Blogger templates

Thursday, 16 April 2015

TENTANG SHAKLEE

TENTANG SHAKLEE | Di Shaklee, kami percaya alam memegang jawapan kepada kehidupan yang panjang, sihat dan produktif.


Kisah Shaklee bermula hampir 60 TAHUN yang lalu dengan Dr Forrest C. Shaklee. Falsafah hidupnya adalah Hidup Berharmoni Dengan Alam® dan didorong oleh pergerakan berterusan untuk membantu manusia hidup bahagia dan sihat.


Hari ini, Shaklee adalah syarikat suplemen semulajadi NOMBOR 1 di Amerika Syarikat dengan pejabat2 di seluruh dunia, dan pakar2 utama dalam penyelidikan pemakanan. Shaklee berusaha lebih kuat dan menjangkau di luar standard industri setiap hari untuk memastikan bahawa produk kami SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERFUNGSI, dan SENTIASA MESRA ALAM.


Selain menguji setiap ramuan baru untuk lebih 350 bahan cemar yang berbahaya, Shaklee menjalankan lebih 100,000 UJIAN KUALITI SETAHUN. Shaklee juga telah melabur lebih daripada $250 JUTA dalam ujian klinikal, penyelidikan & pembangunan dan disokong oleh lebih 100 PENULISAN SAINTIFIK -termasuk ujian pertama kali dibuat selama 20 tahun iaitu Kajian Landmark (Landmark Study), yang disiarkan di dalam Jurnal Pemakanan dan banyak lagi. Shaklee telah membantu 7 daripada 25 pengembaraan yang tercatat di dalam Time-Life® Books' 25 Greatest Adventures of All Time.


Selain itu, Shaklee juga menawarkan peluang untuk sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan tambahan dengan berkongsi produk mereka. Setakat ini, Shaklee telah membayar lebih daripada US$ 6 BILLION dalam bentuk komisyen kepada pengedar2nya. Daku salah seorang daripada penerima komisyen itu! Hehe.. Alhamdulillah.. ^_^



Read More

Tuesday, 14 April 2015

Shaklee Kini! Bisnes Di Hujung Jari!

Shaklee Kini! Bisnes Di Hujung Jari! | Dulu2, kalau nak berniaga kena ada tapak jualan.. Kena keluar rumah untuk berniaga.. Kena angkut segala barang jualan bawak pergi berniaga.. Nak kena ada modal besar jugak untuk stok.. Nak shopping pun kena keluar rumah.. Nak kena pakai cecantik, kemas2, ensem2, baru stylo nak keluar bershopping.. Betul tak? Ehehehe.. ^^,


Tapi sekarang semuanya di hujung jari! Klik3, dah siap shopping! Lepas tu boleh duduk bersidai depan tv tengok running man sambil tunggu barang sampai.. Belum 2 hari, tau2 barang dah sampai depan pintu rumah.. Syorga sungguhla dunia membeli belah di hujung jari zaman sekarang ni kan?


Paling seronok bila berbisnes secara online.. Dapat bonus bulan2.. Tak payah susah2 pikir nak bersolek, nak pakai apa, duduk lepak2 depan pc or laptop or tab sambil makan kuaci pun boleh buat duit.. Alahai, syok betul.. Ala, henfon pon semua dah canggih2.. Kalau tak, mana boleh update IG hari2 iye ke tidok? Hehe..


Inilah bestnya bisnes Shaklee.. Kalau malu or rasa tak konfiden nak mengadap customer, buatlah secara online.. Kalau rasa susah nak pegi beli stok, takde kenderaan, order jelah online.. Kalau sibuk sangat sampai tak sempat nak gi pos barang customer, bagi Shaklee setelkan.. Login je Shaklee2u.. Klik3.. Pappp!!! Barang sampai ke customer.. Tak ke senang keje tu?? Tiap2 tengah bulan tunggu je bonus masuk.. Kadang tak sempat tengah bulan, tengok2 cash dah bertambah dalam akaun.. Baik hati betul Shaklee tau.. Selalu bagi bonus awal.. <3


Psssst! Bonus iols dah masuk dah hari ni.. Pagi2 lagi shaklee dah transfer cash bonus masuk akaun.. Patutla meriah semacam je tetiba group hari ni.. Kegirangan bonus dah masuk rupanya.. Kemahen masing2 bergumbira.. Iols lagilah.. Tanjat gegirl tengok bonus macam banyakkkk jerrr.. Bulan lepas masa closing kira2 rasanya takdela banyak macam tu.. Kira2 balik rupanya ada extra dari net personal bonus bulan lepas.. Alhamdulillah.. ^_^


Uols tak nak bonus ke? Kalau nak, meh whatsapp iols.. Kita sembang2 cakap pasal bonus sampai lebam.. Takyah cakap dah pasal GST tu.. Sakit kepala jer uols.. Baik pikir macamana nak dapat extra income.. Baru tak sakit kepala.. Hehe.. ^_~
.


Read More

Monday, 13 April 2015

Dysmenorrhoea - Sakit Ketika Datang Bulan

Dysmenorrhoea - Sakit Ketika Datang Bulan | Dysmenorrhoea atau lebih dikenali sebagai SENGGUGUT merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor dan terdapat dalam 2 jenis iaitu Senggugut Primer dan Senggugut Sekunder.


Haid normal yang sakit ketika pengalirannya dipanggil Senggugut Primer, sementara Senggugut Sekunder adalah sakit yang menyerang apabila setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid. Senggugut Sekunder biasanya disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.


Senggugut Primer

Senggugut Primer adalah akibat pengecutan dinding rahim lebih kuat daripada biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat daripada itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan kepada pesakit. Ada sebahagian 'sembuh' dari sakit ini setelah melalui proses kehamilan dan kelahiran anak. Selalunya ia berlaku kepada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada awal umur 20-an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami kesakitan ketika haid ini.


Senggugut Primer biasanya menyerang beberapa jam sebelum haid atau bersama aliran darah. Ia selalunya berlaku bersama kehadiran simptom2 seperti berikut :-

  • Rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang, sesekali ke kaki
  • Sakit yang datang secara 'crampy'/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya
  • Tegang payudara
  • Pening kepala
  • Rasa 'pitam'
  • Perut kembung
  • Rasa mual dan muntah2
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Tekanan emosi/rasa letih/muram/cepat marah

Kesakitan akibat Senggugut Primer ini biasanya melebihi 24 jam dan akan berkurangan dalam masa 1 hingga 2 hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancar, sakit akan hilang.


Kenapa Ia Berlaku?

Banyak sebab telah diperkatakan berkenaan kenapa senggugut boleh berlaku. Namun, sejenis hormon yang dikenali  sebagai prostaglandin sering disabitkan dengan Senggugut Primer. Hormon ini bertanggunjawab dalam proses pengecutan rahim. Namun paras hormon prostaglandin yang tinggi pada sesetengah wanita, menyebabkan pengecutan yang lebih ekstrem lalu menimbulkan rasa sakit ketika haid.


Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di bahagian pelvis dan rahim dan biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.  Di atara sebab-sebab berlakunya Senggugut Sekunder ialah :-

  • Endometriosis -- sel yang melapisi dinding rahim bermigrasi (berpindah) ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid. Selalunya setelah pengaliran haid, ia akan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat. 
  • Fibroid -- 'tumor' atau ketumbuhan bukan barah dari otot dan tisu dari dalam rahim dan dipengaruhi oleh hormon estrogen.
  • Jangkitan kuman pada organ pelvik (PID) -- keadaan ini disering disabitkan dengan Senggugut Sekunder, tetapi ada juga sebahagiannya sakitnya bereterusan dan tidak berkaitan dengan haid langsung. Kesakitan yang berkaitan dengan Senggugut Sekunder selalunya bersangkut paut dengan aktiviti prostaglandin.



Faktor Risiko

Faktor utama yang boleh menjadi penyebab wanita berisiko mengalami senggugut ialah baligh pada awal umur (11 tahun atau lebih awal) dan/atau sejarah keluarga yang juga mempunyai masalah senggugut.


Apakah Kaedah Rawatan Yang Boleh Digunakan Untuk Merawat Senggugut?


  1. Rawatan Senggugut Primer

    Tanpa Ubat :
    - Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid.

    - Tuam bahagian abdomen yang sakit dengan sesuatu yang suam. Cth : Letakkan air suam ke dalam botol & gunakan sebagai 'tungku' untuk meredakan kesakitan.

    - Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.

    - Teknik relaksasi (banyakkan berzikir, taichi, yoga dll)


    Dengan Ubat :
    - Sekiranya gagal dengan kaedah tanpa ubat, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari klinik yang berdekatan.

    - Biasanya doktor akan menyarankan ubat penahan sakit seperti paracetamol/panadol, ubat anti-prostaglandin seperti ibuprofen atau ponstan.

    - Pil perancang keluarga menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi daripada berlaku.

*NOTE : Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan 'threshold' sakit langsung memperlihatkan keadaan seolah2 senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa menjadi penyebab berlakunya keadaan yang demikian di antaranya termasuk anemia (kekurangan sel darah merah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stress, diabetes, dan tahap nutrisi yang rendah - SUMBER

  1. Rawatan Senggugut Sekunder

  2. Ubatan lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti-inflamatori seperti paracetamol, Cox-2, anti-prostaglandin (ponstan)

    Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Kes yang berpunca daripada masalah penyakit seperti fibroid dan endometriosis, rawatan secara pembedahan adalah definitif.

*NOTE : Kerap berlaku apabila ujian ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan mengalami sakit dan gejala2 seperti yang dinyatakan di atas. Apabila keadaan ini berlaku, wanita tersebut dinasihatkan untuk menjalani rawatan laparokospi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat punca senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini, biopsi atau rawatan membakar sel2 endometriosis itu boleh dilakukan sekali - SUMBER 



Komplikasi

Komplikasi kepada Senggugut Sekunder bergantung kepada penyebabnya, Sekiranya jangkitan kuman pada sistem pelvik boleh menyebabkan kesan lekatan (scar) pada tiub fallopian dan mengganggu sistem reproduktif, kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik (kandungan luar rahim). Endometriosis pula boleh menyebabkan kemandulan atau mengganggu kebolehan untuk mengandung.

Ramai yang memperkatakan bahawa senggugut adalah berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan (infertiliti). Ini adalah tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.


Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campur adukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.


Salah satu brand produk yang telah menjalani kajian klinikal dan dijamin selamat ialah Shaklee.. Jika anda mengalami masalah senggugut, anda disarankan untuk mendapatkan bekalan nutrisi yang lengkap bagi mengatasi masalah tersebut. Cubalah Set Senggugut Shaklee yang berkesan membantu mengurangkan simptom2 senggugut. ^_~

Set Senggugut Shaklee



Read More

Sunday, 5 April 2015

Vivix® Tonik Anti Penuaan

Vivix® Tonik Anti Penuaan | Assalamualaikum sahabat! Bersiaran di hari minggu hari ni.. Hehe.. Tak ke mana pagi ni.. Cuma tengahari kang In Shaa Allah nak ke health talk di Bangi.. Lepas tu ada nak discuss pasal business planning sikit dengan another leader bawah team jutawan Shaklee.. Sebelum tu, i nak share dulu tentang salah satu produk terbaik Shaklee iaitu Vivix®. Memandangkan sekarang ni ramai betul yang risau usia meningkat sebab takut kulit berkedut, kendur sana sini, jeragat penuaan bertimbun, so hari ni i terpanggil untuk share pasal Vivix® ni.. 


Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol. Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkaan penuaan sel.
Vivix Shaklee
Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix® berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix® telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisma utama penuaan iaitu :-
  • Melindungi dan membaiki sellular DNA.
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik.
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitichondria.
  • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End Products).


Bagaimana Vivix® Bertindak?

Vivix® bertindak dengan menghalang 4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular di dalam badan iaitu :-
  1. Kerosakan DNA
    Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik lalu menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan hayat umur.


  2. Pengawalan Genetik
    Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix® mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.


  3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel
    Mitichondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitichondria menurun, fungsi sel juga turut sama terjejas.

    Ramuan Vivix® menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.


  4. Penimbunan Protin AGE 
    Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan hayat umur.

    Ramuan Vivix® adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur Muscadine) untuk melambatkan protin AGE


Antara kepentingan dan khasiat lain Vivix® ialah membantu menjaga/memelihara :-


  • Kesihatan Jantung
  • Kesihatan Otak
  • Kesihatan Sistem Imun
  • Kesihatan Sendi
  • Perlindungan Antioksidan
  • Peningkatan Tenaga Pada Tahap Sellular
  • Kesihatan dan Kesejahteraan Hidup

Sebenarnya banyak lagi khasiat Vivix® ni tau.. Kalau tak, mana boleh digelar sebagai 'Raja Tonik'.. Tapi untuk hari ni, i share sampai sini je dulu.. Nanti i update lagi tentang Vivix® ni.. I tau uols semua teruja nak tau lebih lanjut pasal Vivix® ni kan? Hehe.. Jangan risau, i ada baanyakkkk lagi info nak share dengan uols semua.. Sabar ye.. Nak siap2 apa yang patut untuk meeting jap lagi.. See u in next entry!^_~



Read More

Thursday, 2 April 2015

Reward Untuk Anak Didik Diamonds!

Reward Untuk Anak Didik Diamonds! Alhamdulillah, dah hampir 2 tahun bersama Shaklee. Memang suatu peluang & moments yang cukup indah & bermakna untuk i bila kenal dengan Shaklee ni.. Dapat peluang jumpa & bermentorkan orang2 yang berjaya.. Berada pulak dalam golongan team yang paling berjaya di Malaysia iaitu di bawah bimbingan jutawan muda Presidential Master Syareeza or weols just panggil dia PM Cery.. I paling kagum dengan beliau salah satunya adalah sebab beliau seorang wanita.. Seorang isteri.. Seorang ibu.. Seorang anak.. Ada rumahtangga untuk diuruskan.. Ada empayar yang sangat besar untuk dibimbing.. Tapi she's very humble.. Sempoi.. Murah hati.. Tegas dalam lembut.. Tak sombong.. Di bawah PM Cery pula ada beribu orang leader2 hebat yang berjaya berkembang membentuk empayar masing2.. 


Dari situ lah i termotivasi untuk ada empayar i sendiri.. Dan alhamdulillah, selama hampir 2 tahun ni i berjaya  build my own team iaitu Dynamic Diamonds. Jumlah kesemua ahli setakat hari ni baru 35 orang termasuk cucu cicit piut semua.. Kalau nak dibandingkan dengan empayar PM Cery memang jauh la bezanya.. I ni anak ikan bilis je.. Dia mak ikan jaws.. Hehe.. Tapi apa2 pun i bersyukur dah ada team sendiri walaupun ada yang on ada yang off.. Tapi tak mengapa, semua tu normal.. Adat la dalam bisnes, tak semua akan kekal bermomentum.. Ada masa kemarau jugak.. Tapi jangan biar kemarau lama2.. Mati habih 'anak pokok' kang.. Haha!


So to increase the momentum, i kena banyak main peranan.. Coz Shaklee is about 'Leadership Business', not MLM business.. Ramai yang tak tau pasal ni.. Dua bisnes yang berbeza tu ye.. Sila take note.. Hehe.. So tu yang kalau uol perasan, i lately ni memang sibuk attend meeting, intensive classes, menggali ilmu.. Semua tu i buat untuk bagi 'makan' anak2 didik i.. That is how Leadership Business working..  


Sesekali i akan reward anak2 diamonds i.. Tu tanda i sayang anak2 didik i, and i appreciate them to be part of my team.. Macam yang i buat hari ni.. Adalah sikit ole2 untuk anak2 diamonds i.. Takdelah mahal mana.. Tapi i happy bila dapat bagi mereka something.. There is the way i treat my team members selain daripada perkongsian ilmu pasal bisnes, pasal isu2 kesihatan, pasal produk, tips and guidance.. I akan bagi yang terbaik untuk mereka sebab merekalah nadi untuk i terus bangkit dan move forward.. It is about responsibility.. I bertanggungjawab untuk bawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.. Berat tau sebenarnya tanggungjawab seorang leader ni.. Tapi i dah langkah dalam dunia leadership ni, and i ada ramai anak didik yang perlukan i untuk guide mereka, so i tak boleh berpatah ke belakang.. By hook or by crook i mesti 'pimpin' mereka sampai ke puncak.. Itu janji i.. 


So if ada di kalanan uols yang berminat nak join team i, team Dynamic Diamonds, uols boleh inbox or pm i directly.. In Shaa Allah i akan bimbing uols untuk sama2 berjaya dengan mereka.. ^_^




#dynamicdiamonds  #togetherweshine 




Read More

Rangkaian Produk Eu Thermal Avene Bantu Atasi Masalah Kulit

Rangkaian Produk Eu Thermal Avene Bantu Atasi Masalah Kulit | Musim2 panas macam ni kita akan berisiko untuk berdepan dengan masalah kulit kering dan berkuping. Sentiasa dinasihatkan untuk minum air banyak2 di samping apply losyen yang berfungsi untuk membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Selain daripada itu, gunakan juga produk yang bersesuaian dengan keperluan kulit kita. So, hari ni i just nak share suatu rangkaian produk yang boleh membantu atasi masalah kulit kering dan beberapa masalah kulit yang lain  seperti ekzema, psoriasis, dan  atopic dermatitis iaitu rangkaian produk Eu Thermal Avene.


1. Eu Thermal Avene Cold Cream Ultra Rich Soap-Free Cleansing Bar (25 gram)

Eu Thermal Avene Cold Cream Ultra Rich Soap-Free Cleansing Bar

Cleansing bar ni best sangat.. Memang sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit kering atau keradangan pada kulit seperti ekzema.. I dah guna cleansing bar ni, siap buat sabun mandi sekali.. Haha! Tak ada rasa kulit tegang lepas guna sabun ni.. Tak macam certain2 cleansing bar or sabun mandi biasa, which kita akan rasa kulit tegang lepas guna.. Menariknya, cleansing bar ni juga sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi, kanak2, dan orang dewasa.


Sedikit info berkenaan Eu Thermal Avene Cold Cream Ultra Rich Soap-Free Cleansing Bar :-

  • Daily cleansing with non-stripping formula to maintain skin's natural pH balance.
  • Rich in Avene Thermal Spring Water to soothe and soften the skin.
  • Creamy and moisturizing.
  • Leaves a gentle protective film for soft skin.
  • Suitable for infants, children and adults.
  • Soap-free, lanolin-free.


2. Eu Thermal Avene Spring Water (50ml)

Eu Thermal Avene Spring Water
Ni pun favourite gak nih.. I kalau malas nak tempek moisturizer, i spray je muka dengan avene spring water ni.. Lepas tu boleh terus keluar dengan konfiden.. Muka pun rasa segar & lembap jer.. And I akan bawak spring water ni ke mana2.. Terutamanya kalau keluar waktu siang hari.. Agak2 muka rasa kering je terus ambil spring water ni dari handbag & spray ke muka.. Saiz dia pun memang comel2 je untuk diangkut ke hulu ke hilir dengan gembira tanpa bebanan.. Hehe..


Sedikit info berkenaan Eu Thermal Avene Spring Water :-
  • Unique composition soothes and softens the skin and restores skin's natural balance (rich in silicate and trace elements, low salt mineral content does not dry out the skin and pH 7.5 - perfect balance of anions and cations).
  • Clinically proven by over 300 studies to calm, soothe and soften the skin.
  • Used since 1743 in the Hydrotherapy Centre to treat serious dermatological conditions such as atopic dermatitis, psoriasis and eczema.
  • Bottled directly fron the source - bacterialogically pure.
  • Preservative-free.


3. Eu Thermal Avene Cicalfate Repair Cream (40ml)

Eu Thermal Cicalfate Repair Cream

Krim ni dia punya function, satu family boleh guna.. Bagus sangat2.. Selain daripada membantu atasi masalah kulit kering, ia juga boleh digunakan untuk masalah bibir merekah, kesan parut jerawat, ruam lampin, luka2 kecil, terkena minyak panas, kesan gigitan serangga dan macam2 lagi.. Ambil krim ni, sapu je ke kawasan yang berkenaan.. Kira macam krim serbaguna lah ni.. Sebab tu depa gelar krim ni as Emergeny S.O.S Cream for the entire family! So, bawalah ke mana2 uols pergi.. Boleh juga add on krim ni dalam uols punya first aid kit box kat rumah okay.. ^_^


Sedikit info berkenaan Eu Thermal Avene Cicalfate Repair Cream :-
  • Unique skin-repairing properties.
  • Formulated using a unique Cicalfate technology, whereby its active ingredients are sucralfate and the combination of copper-zinc to avoid further bacterial infection, repair the wound, and soothe the skin.
  • Adapted particularly for the treatment of skin iritations and following dermatological surgery.
  • Fragrance free.
  • Paraben-free.

4. Eu Thermal Avene TrixeraSelectiose Emollient Cream (200ml)

Eu Thermal Avene Trixera+ Selectiose Emollient Cream

Krim TrixeraSelectiose Emollient ni fungsi dia lebih kurang sama dengan Cicalfate.. Tapi Cicalfate lebih kepada skin-repairing.. Trixera ni dia lebih kepada meredakan atau pun mengurangkan kerengsaan atau gatal2 akibat kulit kering..  Yang i pegang ni saiz kecik.. Kira macam trial pek la.. Memangla akan jadi item wajib untuk disumbat ke dalam handbag dan diangkut ke mana-mana saja.. Nak sumbat masuk poket pun boleh.. Memang pocket size pon ni.. Hehe.. Tapi kalau yang biasa, saiz dia 200 ml..


Sedikit info berkenaan Eu Thermal Avene TrixeraSelectiose Emollient Cream :-

  • Ultra rich and anti-irritant emollient skin care products.
  • Intended for extremely dry skin and atopic skin in infants, children and adults.
  • Contains Avene Therma Spring Water (soothing & anti-irritant).
  • High concentrations of carefully selected botanical oils (protective barrier) and glycocoll (anti-itching).
  • Helps restore skin comfort, leaving skin feeling more supple and resilient.
  • Paraben and fragfrance-free.


Sekian lah perkongsian untuk hari ni.. So, kepada sesiapa ada masalah kulit kering dan masalah2 kulit lain seperti ekzema, atopic dermatitis atau psoriasis, bolehla cuba produk dari rangkaian Eu Thermal Avene ni.. Produk2 dari Eu Thermal Avene ni memang didatangkan khas untuk seisi keluarga tak kira tua muda, dewasa, kanak2 mahu pun bayi.. Jadi gualah tanpa was2.. ^_~


Oh ya! Produk2 ni boleh didapati di semua rangkaian farmasi terpilih termasuk Guardian, Watson's Personal Care, Caring Pharmacy, Aeon Wellness Pharmacy, SASA Cosmetics dan beberapa Independent Pharmacies lain yang terpilih. ^_^





Read More

Wednesday, 1 April 2015

PROMOSI APRIL 2015!

PROMOSI APRIL 2015! | Alhamdulillah, bulan ni Shaklee adakan lagi promosi gempaq untuk uols semua yang mengamalkan suplemen.. Kali ni ada 5 produk best jalan serentak dengan 7 promosi hebat! Memang Shaklee kasi kaw2 punya pomosi kali ni.. Sebelum2 ni 1 atau 2 produk je jalan untuk promosi bulanan.. Tapi sekarang selonggok produk sekali jalan.. Tidakkah terasa dirimu begitu disayangi? Hehe..! ^^,


Berikut adalah promosi yang akan berlangsung sepanjang bulan April 2015 :-
  • ✔GLA Complex Buy 7 At 6!
  • ✔GLA Complex Twin Pack With 5% Discount!
  • ✔LECITHIN Buy 7 At 6!
  • ✔LECITHIN Twin Pack With 5% Discount!
  • ✔CINCH SHAKE Choc/Latte Buy 4 At 3!
  • ✔DTX Complex Buy 4 At 3!
  • ✔VITALEA FOR CHILD Buy 4 At 3!

Promosi akan berlangsung sepanjang bulan April ni ye.. So, siapkanlah poket untuk book stok.. Oh ya! Pasal GST tu janganlah dikhuatirkan.. Uols still boleh dapat harga runcit macam biasa coz weols para SID ni yang akan tanggung GST tu untuk uols.. So, takyah la pikir pasal GST tu.. Biar weols je yang pikir.. Okay, selamat mengamalkan pemakanan sihat dengan harga yang 'sihat'.. ^__^



Read More

Tips Memilih Selipar Wanita Terbaik

Tips Memilih Selipar Wanita Terbaik | Kasut memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ianya sudah menjadi antara yang paling asas untuk setiap orang miliki. Cuba bayangkan jika kita keluar dari rumah tanpa mengenakan kasut. Mesti kita akan dipandang oleh orang sekeliling dengan pandangan yang penuh hairan. Betul tak? Kita pun rasa tak selesa kan?


Ada banyak jenis kasut wanita terkini dengan pelbagai rekaan menarik dan stail yang berbeza  di dalam pasaran di luar sana. Namun slippers atau pun selipar masih menjadi antara pilihan kegemaran ramai wanita kerana sifatnya yang versatile dan sangat mudah untuk dipakai. Bagi yang gemarkan stail penampilan yang ringkas, selipar adalah pilihan yang tepat untuk anda! Ianya juga merupakan pilihan terbaik untuk dipakai ketika bercuti terutamanya di tepi pantai dan pulau.


Hari ni i ada beberapa tips dalam memilih selipar wanita terbaik yang perlu uols ketahui sebelum uols dapatkan selipar yang baru untuk koleksi peribadi uols! Apakah tips tersebut? Jom ikuti perkongsian menarik ini..!
  • Beli flip flop for women yang berkualiti tinggi dan bahan yang lembut untuk mengelakkan iritasi ataupun kesan melepuh.
  • Bengkokkan flip flop tersebut untuk memastikan ia bengkok di bahagian bawah tapak kaki berdekatan dengan jari. *Kasut yang baik tidak boleh dilipat!*
  • Cuba kasut itu dan pastikan jari anda tidak terkeluar daripada saiz flip flop.
  • Dapatkan flip flop yang kukuh untuk mengelakkan tapak kaki anda daripada kelihatan kasar seperti kaki atlet ataupun penyakit ketuat kaki.
  • Jangan pakai berterusan untuk tempoh yang terlalu lama. Jika sudah rosak, buang sahaja.

Macamana? Dah tau macamana nak pilih selipar or flip flop yang selesa? So, lepas ni bolehla apply bila nak beli selipar baru.. Semoga bermanfaat! ^__^


 

Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com