Blogger templates

Thursday, 29 January 2015

Surirumah Superwoman.. Because You Are So Special!

Surirumah Superwoman.. Because You Are So Special! | "Ni lah pasalnya aku malas nak buka laptop..".. Gitu lah ayat yang sering keluar dari mulut setiap kali aku dah mula melekat depan laptop & mengadap blog.. Tau kenapa? Sebabnya, bila aku dah mula ralit dengan blog, semua keje tak menjadi.. Tak sedar masa berlalu, tau2 dah tengahari.. Jap lagi kang tau2 dah petang.. Sampai satu keje pun tak jadi.. Lagha sungguh la hai... -_-"


So, untuk mengelakkan aku dari melaghakan diri, aku akan pastikan aku setelkan segala urusan rumahtangga dulu.. Pepagi biasalah bangun, mandi, solat, iron baju keje suami, siapkan breakfast.. Lepas encik suami keluar bekerja kena basuh segala pinggan mangkuk tadi, kemas dapur, kemas rumah, sapu, mop semua tu.. Lepas tu nak basuh baju pulak (aku still basuh baju dengan tangan ye.. Puas hati.. Rasa lebih bersih..), then sidai kain baju, lipat kain baju.. Tup2 dah pukul 10 lebih.. Minum pagi lah pulak kan.. Haha! Pastu dah nak kene siap2 keluarkan segala bahan basah dari ruang sejuk beku untuk persediaan makan tengahari.. Rehat sekejap golek2 tgk tv.. Tengok2 dah pukul 12, nak kena masuk dapur pulak..


Dah setel masak untuk lunch, mandi & solat then makan tengahari.. Lepas dah makan kompem akan mengantuk tahap dewa.. Nap lah sekejap konon.. Sedar2 dah pukul 3 lebih.. Masa tu mood nak belek blog memang ke laut, sebab dah penat.. So, aku prefer untuk berehat bergolek2 baca buku or main game jer sementara tunggu asar.. Lepas asar rasa nak minum petang la pulak kan, kalau rajin aku gorengla cekodok ker, cucur ke pape.. Kalau malas, aku pekena cream crackers cicah air sunquick jer.. Prung prang prung prang prung prang, tgk2 dah pukul 6.. Nak kena standby bahan2 untuk makan malam pulak.. Tidakkah busy kehidupan seorang surirumah itu?? So, tolonglah jangan cakap housewife duduk rumah sekadar menggoyang kaki, pinggul dan kepala sahaja jika anda tidak pernah merasai kehidupan sebagai seorang surirumah sepenuh masa..


Nampak memang macam rileks santai je duduk umah ni.. Nak tau rasa sebenar, silalah korbankan kerjaya anda dan jalani hidup sebagai seorang surirumah macam aku.. Kalian akan faham bagaimana perasaannya.. Aku ni kira ok lagi la sebab belum ada anak.. So memang aku respek habis la wanita yang bergelar isteri, ibu, dan surirumah sepenuh masa.. Akhir kata dari aku untuk semua superwoman di seantero dunia, 'Keep Strong And Stay Beautiful' coz you are so special.. ^_^




Read More

Wednesday, 28 January 2015

Tenggelam Timbul Macam Sabut

Tenggelam Timbul Macam Sabut | Pheww! Lama tak buka laptop.. Busy menguruskan rumahtangga katanya.. Kiyaaaa! Macam ko sorang je ada rumahtangga.. -..-" Banyak benda yang dah basi kalau aku nak share pun.. Jadi baiklah tak payah share.. Dengan moodnya kemain payah lagi nak hinggap, memang mengundang kebasian dan kesawangan la kat blog ni.. Ark ark ark! >_<"


Dulu ok lagi la kot.. Walaupun tak ada mood nak berblog, still lagi rajin on laptop.. Tak update blog sendiri pun, masih gigih mengendap blog sahabat2 blogger.. Tapi lately ni dah makin parah gayanya nih.. Jangan kata nak update blog, nak on laptop pun malas.. Huhu.. Gimme more motivation pleaseeeee.. -_-"

Kengkonon comel la tu golek2 menyerupai anak miow??
Image Credit To Sqworl

Sesekali terasa comelnya aku bergolek sebegitu.. Ark ark ark! Eh, tu bukan miow tau.. Tu aku.. Cer tengok bebetul.. Kot tak perasan tu aku rasa something wrong lah dengan enkorang punya deria penglihatan.. Baik gi check cepat! Kahkahkah! >.<


Cukuplah dulu rapuan aku untuk hari ni.. Kang lama2 lagi panjang aku meraban.. Erks! Mana cerita sabutnya??? @_@ Aku tau mesti korang cakap, "sejenis penipuan apakah ini???" sambil tumbuk meja.. Kan kan kan?!  Miahahahaha! Kene tipu.. Larikssssss!!!!  



Read More

Wednesday, 21 January 2015

Follow Up Session

Follow Up Session | Selamat pagi sahabat! Life update dari Hospital Serdang.. Kenapa aku berada di sini pagi2 sebegini? Selepas operation bulan 11 hari tu, setiap bulan aku kena hadirkan diri ke sini untuk follow up dan ambil injection.. Sepanjang berpuluh tahun aku hidup, inilah pertama kali aku menjadi pengunjung setia tempat yang aku tak berapa gemar nak pergi iaitu hospital.. Kenapa? Mungkin sebab pengalaman aku masa kecik2 dulu dah selalu sangat melawat orang sakit kat hospital membuatkan aku jadi seperti fobia dan tak ingin lagi ke tempat ini.. Mereka yang sakit itu pula adalah orang2 yang rapat dengan aku iaitu ayah & abang2 aku.. Lama mereka di tahan di wad.. Kini ketiga2 mereka sudah pergi menemui Sang Pencipta.. Tinggallah kami srikandi yang masih berjuang meneruskan kehidupan..


Namun bukanlah mati itu yang buat aku tak gemar ke hospital.. Sebab mati itu pasti.. Setiap daripada kita pasti akan mati dan pergi meninggalkan segala apa yang kita ada di dunia.. Dan ajal kita tak semestinya di hospital, boleh jadi di mana2 dan bila2 masa sahaja.. Boleh jadi di tempat kerja, di jalanraya, di lautan luas yang tiada penghujung, di langit biru yang terbentang indah, waima di rumah sendiri pun.. Mana tau tengah sibuk bersilat di dapur tiba2 rebah tak bangun2.. Allah, takut bila ingat soal mati.. Apa2 pun itu semua janji Allah.. Kita hanya perlu mempersiapkan diri sebaik mungkin.. Selebihnya serahkan pada yang lebih berkuasa dan lebih mengetahui..


Eh, dah kenapa entri aku pagi ni berbaur kesedihan pulak.. Haha! Asalnya nak cerita pasal follow up.. Ini dah jauh sangat lari dari topik nih.. Akakaka! Sebenarnya aku tak suka tempoh menunggu ni ha.. Mula2 daftar kat depan, tunggu la beratus2 nombor.. Lepas tu kat dalam japgi amik nombor lagi, tunggu lagi sampai kematu montot.. Padahal nak amik injection je pun.. Injection yg tak sampai 5 minit, tapi kena tunggu berjam.. Dan sebenarnya aku lapar.. Maiahaha!


Macam boring pulak entri takde gambor.. Nah setepek muka tuan tanah kedaung.. Selpie pepagi camtulah rupanya.. Takde efek dah tepek bedak 5 inci pun.. Kbai! >_<










Read More

Monday, 19 January 2015

Seminggu Kemudian

Seminggu Kemudian | Tu dia, seminggu sekali baru keluar satu entri.. Jangan ditanya ke mana aku menghilang.. Sebab aku tak hilang memana pun.. Cuma kebingungan sikit akhir2 ni.. Time banyak idea, mood nak menulis tak ada.. Time mood tengah melonjak, otak pulak blank.. Dah kenapa dengan aku ni?? Grrr.. -_-#


Mungkin sebab terlalu banyak fikir akhir2 ni, sampai aku pun tak tau apa benda yang aku fikirkan.. Ha, ayat pun dah macam ayat budak baru nak masuk sekolah.. Kualiti penulisan merudum.. Rank merudum.. Mood merudum.. Dengan aku2 sekali merudum.. Huuuu..


Bila lah nak back in action ni? Awal2 tahun dah ke laut mood nak berblog.. Blogwalking apatah lagi.. Ikut mood jugak.. Rasa rajin, sempatlah terjah 2,3 blog.. Bila mood malas datang, apa pun tak boleh.. Argh! Stress kah aku?? Aku pun tak tau.. Kbai!



Read More

Monday, 12 January 2015

Ragam Hari Pertama Persekolahan

Ragam Hari Pertama Persekolahan | Hari ni merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2015 di kawasan2 pantai barat semenanjung Malaysia dan juga Sabah Sarawak.. Bagi kawasan pantai timur , Kedah dan Johor,  sesi persekolahan tahun baru bermula semalam. Ha, bila sebut sesi baru persekolahan ni, kita akan dapat tengok bermacam ragam anak2 terutama yang baru nak masuk sekolah.. Ibu bapa kena bersiap sedia mental dan fizikal untuk handle anak2 time2 macam ni.. Hehe..


Bila tengok ibu bapa update pasal anak2 mereka yang baru pertama kali masuk sekolah, memang lucu tengok ragam mereka.. Ada yang menangis meraung tak nak masuk kelas, ada yang duduk kat luar intai2 dalam kelas tapi tak nak masuk kelas, ada yang cabut lari menyorok dalam kereta,  ada yang buat2 sakit tak nak pergi sekolah.. Pendek kata macam2 ragamlah.. Inilah cabaran buat ibu bapa.. Kena sabar dan pandai psiko anak2.. Bagi mereka rasa seronok dan selesa berada di sekolah.. Barulah diorang nak masuk kelas.. Aku pun tak pernah ada pengalaman, cakap boleh la kan.. Kena atas batang hidung sendiri baru garu kepala.. Huahuahua..!

Gambar Hiasan : Sumber Google
Bagi yang dah biasa ke sekolah tu rasanya tak ada masalah.. Cuma mungkin masalah nak bangun tidur awal tu jelah kot.. Para guru juga tak ketinggalan merasa cabaran berdepan dengan pelajar2 baru.. Nak2 pulak anak2 yang baru mula masuk sekolah.. Kena pandai main perananlah ye cecikgu.. Yang penting jangan naik angin & mengamuk pulak.. Hehe.. Biasalah budak2.. Sehari dua okla tu.. Awal2 ni diorang nervous sebab belum jumpa kawan.. Nanti dah jumpa kawan semua akan normal..


Apa pun ragamnya, aku nak ucapkan selamat kembali ke sekolah buat semua guru dan pelajar! Have a great learning session this year! Belajar rerajin, jangan nakal2.. Sekolah ni seronok tahu.. Nanti bila dah tua, korang akan rasa betapa indahnya zaman persekolahan.. Pastu mulalah rasa rindu & menyesal tak belajar pandai2.. Huhu.. Rasa macam nak pakai baju sekolah balik jer.. Tsk! T_T




*NOTE : Nasiblah aku dulu tak banyak ragam masuk sekolah.. Cool jer.. Mak pun tak pening nak memujuk bagai.. Hiks! 





Read More

Friday, 9 January 2015

Satu Bulan Satu Azam

Satu Bulan Satu Azam | Setiap tahun orang akan mula pasang azam baru.. Dah jadi macam trend pulak pasang azam tahunan ni kan? Tapi aku rasa macam dah tak valid dah azam tahunan ni.. Reason?? Tempoh waktu panjang sangat.. Jadi orang suka tangguh2 azam tu sampailah hujung tahun.. At the end, tak ada satu azam pun yang berjaya dilaksana.. Kalau ada pun, adalah satu dua dari sepuluh azam yang disenarai tu.. Sudahnya forward ke tahun seterusnya.. Lepas tu keluar lagi list azam tahun baru 2,3 mukasurat.. Penghujungnya, sama jugak.. Forward lagi ke tahun berikutnya.. So aku rasa macam why bother too much to pasang azam tahun baru bagai kalau tak ada  azam pun nak accomplish all the 'azams' you have made?? -_-"


So, I came out with my own azam's duration.. Satu Bulan Satu Azam.. Okla kan, tak adalah panjang sangat tempoh tu dari setahun.. At least terasalah time limit tu.. So, adalah push factor yang boleh menggerakkan aku untuk capai setiap azam aku tu.. Ni aku punya stail.. Korang punya stail korang boleh create sendiri.. Kalau rasa satu bulan ni pun still lama sangat untuk korang jadikan push factor, so korang buatlah satu minggu satu azam ke, satu hari satu azam ke, tak pun kalau rasa mampu buatlah satu jam satu azam.. Bahahaha! Okay, tak kelakar.. -..-'


So, ni azam aku.. Azam untuk bulan Januari 2015 bersempena bulan kelahiran aku.. "CREATE MIRACLE IN EVERY SINGLE DAY!".. Bunyi macam impossible.. Mindset tu mindset.. Tak ada benda yang mustahil kalau kita tau macamana nak control mindset kita.. Everyday Is A Miracle! So let's create our own.. Nothing is impossible.. 


Oh, btw! Miracle yang aku dah berjaya cipta untuk hari ni ialah aku dah ubah satu perkara yang dah jadi trend every single person dalam dunia ni which is 'Azam Tahunan' ke 'Azam Bulanan'.. Macam tak ajaib sangat pun kan? Well, itu kata korang.. Kata aku, ia adalah satu kejayaan dalam hidup aku demi mencipta sebuah kehidupan yang lebih bahagia dan bererti.. Gitttuwww khonnn.. Eh, ini adalah sekadar sebahagian dari azam aku hokay.. Aku tak cakap, korang mesti ikut cara aku.. Nak stick to your azam tahunan tu pun aku tak kata salah.. Tu korang punya stail.. Let it be your own way and enjoy every single moment.. Okay? Bubai..! ^__~




Read More

Thursday, 8 January 2015

Keep Praying For Pantai Timur..

Keep Praying For Pantai Timur.. | Semasa menaip ni cuaca di luar sedang hujan.. Tak renyai tak lebat, sederhana sahaja.. Sejuk sampai ke tulang rasanya bila sesekali angin lembut menyapa pipi.. Terkenang nasib penduduk di pantai timur yang diduga dengan ujian banjir terutamanya penduduk di Kelantan..


Ada yang rumah hanyut dibawa arus banjir yang deras.. Ada yang rumah roboh dan musnah sepenuhnya.. Haiwan2 dan binatang ternakan mati lemas.. Hasil2 pertanian turut musnah.. Paling sedih bagi mereka yang kehilangan sebahagian dari ahli keluarga akibat banjir.. Allah, tak dapat  nak bayang macamana mereka menghadapi ujian besar macam ni.. Berat mata kita yang memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul..

Gambar Hiasan : Extracted From Google

Walaupun diri berasa sedikit lega kerana kaum keluarga di kawasan yang terlibat dengan banjir semua selamat dan masih boleh dihubungi, tapi hati masih terasa pilu dengan nasib mereka yang kehilangan tempat kediaman di Kelantan.. Di Temerloh juga kesannya agak teruk.. Sedih melihat nasib mereka.. Namun, apakan daya.. Hanya mampu berdoa di kejauhan agar semuanya selamat.. Sekurang2nya tiada nyawa yang melayang.. Teringin nak ikut misi bantuan banjir kalau ada lagi lepas ni.. Tak dapat sumbang dari segi wang ringgit dan barangan keperluan, mungkin boleh aku sumbangkan tenaga yang tak seberapa ni..


Ni dengar khabar bahagian Kuala Krai di Kelantan, air dah mula naik lagi.. Mungkinkah gelombang kedua? Allahu Akbar! Semoga air yang naik kali ni tak seteruk sebelumnya dan harap air kembali surut seperti biasa.. Apa pun, let's Keep Praying For Pantai Timur..


Di bawah ni adalah Hydrograph terkini Sungai Kelantan di kawasan Kuala Krai.. Info dari http://infobanjir.water.gov.my/wl_chart_scatter.cfm




#KeepPrayingForPantaiTimur



Read More

Everyday Is A Miracle!

Everyday Is A Miracle | Salah satu topik dalam buku yang aku sedang baca sekarang iaitu Chicken Soup For The Soul - Berfikir Positif.. Ada 2 version, Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu.. Yang aku baca ni versi Bahasa Melayu.. Punya lama tak membaca, kali ni rasa nak cuba pupuk balik minat membaca tu.. Dulu selalu suka baca novel jer, buku2 lain kurang sikit.. Tapi kali ni nak cuba dengan buku2 motivasi pula.. Dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan semangat aku.. 


Pagi2 time breakfast or minum pagi, aku akan spend some time untuk baca buku ni.. Sedut aura positif sebelum mulakan aktiviti harian.. Lepas dah setel semua keje, aku akan sambung balik baca.. Orang lain boleh habiskan satu hari je kot baca buku macam ni, tapi aku ambil masa berhari2.. Haha! 


Ermm, dah masuk minggu kedua rupanya kita berada di tahun 2015.. Ish2! Belum ada apa2 perkembangan positif yang aku lakukan.. Sepertinya kurang produktif di permulaan tahun ni.. Haih~ Tak boleh jadi.. Kena serap lebih banyak cas positif nampak gaya.. Azam bulan ni, create Miracles in every single day! Chaiyok! ^__^


Oh, actually buku ni pemberian seorang kenalan yang banyak bagi aku nasihat & motivasi di kala aku menghadapi kesulitan dalam hidup.. Ada 2 buah, satu lagi nanti aku share kemudian.. Nak habiskan baca yang ni dulu.. Kbai!



Read More

Monday, 5 January 2015

Up And Down, Atas Dan Bawah

Up And Down, Atas Dan Bawah | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Aduhai, jenuh duk taip padam taip padam entri ni.. Tak tau nak buh tajuk apa.. Pastu macam tak tau nak cerita pasal apa.. Taip2 menung, taip2 menung.. Last2 keluar  tajuk cenggini.. Erm..


Sebenarnya kalau boleh banyak sangat aku nak kongsikan dengan korang.. Tapi tak semua cerita aku boleh kongsi dengan semua.. Ada benda aku boleh cerita, aku cerita.. But ada certain benda aku tak boleh nak cerita.. So aku kena keep it safe only to myself and of course Allah ta'ala.. Hmm.. Biasalah kita manusia ni kan.. Ada masa kita di atas, ada masa pula kita di bawah.. Ada masa kita gembira, ada masa kita sedih.. Ada masa kita suka, dan ada masanya kita duka.. Itulah lumrah hidup di dunia..


Jatuh bangun kehidupan itu biasa.. Tinggal kita je yang nak kena pandai menilai setiap perkara yang dah ditentukan oleh Allah.. Cuma terkadang kita rasa kita lemah, penat, dan hilang semangat bila terlalu lama tersimpan di lubuk hati.. Apa pun dugaannya, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada bersama.. Tak pernah sedetik pun Dia tinggalkan kita.. Kita je yang selalu alpa, lalai, dan sering lupakan Dia.. Begitulah kejamnya kita pada diri sendiri.. Terus menerus menzalimi diri sendiri, kemudian menyalahkan takdir atas setiap kesulitan yang berlaku.. Sungguh tak bertanggungjawabnya kita manusia.. -_-


Kadang terfikir, kenapa boleh jadi begitu? Jawapannya ada pada diri sendiri.. Carilah.. Muhasabah diri, kembali rapatkan diri dengan sang Pencipta.. ISTIGHFAR, DOA dan SOLAT.. Itu kunci penyelesaian kepada setiap kesulitan.. Semoga setiap daripada kita akan sentiasa beroleh kebahagiaan dan keberkatan dunia dan akhirat.. Aminn..




Read More

Friday, 2 January 2015

Keep Calm.. It's 2015!

Keep Calm.. It's 2015! | Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki bernafas di muka bumi Allah ta'ala.. Dah masuk hari kedua kita meninggalkan tahun 2014.. Banyak perkara dan peristiwa yang berlaku di tahun 2014 yang memberi kesan mendalam kepada kita..  

Happy New Year 2015

Ramai yang dah mula pasang azam tahun baru.. Bermacam2 azam dah aku tengok orang duk post kat wall FB dan Instagram.. Ada yang nak kurus, ada yang nak cantik, ada yang nak kaya, ada yang nak lulus exam, macam2lah.. Apa pun azam korang, aku doakan semoga berjaya capai.. As for me, boleh baca entri sebelum ni [Klik] untuk tau azam aku.. Malas nak tulis 2,3 kali.. 


Pembukaan tahun baru aku tak berapa menarik.. Hmm.. Apa pun, aku berharap tahun 2015 akan memberikan lebih peluang kepada blog ni untuk terus maju dan harap dapat kerja cepat2.. Tu je, kbai!




Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com