai ubi keledek dari ubi kentang sebab ubi keledek lebih manis.. makan dengan bubur nasi kosong perghhh... terangkat!

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Mudah dan cepat diamasak! Ewah, dah macam tagline mee maggie pulak.. ihiks!

      Delete
  14. kadang2 menu simple tu lagi menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  15. Sedap..sedapp.. sup febret asya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama asya mesti lagi terer masak sup ayam sebab feveret si anak.. ^^,

      Delete