Masalah Kencing Kerap Di Kalangan Wanita

by - 10:58:00 am

Masalah Kencing Kerap Di Kalangan Wanita | Saluran kencing wanita adalah berbeza daripada lelaki kerana kedudukannya yang lebih dalam. Keadaan ini menyebabkan kedudukan struktur otot pundi kencing wanita lebih dalam. Masalah lemah kawalan kencing yang kerap berlaku di kalangan wanita adalah disebabkan oleh otot lantai pelvik yang terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra. Keadaan ini disebabkan oleh otot lantai pelvik yang lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal pengeluaran air kencing.


Namun, masalah kerap kencing atau lemah pundi kencing juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti hamil, bersalin, sakit dan infeksi, serta menopause.

Kencing Tak Lawas Di Kalangan Wanita, Masalah Kerap Kencing, Masalah Lemah Pundi Kencing


Bagaimana Pundi Kencing Befungsi?

Untuk memahami masalah lemah kawalan pundi kencing ini, kita perlu memahami bagaimana pundi kencing kita berfungsi.

  • Buah pinggang akan menapis air kencing dari darah dan ia akan disimpan di dalam pundi kencing.

  • Pundi kencing adalah satu organ berongga dan berotot yang boleh menyimpan air kencing sehingga kita berasa penuh iaitu lebih kurang 300 ml.

  • Semasa kita ingin membuang air kecil, otot lantai pelvik akan mengendur dan otak kita akan memberi isyarat supaya otot pundi kencing mengecut lalu memerah keluar air kencing melalui tiub uretra. *Tiub uretra ialah saluran keluar air kencing dari pundi kencing keluar badan.

  • Apabila otot pundi mengecut, sfinkter (otot yang mengawal uretra supaya sentiasa tertutup ketika menyimpan air kencing) akan berada dalam keadaan rileks untuk membenarkan air kencing keluar melalui tiub uretra.
  • Seluruh sistem ini disokong oleh otot2 lantai pelvik yang menganjur dari hujung tulang belakang melalui tulang pubik (tulang di hadapan pelvis).


Wanita yang mempunyai masalah lemah kawalan pundi kencing selalunya mempunyai otot kawalan pelvik yang lemah atau rosak. Ia tidak mampu untuk mengawal pengeluaran air kencing terutamanya ketika melakukan aktiviti2 fizikal seperti batuk, bersenam dan mengangkat barangan. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat merasa pundi kencing telah penuh kerana otot sfinkter di sekeliling uretra tidak dapat dikawal. Inilah punca mengapa kebanyakan wanita mengalami masalah kesukaran mengawal kencing dan air kencing boleh keluar dengan kerap atau banyak tanpa disedari.


Tips Pemakanan Bagi Mereka Yang Mengalami Masalah Kencing Kerap / Kencing Tak Lawas 
  • Elakkan daripada mengambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air di waktu pagi (sebaik bangun dari tidur)
  • Elakkan pengambilan minuman yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein dan berkarbonat.
  • Elakkan pengambilan makanan pedas yang boleh menyebabkan keradangan salur kencing.
  • Elakkan pemakanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan OBESITI. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence (ketidakmampuan mengawal urine).
  • Elakkan juga pengambilan gula secara berlebihan. Paras gula yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan rasa ingin kencing serta kencing tidak lawas.


Suplemen Yang Boleh Membantu

Berikut adalah beberapa cadangan suplemen yang boleh diambil untuk membantu masalah lemah kawalan pundi kencing :

Cadangan Set Untuk Kencing Kerap Atau Kencing Tak Lawas
  • Ostematrix - Membantu pengawalan otot
  • Vitamin E - Menstabilkan fungsi pundi kencing
  • GLA Complex - memperbaiki paras estrogen (bagi wanita) dan testoren (bagi lelaki) serta memperbaiki masalah kerap kencing.
  • ESP - Penting dalam pembinaan otot dan membantu menyediakan otot yang lebih kuat.


Jika anda adalah salah seorang daripada ribuan wanita yang mengalami masalah kencing kerap atau kencing tidak lawas, jangan risau kerana masalah ini boleh dirawat. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat. Amalkan juga gaya hidup yang lebih sihat serta ambillah makanan yang betul. 



You May Also Like

3 Silent Hunter's Footprints

  1. dulu ada jugak masalah kencong tak lawas...leps gi klinik ok dah...wanita ni memang kerap kena kan

    ReplyDelete
  2. mcm yaya laa kerap kencing wkt mlam..susah nk tido...aduiii

    ReplyDelete