Blogger templates

Sunday, 24 May 2015

Punca Sebenar Kematian Pelajar KSKB Yang Dikaitkan Dengan Penggunaan Suplemen Shaklee

Punca Sebenar Kematian Pelajar KSKB Yang Dikaitkan Dengan Penggunaan Suplemen Shaklee | Hari ini viral dilaman sosial pasal seorang penuntut Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta yang dikatakan meninggal dunia disebabkan mengambil suplement berlebihan.

Kerana penyebaran berita palsu ini yang sengaja direka-reka oleh individu yang tidak bertanggungjawab ia telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna kerana produk yang disebut di dalam sebaran itu merupakan produk yang ramai penggunanya di Malaysia.



Telah tampil beberapa orang individu menepis dakwaan ini. Seorang pengguna laman Facebook bernama Nazri Omar yang mengaku sebagai saudara mangsa merayu supaya semua spekulasi ini di hentikan.

"Saya merayu pada semua yang membuat spekulasi yang tidak sepatut terhadap student nurse kskb ulu kinta yang meninggal dunia pada petang tadi supaya menhentikan perbuatan tersebut.jgn kita share benda yg kita tidak pasti.jika tuan/puan nak kepastian boleh berhubung dgn saya," katanya.


Menurut Nazri lagi, punca kematian arwah bukan kerana mengambil makanan tambahan tersebut tetapi kerana pendarahan berlaku di dalam otak yang sememangnya susah untuk dirawat dan arwah juga mempunyai masalah migrain.

SK juga menjumpai 'Screen Shot' perbualan aplikasi Whatapps rakan mangsa yang menafikan kematian arwah kerana pemakanan produk berkenaan.


Wartawan SK cuba menghubungi rakan mangsa untuk mengetahui lebih lanjut perkara ini, menurut rakan mangsa dikenali sebagai Ezatul, dia menafikan kematian arwah disebabkan pengambilan makanan tambahan itu.

"Memang dijumpai kotak-kotak produk tersebut di dalam bilik arwah tetapi arwah sudah lama tidak menggunakan produk tersebut dan doktor sendiri mengesahkan arwah meninggal kerana salur darah pecah(aneurysm,)." ceritanya ketika dihubungi oleh kami.

Apapun orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebaran sebarang maklumat tanpa ususl periksa.

Bersama kita sedekahkan alfatihah kepada pelajar tersebut yang dikenali sebagai Ayu. Semoga roh Ayu ditempatkan dikalangan orang beriman - Siakapkeli.my




2 comments:

  1. biasalah..bila jd sesuatu kes2, mcm2 cerita y timbul.. xtau la bakpe org2 kt ni suka crete cerita n sebarkan sesuatu tnpa usul periksa.

    ReplyDelete
  2. semoga berita yang tidak sahih dihentikan..rosak reputasi produk nanti

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com