Romantik Itu Subjektif

by - 8:55:00 am


Romantik Itu Subjektif | Assalamualaikum & good morning peeps! Sebenarnya aku masih ke'blur'an nak update blog. Maklum la, cuti lama.. Nak cerita pasal apa pun tak tau walaupun sebenarnya ada jer benda yang boleh dikongsikan. Haha! Fikir punya fikir dapatlah tajuk sebegini.. Romantik Itu Subjektif katanya.. 


Well, pengertian romantik ni berbeza2 bagi setiap individu. Ada yang kata romantik tu bila dapat hadiah banyak2 dari bf or gf.. Ada pulak yang kata bila dapat spend time having candle light dinner with lover. Ada pulak yang kata romantik tu bila hari2 bf or gf call say 'I LOVE YOU'.. Macam2lah kan?


Bagi aku pulak, berbeza pengertiannya. Maybe sebab dah berkahwin & dah selalu jumpa. So pengertian romantik tu pun dah bertukar. Kalau dulu masa bercinta, bila hari2 bf call or sms tu pun dah rasa romantik sangat dah tu. Tapi sekarang romantik tu bagi aku lebih kepada perkara2 ke'rumahtangga'an.. 

Gambar Hiasan. Credit to Google.

Bagi aku, dalam sesebuah rumahtangga tu, sikap bertolak ansur & saling bantu membantu adalah sangat penting. Macam baru2 ni, sekembalinya aku dari bercuti di kampung (ewah, ayat novel sangatttt..), tengok rumah kemas sangat. Barang2 semua elok tersusun, mana yang belum terpasang masa pindah ke sini semua dah siap pasang.. Keperluan dapur semua dah di topup.. Kain baju semua siap dah basuh. Baju2 kerja suami pun dah siap iron semua untuk seminggu. Aku balik just duduk berehat je.. 


Ya Allah, perasaan masa tu terharu sangat. Macam tak percaya pun ada suami aku rajin macam tu. Sebab selalunya jarang dia nak merajinkan diri buat semua tu kalau aku tak ada. Tapi kali ni rajin pulak. Katanya tak nak aku penat susah2 kemas rumah semua tu. Yela, perjalanan 7 jam dalam bas pun tak hilang lagi. Penat tahu travel jejauh ni. Dan aku biasanya sebelum pergi memana, aku akan pastikan rumah semua dah siap kemas. And bila aku balik pun aku nak tengok rumah kemas. Kalau tak, nanti aku runsing lepas tu tension lepas tu migrain lepas tu aku moody & marah2.. Tu perangai aku.. 


Dan balik kali ni aku tak tension sebab rumah semua siap.. Masa tu lah aku rasa, alahai romantiknya suami aku ni.. Ye, itu pengertian romantik bagi aku.. Aku bukanlah mintak suami buat semua tiap2 hari.. Sekali sekala macam ni pun dah buat aku rasa terharu sangat. Dengan tetiba dapat surprise giftnya lagi. Bertambah2 touching tau.. 


Jadi setuju tak kalau aku kata Romantik Itu Subjektif pengertiannya? Korang pulak, apa definisi romantik bagi korang? Cer share sikit.. ^__^


You May Also Like

10 Shaklee Lovers Visit

  1. cahayacinta
    uh...untung klu dpat suami romatik..depa nak lagu tu susah sesekli adalah..tpi klu dpt mmg bestkan rasa diri lebih hargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sesekali diorang ringankan tangan tolong benda2 simple pun dah rasa dihargai sangat.. Bukan mintak buat benda berat2 pun.. ^^,

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe.. Harap berterusan la sweetnya tu.. ^_^

      Delete
  3. Betul tu. Lain pengalaman lain pengertian romantiknya tu.

    ReplyDelete
  4. Asben ayu bukanlah jenis romantik kak ros
    Tapi klau bab rumah dia lagi cerewet dr ayu..
    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu mesti rumah ayu cantik, kemas jer kan? ^^,

      Delete
  5. yeap kak. org lelaki tu susah nk romantik kan. no need expensive things, just a small things that matters to us kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Tapi masalahnya orang lelaki ni suka pikir complicated.. Padahal kita bukan nak pun semua tu.. Benda2 simple mcm ni pun dah berbunga2 sangat dah rasa.. ^^,

      Delete