Kuasai Kemahiran Membaca Anak Seawal 4 Tahun

by - 2:39:00 pm

Kuasai Kemahiran Membaca Anak Seawal 4 Tahun | Assalamualaikum dan selamat tengahari sahabat! Maaf hari ni lambat kemaskini blog sebab semalam tiba-tiba doktor telefon dari hospital mintak aku ke sana untuk diambil sample darah pagi ni dan kemudian ambil surat rujukan untuk dibawa ke pakar bius esok. Okay, hidup aku sekarang memang banyak berlegaran di hospital jer. Orang sakit memang takde tempat lain la kan nak melepak. Balik-balik ke hospital jelah. Tak mengapa.. Kifarah penghapus dosa.. ^_^


Well, aku sebenarnya bukan nak bercerita pasal hospital. Yang tu later kita cerita. Hari ni sekadar nak berkongsi tentang sesuatu yang aku rasakan menarik dan penting untuk pendidikan anak-anak kita. Yelah zaman sekarang ni kan, segalanya serba canggih serba memerlukan kepintaran, keaktifan dan kekreatifan minda untuk melakukan sesuatu perkara. Anak-anak sekarang pun dah lagi canggih dan cerdik dari kita.Kadang kita belum tau, diorang dah tau dulu. Hebat sungguh minda anak-anak generasi-y kita ni kan? (ke generasi-z dah sekarang?..)


Bagi ibu bapa yang berkerjaya,  anak-anak dah mula dihantar ke taska dan pra sekolah untuk beri mereka pendedahan terhadap pendidikan seawal mereka berumur 4 tahun. Memang banyak perkara baru yang mereka dapat dan pelajari di taska. Namun kita sebagai ibu bapa juga boleh turut memainkan peranan untuk sama-sama dalam mendidik mereka dengan cara kita yang tersendiri.


Salah satunya ialah melalui Program Belajar Membaca I-SINA.



Apa Itu Program Belajar Membaca I-SINA?

Program Belajar Membaca I-SINA ialah sebuah program yang disusun khas untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif.


Ia menggunakan pendekatan yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebih memahami konsep asas pembentukan gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan, tanpa terikat dengan hafalan suku kata. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan diajar bagaimana bunyi dibentuk apabila huruf-huruf digabungkan bersama.


Ia sesuai untuk ibu bapa dan guru tadika atau sekolah yang inginkan sebuah program untuk mengajar membaca kepada majoriti kanak-kanak dengan berkesan.


Ia juga menjadikan kanak-kanak "suka" dan "mahu" terus membaca kerana mereka faham dan mampu mengikuti program mengikut kelajuan dan kemampuan mereka, tanpa sebarang paksaan dan hafalan yang membebankan.


Selain itu,  Program Belajar Membaca I-SINA juga berujuan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah fonetik dan menitikberatkan kefahaman kanak-kanak menerusi latihan-latihan dan arahan-arahan yang sistematik dan mudah. Ia juga membantu mempercepatkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh; bukan setakat menghafal atau membaca suku kata mudah.




Liputan Sistem I-SINA Di Akhbar Utama






Apa Kata Mereka?







Umur yang paling awal untuk memulakan pembelajaran kepada anak-anak ialah pada umur 3 setengah tahun di mana mereka sudah mula menunjukkan minat dan tanda-tanda untuk belajar tentang sesuatu yang baru.   Kanak-kanak yang mampu membaca dengan lancar seawal 4 tahun bukan lagi perkara luar biasa. Ramai anak yang telah berjaya dengan hasil tunjuk ajar ibu bapa mereka sendiri.


Oleh yang demikian, walau sesibuk mana pun anda sebagai ibubapa yang berkerjaya, luangkanlah sedikit masa bersama anak-anak setiap hari sebelum mereka tidur. Cuba lakukan aktiviti bersama anak-anak seperti latih tubi, mewarna atau pun menyebut bunyi-bunyi huruf yang mudah. Anda hanya perlu luangkan 10 hingga 15 minit sehari dengan Program Belajar Membaca I-SINA


Bagaimana Untuk Mendapatkan Program Belajar Membaca I-SINA Secara Online?

Psssst! Aku walaupun belum ada anak teruja sama nak ada buku Program Belajar Membaca I-SINA ni tahu. Dah siap tempah dah. Tinggal nak print out je. Tak mengapalah belum ada anak pun, aku boleh belajar dulu teknik-tekniknya. Lepas tu boleh apply kat anak-anak buah. Nanti kalau dah ada rezeki anak, boleh aku apply untuk anak-anak pula. Pembelajaran tu penting tau. Tak rugi melabur sikit untuk kepentingan pendidikan anak-anak. Betul tak?


Jadi kepada para ibubapa di luar sana yang nak mendapatkan Program Belajar Membaca I-SINA ni, bolehlah menempah secara online dengan klik pada butang 'Tempah Sekarang' di bawah.. ^_^




You May Also Like

18 Silent Hunter's Footprints

  1. wah bagus program ni...anaksaya...dia macm fobia berdepan dengan semua orang....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fobia kenapa tu Safirul? Maybe boleh try program ni.. Ajar kat rumah.. ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. Sape yang ada anak umur dalam 3 tahun setengah hingga 4 tahun tu bolehla apply teknik pembelajaran I-SINA ni.. ^_^
      RosmizaAliDotCom

      Delete
  3. bagus ni.. mama dulu ajar anakku ke hape ntah.. lupe dah nama buku tu... hihih

    Ikhlas Dari : Mama Niza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaedah macam mana sekali pun, yang penting parents main peranan kan mama.. ^_^

      Delete
  4. Masa zumal kecil belum ada cara belajar camni kalau ada mesti cepat pandai. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  5. dari pemerhatian saya pada anak buah , saya fikir lebih baik mula mengajar mrk apabila mrk sudah pandai bercakap ... my anak buah umur sethn dah petah bercakap . mcm bertih jagung ... apa pun kaedah ni mmg bagus ...

    ReplyDelete
  6. bagus jugak ek program ni? hhe. boleh simpan utk masa depan.

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang sangat bagus. ^_^

    ReplyDelete
  8. Brp rgt yer tuk tmphn? Bmbg jg tkt xckp duit.. huhuhu.. tp bby ldy br setahun stgh..

    ReplyDelete
  9. nampak menarik program ni..tq share miza

    ReplyDelete
  10. btul tu mieja.. sakit tu penghapus dosa..

    bagus program ni..

    ReplyDelete
  11. Macam menarik jer.. tunggu emir 4 tgh nnti boleh la try..=D

    ReplyDelete
  12. Macam² produk untuk ajar anak membaca skang ni. Terpulang pada parents nak pilih yg mana.

    ReplyDelete