Blogger templates

Monday, 13 April 2015

Dysmenorrhoea - Sakit Ketika Datang Bulan

Dysmenorrhoea - Sakit Ketika Datang Bulan | Dysmenorrhoea atau lebih dikenali sebagai SENGGUGUT merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor dan terdapat dalam 2 jenis iaitu Senggugut Primer dan Senggugut Sekunder.


Haid normal yang sakit ketika pengalirannya dipanggil Senggugut Primer, sementara Senggugut Sekunder adalah sakit yang menyerang apabila setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid. Senggugut Sekunder biasanya disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis.


Senggugut Primer

Senggugut Primer adalah akibat pengecutan dinding rahim lebih kuat daripada biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat daripada itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan kepada pesakit. Ada sebahagian 'sembuh' dari sakit ini setelah melalui proses kehamilan dan kelahiran anak. Selalunya ia berlaku kepada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada awal umur 20-an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami kesakitan ketika haid ini.


Senggugut Primer biasanya menyerang beberapa jam sebelum haid atau bersama aliran darah. Ia selalunya berlaku bersama kehadiran simptom2 seperti berikut :-

  • Rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang, sesekali ke kaki
  • Sakit yang datang secara 'crampy'/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya
  • Tegang payudara
  • Pening kepala
  • Rasa 'pitam'
  • Perut kembung
  • Rasa mual dan muntah2
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Tekanan emosi/rasa letih/muram/cepat marah

Kesakitan akibat Senggugut Primer ini biasanya melebihi 24 jam dan akan berkurangan dalam masa 1 hingga 2 hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancar, sakit akan hilang.


Kenapa Ia Berlaku?

Banyak sebab telah diperkatakan berkenaan kenapa senggugut boleh berlaku. Namun, sejenis hormon yang dikenali  sebagai prostaglandin sering disabitkan dengan Senggugut Primer. Hormon ini bertanggunjawab dalam proses pengecutan rahim. Namun paras hormon prostaglandin yang tinggi pada sesetengah wanita, menyebabkan pengecutan yang lebih ekstrem lalu menimbulkan rasa sakit ketika haid.


Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di bahagian pelvis dan rahim dan biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.  Di atara sebab-sebab berlakunya Senggugut Sekunder ialah :-

  • Endometriosis -- sel yang melapisi dinding rahim bermigrasi (berpindah) ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid. Selalunya setelah pengaliran haid, ia akan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat. 
  • Fibroid -- 'tumor' atau ketumbuhan bukan barah dari otot dan tisu dari dalam rahim dan dipengaruhi oleh hormon estrogen.
  • Jangkitan kuman pada organ pelvik (PID) -- keadaan ini disering disabitkan dengan Senggugut Sekunder, tetapi ada juga sebahagiannya sakitnya bereterusan dan tidak berkaitan dengan haid langsung. Kesakitan yang berkaitan dengan Senggugut Sekunder selalunya bersangkut paut dengan aktiviti prostaglandin.



Faktor Risiko

Faktor utama yang boleh menjadi penyebab wanita berisiko mengalami senggugut ialah baligh pada awal umur (11 tahun atau lebih awal) dan/atau sejarah keluarga yang juga mempunyai masalah senggugut.


Apakah Kaedah Rawatan Yang Boleh Digunakan Untuk Merawat Senggugut?


  1. Rawatan Senggugut Primer

    Tanpa Ubat :
    - Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid.

    - Tuam bahagian abdomen yang sakit dengan sesuatu yang suam. Cth : Letakkan air suam ke dalam botol & gunakan sebagai 'tungku' untuk meredakan kesakitan.

    - Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.

    - Teknik relaksasi (banyakkan berzikir, taichi, yoga dll)


    Dengan Ubat :
    - Sekiranya gagal dengan kaedah tanpa ubat, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari klinik yang berdekatan.

    - Biasanya doktor akan menyarankan ubat penahan sakit seperti paracetamol/panadol, ubat anti-prostaglandin seperti ibuprofen atau ponstan.

    - Pil perancang keluarga menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi daripada berlaku.

*NOTE : Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan 'threshold' sakit langsung memperlihatkan keadaan seolah2 senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa menjadi penyebab berlakunya keadaan yang demikian di antaranya termasuk anemia (kekurangan sel darah merah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stress, diabetes, dan tahap nutrisi yang rendah - SUMBER

  1. Rawatan Senggugut Sekunder

  2. Ubatan lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti-inflamatori seperti paracetamol, Cox-2, anti-prostaglandin (ponstan)

    Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Kes yang berpunca daripada masalah penyakit seperti fibroid dan endometriosis, rawatan secara pembedahan adalah definitif.

*NOTE : Kerap berlaku apabila ujian ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan mengalami sakit dan gejala2 seperti yang dinyatakan di atas. Apabila keadaan ini berlaku, wanita tersebut dinasihatkan untuk menjalani rawatan laparokospi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat punca senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini, biopsi atau rawatan membakar sel2 endometriosis itu boleh dilakukan sekali - SUMBER 



Komplikasi

Komplikasi kepada Senggugut Sekunder bergantung kepada penyebabnya, Sekiranya jangkitan kuman pada sistem pelvik boleh menyebabkan kesan lekatan (scar) pada tiub fallopian dan mengganggu sistem reproduktif, kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik (kandungan luar rahim). Endometriosis pula boleh menyebabkan kemandulan atau mengganggu kebolehan untuk mengandung.

Ramai yang memperkatakan bahawa senggugut adalah berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan (infertiliti). Ini adalah tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.


Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campur adukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.


Salah satu brand produk yang telah menjalani kajian klinikal dan dijamin selamat ialah Shaklee.. Jika anda mengalami masalah senggugut, anda disarankan untuk mendapatkan bekalan nutrisi yang lengkap bagi mengatasi masalah tersebut. Cubalah Set Senggugut Shaklee yang berkesan membantu mengurangkan simptom2 senggugut. ^_~

Set Senggugut Shaklee



3 comments:

  1. ros,khaty jarang mengalami simptom nie,tapi pernah tengok member bila time ABC ja,sakit sampai boleh pengsan..takuttnya..

    ReplyDelete
  2. Ros,

    Azie memang penghidap senggugut ni walaupun dah berkahwin 7 tahun. Scary & trauma betul! Sejak amalkan Shaklee (GLA & Omega) alhamdulillah hilang semua senggugut :)

    ReplyDelete
  3. sakit sgt senggugut..rasa sgt xselesa..serius mmg...

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com