Blogger templates

Tuesday, 11 November 2014

Bakal Bercuti Lagi

Bakal Bercuti Lagi | Assalamualaikum & selamat petang sahabat! 3 hari tanpa sebarang update. Huhu.. Makin dekat tarikh makin tak keharuan mood ni. Erm.. Memang orang yang ada masalah kesihatan ni ada masalah gangguan emosi ke?


Well entri hari ni tak ada apa sangat nak cerita. Just nak bagitau, blog RosmizaAliDotCom bakal bercuti lagi buat sementara waktu. I'm gonna be warded on 13th November which is lagi 2 hari ni and akan menjalani operation on the 14th.. So, blog akan sunyi lah ye buat beberapa ketika. Tak tau la seminggu, 2 minggu, 3 minggu or bulan2.. Depends on my health condition.. Apa2 pun mohon doa semua agar segalanya berjalan dengan lancar dan kesihatan aku kembali pulih seperti biasa.


Gonna miss u all! Xoxo! Assalamualaikum..


Read More

Friday, 7 November 2014

8 Jenis Ragam Di Majlis Kahwin #HotTV

8 Jenis Ragam Di Majlis Kahwin #HotTV | Tengah aku sibuk mem'busy' body baca new feeds di facebook, terjumpalah video 8 Jenis Ragam Di Majlis Kahwin by #HotTV ni. Geli pulak hati aku tengok. tapi sometimes ada betulnya jugak. Hehe.. Layanssss..! ^_~



Ragam#1 : Tok kadi tersalah sebut nama

Ragam#2 : Orang datang kutip hutang

Ragam#3 : Kahwin lari

Ragam#4 : Kekasih lama datang ke majlis

Ragam#5 : Mak andam mengalahkan pengantin

Ragam#6 : Kawan-kawan datang buat hal

Ragam#7 : Isteri pertama datang terjah

Ragam#8 : Tertukar pengantin

Macam2 ragam orang kahwin ye. Bila diparodi kan macam ni jadi geli hati pulak. Tapi kalau fikir dalam situasi sebenar memang stress dibuatnya. Nak kahwin sikitla punya susah sekarang ni. Dah kahwin lain pulak ragamnya. Apa2 pun, semua ini adalah lumrah kehidupan. Yang pasti, kenalah pandai atasi. Kbai! ^_~

[*Autopublish*]


Read More

Thursday, 6 November 2014

Kuasai Kemahiran Membaca Anak Seawal 4 Tahun

Kuasai Kemahiran Membaca Anak Seawal 4 Tahun | Assalamualaikum dan selamat tengahari sahabat! Maaf hari ni lambat kemaskini blog sebab semalam tiba-tiba doktor telefon dari hospital mintak aku ke sana untuk diambil sample darah pagi ni dan kemudian ambil surat rujukan untuk dibawa ke pakar bius esok. Okay, hidup aku sekarang memang banyak berlegaran di hospital jer. Orang sakit memang takde tempat lain la kan nak melepak. Balik-balik ke hospital jelah. Tak mengapa.. Kifarah penghapus dosa.. ^_^


Well, aku sebenarnya bukan nak bercerita pasal hospital. Yang tu later kita cerita. Hari ni sekadar nak berkongsi tentang sesuatu yang aku rasakan menarik dan penting untuk pendidikan anak-anak kita. Yelah zaman sekarang ni kan, segalanya serba canggih serba memerlukan kepintaran, keaktifan dan kekreatifan minda untuk melakukan sesuatu perkara. Anak-anak sekarang pun dah lagi canggih dan cerdik dari kita.Kadang kita belum tau, diorang dah tau dulu. Hebat sungguh minda anak-anak generasi-y kita ni kan? (ke generasi-z dah sekarang?..)


Bagi ibu bapa yang berkerjaya,  anak-anak dah mula dihantar ke taska dan pra sekolah untuk beri mereka pendedahan terhadap pendidikan seawal mereka berumur 4 tahun. Memang banyak perkara baru yang mereka dapat dan pelajari di taska. Namun kita sebagai ibu bapa juga boleh turut memainkan peranan untuk sama-sama dalam mendidik mereka dengan cara kita yang tersendiri.


Salah satunya ialah melalui Program Belajar Membaca I-SINA.



Apa Itu Program Belajar Membaca I-SINA?

Program Belajar Membaca I-SINA ialah sebuah program yang disusun khas untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif.


Ia menggunakan pendekatan yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebih memahami konsep asas pembentukan gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan, tanpa terikat dengan hafalan suku kata. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan diajar bagaimana bunyi dibentuk apabila huruf-huruf digabungkan bersama.


Ia sesuai untuk ibu bapa dan guru tadika atau sekolah yang inginkan sebuah program untuk mengajar membaca kepada majoriti kanak-kanak dengan berkesan.


Ia juga menjadikan kanak-kanak "suka" dan "mahu" terus membaca kerana mereka faham dan mampu mengikuti program mengikut kelajuan dan kemampuan mereka, tanpa sebarang paksaan dan hafalan yang membebankan.


Selain itu,  Program Belajar Membaca I-SINA juga berujuan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah fonetik dan menitikberatkan kefahaman kanak-kanak menerusi latihan-latihan dan arahan-arahan yang sistematik dan mudah. Ia juga membantu mempercepatkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh; bukan setakat menghafal atau membaca suku kata mudah.




Liputan Sistem I-SINA Di Akhbar Utama






Apa Kata Mereka?







Umur yang paling awal untuk memulakan pembelajaran kepada anak-anak ialah pada umur 3 setengah tahun di mana mereka sudah mula menunjukkan minat dan tanda-tanda untuk belajar tentang sesuatu yang baru.   Kanak-kanak yang mampu membaca dengan lancar seawal 4 tahun bukan lagi perkara luar biasa. Ramai anak yang telah berjaya dengan hasil tunjuk ajar ibu bapa mereka sendiri.


Oleh yang demikian, walau sesibuk mana pun anda sebagai ibubapa yang berkerjaya, luangkanlah sedikit masa bersama anak-anak setiap hari sebelum mereka tidur. Cuba lakukan aktiviti bersama anak-anak seperti latih tubi, mewarna atau pun menyebut bunyi-bunyi huruf yang mudah. Anda hanya perlu luangkan 10 hingga 15 minit sehari dengan Program Belajar Membaca I-SINA


Bagaimana Untuk Mendapatkan Program Belajar Membaca I-SINA Secara Online?

Psssst! Aku walaupun belum ada anak teruja sama nak ada buku Program Belajar Membaca I-SINA ni tahu. Dah siap tempah dah. Tinggal nak print out je. Tak mengapalah belum ada anak pun, aku boleh belajar dulu teknik-tekniknya. Lepas tu boleh apply kat anak-anak buah. Nanti kalau dah ada rezeki anak, boleh aku apply untuk anak-anak pula. Pembelajaran tu penting tau. Tak rugi melabur sikit untuk kepentingan pendidikan anak-anak. Betul tak?


Jadi kepada para ibubapa di luar sana yang nak mendapatkan Program Belajar Membaca I-SINA ni, bolehlah menempah secara online dengan klik pada butang 'Tempah Sekarang' di bawah.. ^_^




Read More

Wednesday, 5 November 2014

Hasbi Allah Wani'mal Wakeel

Hasbi Allah Wani'mal Wakeel | Bila hati resah, gelisah, gundah gulana, bersedih mahu pun berjauh hati, marilah kita menyebut dan mengamalkan zikir ini.. Hasbi Allah Wani'mal Wakeel Fani'mal Maula Wani'man Naseer.. Semoga dapat memberi ketenangan kepada jiwa kita. Kerana terkadang, kita terlupa bahawa segala kegelisahan dan kepayahan dalam menjalani hidup ini adalah sebahagian daripada ujian daripada Allah SWT.


Terkadang kita turut lupa bahawa ujian itu juga merupakan salah satu nikmat yang patut kita syukuri. Kerana tidak semua daripada kita bertuah dan bernasib baik untuk terpilih menerima ujian daripadaNYA. DIA letakkan kita dalam situasi itu, kerana dia mahu kita menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Jadi harungilah setiap ujian dariNYA dengan sabar dan tabah. Didik hati, didik jiwa agar terima semuanya dengan redha. Jangan mengeluh, jangan lari dari apa yang telah ditetapkan untuk kita biar perit mana sekalipun.


Hasbi Allah
Wani'mal Wakeel
Fani'mal Maula
Wani'man Naseer
Cukuplah Allah bagiku
Sebaik2 pelindung
Sebaik2 penjaga
Sebaik2 penolong

In Shaa Allah, akan ada sesuatu yang lebih baik menanti kita di hadapan. Yakinlah dengan Allah kerana hanya DIA sebaik2 pelindung, sebaik2 penjaga dan sebaik2 penolong..


Read More

3#Alexa Rank - November 2014

3#Alexa Rank - November 2014 | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas dan menikmati nikmat kesihatan yang baik di muka bumi ini. Kalian bagaimana? Semoga semuanya sihat2 belaka hendaknya. Eh, dah macam tulis surat pulak gayanya. Heehuu..


Okay, aku baru je lepas semak status trafik terkini Alexa RosmizaAliDotCom. Alhamdulillah, nampaknya ada penurunan walaupun tidaklah banyak. Tak mengapalah turun sikit2, asalkan dapat konsisten turun hari demi hari. Kalau turun mendadak tapi tak konsisten pun tak seronok jugak kan? *Ni namanya ayat menyedapkan hati sendiri..Lols!* Heheh..

Alexa Traffic Rank
3#Alexa Rank - November 2014


Global Rank : 1,706,921
Rank In Malaysia : 5,925


Terdapat penurunan sebanyak lebih kurang 2000 lebih dalam rank di Malaysia dan hampir 1 juta untuk global rank dalam tempoh lebih kurang seminggu. Banyak lagi nak bagi turun ni. Kalau boleh nak berada dalam top 1000 dalam rank di Malaysia. In Shaa Allah.


Oktober Alexa Traffic Report :
1#Alexa Rank - Oktober 2014
2#Alexa Rank - Oktober 2014


Read More

Tuesday, 4 November 2014

Hutang Seorang Pemiutang

Hutang Seorang Pemiutang | Assalamualaikum sahabat! Hari ni mood swing sikit. Malas nau nak update blog tetiba. Siang tadi dah buka blog, buka dashboard then buka new post. Lama la aku tenung skrin. Dari pagi membawa ke tengahari sampai la ke petang. Satu apa idea pun tak datang. Last2 aku biar je skrin dengan ruangan new post yang bersih suci tanpa sebarang contengan sampailah lappy hibernate sendiri. Hmm..


Nasib baiklah dah schedule siap2 post untuk Best Health Talk semalam. Ada la jugak update dekat fanpage. Bukan mudah nak pastikan idea sentiasa ada untuk bagi blog sentiasa bernyawa. Kadang idea banyak melimpah ruah tapi bila mood terganggu pun tak menjadi jugak. Tak semena2 kepala otak jadi kosong. Apa pun tak boleh. Ermmm.. -_-"


Kesimpulannya, bila mood terganggu maka aku akan kembali menjadi seorang pemiutang yang berhutang bloghoping ke blog sahabat semua. Huhu.. Blogpost pun, malam ni je baru aku terasa perlu update sesuatu bila semak jumlah uv boleh tahan kencang. Kesian pulak pada mereka yang datang mengharap nak baca sesuatu yang baru kat blog ni tapi apa pun tarak. Maka terhasillah entri sebegini. Harap maafkanlah.. Kbai!

Gambar Hiasan Credit To Google.

Read More

Monday, 3 November 2014

Rumusan Jumlah UV Bulanan : Oktober 2014 [ RosmizaAliDotCom ]

Rumusan Jumlah UV Bulanan : Oktober 2014 [ RosmizaAliDotCom ] | Assalamualaikum & selamat hari Isnin sahabat! Bagi yang bekerja tu, selamat bekerja. Bekerjalah dengan seikhlas hati. Jangan nak blues2 sangat. Kerja jangan curi tulang. Syukurlah, enkorang semua ada kerjaya yang tak semua orang dapat peluang tu. Tak kiralah kerja ko pangkat executive atau non-executive sekali pun. Yang penting enkorang ada kerjaya. Jadikan pendapatan yang enkorang dapat tu berkat dan halal.


Bagi yang bekerja dari rumah *yang orang selalu nampak macam kita ni takde kerja* tu, lakukanlah apa sahaja yang dirasakan bermanfaat dan boleh memberi kebaikan untuk semua. Kebaikan yang bagaimana? Silalah cari sendiri. Semua dah besar panjang. Takkan nak kena suap lagi? Baiklah, cukup mukadimah panjang lebar aku untuk hari ni.

Rumusan Jumlah UV Bulanan : Oktober 2014 [ RosmizaAliDotCom ]

Ini merupakan blogpost pertama aku untuk entri Rumusan Jumlah UV Bulanan. Abaikan watermark nama blog lama tu. Tu sebab aku printscreen betul2 pada 1 haribulan baru ni. Terus masukkan watermark dengan nama blog lama. Lepas tu tak sempat nak update sebelum tukar nama blog. Hari ni baru sempat nak update. Sebab aku malas nak edit2 balik, so biarkan jelah watermark tu kat situ. Haha!


Sepanjang bulan Oktober yang lalu, keseluruhan Unique Visit yang diterima oleh blog RosmizaAliDotCom hanyalah 872 UV dengan jumlah pageview 2468. Aku tak pasti samada terdapat peningkatan dari bulan sebelumnya atau pun tidak sebab ini kali pertama aku semak dan publish di blog.

Rumusan Jumlah UV Bulanan : Oktober 2014 [ RosmizaAliDotCom ]

Dan ini adalah antara tarikh di mana entri2 di blog RosmizaAliDotCom paling banyak menerima kunjungan daripada pembaca. Kunjungan paling tinggi diterima adalah pada tarikh 6 hingga 12 Oktober 2014. Aku belum semak lagi entri apa yang menarik sangat pada tarikh tersebut. Penting untuk kita tau jenis artikel atau niche entri yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung ke blog bagi memastikan konsistensi Jumlah UV Bulanan. Ini adalah salah satu cara untuk aku kenalpasti niche artikel yang sesuai dengan blog aku. Semoga usaha ini dapat memberi sedikit impak kepada blog ini.


Oklah, banyak kerja nak buat nih.. Tak tau la sempat update untuk next entri ke tak. Kalau tak sempat, esok2 lah aku update ye. Hutang blogwalking dulu. Bak kata +Bro Framestone , aku kan suka berhutang.. Kemahen dia memperkotak katikkan aku dalam blog dia tau.. [BACA SINI].. Biasa dia nih..


**NOTA**
Entri ini sekadar sebagai rujukan aku untuk memperbaiki dan menambah baik mutu blog dari masa ke semasa. Bukan untuk menunjuk2 atau bermegah2 ye. Apa benda la yang aku nak megahkan dengan UV yang sejemput tu hoi..!


Read More

Sunday, 2 November 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Aktiviti Hujung Minggu | Bersiaran dari luar hari ni. Lokasi, dalam kereta depan kedai dobi. Boleh?


Well inilah antara aktiviti hujung minggu kami laki bini. Mendobi kain baju stok seminggu. Kenapa tak basuh kat rumah? Sebab aku dah kurang larat nak mendobi guna tangan. Tapi kalau yang kecik2 tu aku still basuh pakai tangan. Hari ni je macam malas sikit. Makanya hangkut la semua sekali hantar dobi. Ngahaha!


So apa pula aktiviti hujung minggu korang? Share la sikit..^_^




Read More

Saturday, 1 November 2014

Top Komentator Oktober 2014

Top Komentator Oktober 2014 | Tiba masa untuk aku umumkan Top 10 Komentator sepanjang bulan Oktober yang lalu. Nampaknya banyak nama baru yang muncul kali ni.. Pengomen yang masih kekal berada dalam senarai Top 10 Komentator pada bulan Oktober ada 3 orang je. Tu pun ada yang dah jatuh ke tangga lebih bawah. 



Tapi saya tetap nak ucapkan tahniah kepada anda kerana masih tersenarai. Sekurang2nya saya tau ada yang setia berkunjung sekaligus meninggalkan komen di blog ini. Terima kasih sangat2 tau.. Yang lain2 entah ke mana menghilang.. Sobs! -_-'


Terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada semua yang tersenarai tidak kira ditangga mana anda berada kerana tanpa komen2 dari anda semua, maka tidak meriah la blog picisan ini. Macam biasalah ye, mereka yang berada pada tangga ke-5 dan ke bawah akan direview blognya. Dan bagi yang berada pada tangga ke-6 dan ke atas tu akan disertakan link blog mereka pada setiap entri review nanti. Maknanya kalau ada 5 review, maka 5 kali lah link2 blog anda akan dipaparkan dalam blog ini. Suka tak? Tepuklah tangan sikit.. Clap! Clap! Clap! ^_^


Ada beberapa nama yang sebelum ni dah direview blog mereka. So pada mereka yang berkenaan tu , nanti boleh bagi link entri terbaik anda untuk direpost ke dalam blog ini sekaligus di ping ke fanpage dan laman2 sosial iols ye.. Blog tersebut ialah blog Sofu Hashim Bercerita by kak +Sofu Hashim dan blog Mrs. Secretary by kak +Farah Wahyda. ^_^


Sebelum tu, apa kata korang semua berkenal2an dulu dengan mereka. Mana yang dah kenal tu rapat2kanlah ukhwah.. Mana yang belum follow, sudi2kanlah follow.. Gittuuuw kan? Support sesama rakan blogger k! ^_~

Ahmad Zu Mal Md Rayi - http://duniazumal.blogspot.com/




Read More

Brand New [ Rosmiza Ali Dot Com ]

Brand New [ Rosmiza Ali Dot Com ] | Oktober sudah pun berlalu. Banyak perubahan yang dilakukan pada blog sepanjang bulan Oktober yang lalu. Antaranya ialah pertukaran domain, pertukaran template dari denim template ke simple template, pertukaran design blog, dan terbaru pertukaran nama blog. Yang ni baru je kejap tadi aku tukar. Dulu aku gunakan Rosmiza Ali Official Blog sebagai nama blog. Hari ni bersempena dengan kedatangan bulan baru, aku tukar ke Rosmiza Ali Dot Com



Banyak juga peningkatan yang boleh dilihat pada blog sepanjang bulan lepas. Pengunjung blog pun nampaknya dah semakin bertambah. Tapi peningkatan tu tak boleh dibanggakan sangat, yang penting kena pastikan jumlah pengunjung harian yang konsisten. Bukan mudah tu. Huhu..


So, apa pendapat korang? Okay tak aku tukar nama blog ke Rosmiza Ali Dot Com? Apa2 pun aku harap nama baru ni akan serasi dengan blog dan membawa lebih banyak kejayaan buat aku dalam dunia blogging.. 


Read More

Welcome NOVEMBER 2014!

Welcome NOVEMBER 2014! | Assalamualaikum & selamat berhujung minggu sahabat! Oktober telah pun berlalu meninggalkan kita. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang Oktober. Pahit manis masam masin payau semua ada. Tapi itulah rencah dalam kehidupan. Kena hadapi dan terima dengan hati yang redha. 

Welcome November 2014


November.. Bulan penuh debaran buat aku. Lagi 13 hari. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Dan semoga kesihatan aku semakin baik selepas ini. Dear November, please be good to me..  ^_^



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com