Obesiti Di Kalangan Masyarakat Malaysia

by - 2:04:00 pm

Obesiti Di Kalangan Masyarakat Malaysia | Assalamualaikum & selamat tengahari sahabat! Hari ni i nak share pasal isu kegemukan atau obesiti. Ramai di kalangan masyarakat Malaysia kita sekarang ni ada masalah kegemukan. Dan ia bukanlah suatu perkara baru di kalangan kita. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya obesiti.


Apakah Faktor Penyebab Berlakunya Obesiti?

Berikut adalah beberapa faktor penyebab berlakunya obesiti di kalangan masyarakat Malaysia :-
  • UMUR - Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisme badan menurun. Oleh itu, kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan pesakit dari aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
  • JANTINA - Kaum wanita mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menjadi obese berbanding kaum lelaki. Ini kerana wanita mempunyai kadar metabolisme yang lebih rendah berbanding lelaki. Keadaan ini akan menjadi lebih ketara apabila seseorang wanita mencapai tahap menopause.
  • FAKTOR KETURUNAN - Ini adalah faktor genetik yang diturunkan dari kaum keluarga sebelumnya.
  • AKTIVITI FIZIKAL - Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor utama di dalam peningkatan obesiti.
  • FAKTOR PSIKOLOGI - Ramai individu yang makan berlebihan apabila mengalami ketidakstabilan emosi atau menghadapi tekanan (stress).
  • PENYAKIT - Walaupun tidak kerap berlaku, obesiti boleh berlaku kepada individu yang mempunyai penyakit HYPOTHYROIDISMA, KEMURUNGAN, atau penyakit yang berkaitan dengan otak yang menyebabkan pesakit makan secara berlebihan.  

Punca Obesiti, Faktor Penyebab Obesiti


Apakah Implikasi Akibat Obesiti?

Obesiti boleh menyumbang kepada kebanyakan penyakit kronik yang boleh membawa keppada kematian (morbidity). Penyakit2 ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Berikut adalah antara penyakit yang berpunca dari obesiti :-
  • Diabetes Mellitus (kencing manis)
  • Penyakit Hepatobiliary (fatty liver & batu hempedu)
  • Dyslipidemia (kolestrol tinggi)
  • Metabolic Syndrome
  • Sleep Apnea
  • Penyakit Jantung Koronari
  • Cerebrovascular Disease
  • Kegagalan Jantung
  • Hypertension (tekanan darah tinggi)
  • Osteoarthritis
  • Gout

Implikasi Akibat Obesiti, Kesan Buruk Obesiti


Rawatan Dan Pengendalian :

Pesakit yang mempunyai masalah obesiti perlu berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Terdapat ubatan khas untuk obesiti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengambilan suplemen yang membantu memperbetulkan fungsi hormon juga turut disarankan. Walau bagaimanapun, pembedahan juga turut disarankan sebagai salah satu kaedah rawatan.


Anda yang mengalami masalah obesiti, anda disarankan untuk mencuba dan mengamalkan Set Kurus Shaklee yang berkonsepkan 3B iaitu BAKAR-BUANG-BINA untuk membantu proses detoksifikasi serta pembinaan semula otot-otot yang menggelebeh setelah anda berjaya menurunkan berat badan..^_~



You May Also Like

1 Shaklee Lovers Visit