Standing In The Eyes Of The World

by - 12:16:00 pm

Standing In The Eyes Of The World | Assalamualaikum & selamat tengahari sahabat! Hari ini bersamaan 22 Disember 2014, aku akan mula buka lembaran baru dalam hidup aku.. Azam baru la lebih kurang.. Awal azam? Ala, tak payah tunggu tahun baru, baru nak berazam bagai, bila2 pun boleh pasang azam.. Tapi kalau setakat pasang azam tapi tak ada usaha nak capai, payah gak tu.. Siku2 kan sikit kepala tu ye.. Hehe.. (Mohon siku kepala aku sekali..Hoh..)


Sebenarnya kan, aku tak tau nak letak tajuk apa.. Maklumlah, lama cuti katanya.. Idea pun kemahen liar, payah nau nak tangkap sumbat masuk kepala ni haa.. Haisy~~ Pikir punya pikir tetiba teringat kat satu lagu ni.. Dulu masa keje as inventory clerk kat satu company ni, setiap minggu ada perhimpunan.. Hujung2 perhimpunan tu kena nyanyi lagu ni sebelum start masuk keje.. Haha! Ada perhimpunan mingguan ko.. Macam budak sekolah lak aku rasa.. Siap nyanyi2 bagai.. Tapi bagus jugak, bagi semangat sikit budak2 ni bekerja.. Ni asik nak mengulor je.. Eh, aku tak ea.. Ngeeee~~


Meh, aku selit sikit video klip lagu Standing In The Eyes Of The World by Ella bagi boost sikit spirit tuh.. Asik lemau jer kan.. 


Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah tak ke mana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini Standing In The Eyes Of The WorldHanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya updaya
Engkau terunggul wajar Standing In The Eyes Of The World

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Kini Standing In The Eyes Of The WorldHanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya updaya
Engkau terunggul wajar Standing In The Eyes Of The World

Standing In The Eyes Of The World..


So, ada rasa bersemangat sikit tak? Oklah, apa2 pun aku harapkan semua yang baik2 akan datang dan mewarnai hidup kita di tahun baru ni nanti.. Azam aku tak banyak, cuma ingin jadi seorang yang lebih baik, lebih positif, lebih ceria, lebih sabar, lebih lembut hati, sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap perkara yang Allah tentukan.. Lagi satu semoga aku sentiasa istiqamah dalam setiap perkara yang aku lakukan baik dari segi amalan, tanggunjawab, dan kerjaya (kalau dapat kerjala..).. Coz, aku yakin, bila kita ada semua tu In Shaa Allah semua perkara yang baik akan datang & memenuhi lembaran tahun baru aku.. 


Ha, tak banyak kata ko.. Sekali keluar list berderet azamnya.. Doakan aku berjaya 'tick' semua checklist yang tersenarai tadi tu ye.. Jom delete all those negative thinking and sama2 positifkan minda! ^__^



You May Also Like

6 Shaklee Lovers Visit

  1. Berharap sangat tahun depan hidup sha lebih baik... target nak keje, taknak hidup menumpang... nak hidup sendiri... develope hidup... buktikan kami hasben and wife mampu.... wahhh banyak sangat azam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah sha.. Sama2 kita usaha.. Doa jangan putus ye.. Kite pun tengah belajar istiqamah dalam berdoa & beribadat pada Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan kita ye.. ^^,

      Delete
  2. Betul betul bersemangat dengar lagu ni...tqqq..

    ReplyDelete
  3. Semoga tercapai apa yg mieza hajati nanti. .

    ReplyDelete
  4. Moga di permudah azam dan niat yg baik..

    ReplyDelete
  5. Smoga tercapai azam yg diimpikan tu.

    ReplyDelete