Blogger templates

Thursday, 8 January 2015

Keep Praying For Pantai Timur..

Keep Praying For Pantai Timur.. | Semasa menaip ni cuaca di luar sedang hujan.. Tak renyai tak lebat, sederhana sahaja.. Sejuk sampai ke tulang rasanya bila sesekali angin lembut menyapa pipi.. Terkenang nasib penduduk di pantai timur yang diduga dengan ujian banjir terutamanya penduduk di Kelantan..


Ada yang rumah hanyut dibawa arus banjir yang deras.. Ada yang rumah roboh dan musnah sepenuhnya.. Haiwan2 dan binatang ternakan mati lemas.. Hasil2 pertanian turut musnah.. Paling sedih bagi mereka yang kehilangan sebahagian dari ahli keluarga akibat banjir.. Allah, tak dapat  nak bayang macamana mereka menghadapi ujian besar macam ni.. Berat mata kita yang memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul..

Gambar Hiasan : Extracted From Google

Walaupun diri berasa sedikit lega kerana kaum keluarga di kawasan yang terlibat dengan banjir semua selamat dan masih boleh dihubungi, tapi hati masih terasa pilu dengan nasib mereka yang kehilangan tempat kediaman di Kelantan.. Di Temerloh juga kesannya agak teruk.. Sedih melihat nasib mereka.. Namun, apakan daya.. Hanya mampu berdoa di kejauhan agar semuanya selamat.. Sekurang2nya tiada nyawa yang melayang.. Teringin nak ikut misi bantuan banjir kalau ada lagi lepas ni.. Tak dapat sumbang dari segi wang ringgit dan barangan keperluan, mungkin boleh aku sumbangkan tenaga yang tak seberapa ni..


Ni dengar khabar bahagian Kuala Krai di Kelantan, air dah mula naik lagi.. Mungkinkah gelombang kedua? Allahu Akbar! Semoga air yang naik kali ni tak seteruk sebelumnya dan harap air kembali surut seperti biasa.. Apa pun, let's Keep Praying For Pantai Timur..


Di bawah ni adalah Hydrograph terkini Sungai Kelantan di kawasan Kuala Krai.. Info dari http://infobanjir.water.gov.my/wl_chart_scatter.cfm




#KeepPrayingForPantaiTimur



1 comment:

  1. Bersamalah kita semua berdoa semoga sentiasa diiberikan ketabahan dan perlindungan sebaiknya buat semua mangsa banjir... mudah2an bencana banjir ini cepat surut dan dpt pulih segera... aamiin..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com