Hasbi Allah Wani'mal Wakeel

by - 12:00:00 pm

Hasbi Allah Wani'mal Wakeel | Bila hati resah, gelisah, gundah gulana, bersedih mahu pun berjauh hati, marilah kita menyebut dan mengamalkan zikir ini.. Hasbi Allah Wani'mal Wakeel Fani'mal Maula Wani'man Naseer.. Semoga dapat memberi ketenangan kepada jiwa kita. Kerana terkadang, kita terlupa bahawa segala kegelisahan dan kepayahan dalam menjalani hidup ini adalah sebahagian daripada ujian daripada Allah SWT.


Terkadang kita turut lupa bahawa ujian itu juga merupakan salah satu nikmat yang patut kita syukuri. Kerana tidak semua daripada kita bertuah dan bernasib baik untuk terpilih menerima ujian daripadaNYA. DIA letakkan kita dalam situasi itu, kerana dia mahu kita menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Jadi harungilah setiap ujian dariNYA dengan sabar dan tabah. Didik hati, didik jiwa agar terima semuanya dengan redha. Jangan mengeluh, jangan lari dari apa yang telah ditetapkan untuk kita biar perit mana sekalipun.


Hasbi Allah
Wani'mal Wakeel
Fani'mal Maula
Wani'man Naseer
Cukuplah Allah bagiku
Sebaik2 pelindung
Sebaik2 penjaga
Sebaik2 penolong

In Shaa Allah, akan ada sesuatu yang lebih baik menanti kita di hadapan. Yakinlah dengan Allah kerana hanya DIA sebaik2 pelindung, sebaik2 penjaga dan sebaik2 penolong..


You May Also Like

16 Shaklee Lovers Visit

  1. Aamiin.. subhanallah walhamdulillah.. T kasih atas peringatan ini. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Peringatan untuk diri sendiri juga ni.. Sama2 kita amalkan.. ^^,

      Delete
  2. Bersamalah kita amalkan. Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Sama2 kita manfaatkannya sebaik mungkin ye.. ^^,

      Delete
  3. terima kasih atas perkongsian ini sis..

    ReplyDelete
  4. insyallah.. amin.. nice sharing dan selamat malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Amin.. Selamat tengahari mama! Hehe.. Reply tengahari kena ucap selamat tengari la ye dop? Hehe..

      Delete
  5. Replies
    1. Sama2 kita manfaatkan ye Sally.. ^__^

      Delete
  6. Rasa tenang je zikir ni. mmg tgah gundah gulana ni.

    ReplyDelete