Blogger templates

Wednesday, 31 December 2014

Farewell 2014..

Farewell 2014.. | Hari ini, Rabu bersamaan 31 Disember 2014.. Tiba sudah kita di hari terakhir tahun 2014.. Cepat sungguh putaran waktu sekarang.. Terasa baru sahaja semalam kita melangkah ke tahun baru 2014, tup2 hari ni dah pun penghujung tahun.. Esok tiba2 dah berada di tahun baru 2015 (In Shaa Allah, jika dipanjangkan umur)..

Farewell 2014

Banyak peristiwa besar dan bersejarah telah tercipta sepanjang tahun 2014 ni.. Pahit manis kehidupan, ada suka ada duka.. Malaysia digemparkan dengan pelbagai ujian yang banyak memberi impak yang sangat besar kepada rakyat dan negara.. Tragedi2 menyayat hati di sepanjang tahun ini jadikanlah sebagai pengajaran dan iktibar buat kita semua.. Jangan anggap ia sebagai satu bala tapi terimalah ia sebagai satu peringatan dan ujian dari Allah..


Kadang kita terlalu leka mengejar dunia, hingga lupa bekalan akhirat.. Allah turunkan ujian agar kita kembali kepadaNya.. Dunia dah semakin tenat.. Tinggal manusia sahaja yang belum kenal erti penat.. Terus leka mengejar duniawi.. Allah, pilu hati mengenang diri sendiri yang belum cukup 'bekalan' untuk di bawa ke 'sana'.. Sama2lah kita bermuhasabah diri dan saling mengingatkan di antara satu sama lain.. Kerana aku juga seperti kamu semua, sering leka dan tewas dengan dunia, terus menzalimi diri sendiri.. T_T


Farewell 2014..



*Nota : Ayuh berubah ke arah yang lebih baik..




Read More

Tuesday, 30 December 2014

Cara Dapatkan Idea Dan Mood Berblog

Cara Dapatkan Idea Dan Mood Berblog | Assalamualaikum & selamat petang sahabat! Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk menaip dan menghidupkan blog picisan RosmizaAliDotCom™ petang ni. Hmm, bukan senang nak cari idea bila dah lama sangat bercuti. Nak ambil mood jalan2 baca blog kawan2 pun kemain payah.. Huhu.. Bertabahlah nak.. -_-"


Petang ni aku cuba juga gagahkan diri intai2 blog sahabat blogger walaupun tak semua aku sempat terjah.. Dah banyak sangat update di blog kawan2 yang aku ketinggalan.. Erm, tak cool  sungguh bila kata namanya blogger tapi tak aktif update blog and blogwalking.. Akulah tu.. Huuuu.. T_T


Sekarang ni aku sedang cuba menaikkan balik mood berblog.. Salah satu cara yang paling berkesan pada aku adalah dengan berblogwalking! Yeah! Bila jalan2 ke blog rakan2 blogger yang lain baru terasa semangat nak menulis tu datang balik.. Kalau tak, duk cenggitu jelah.. Suam2 kuku kambing jer rasa.. Buka dashboard hari2 tapi setakat tenung jelah.. Kahkahkah!


Sambil2 naikkan mood, dapat juga idea untuk update blog sendiri.. Tak gitu? Heheh.. Tapi bukanlah dapat idea tu dengan copy paste artikel orang lain.. A big NO! NO! okay..! Macam sekarang ni, aku dapat idea nak tulis entri ni bila aku rasa mood & idea aku datang bila berblogwalking.. So, tercetuslah idea nak buat tajuk Cara Dapatkan Idea Dan Mood Berblog ni.. Kan dah dapat satu entri berjela.. Daebak tak? Kiyaaaa! ^_^


Oklah, berjaya siapkan satu entri sambil2 layan Running Man.. Nak bersilat kat dapur pulak siapkan makan malam.. Teruskan menyokong blog picisan RosmizaAliDotCom™ okay..! Till then, bubai! ^__~




Read More

Monday, 29 December 2014

Meet MissBecky The Black Bear!

Meet MissBecky The Black Bear! | Assalamualaikum & selamat tengahari cinta! Allah, liat sungguhla nak update blog lately ni.. Sabar jela.. Mood nak kembali aktif berblog tu ada, tapi semangat nak menulis tu tak balik2 lagi.. Cuti sakan mood  hoiii..! Gugugu~


Hari ni just nak perkenalkan korang dengan my new kesayangan, MissBecky The Black Bear! Haha! Tak ada apa yang menarik pun, sekadar nak menghidupkan blog & mengabadikan secebis kenangan di blog.. Sementara menanti idea kembali, jadi izinkanlah aku mengarut barang sesaat dua.. Eheh! ^_^



Ha, cute tak my Miss Becky? Nilah pet baru aku.. Senang bela.. Tak payah bagi makan, tak payah mandi, tak payah belai2, tak payah manjakan sangat.. Boleh dibawa ke mana2.. Pendek kata, di mana ada aku, di situlah ada ia.. Kan senang bela pet cani.. Kahkahkah!


Ok, entri tak bermanfaat di hari Isnin yang pilu.. Dengan hujan renyai dari pagi tak berhenti2.. Dengan cuaca sejuk, nyaman mendamaikan.. Sekian dulu entri kali ni.. Kbai! ;p



Read More

Tuesday, 23 December 2014

Belajar Programming

Belajar Programming | Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat! Aduyai, lemau jugak nak membelek blog bila dah lama bercuti ni. Haha! Sebab tu aku malas nak bercuti. Ececece, auta sangatttt.. Padahal lambat orang ajak berjalan, panjang jer langkah mengekor.. Bahaha! Penipuan apakah ini?? ^_~


Pedulikan penipuan di atas.. Mari kita cerita apa yang sepatutnya aku cerita dalam entri ni.. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni aku tengah study sesuatu.. Tetiba macam ter'minat' dengan satu benda ni. Boleh pulak ter'minat'2 kan? Haha! Aku pun tak tau macamana boleh terjatuh minat dengan benda ni sebab sebelum ni aku memang tak pernah suka or minat or ada niat nak belajar pasal benda ni. Ha, apa bendanya benda itu?? 

Basic Programming Learning
Benda itu adalah system programming! Haha! Serius sebelum ni memang tak minat langsung dengan kerja yang melibatkan coding2 ni.. Tapi bila dah hari2 tengok hubby duk mengadap sistem, tetiba terbit rasa minat tu.. Bermula dengan rasa ingin tau, lepas tu ingin cuba, lepas tu ingin pulak rasa nak tau lebih dalam, lagi, lagi, dan lagi.. Epik tak cerita aku? Kohkohkoh!


So dari situ aku mula google sikit2 pasal programming. Quite interesting bila kita faham serba sedikit bahasa2 programming ni. So, ni tengah belajar lagi.. Belajar basic2 je la.. Nanti rasa dah faham betul, maybe boleh further study dalam bidang ni.. Mana tau.. Hehe..


Oklah, nak sambung belajar ni.. Jumpa esok kalau aku rajin update.. Ngeeee... Tata! ^__~


  
Read More

Monday, 22 December 2014

Standing In The Eyes Of The World

Standing In The Eyes Of The World | Assalamualaikum & selamat tengahari sahabat! Hari ini bersamaan 22 Disember 2014, aku akan mula buka lembaran baru dalam hidup aku.. Azam baru la lebih kurang.. Awal azam? Ala, tak payah tunggu tahun baru, baru nak berazam bagai, bila2 pun boleh pasang azam.. Tapi kalau setakat pasang azam tapi tak ada usaha nak capai, payah gak tu.. Siku2 kan sikit kepala tu ye.. Hehe.. (Mohon siku kepala aku sekali..Hoh..)


Sebenarnya kan, aku tak tau nak letak tajuk apa.. Maklumlah, lama cuti katanya.. Idea pun kemahen liar, payah nau nak tangkap sumbat masuk kepala ni haa.. Haisy~~ Pikir punya pikir tetiba teringat kat satu lagu ni.. Dulu masa keje as inventory clerk kat satu company ni, setiap minggu ada perhimpunan.. Hujung2 perhimpunan tu kena nyanyi lagu ni sebelum start masuk keje.. Haha! Ada perhimpunan mingguan ko.. Macam budak sekolah lak aku rasa.. Siap nyanyi2 bagai.. Tapi bagus jugak, bagi semangat sikit budak2 ni bekerja.. Ni asik nak mengulor je.. Eh, aku tak ea.. Ngeeee~~


Meh, aku selit sikit video klip lagu Standing In The Eyes Of The World by Ella bagi boost sikit spirit tuh.. Asik lemau jer kan.. 


Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah tak ke mana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini Standing In The Eyes Of The WorldHanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya updaya
Engkau terunggul wajar Standing In The Eyes Of The World

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Kini Standing In The Eyes Of The WorldHanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya updaya
Engkau terunggul wajar Standing In The Eyes Of The World

Standing In The Eyes Of The World..


So, ada rasa bersemangat sikit tak? Oklah, apa2 pun aku harapkan semua yang baik2 akan datang dan mewarnai hidup kita di tahun baru ni nanti.. Azam aku tak banyak, cuma ingin jadi seorang yang lebih baik, lebih positif, lebih ceria, lebih sabar, lebih lembut hati, sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap perkara yang Allah tentukan.. Lagi satu semoga aku sentiasa istiqamah dalam setiap perkara yang aku lakukan baik dari segi amalan, tanggunjawab, dan kerjaya (kalau dapat kerjala..).. Coz, aku yakin, bila kita ada semua tu In Shaa Allah semua perkara yang baik akan datang & memenuhi lembaran tahun baru aku.. 


Ha, tak banyak kata ko.. Sekali keluar list berderet azamnya.. Doakan aku berjaya 'tick' semua checklist yang tersenarai tadi tu ye.. Jom delete all those negative thinking and sama2 positifkan minda! ^__^



Read More

Tuesday, 16 December 2014

Hello ! I'm Back..!

Hello ! I'm Back..! | Assalamualaikum & selamat pagi kesayangan..! Alhamdulillah, setelah sebulan lebih berehat, now I'm back! Beku idea nak mengarang bila lama bercuti.. Erm.. Semalam dah publish & reply sebahagian dari komen2 yang ditinggalkan.. Hari ni sambung reply ye.. Tapi tunggu petang2 sikitlah kot..


Well, not much to say.. Just a quick update nak bagi blog bernyawa balik.. Warm up! Warm up! Haha..! Kbai! ^_~



*NOTE : Blog bersawang, rank menyembah bumi.. Satu kombinasi yang cukup mantop! -_-"

Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com