Blogger templates

Tuesday, 31 March 2015

Identity Preservation Program (IPP)

Identity Preservation Program (IPP) | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! ^^, Hari tu i ada janji nak share pasal IPP ni kan? Sorry lambat update.. Mencari2 sumber bacaan hari tu berkenaan IPP ni tapi tak jumpa pulak. Pengajarannya, bila dah dapat satu2 info tu terus share ye.. Jangan nak simpan2.. Sudahnya hilang tanpa dapat dikesan.. Ugh! -..-" Okaylah, jom ketahui apa itu Identify Preservation Program (IPP) dan kebaikannya..


Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan berkualiti, kita perlu melakukan sesuatu dengan yang terbaik. Dalam konteks nutrisi, Proses Pensijilan Tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preservation Program (IPP) adalah satu proses atau sistem untuk mengekalkan pengasingan dan mendokumenkan identiti sesuatu produk. Dalam bahasa mudahnya, untuk memastikan genetik sesuatu biji-bijian atau produk makanan itu tidak diubah suai (Non-GMO).


Shaklee menggunakan Identity Preservation Program (IPP) untuk memastikan kacang soya yang dihasilkan bebas daripada sebarang perubahan genetik daripada benih hingga kepada pengeluarannya. Kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Contohnya, jika soya memerlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai, maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan untuk memastikan soya tersebut membesar dan mencapai peringkat matang secara semulajadi. Soya tersebut tidak akan didedahkan kepada sebarang bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada sebarang gangguan bahan kimia.


Soya Shaklee diproses dengan air (bukan alkohol) pada suhu rendah. Inilah sebab yang menjadikan ESP - Soy Protein Isolate Powder sebagai Protein Non-GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino perlu. ESP merupakan sumber protein soya terbaik kerana soya yang digunakan oleh Shaklee tidak diubahsuai secara genetik! ^_^

Ha, sekarang tau dah kan kenapa ESP Shaklee sangat digilai ramai.. Promosi baru ni memang pengguna setia ESP berhabisan borong buat stok.. Tapi promosi dah habis ye.. So jangan nak gegatai mintak harga kasih sayang pulak.. Pengsan i tau.. 


Read More

Tuesday, 24 March 2015

Apa Itu GMO & NON-GMO?

Apa Itu GMO & NON-GMO? | Assalamualaikum & selamat tengahari semua! Pagi tadi i ada janji nak cerita pasal NON-GMO ni kan? I selalu sebut pasal ESP sebagai susu soya NON-GMO kan? I thought ramai yang dah tau apa itu NON-GMO, so takdelah i nak explain panjang lebar.. Rupanya ramai lagi yang tak tau & tak berapa jelas pasal GMO dan NON-GMO ni.. So, mari kita sama2 fahamkan apa itu NON-GMO dan kebaikan dia sekali. Tapi sebelum tu kita kenal2 dulu dengan GMO..

Perbezaan GMO Dan NON-GMO


Apa Itu GMO & NON-GMO?
GMO atau "organisma yang diubahsuai secara genetik" adalah organisma yang bahan genetiknya telah dimanipulasi di dalam makmal melalui teknologi kejuruteraan genetik. Sains baru ini mewujudkan gabungan yang tidak stabil di dalam gen tumbuhan, haiwan, bakteria dan juga virus yang tidak berlaku secara semulajadi atau melalui kaedah pengacukan tradisional. 
NON-GMO atau "organisma yang TIDAK diubahsuai secara genetik" pula adalah organisma yang tidak dimanipulasi genetiknya. Ia adalah sejenis organisma yang dihasilkan secara semulajadi tanpa sebarang gangguan yang melibatkan kaedah sains genetik.


Apakah Kesan GMO Kepada Tumbuhan, Haiwan Dan Manusia?

Beberapa kesan GMO kepada tumbuhan :-

  • Menghasilkan toksin
  • Bertindakbalas dengan keadaan cuaca secara berbeza
  • Kandungan nutrien terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • Menjadi berpenyakit atau rosak dan kemudiannya mati


Beberapa kesan GMO kepada haiwan :-

  • Ketumbuhan sel berpotensi pra kanser
  • Kerosakan sistem imunisasi
  • Otak, hati dan testikel yang lebih kecil
  • Kemerosotan separa atau peningkatan kepadatan hati
  • Bentuk sel nukleus yang ganjil
  • Lain2 abnormal yang tidak dapat diterangkan, kehamilan palsu dan kadar kematian yang lebih tinggi


Beberapa kesan GMO kepada manusia :-


  • Alahan terhadap protein GMO
  • Risiko kanser
  • Badan imun terhadap antibiotik atau "Antibiotic Resistance"
  • Meningkatkan risiko alergik makanan
  • Meningkatkan paras toksin dalam badan 

10 Jenis Makanan Yang Mengalami Pengubahsuaian Genetik

Kebanyakan negara2 maju tidak menganggap organisma GMO selamat. Di lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia, termasuk Australia, Jepun dan semua negara2 di kesatuan Eropah, terdapat sekatan yang ketara atau sekatan langsung kepada pengeluaran dan penjualan GMO.


Menyedari keburukan tumbuhan dan binatang GMO, Shaklee telah berusaha mendapatkan dan membekalkan produk NON-GMO untuk memberi manfaat dan hasil terbaik untuk kegunaan masyarakat sejagat. Salah satu produk terbaik NON-GMO Shaklee adalah Energizing Soy Protein (ESP) yang menjadi kegemaran ramai dek kerana kelebihan kandungan proteinnya yang lengkap.


Untuk memastikan kacang soya yang digunakan bebas GMO, pihak Shaklee telah menggunakan satu program pensijilan tersendiri iaitu Identity Preservation Program (IPP).. Apa itu IPP? Nanti kita kupas selanjutnya dalam entri lain.. ^_~




Read More

Kisah Pukul 3 Pagi : Aku Dan ESP

Kisah Pukul 3 Pagi : Aku Dan ESP | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Bagi yang follow Instagram dan FB i, uols mesti tau yang semalam i diserang sakit gigi dan bengkak gusi yang agak teruk. Sebelum ni memang selalu jugak sakit gigi tapi masih boleh endure lagi. Tapi semalam serius sakit giler.. Sampai bengkak gusi.. I syak gigi geraham bongsu nak tumbuh.. Tapi sebenarnya gigi geraham bongsu i dah lama tumbuh cuma tak keluar habis.. Sikit je boleh nampak.. Selebihnya terbenam dalam gusi.. Macam tak cukup ruang dia nak keluar.. So, i buat kesimpulan sendiri tu yang jadi sakit kot.. Haha! ^_^"


Sebenarnya sehari sebelum tu dah rasa sakit.. Tapi i wat lek wat peace je sebab dah biasa kena.. Kumur listerine 2,3 kali kang hilang la.. But, pagi esoknya (semalam) still rasa sakit.. Tapi i ok lagi.. Boleh lagi siapkan kerja rumah & attend class (ni nanti i story).. Dalam tengahari, masa tu kat kelas, i dah start rasa berdenyut lain macam.. Tapi gagah lagi belasah homemade cookies & coklat yang pm mentor weols bagi.. Maunya la kan i nak tolak, coklat dari oversea kot.. Mahal pulak tu.. Haruslah baham jugakk.. Kahkah! ^^,"


Natijahnya, balik dari kelas tu rasa denyut dia sampai naik ke kepala.. Ah sudah! Dah kenapa pulak dengan gigi aku ni.. Lepas selesai solat terus telan panadol 2 biji nak bagi kurang sakit.. Dah tak berani nak makan sebab nak mengunyah pon sakit.. After a while, rasa sakit dah kurang, perut pulak lapar.. Tak beragak, terus gi dapur geledah apa yang patut. Elok je lepas makan, nah! Dia mai balik! Kumur ngan air garam sampai dah naik payau lidah haku =..=".. Sudahnya terdampar menahan sakit.. Telan Ostematrix pulak 4 biji.. Rehat2 jap.. Rasa lega sikit..

Energizing Soy Protein, ESP Shaklee, Shaker ESP Shaklee

Malam tu memang dah tak berani nak makan.. Sanggup la berlapar.. Tidur awal sebab kesakitan punya pasal.. Pukul 11 lebih bangun nak solat Isyak.. Perut dah berkeriuk kelaparan.. Lapar sesaje aihh ko ni perut.. Since siang tu i terdampar tak buat keje apa pon.. So, i terus stay up buat keje sikit. Ngadap laptop, sambil2 study produk & isu kesihatan berbangkit. Perut bunyi lagi.. Teringat ESP ada kandungan kalsium yang tinggi. Sebab antara faktor sakit gigi & masalah gusi ni semua adalah akibat kurang kalsium. So i pergilah dapur bancuh ESP.. Minum.. Alhamdulillah, hilang rasa lapar.. Yelah, dah nak makan tak berani.. Nasiblah ada ESP ni ha.. Boleh jugak ganti makanan pejal buat sementara waktu..


Alhamdulillah, pagi ni rasa kurang sikit sakit gigi.. Tapi gusi still bengkak.. Tengoklah macamana tengahari kang.. Harap makin kurang la.. Banyak urusan tergendala tahu, bila sakit gigi ni.. Dengar macam ala sakit gigi je pon.. Apa ada hal.. Memang takde hal.. Tapi kalau dah sampai bengang gegendang telinga, berdenyut sampai ke kepala, itu memang banyak hal derrr.. Hal nya terdampar la kita macam dugung hilang gusi.. Sobs! T_T


Oklah, sampai sini dulu sharing untuk pagi ni.. In Shaa Allah later i nak share pasal NON-GMO pulak.. Jangan lupa baca tau sebab ramai sangat yang still tak faham pasal NON-GMO ni.. Okay? Jumpa di next entry.. Salam.. ^_~



Read More

Friday, 20 March 2015

PETUA : Wajah Suci

Petua Wajah Suci | Hai kekakak cecantik! Malam ni rasa macam nak share petualah dengan uols semua.. Kekakak je? Abang2 cemana pulak? Well, kalau abang2 sekalian nak merasa kulit muka segar glowing berseri2 suci lagi murni macam kekakak yang cantik ni, boleh je ikut petua ni.. Tapi jangan sampai jadi 'Suamiku Encik Sotong' pulak... Parah iols nak menjawab.. Kikiki.. ^_^


Oklah, tak payah sembang panjang.. Satgi nak tido dah ni.. Jom ikut petua ni! ^_~

Setiap kali basuh muka waktu pagi masa baru bangun tidur, elakkan dari guna apa2 produk pencuci muka. Basuh dengan air biasa je.. Lepas dah cuci muka, jangan lap.. Biar je air tu kering sendiri kat muka. Paling afdal, masa ambil air sembahyang.. Jangan dilap air sembahyang tu.. Biar dia kering sendiri.. Ala, takpela telekung ber'taik' lalat pun.. Boleh basuh apa.. Tak pun beli jelah baru.. Amboi, alat make up 2,3,4 ratus sebulan mampu beli khonnnn.. Takkan lah nak beli telekung baru sepasang sebulan tak mampu kotttt.. Hehe..


So, itulah dia petuanya.. Senang kan? Tak perlu keluar duit beribu nak kulit muka cantik segar & berseri.. Air sembahyang tu sebenarnya yang buat muka kita tampak fresh.. So amalkanlah selalu.. Amalan ni dapat membantu mengekalkan kecantikan asli wajah kita dan menjadikan wajah kita tampak bercahaya dan segar selalu. Psst! Jangan lupa ambil suplemen cantik setiap hari untuk penjagaan kecantikan dari dalam..! ^_~


Ok, selamat bercantik2..! Nunite! ^__~


Read More

Treat People The Way You Want To Be Treated..

Treat People The Way You Want To Be Treated.. | Selamat petang sahabat! Erm, petang2 baru beridea nak mencoret kat sini.. Sebab pagi sibuk dengan kerja lain.. Hehe.. Hmm, tajuk omputeh ceritanya ommelayu.. Cemane tu? Kohkohkoh! Nak tulis tajuk dalam bahasa melayu macam tak best jer kedengaran. Sebab tu letak tajuk omputeh.. Nampak macam best jer.. Hahahaha!


I sebenarnya ada banyak benda nak cerita kat sini.. Tapi biasalah, bila time mengadap laptop tetiba idea lari bertempiaran.. Tapi bila duk sibuk buat keje lain, ha masa tu lah pulak idea duk berkerumun kat kepala otak.. Apa pesen perangai pun tak tau la depa ni.. Haha!


Berbalik pada tajuk entri kali ni, i just nak pesan kepada mereka2 yang berjawatan tinggi, pegawai2 semua tu, tolong jangan treat orang lain yang bawah pada u macam 'sampah'.. Jangan sampai orang rasa terhina dengan kata2 or perbuatan u.. Even dia keje bawah u, tapi tak bermaksud u boleh suka2 menghina dia.. I pernah kena hina dengan sorang pegawai tinggi ni.. Tak perlu i sebut nama & siapa dia.. Cukuplah i sorang tau.. Sebab tu lah sekarang i dah takde hati nak keje makan gaji.. Sebelum ni memang i desperate giler nak keje.. Sanggup apply keje walaupun sekadar pekerja sambilan harian dengan gred spm.. Tapi bila i tengok orang yang bakal jadi majikan i tu.. I tak rasa i boleh tahan lama dengan dia. He showed no respect to others..


U nak orang respek u, u kena respek orang dulu. U nak orang suka dengan u, u kena belajar suka orang lain dulu. U nak orang keje dengan u, so u kene tunjuk yang u adalah seorang majikan yang baik.. Tapi kalau dah first impression pun dah buat orang sakit hati, i rasa u better keje sorang2 la.. Memang i desperate nak keje masa tu, tapi takde sampai i sanggup nak jilat apa yang orang dah ludah atas muka i. So, this is it.. Full stop! I will go my own way.. I bodoh ke, i miskin ke, i apa pun, at least i ada motivasi & usaha untuk tunjukkan dekat u yang orang yang u pernah hina ni boleh pergi lebih jauh dari u.. See u on the top! Peace! ^_~v

   
Read More

Thursday, 19 March 2015

GST Membebankan?

GST Membebankan? | Assalamualaikum & salam maghrib sahabat! ^_^ Ewah, hari ni tetiba datang mood rajin nak update blog.. Dua entri sehari.. Satu perkembangan yang baik.. Haha! Di wall facebook sekarang dah macam trending pulak cerita pasal GST.. Sana GST, situ GST, sini GST, sinun pun GST.. Nak buat world trending ke apa tu agak2? Haha..^_^" *boleh lagi ko gelak kan..*


Well, kalau nak cakap pasal beban tu i rasa memang agak terbeban terutamanya bagi mereka yang berpendapatan sederhana, lagi2 yang berpendapatan rendah (macam i.. gugugu!~).. Tapi i rasa kurang matang & kurang profesional untuk kita membangkang dengan cara complain2 ni.. I mean, ye la kita duk complain pun apa yang kita dapat? Kita tak dapat apa pon.. Dapat sakit hati ade.. Lepas tu panas hati.. Lepas tu pinjam lak dialog Usop weelchair "Kite bakorrr jer.. Kite bakorrr jerr.." ..Ate mau gitu?? Haha! ^_^||


I sendiri pun rasa apa yang uols semua rasa.. Tertekan, terbeban, ter segala macam terrrl lah.. Sampai naik terrkentutttt2 pikir pasal GST.. Gugugu~ Tapi i pikir balik.. Sampai bila aku nak duduk di takuk ni jerr.. Komplain tak habis2, tapi tak ada usaha nak atasi perkara tu.. So i divert semua pemikiran yang negatif tu jadi positif.. How?? Positifkan diri.. Yes! Always be positive..!


So, cuba uols pon belajar positifkan diri.. Positifkan pemikiran, positifkan pandangan, positifkan setiap langkah uols.. Cara i positifkan diri, i cakap kat diri sendiri, "Okay Mieza, this is the right time for you to wake up, improvise yourself & move forward.." Then i buat.. Buat apa?? I cari solution untuk bantu ringankan beban suami i.. Yela, i tak keje.. Suami i keje sorang.. And kalau i nak keje pun, i prefer untuk keje dari rumah.. So that i ada masa yang lebih flexible & paling penting tak buat i stress or suami i stress.. So, i pilih untuk  buat part time bisnes dengan Shaklee.. I dah start lama dah sebenarnya tapi sebelum ni 'tidur'.. Tapi kali ni i bangkit balik & akan usaha untuk tak 'tidur' lagi.. Rugi kot tak konsisten berbisnes.. Huhu..


So, itulah cara i atasi isu GST ni.. Stop complaining & do something.. Uols pulak macamana? Dah ada solution? Or still nak duduk.. tengokkkkk.. tunggu... complain dan terus complainnn?? Atau cuba cari part time income?? Or nak buat OT sepanjang minggu?? Well, keputusan semua di tangan uols! But lets say uols tergerak nak join i buat part time dengan Shaklee, do let me know ok.. Boleh whatsapp or inbox kat fb or email.. Nak jumpa pun boleh.. In Shaa Allah, i akan usahakan untuk jumpa uols..


Last but not least, suka untuk i kongsikan kat sini apa kata my presidential mentor Shaklee iaitu Kak Cery tentang GST & cara untuk atasi bebanannya.. Feel free to read & share.. Klik pada gambar untuk baca k.. Bye! ^^,

Klik Pic To Read



Read More

Masalah Kencing Kerap Di Kalangan Wanita

Masalah Kencing Kerap Di Kalangan Wanita | Saluran kencing wanita adalah berbeza daripada lelaki kerana kedudukannya yang lebih dalam. Keadaan ini menyebabkan kedudukan struktur otot pundi kencing wanita lebih dalam. Masalah lemah kawalan kencing yang kerap berlaku di kalangan wanita adalah disebabkan oleh otot lantai pelvik yang terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra. Keadaan ini disebabkan oleh otot lantai pelvik yang lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal pengeluaran air kencing.


Namun, masalah kerap kencing atau lemah pundi kencing juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti hamil, bersalin, sakit dan infeksi, serta menopause.

Kencing Tak Lawas Di Kalangan Wanita, Masalah Kerap Kencing, Masalah Lemah Pundi Kencing


Bagaimana Pundi Kencing Befungsi?

Untuk memahami masalah lemah kawalan pundi kencing ini, kita perlu memahami bagaimana pundi kencing kita berfungsi.

  • Buah pinggang akan menapis air kencing dari darah dan ia akan disimpan di dalam pundi kencing.

  • Pundi kencing adalah satu organ berongga dan berotot yang boleh menyimpan air kencing sehingga kita berasa penuh iaitu lebih kurang 300 ml.

  • Semasa kita ingin membuang air kecil, otot lantai pelvik akan mengendur dan otak kita akan memberi isyarat supaya otot pundi kencing mengecut lalu memerah keluar air kencing melalui tiub uretra. *Tiub uretra ialah saluran keluar air kencing dari pundi kencing keluar badan.

  • Apabila otot pundi mengecut, sfinkter (otot yang mengawal uretra supaya sentiasa tertutup ketika menyimpan air kencing) akan berada dalam keadaan rileks untuk membenarkan air kencing keluar melalui tiub uretra.
  • Seluruh sistem ini disokong oleh otot2 lantai pelvik yang menganjur dari hujung tulang belakang melalui tulang pubik (tulang di hadapan pelvis).


Wanita yang mempunyai masalah lemah kawalan pundi kencing selalunya mempunyai otot kawalan pelvik yang lemah atau rosak. Ia tidak mampu untuk mengawal pengeluaran air kencing terutamanya ketika melakukan aktiviti2 fizikal seperti batuk, bersenam dan mengangkat barangan. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat merasa pundi kencing telah penuh kerana otot sfinkter di sekeliling uretra tidak dapat dikawal. Inilah punca mengapa kebanyakan wanita mengalami masalah kesukaran mengawal kencing dan air kencing boleh keluar dengan kerap atau banyak tanpa disedari.


Tips Pemakanan Bagi Mereka Yang Mengalami Masalah Kencing Kerap / Kencing Tak Lawas 
  • Elakkan daripada mengambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air di waktu pagi (sebaik bangun dari tidur)
  • Elakkan pengambilan minuman yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein dan berkarbonat.
  • Elakkan pengambilan makanan pedas yang boleh menyebabkan keradangan salur kencing.
  • Elakkan pemakanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan OBESITI. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence (ketidakmampuan mengawal urine).
  • Elakkan juga pengambilan gula secara berlebihan. Paras gula yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan rasa ingin kencing serta kencing tidak lawas.


Suplemen Yang Boleh Membantu

Berikut adalah beberapa cadangan suplemen yang boleh diambil untuk membantu masalah lemah kawalan pundi kencing :

Cadangan Set Untuk Kencing Kerap Atau Kencing Tak Lawas
  • Ostematrix - Membantu pengawalan otot
  • Vitamin E - Menstabilkan fungsi pundi kencing
  • GLA Complex - memperbaiki paras estrogen (bagi wanita) dan testoren (bagi lelaki) serta memperbaiki masalah kerap kencing.
  • ESP - Penting dalam pembinaan otot dan membantu menyediakan otot yang lebih kuat.


Jika anda adalah salah seorang daripada ribuan wanita yang mengalami masalah kencing kerap atau kencing tidak lawas, jangan risau kerana masalah ini boleh dirawat. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Amalkan juga gaya hidup yang lebih sihat serta ambillah makanan yang betul. 



Read More

Wednesday, 18 March 2015

Obesiti Di Kalangan Masyarakat Malaysia

Obesiti Di Kalangan Masyarakat Malaysia | Assalamualaikum & selamat tengahari sahabat! Hari ni i nak share pasal isu kegemukan atau obesiti. Ramai di kalangan masyarakat Malaysia kita sekarang ni ada masalah kegemukan. Dan ia bukanlah suatu perkara baru di kalangan kita. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya obesiti.


Apakah Faktor Penyebab Berlakunya Obesiti?

Berikut adalah beberapa faktor penyebab berlakunya obesiti di kalangan masyarakat Malaysia :-
  • UMUR - Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisme badan menurun. Oleh itu, kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan pesakit dari aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
  • JANTINA - Kaum wanita mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menjadi obese berbanding kaum lelaki. Ini kerana wanita mempunyai kadar metabolisme yang lebih rendah berbanding lelaki. Keadaan ini akan menjadi lebih ketara apabila seseorang wanita mencapai tahap menopause.
  • FAKTOR KETURUNAN - Ini adalah faktor genetik yang diturunkan dari kaum keluarga sebelumnya.
  • AKTIVITI FIZIKAL - Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor utama di dalam peningkatan obesiti.
  • FAKTOR PSIKOLOGI - Ramai individu yang makan berlebihan apabila mengalami ketidakstabilan emosi atau menghadapi tekanan (stress).
  • PENYAKIT - Walaupun tidak kerap berlaku, obesiti boleh berlaku kepada individu yang mempunyai penyakit HYPOTHYROIDISMA, KEMURUNGAN, atau penyakit yang berkaitan dengan otak yang menyebabkan pesakit makan secara berlebihan.  

Punca Obesiti, Faktor Penyebab Obesiti


Apakah Implikasi Akibat Obesiti?

Obesiti boleh menyumbang kepada kebanyakan penyakit kronik yang boleh membawa keppada kematian (morbidity). Penyakit2 ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Berikut adalah antara penyakit yang berpunca dari obesiti :-
  • Diabetes Mellitus (kencing manis)
  • Penyakit Hepatobiliary (fatty liver & batu hempedu)
  • Dyslipidemia (kolestrol tinggi)
  • Metabolic Syndrome
  • Sleep Apnea
  • Penyakit Jantung Koronari
  • Cerebrovascular Disease
  • Kegagalan Jantung
  • Hypertension (tekanan darah tinggi)
  • Osteoarthritis
  • Gout

Implikasi Akibat Obesiti, Kesan Buruk Obesiti


Rawatan Dan Pengendalian :

Pesakit yang mempunyai masalah obesiti perlu berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Terdapat ubatan khas untuk obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengambilan suplemen yang membantu memperbetulkan fungsi hormon juga turut disarankan. Walau bagaimanapun, pembedahan juga turut disarankan sebagai salah satu kaedah rawatan.


Anda yang mengalami masalah obesiti, anda disarankan untuk mencuba dan mengamalkan Set Kurus Shaklee yang berkonsepkan 3B iaitu BAKAR-BUANG-BINA untuk membantu proses detoksifikasi serta pembinaan semula otot-otot yang menggelebeh setelah anda berjaya menurunkan berat badan..^_~



Read More

Tuesday, 17 March 2015

ESP - Soy Protein Isolate Powder

ESP - Soy Protein Isolate Powder | Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolestrol. 


Perbezaan ESP Shaklee :
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar.
  • Mengandungi 5 VITAMIN B penting, separuh dari nilai harian KALSIUM, serta ISOFLAVON soya. 
  • Dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal. 


Kod Produk : 11003 | Saiz : 850 gram

PROMOSI!!!
Setiap tong ESP boleh bertahan sehingga 1 bulan atau 1 bulan setengah bergantung kepada penggunaan. Harga pasaran bagi setiap tong ESP adalah RM150 (tidak termasuk pos). Dapatkan penjimatan sehingga RM40++ dengan pembelian TWIN PACK ESP. Promosi hanya berlangsung sepanjang bulan MAC 2015 dan bakal berakhir pada  28 MAC 2015! Setiap pembelian TWIN PACK ESP akan melayakkan anda menerima pelbagai hadiah eksklusif daripada Rafhanah Health & Beauty! Hubungi kami di talian 019-5327438 segera untuk maklumat lanjut dan dapatkan stok anda sekarang! 




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*



Read More

Wednesday, 11 March 2015

Bisnes Untuk Kaya?

Bisnes Untuk Kaya? | Assalamualaikum sahabat! Salam ceria!^^, Bila cakap pasal bisnes, mesti akan ada suara2 sinis yang berbunyi sebegini, "ala ko kaya.. buat bisnes sendiri, boleh la..".. "Ala, ko bolehla, duit berkoyan, bisneswoman la katakan..".. Pegi memana mesti ada yang akan cakap macam tu.. i pun tak tau nak classify semua kata2 tu as pujian atau 'perlian'.. 


Yela, i kan selalu sibuk share sana sini pasal Shaklee.. Poster promosi, testimoni, info2 pasal Shaklee, pasal produk, bersepah2 kat wall fb.. Bukan kat fb je, kat semua social media yang i ada lah i share.. Instagram? Twitter? Flickr? Foursquare? Selagi boleh share i share.. Haha! Dah gaya perang poster nak pilihanraya pun ada.. Tak cukup tu, boost kat broadcast pulak.. Moment wechat tak ketinggalan.. Apetah lagi wall google+.. At first, i pun takut sebenarnya.. Takut apa tau.. Takut ada orang tak suka or naik meluat dengan i.. Tak mustahil memang akan ada orang yang akan annoy gila dengan i.. Siap ada yang sound suh benti  sebar poster pun ada.. Huhu~ T_T


Lepas tu ada pulak yang sound2 macam kat atas tadi.. Banyak unsur perli dari puji pun ada.. Tapi i buat dunno jer.. I keep talking to myself to stay positive.. Be positive.. Whatever they said, just stay & keep your mind to always be positive.. Uols nak cakap apa pun  u cakaplah.. If rasa annoy & tak suka, cakap baik2.. Kita bawak bincang (dah macam ayat Sepahtu jer.. Haha!).. I just sharing.. Apa yang i tau, i share dengan orang lain.. Apa yang i rasa bagus atau boleh bagi manfaat or ilmu kat orang lain, i share.. I takde cakap, "hai, saya jual produk sekian2.. Marilah beli dengan saya!".. Ade ke i cakap macam tu kat post2 yang i share? Takde kan? I takde paksa pun suh uols beli.. Kalau rasa nak beli, beli.. Tak nak beli, tak payah beli.. Tiada paksaan.. Beza sangat aihhh sharing dengan selling.. ^^,


So bila orang cakap perli2 macam tu, I akan jawab, memang i buat bisnes & memang i kaya pun.. i kaya motivasi, i kaya ilmu, i kaya semangat, i kaya cita2, i kaya dengan tenaga & penuh dengan cas2 positif! Sebab tu i keep on sharing.. Benda baik kita sharelah kan.. Takkan nak simpan sorang2.. Lagi pun kami SID dilatih untuk sentiasa memberi.. Beri, beri, dan beri.. Sebab kami percaya, bila kita selalu memberi dan ikhlaskan hati berkongsi dengan orang lain, Allah akan beri lebih lagi untuk kita.. Beri lebih tu tak semestinya duit berkepuk, harta berjuta.. Mungkin diberi dalam bentuk kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, ilmu yang makin bertambah, ketenangan jiwa dan rohani, kelapangan dada & fikiran.. Kan ke kaya tu? Tak rasa beruntung ke Allah bagi semua tu? Tak bersyukur lagi ke nikmat melimpah ruah yang Allah bagi tu? Tak rasa bertuah ke i share apa yang i tau dengan uols? Bukannya i share benda yang bukan2 pon.. ^_~


Whatever it is, i minta  maaf if ada yang rasa terganggu dengan status2 i.. dengan iklan2 broadcast i.. Like i said, if rasa tak suka or annoy cakap elok2 dekat i.. In Shaa Allah, i tak ganggu dah.. Biar pun apa yang i share tu adalah ilmu yang mungkin boleh membantu uols atau pun mungkin apa yang uols perlukan suatu hari nanti.. But, it's ok.. No heart feelings.. Kita kan sahabat.. ^__^









Read More

Tuesday, 10 March 2015

Tepung Ajaib Kegemaran Saya! ^_^

Tepung Ajaib Kegemaran Saya! ^_^ | Selamat petang sahabat! Hari tu i ada mention pasal 'Tepung Ajaib' kan? Bagi yang tak tau tu boleh baca dulu entri sebelum ni [KLIK].. Ada yang dah tau, tapi ada jugak yang tak tau pasal 'Tepung Ajaib' yang i tengah consume sekarang ni.. ^^,


Untuk pengetahuan uols, i dah amalkan tepung ni dah setahun lebih dah kot.. Ke dah 2 tahun? Adeh, tak ingat ah.. Tapi dah 2 kali puasa la i amalkan tepung ni.. Asalnya sekadar nak tambah tenaga masa bulan puasa.. Sebab ramai sangat yang  cakap best ambil tepung ni time puasa.. And wallah, memang best! Ni bukan nak over claim ea, tapi sekadar berkongsi apa yang i dah experience sepanjang 'bercinta' dengan tepung ni..


Awal2 i tak perasan tau kesan lain yang tepung ni dah bagi kat diri i.. Yang i tau, ia memang pembekal tenaga paling terbaik yang i pernah jumpa & i consume sampai sekarang semata2 sebab i nak tenaga.. Sebab i ni jenis yang cepat letih, selalu penat, lesu, and asyikla nak tidur je.. Paham2lah kan kalau duk rumah je ni.. Hehe.. ^^, Tapi sejak kebelakangan ni ramai yang tegur i nampak awet muda.. I cakap, "ala maybe sebab badan aku kecik kot.. Nampakla muda.." Tapi diorang cakap "no! no! bukan sebab saiz badan ko kecik.. Tapi memang nampak mudalah.." So i pun cam pelik lah.. Dah kenapa la pulak ngan diorang ni.. Haha! Geli hati pun ada.. Dalam hati cakap, "aku dah masuk 3 series kot.. Depa ni saje perli aku ke apa?.."..


Then, satu hari tu i teringat ada sorang pakcik ni.. Masa tu i dalam bas ekspres dari kampung nak balik Kajang.. Pakcik tu duduk sebelah i.. Suddenly dia tanya, "adik balik cuti ke?".. I just anggukkan kepala.. Then dia tanya lagi, "student ke?".. Masa tu i macam tak tau nak jawab apa.. Cuma dalam kepala just terlintas "aku ni nampak macam student ke? Ke pakcik ni saje nak perli aku?".. I diam kejap.. Then pakcik tu tanya lagi, "belajar kat mana?".. Ah sudah! Aku dah 30 puluh kot.. Adakah aku masih kelihatan muda remaja dan jelita?? Haha! Last2 i bagitau yang i bukan student, i dah kahwin sume.. Pakcik tu pulak buat muka macam "eleh, ko nak tipu aku pun agak2la.. Aku makan garam dulu dari ko kot.." Ok foineeee~ Tak nak percaya sudah.. Kesah pulak aku.. Lepas tu terus i buat2 tidur.. Haha!


Bila i belek balik album2 lama, baru i perasan something.. Dari segi tekstur & tona kulit.. Memang ada perubahan yang agak ketara.. Tapi seems i hari2 duk belek muka sendiri depan cermin, mana maunya nak perasan kan? Haha! Kantoi suka bercermin.. >_<" Then bila i compare gambar i masa sebelum consume & selepas i konsisten consume 'Tepung Ajaib' ni, memang jelas nampak perubahan.. Kulit i yang dulunya gelap, kusam, kering, dengan tona tak sekata, sekarang dah makin ok.. I malas nak cakap, uols nilaikanlah sendiri ye..


Boleh nampak tak beza kulit i dulu dengan sekarang? Yang sebelah kiri masa tu i baru join Shaklee.. Masa tu i just consume Vitamin B Complex je sebab B Complex pun salah satu suplemen pembekal tenaga.. Lepas tu bila dah rasa serasi & dapat rasa kesan dia, barulah i add on 'Tepung Ajaib' yang i cakap tadi.. Jerawat pun segan2 nak tumbuh.. Kalau uol perasan gambar yang belah kanan tu ada jerawat yang baru nak tumbuh kat pipi sebelah kiri.. Tapi tak sempat nak 'meletus' dah kecut.. Tempek masker tepung ajaib hari2.. Hehe!  Gambar dua2 without filter & make up.. Cuma yang sebelah kanan tu i pakai eyeliner nipis je.. Bedak sume tak pakai.. ^_^


Rasanya bila sebut pasal shaklee ni semua orang tau lah kan tepung apa yang i maksudkan.. Semestinya tepung kegemaran ramai Energizing Soy Protein (ESP)!^^, Tambah2 pulak bulan ni tengah promosi.. Sana sini orang duk share testimoni.. Timeline fb penuh dengan poster2 promosi.. I pun termasuk gak tu.. Hehe.. Courier pun dah banjir dengan delivery 'Tepung Ajaib' ni.. Kesian abang posmen terpaksa buat overtime hantar parcel customer sampai kul 7 malam.. Huhu.. Bertabahlah abang posmen, jasamu dikenang sangat.. ^_^



So tu jelah i nak share.. Benda baik, bagus untuk kesihatan pulak tu kan.. Kedekut namanya kalau tak share benda baik.. Sharing tu kan ke caring? ^^, Oklah, last but not least i just nak remind uols, bermula bulan depan iaitu 1 April 2015, setiap pembelian produk2 Shaklee akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.. Termasuk jugak perkhidmatan penghantaran.. Please bare in mind yang harga produk akan naik. So kalau nak beli or nak restock bekalan suplemen uols, boleh restock by this month.. Boleh start contact your trusted SID untuk book stock.. Nak contact i pon boleh.. Whatsapp je nombor ni, 019-5327438.. Ok? Selamat bercinta dengan ESP dan selamat berawet muda! ^^,



Read More

Saturday, 7 March 2015

Jutawan Untuk Jutawan - We Are Family!

Jutawan Untuk Jutawan - We Are Family! | Alhamdulillah, semalam berjaya hadiri kelas di Faizworld Training Centre di Bangi or kitorang panggil FTC.. Ha, kalau nak tau FTC ni lah tempat kami2 para SID menimba ilmu.. Macam2 ilmu boleh dapat kat sana.. Yang pasti penuh dengan aura dan cas2 positif.. Seronok bila bertemu ramai rakan seperjuangan yang kebanyakannya surirumah & ibu2 yang berkerja dari rumah.. 


Kelebihannya bila kita jadi independent distributor ni ialah masa yang flexible & lebih masa bersama family.. Mak2 pergi training timba ilmu berkoyan2, anak2 pun boleh ikut mak2.. Tak payah susah nak pi hantar kat taska ke nursery ke apa.. Angkut je anak2 sekali.. Sebab kat FTC ni ada kids room khas untuk anak2.. So, kita pun takdelah rasa susah hati ke apa.. Anak2 sentiasa berada di depan mata dan dalam pemerhatian kita.. Kan ke tenang mak2 nak serap ilmu.. ^^,


Inilah antara keluarga besar kami.. Yang tak pernah kenal pun jadi kenal.. Yang tak pernah jumpa tetiba terjumpa kat sini.. Selama ni duk berchit chat dalam group je.. Sembang sampai lebam katanya.. Tapi tak pernah bertentang mata.. Even iols dengan mentor iols pun baru jumpa semalam.. Haha! Jumpa2 terus salam cium tangan laga2 pipi (nasib baik tak comolot comkaki sekali..Hiks!^_^) Menggelabah sebab lambat.. Kikiki..


Gambar kids room i lupa nak snap.. Tapi dengar anak2 ketawa menjerit keriangan, i pun teruja nak join depa bergumbira kat dalam tu.. Tapi ku sedar diri ini sudah lebih had umur.. -.-" Orang suh pi timba ilmu.. Bukan pi main pondok2 dengan anak2.. Eheh.. Banyak sangat ilmu dapat semalam.. Syukur dipertemukan dengan golongan yang bersemangat dan sentiasa positif sekaligus mengheretku ke kancah kepositifan.. Hah, hebak tak grammar iols.. Kah! >_<


So kepada surirumah yang rasa macam nak jana pendapatan sambil2 urus rumahtangga tu jomlah join kami..! Takdelah orang pandang surirumah macam kita ni pasif & tak produktif sangat kan.. Banyak aktiviti best2 tau selain dari kelas & training macam ni.. Ada family day, dinner dengan jutawan, trip 5 star ke oversea, hadiah gempaq2, eh macam2lah.. Kang cerita pepanjang kat sini korang bukan baca pun.. Kalau nak tau, roger2 iols k.. Jangan malu2.. Iols suka bila ramai orang bertanya.. Sebab iols suka nak share.. Nombor tepon iols dah bersepah kat fb, ig sume.. Petik je kat mana2 post iols tu.. Nak ajak sembang2 kosong pon boley.. Kan ke berkawan tu biar beribu.. Tak gituuu.. ^_~


Oklah, nak sambung study sikit.. Jumpa di next entri k! Xoxo!^_^



Read More

Thursday, 5 March 2015

Misi Menyempurnakan Visi

Misi Menyempurnakan Visi | Selamat pagi sahabat! Baru nak start enjin balik. Asyik ke laut je mood nak berblog sejak 2 menjak nih.. Bulan ni nak start aktif balik berblog.. Demi menyempurnakan misi dan visi sepanjang Mac ni, kena buang semua kemalasan dan ke'laut'an mood tu.. Campak jauh2 mauk gaung.. Haha! Jangan hangat2 cinderella sudah la.. Mihmihmih! ^^,


Ha, ni status semalam di facebook.. Antara misi dan visi seorang Rosmiza sepanjang bulan Mac 2015 ni.. Boleh tahan banyakla misinya tu.. Dalam satu2 misi tu ada anak2 dia pulak.. Even dah terlewat beberapa hari, tapi takpe.. Masih boleh catch up.. In Shaa Allah.. Nampak macam busynya life aku bulan ni.. Haha! Memang tu lah tujuannya pun.. Nak mula membusykan diri.. At least ada sesuatu yang aku boleh buat & capai dari duk makan tidur ternak lemak yang tak keluar2 ni.. Kihkih!>_<


Eh, oklah.. Stop sini dulu.. Nak schedule task lain pulak.. Heheh.. Kbai! ^_~





Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com